Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Thursday, July 14, 2011

Setengah tahun pertama 2011

Hari ni dah 14 Julai 2011. Tahun ni agak mencabar bagi aku. Dah macam-macam aku lalui. Tapi tak sehebat saat aku kehilangan seorang insan bergelar AYAH. Tak pe lah. Itu cerita dua tahun dulu. Hari ni aku nak buat kesimpulan tentang 6 bulan pertama bagi tahun 2011 dalam hidup aku. Rasa macam pembentangan bajet negara je. HAHAHA.

Januari 2011.
Bulan pertama bagi tahun baru. 01/01/11. Nombor yang cantik maka ramai berebut nak bernikah tarikh tersebut. Ini bulan ketiga aku bergelar seorang 'penganggur'. Duduk di rumah hanya membuat kerja rumah yang tak seberapa. Tugas aku : hantar dan jemput ibu aku pulang dari sekolah selain daripada tugas-tugas hakiki seorang suri rumah tak berlesen. Oh, masa ni aku dalam dilema sama ada nak kerja atau nak sambung master. Hurrmmmm. Dan bulan ni juga, ahli keluarga bertambah seorang lagi =)

Full story >> Januari 2011 <<


Februari 2011.
Bulan menyibukkan diri. Mula bekerja sementara (walaupun hakikatnya sehingga ke hari ini) sebagai research assistant. Bergelumang dengan tongkat ali saban hari. Nasib baik tak ketagih tongkat ali. Mula tekad untuk continue master. Pergi seat IELTS tanpa sebarang persiapan rapi. Semua last minute study. Masa tu memang redha dan tawakal je walaupun usaha hanya seciput. Oh ya, laptopku tamat riwayatnya di bulan Februari 2011 =(

Full story >> Februari 2011 <<


Mac 2011.
Dapat result IELTS. Sangat bersyukur. Terus email result kepada agent untuk tindakan selanjutnya. Tidak lagi bergelumang dengan tongkat ali. Meneruskan sisa-sisa RA dengan projek baru. Bermain dengan pen-pen sehingga lab coat aku jadi buruk gila. Ibarat kain lusuh berusia 20 tahun lab coat aku. Segalanya hanya seperti biasa. Tiada yang begitu menarik.

Full story >> Mac 2011 << 


April 2011.
Tak ada apa yang menarik juga. Telah pindah keluar dari rumah pakcik. Menginap di rumah abang kandung. Sebabnya? Abang kandung selalu out station, jadi boleh lah aku teman kakak ipar bersama baby yang lahir bulan Januari 2011 itu. Bulan ni banyak betul bermain dengan perasaan. Sehingga entry semua tak berapa nak best. Tapi layankan je la ye?? Dapat unconditional offer daripada Kingston dan juga GCU. Alhamdulillah. Cuma nak cari sponsor je la ni. Haaaaa... aku jadi agent Tupperware sekarang, kalau nak beli boleh la contact aku. 

Full story >> April 2011 <<


Mei 2011.
Pergi assesment MARA tapi tak berjaya untuk interview. Tak apa lah. Tak ada rezeki aku. Bulan ni aku konvo. Alhamdulillah. Secara rasminya aku bergelar alumni UiTM. Tamat secara rasmi alam belajar. bertungkus lumus dengan report, presentation, tests, quizzess etc2. End of month, umrah bersama ahli keluarga seramai 9 orang. Alhamdulillah. Ada rezeki dari Allah untuk menjadi tetamu-Nya. Hadiah teristimewa buat aku untuk 6 bulan pertama. 

Full story >> Mei 2011 <<


Jun 2011.
Pulang dari Tanah Suci selepas hampir 2 minggu. Terasa syahdu. Rasa ingin terus berada di sana. Tempat yang penuh dengan ketenangan. Harap ada rezeki lagi untuk ke sana. Bulan ni masih tiada yang istimewa. Cuma sering di asak dengan pelbagai yang kadang-kadang buat jiwa aku terseksa. Soalan apa? Biarlah menjadi rahsia hidup aku. Berterusan berperang dengan hati dan perasaan sendiri. Mengalami konflik dalaman yang tak berapa yang kronik. Seolah kehilangan daya dan semangat. Hujung bulan, aku masih di sini. Masih memikirkan masa depan yang cerah =)

Full story >> Jun 2011 <<



Terima kasih kerana membaca. Semua ini kenangan untuk aku. Takut aku terlupa dan terleka kemudian hari.







1 comment:

nurawanees said...

wah..cm full diary di sini...hihi,moge terus sukses yea..amin=)