Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Showing posts with label My Resepi. Show all posts
Showing posts with label My Resepi. Show all posts

Friday, January 18, 2013

My Resepi : Sambal Telur

Salam.

Ni resepi simple dan mudah sangat. Kalau rasa malas nak masak untuk sarapan, masak je ni dan makan dengan roti. Confirm sedap!

Bahan-bahan :

  • Bawang merah
  • Sedikit kunyit hidup (bukan serbuk kunyit ye)
  • Sedikit belacan
  • Cili Boh / Cili Giling
  • Telur - dipukul dan tambah garam (macam masak telur dadar tu)
Note : Pandai-pandai la agak bahan-bahan tu ye. Ikut berapa biji telur nak dimasak


Cara-cara:
  1. Tumbuk bawang merah, kunyit dan belacan. Tak payah halus macam sambal belacan pun tak apa. Tumbuk tau sebab kita tak mau ada air kalau blender.
  2. Tumis bahan yang ditumbuk sampai garing, masukkan cili boh dan masak hingga keluar minyak.
  3. Masukkan telur, biarkan seketika dan hancur2kan telur tu macam masak scramble egg. 
Note : Sebenarnya caranya macam masak scramble egg tapi tambah bahan tumis dan cili boh supaya ada rasa dan warna. Hehehehe

Ni la rupanya scramble egg bersambal. Aku makan roti pratha. Makan dengan roti gardenia biasa tu sedap.





Monday, January 7, 2013

My Resepi : Roti Jala

Semalam percubaan pertama kami suami isteri masak kari. Suami dah teringin sangat nak makan kari telur rebus. Aku ikutkan sahaja. Aku bagi dia masak, at least kalau tak jadi boleh blame dia. Hahahahah. Aku memang tak pernah masak kari. Maka main la masak-masak tengahari semalam. Dan hasilnya not bad. Tengah makan tu, tiba-tiba kata dekat suami, "abang, kita makan roti jala petang ni nak tak?" Suami setuju maka berkobar-kobar nak masak roti jala untuk minum petang. Tapi tiba-tiba hujan lebat teramat sangat dan aku takut nak pergi dapur. Hahahaha. Maka tangguh masak roti jala. Suami pun kata, "kita masak roti jala malam je la".

Jadi, lepas maghrib mula aktiviti menjala. Resepi mudah sangat!

Bahan-bahan :

  • 1 cawam tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 biji telur
  • sedikit garam
  • sedikit kunyit untuk warna, nak guna pewarna kuning pun boleh
  • sedikit minyak masak (pandai-pandai agak dalam 1 sudu) <<--- ni aku tak ingat ada ke tak, tapi aku hentam je letak minyak zaitun.

Cara-cara : 
  1. Campur semua bahan. Kalau rajin gaul dalam mangkuk je tapi kalau nak tekstur yang halus sila guna blender.
  2. Bila dah sebati semua, tengok kelikatan adunan. Agak-agak boleh lepas acu menjala tu ok la. <<--- memang kena pandai agak la, jangan cair sangat jangan pekat sangat.
  3. Sedia menjala. Minyak sikit je ye. Guna non-stick pan. Tak perlu terbalikkan roti jala tu. Bila tengok bahagian atas dah masak, maka boleh la menggulung / lipat roti jala tu. (p/s : minyak tu letak setiap selepas 4,5 keping roti jala. kiranya bila tengok roti jala tu macam dah melekat, maka letak lagi minyak dalam pan. paham tak? tak paham, boleh tanya. tak reti nak explain)
  4. Masak sampai habis adunan dan boleh makan

Note : Satu adunan boleh buat 15-18 keping. Bergantung kepada saiz dan ketebalan roti jala anda.

gambar semalam. Cantik tak botol acuan roti jala aku tu? Ibu aku bagi, senang tak tumpah. Squeeze je. Dekat Daiso ada jual


Selamat mencuba!!



Wednesday, October 17, 2012

Frozen Samosa

Salam semua.

Semalam beli samosa 3 ketul, dan tiba-tiba rasa macam nak makan banyak-banyak ketul. Balik bilik terus on laptop and google resepi samosa sebab teringat kulit popia masih ada lagi baki dekat rumah. Tengah-tengah cari resepi terfikir, why not buat samosa frozen. Anytime nak makan just defrost and goreng. So cari pulak resepi samosa frozen. Ada beza ke? Aku pun tak tahu. That's why aku menggoogle resepi. And some of you might say "beli je yang frozen dekat pasaraya tu berlambak". YUP! Memang berlambak tapi not sure either kena ke tak dengan tekak aku. Plus aku takut nanti tengok saiz je macam giant tapi isi kecik macam kuman. Paham? Tak pahm pun buat-buat paham.

So, aku pun menggoogle. Akhirnya jumpa satu blog yang ajar cara-caranya siap tunjuk cara nak lipat samosa bagi bentuk segitiga lagi tu! YEAYYYY!

Baca punya baca. OH~ sangat mudah. Easy like a piece of cake! TAPI masalahnya kalau nak buat samosa frozen tu (ikut cara kakak tu) kena masakkan sikit  samosa tu dalam oven sampai keluar sikit minyak dari isi samosa. Tak paham? Meh aku ajar sikit resepi samosa frozen yang sangat mudah.

Bahan - bahan :

  1. kulit popia yang dipotong segi empat memanjang. kiranya kulit popis tu potong la 2-3.
  2. inti samosa. ni buat macam inti karipap pun boleh. ikut selera tapi make sure masak dulu ye. jangan yang mentah pulak!
  3. sedikit putih telur atau mungkin tepung gandum campur sikit air pun ok. just untuk gamkan kulit popia tu nanti.
Cara - cara :
  1. Buat samosa tu dulu. Kiranya lipat sikit dulu kulit popia, letak inti, lipat lagi bagi cover inti and gamkan hujung kulit popia tu. (untuk tutorial lengkap pergi Google, Youtube pun ada kot)
  2. Dah siap semua samosa, sebelum frozenkan samosa tu. Masukkan samosa tu dalam oven ikut kesesuain suhu dan masa (kakak tu tak bagi tahu exact temperature and time) sampai minyak dari inti popia tu keluar. Kiranya macam half cook juga la kot.
  3. Then tunggu sampai sejuk, baru simpan dalam Tupperware and frozen kan.

MUDAH kan? Aku nak buat TAPI rumah tak ada oven pulak! Kalau aku goreng half cook, nanti menambahkan minyak pulak.

ADEH... nak oven.. nak oven... nak oven... aku nak bake macam-macam ni!!!






Monday, October 15, 2012

My Resepi : Chicken Chop Simple

Salam semua. Segmen masak memasak lagi. Maklumlah, dah ada perut kena jaga. Kena la memasak walau main hentam.

Minggu lepas masak chicken chop. Sangat mudah dan boleh tahan sedap. Hahahaha.


2 keping isi ayam (pilih la bahagian mana pun, kalau ada tulang debonekan dia - then ketuk sikit isi ayam bagi leper)
Black pepper yang dikisar
Garam sesedap rasa
Tepung gandum

- Marinate ayam dengan black pepper dan garam. Tapi sebelum tu cucuk-cucuk sikit ayam tu bagi black pepper termasuk dalam isi ayam (ni aku hentam sendiri)
- Golek-golek ayam dalam tepung dan GORENG hingga kuning keemasan.


Sos Black Pepper

Bawang putih dan bawang merah - blend / tumbuk
Black pepper - di kisar
Sos tomato
Sos tiram
garam dan gula
Air
Tepung gandum

- tumis bawang macam biasa kemudian masukkan black pepper dan air (ni kena pandai-pandai la agak ikut tekak dan selera masing-masing)
- Masukkan sos tomato dan sos tiram mengikut selera masing-masing.
- Biar mendidih, masukkan garam gula.
- Masukkan tepung gandum untuk likatkan kuah (kalau tak nak pun tak apa)
- Biar mendidih lagi sikit dan sedia untuk dituang ke atas ayam


Untuk salad, aku beli yang daun salad yang siap dalam bekas tu. Then campur dengan thousand island dengan mayonese apa entah yang warna oren tu. Then letak sikit olive oil
** ni suami aku yang buat

Lepas tu ikut suka la nak letak apa lagi. Aku ada buat mashed potato tapi tak jadi maka tak nak share resepi dekat sini. Hahahah.

Okay. Minggu ni tak ada masak hebat-hebat dah. Makan nasi goreng je sebab minggu depan aku ada berderet test.

Selamat mencuba!!

Wednesday, October 10, 2012

My Resepi : Cheesy Sausage Roll

Salam. Jumpa la dalam segmen masak-memasak. Ni menu sarapan pagi 2,3 minggu lepas. Tak ingat dah. Dapat resepi ni dari kakak kesayangan tapi diolah ikut suka hati aku.

Bahan-bahan :

  • Beberapa batang sosej - boleh guna sebatang untuk satu sosej roll tapi sebab aku nak menjimatkan maka aku slice tak berapa nipis.
  • Carrot - potong ikut suka
  • Chicken Meatball - optional.
  • Lain-lain inti yang dirasakan perlu.
  • Kulit popia
  • Roti yang hampir expired atau dah expired pun boleh!
  • Cheese yang keping-keping tu.
  • 1 biji telur - untuk gamkan kulit popia (atau boleh guna tepung gandum yang dibancuh air)
Cara memasak :
  1. Rebus semua inti (sosej, carrot, chicken meatball etc) sampai masak - aku goreng selalunya TAPI tanpa minyak. Healthy la konon tu...
  2. Nipiskan roti guna roller tu (tak ingat apa nama dia) - tapi pastikan roti jadi nipis supaya senang nak roll nanti.
  3. Letak cheese atas roti (selalunya aku guna setengah keping cheese untuk satu roti).
  4. Letak pulak inti yang dah direbus tadi. Roll roti bersama inti menjadi bentuk silinder.
  5. Then letak sosej roll atas kulit popia, balut elok-elok dan gamkan kulit popia supaya isi tidak terburai.
  6. Goreng hingga kuning keemasan.

Makan sementara masih panas. YUMMMYYYY!!!






Tuesday, October 9, 2012

My Resepi : Murtabak Mini

Salam semua. Hari ni dok fikir-fikir nak masak apa hujung minggu ni. Dah tanya suami dan dah ada shortlist. Maka meng"google" resepi yang mudah-mudah.

Last week, masak murtabak mini untuk sarapan pagi. Hentam saja. Lagi pun nak bagi perabis kulis popia yang beli hari tu. Tak kuasa aku nak menguli tepung bagai.

Google meng"google" maka jumpa la resepi yang mudah teramat.


Inti Murtabak :

  • isi ayam - cincang
  • carrot - potong dadu
  • ubi kentang - potong dadu
  • sosej - slice nipis (optional - aku guna sebab isi ayam sikit je)
  • serbuk kari ayam - bancuh dengan air
  • cili giling - untuk rasa pedas (optional)
  • bawang besar - potong dadu

Cara memasak (macam hebat je. hahahaha) :
  1. tumis bawang besar sampai layu. kemudian masukkan rempah menumis (bunga lawang, kayu manis, biji pelaga - aku tak letak sebab LUPA)
  2. masukkan cili giling, tumis sampai cili masak
  3. masukkan serbuk kari yang dah dibancuh, biar sampai pecah minyak. sambil-sambil tu kacau gak takut hangus.
  4. masukkan yang lain-lain. tambah air sikit kalau kering sangat.
  5. rasakan garam gula. biar sampai masak.
Bila dah masak inti, biarkan sejuk sebelum balut dengan kulit popia. Tapi sebab aku dah lambat, aku hentam je.
  1. Pukul 2 biji telur. Asingkan sedikit untuk gamkan kulit popia.
  2. Campur inti murtabak yang dah dimasak tadi dan kacau sebati.
  3. Ambil kulit popia dan letak inti. Balut inti ikut citarasa. Gamkan kulit popia dengan telur tadi.
  4. Goreng macam orang kedai goreng. Guna non-stick pan.
Kuah? Hahahaha. Tak ada. Cicah dengan sos je. Asal boleh :P

Selamat mencuba!!