Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Showing posts with label news. Show all posts
Showing posts with label news. Show all posts

Friday, July 23, 2010

Fatine Popular di UK

KUALA LUMPUR - Setelah lebih setahun berusaha, akhirnya jurusolek songsang kontroversi, Mohammed Fazdil Min Bahari, 37, berjaya mendapatkan visa untuk menetap di United Kingdom (UK).

Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh Mohamad Fadzil atau nama glamornya Fatine Young dalam entri terbarunya di laman sosial Facebook.

Entri terbarunya itu antara lain berbunyi: "Perjuangan sudah berakhir, berita baik, saya memenangi kes itu, saya boleh tinggal di UK."

Keterujaannya itu turut mendorong dia mengumumkan hal yang sama dalam laman Right To Stay Together yang dibangunkan bersama 'suaminya', Ian James Young.

Fatine, seorang lelaki, sebelum ini dilaporkan memasuki Britain dengan menggunakan visa pelawat dengan had tempoh enam bulan dan telah membuat tiga kali rayuan untuk terus tinggal di sana bersama pasangan sejenisnya.

Kisah Fatine menjadi bualan hangat setelah dia mengaku berkahwin dengan seorang lelaki Inggeris yang juga pemilik syarikat penyelenggaraan hartanah di UK, Ian, 31, dalam satu majlis sivil di Pejabat Pendaftar Derby pada Jun tahun lalu.


katahati :: bukan nak cerita pasal dia dapat visa tinggal kat UK, tapi siapa 'suaminya'... manusia oh manusia... takutnya aku dengan dunia sekarang...


salam mahabbah
salam ukhwah 
wassalam... 


lots of L♥VE

Thursday, July 22, 2010

Bagai Hidup Zaman Jahiliah

AMPANG: Bagai hidup pada zaman jahiliah, seorang bapa tergamak mengasari isterinya disebabkan kecewa wanita itu melahirkan bayi perempuan yang juga anak sulung hasil perkongsian hidup mereka.
Sejak isterinya hamil dan diberitahu doktor anak dalam kandungannya dijangka perempuan, lelaki terbabit sering memukul isterinya.

Lebih menyedihkan, selepas bayi perempuan itu dilahirkan, dia menjadi mangsa perbuatan zalim bapanya dan perbuatan itu berterusan sehingga usianya kini lima bulan.  Dalam kejadian terbaru, dua beranak itu diperlakukan dengan kejam apabila lelaki terbabit memukul bayi dan isterinya selain turut mengurung wanita berkenaan apabila mangsa cuba melarikan diri.

Menurut sumber polis, kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi, 7 Julai lalu apabila mangsa yang berusia awal 20-an ketika itu berada di rumah manakala suaminya yang bekerja sebagai pengutip barang lusuh baru pulang.

“Sebaik tiba di rumah, lelaki terbabit tiba-tiba menghampiri bayi perempuan mereka dan dalam keadaan naik angin dia melepaskan tendangan ke arah bayi itu yang berada dalam buaian.

“Bayi berusia lima bulan itu diperlakukan dengan kejam apabila dia bukan saja ditendang, malah turut ditumbuk dan ditampar bapanya sehingga cedera di badan, mata dan kepala,” katanya.

Sumber itu berkata, sambil membebel kepada isterinya, lelaki terbabit terus menerus memukul, menumbuk dan menampar bayi berkenaan walaupun cuba dihalang wanita berkenaan.

“Lelaki terbabit turut mengatakan rasa tidak puas hati dan mendoakan supaya bayi berkenaan mati selain mempersoalkan isterinya mengapa tidak melahirkan bayi lelaki,” katanya.

Sumber berkenaan berkata, isterinya yang tidak tahan perangai lelaki terbabit menghalang suaminya dan cuba melarikan diri bersama bayi mereka ke rumah ibunya tidak jauh dari situ.

“Bagaimanapun, tindakan wanita berkenaan mengundang kemarahan suaminya apabila dia sekali lagi mengamuk.

“Lelaki itu memukul dan menumbuk isterinya tanpa belas kasihan dan mengurung wanita berkenaan serta bayinya selama tiga hari dalam rumah bagi mengelak dua beranak itu melarikan diri,” katanya.

Menurutnya, bagaimanapun dua beranak berkenaan dapat melepaskan diri selepas lelaki terbabit keluar bekerja dan terlupa mengunci pintu rumah.

Ketika dihubungi Harian Metro, wanita itu yang meminta namanya dirahsiakan berkata, kekejaman suami ditanggungnya sejak hamil dan dia kurang pasti kenapa suaminya benci serta marah apabila dia melahirkan anak perempuan.

“Apapun saya bersyukur kerana suami terlupa mengunci pintu rumah. Jadi, saya dan bayi saya dapat melarikan diri ke rumah ibu yang tidak jauh daripada rumah kami,” katanya.

Menurutnya, akibat kejadian itu dia membuat laporan polis dan membawa bayinya mendapatkan rawatan di Hospital Ampang.

“Anak saya cedera di beberapa bahagian badan dan ditempatkan dalam wad Hospital Ampang selama empat hari,” katanya sambil memberitahu suaminya tidak pulang ke rumah sejak kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa.

Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan lanjut dan menjejaki lelaki terbabit yang dipercaya sudah melarikan diri.


sumber : myMetro


katahati :: bukan ke Islam mengangkat martabat seorang wanita... manusia, manusia...

salam mahabbah
salam ukhwah 
wassalam... 


lots of L♥VE

Jersi Haram

KUALA LUMPUR – Pemakaian jersi bola sepak atau sebarang pakaian yang memiliki lambang salib, jenama arak dan imej syaitan adalah haram hukumnya dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik. Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot berkata, perkara tersebut ditegah oleh Islam dan perbuatan mengabaikan hukum yang sudah jelas boleh membawa umat Islam ke arah syirik. Beliau berkata, memakai baju seperti itu walau apapun alasannya menunjukkan umat Islam seolah-olah mengagung-agungkan dan memuliakan lambang agama lain.

“Semua mengetahui hukum ini dengan jelas, ia adalah haram dan jangan beri alasan untuk menghalalkan perkara tersebut. 
“Dalam hal ini, Islam tidak ada kompromi sama ada ia dibuat atas nama hiburan, fesyen mahupun sukan,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! Ahad baru-baru ini.

Beliau mengulas trend menyarung jersi di kalangan remaja dan golongan dewasa masa kini yang secara terang-terangan memiliki lambang salib atau jenama arak di baju mereka.
Trend itu sudah agak lama berlaku di negara ini namun semakin popular semenjak demam Piala Dunia melanda bermula awal tahun ini.
Antara jersi pasukan negara atau kelab yang tertera lambang salib atau imej syaitan adalah Brazil, Portugal, Sweden dan Norway, Manchester United dan Barcelona.

Nada yang sama turut diluahkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Beliau berkata, perbuatan memakai baju seperti itu hanya menjurus ke arah dosa dan boleh mengakibatkan syirik kepada Allah. Jelasnya, pakaian yang mempamerkan lambang agama lain mahupun mempunyai imej syaitan dan jenama arak dilihat seperti mengangkat martabat lambang itu lebih tinggi berbanding Islam. Menurut Harussani, Islam tidak menghalang umatnya untuk berfesyen atau bersukan namun ia perlu dilakukan dalam ruang lingkup syarak seperti menutup aurat dan tidak membazir.


sumber : KOSMO

salam mahabbah 
salam ukhwah 
wassalam... 



lots of L♥VE

Friday, July 16, 2010

Hukuman Gantung

Apa perasaan korang kalau dengar ayat ni, " tiada hukuman lain selain daripada hukuman MATI"
aku yang dengar pun rasa macam seram sejuk okey...

berita lanjut, baca myMetro


katahati :: jangan la cuba2 untuk terjebak dengan dadah, menyesal tak sudah... kesian makbapak tau bila tau anak kena hukuman gantung. =(


salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam...



lots of L♥VE

Thursday, April 29, 2010

di mana saya???



p/s: sila baca
dah tak tau nak komen apa.
sian baby tu
tapi okey la kan drp tinggal kt tong sampah. huh!


p/s: kpd2 kamu yg tak kawin lagi, jgn la gatal2 g "buat" anak
sekali perut dah ke depan baru ternganga... aaaaaa...
guna akal okey?
bukan nafsu!



salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam


Thursday, April 22, 2010

entah apa nak jadi

blogwalking lepas lunch... then singgah kt satu blog ni.. x ingat sapa punya. ada link ke Utusan Malaysia Online. aku pun klik la kt link tu... tersentap baca tajuk dia.. mengucap panjang. TAKUTnya..
korang nak tau pe citer dia??? 
baca la berita  ni..
harap2 family aku jauh dari segala bahaya... 
benda tu pun kira bahaya tau. mengancam keselamatan dan kesihatan!

okey... tu je. banyak keje nak buat..


salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam..

Tuesday, January 5, 2010

promosi... promosi... promosi...

promosi istimewa buat pembaca2 yang mengalami masalah kerabunan tetapi amat berat untuk "menghulur" duit kepada optometri terdekat anda...

saya ada jalan penyelesaian... sila ringan2 kan kaki anda berkunjung ke UiTM kampus Jalan Othman, PJ kerana pelajar2 optometri di sana mengalami masalah kekurangan patient. tetapi!!! saya tidak pasti sama ada promosi yang ditawarkan kepada saya hanya terhad kepada pelajar UiTM sahaja atau para pelajar sahaja atau sesiapa sahaja... harap maklum tentang perkara itu...

itu saja bebelan saya untuk kali ini... saya juga dalam usaha mencari masa terbaik demi memenuhi jemputan sahabat lama... kalau difikirkan masa, insyaAllah ada... tetapi bila difikirkan transport... banyak kali saya kena fikir... honestly nak gtau pembaca semua, saya TAK TAHU nak naik public transport... bukan nak kata diri ni anak orang senang or whatever... tapi saya ni TAKUT tempat2 saya tak biasa... agaknya itu la sebab nape saya tak sambung belajar oversea... hehehe...

to my dear friend wani azhar,
thanx for the promotion... mcm2 tau je skg ni daku mengalami kerabunan dengan silau yang tinggi... dugaan...


salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam...


Thursday, October 1, 2009

gegaran

citer semalam tapi baru ari ni ada mood nak publish dalam blog..

GEGARANJustify Full
hehehe... pe yang bergegar???

saya merasa gegaran lewat petang semalam... sungguh... saya tidak dusta... lebih kurang jam 6ptg... begini citernya... ptg tu rasa malas nak turun DC untuk membeli makanan... jadi lepas mandi dan solat asar, on laptop... dh lebih kul5... so blh layan FB sambil blog walking... tgh dok syok blog walking, tiba2 rs kerusi yang saya duduk tu bergoyang sedikit... firasat kata mainan perasaan jer... so malas nak layan even dalam hati dah terpikir "nth2 ada gempa bumi kt indonesia..." bila ltk tgn atas meja pun teras bergegar... tapi wat bodoh jer... tibe2 terbaca post myra kt FB... hah!!! dia pun terasa gegar... dia kt level6, sy kt level4 blok yang sama... sah!!! saya tidak bermimpi... then pja n another kwn myra (kt bangi) pun komen kata terasa gegar gak... n pja kata mmg ada gempa bumi kt sumatera, indonesia... FUH!!! first time merasa gegaran begitu... korang rasa x???? especially kt pantai barat semenanjung la... tapi DIA kt johor x rasa pun sbb masa tu DIA dok bz dlm kebun... huhuhu...

key laaa... tu jer nak citer sal gegaran... lum bc newspaper lagi ari ni... so x leh nak bebel pjg2 sal gempa bumi tu...


salam ukhwah...
salam mahabbah...


wassalam...


Saturday, July 25, 2009

second update

Tindakan drastik UiTM bendung wabak selesema babi



PELAJAR UiTM Shah Alam berbaris menunggu bas untuk balik kampung selepas pihak universiti mengumumkan cuti semester lebih awal ekoran wabak H1N1 semalam.



SHAH ALAM - Universiti Teknologi Mara (UiTM) terpaksa mengumumkan cuti pertengahan semester lebih awal kepada kira-kira 140,000 pelajarnya meliputi 13 daripada 14 cawangan universiti itu di seluruh negara bermula Isnin ini sehingga 2 Ogos ekoran wabak H1N1 atau selesema babi.
Keputusan itu bermakna para pelajar UiTM hanya mendapat cuti selama seminggu berbanding 11 hari mengikut kalendar asal sesi pengajian yang dijadualkan selama 11 hari dan sepatutnya bermula dari 17 hingga 27 September ini.
Cuti itu tidak melibatkan kakitangan universiti dan pelajar kampus UiTM Lendu, Melaka yang perlu kembali menyambung pengajian pada Isnin ini.
Kampus itu ditutup dari 16 Julai hingga semalam ekoran H1N1 dan ia dianggap sebagai cuti pertengahan semester.
Naib Canselornya, Prof. Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah berkata, keputusan bagi 13 lagi kampus itu terpaksa diambil berikutan penularan wabak selesema babi semakin membimbangkan sehingga mengakibatkan empat kampus UiTM di Melaka, Perak, Pulau Pinang dan Terengganu ditutup.

ikhsan berita : KOSMO online
25julai2009
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
alkisahnya penutupan UiTM... dan pe yang diceritakan dalam akhbar online KOSMO ini adalah sama dengan pekeliling yang saya baca malam tadi... dan ini amat merunsingkan saya...
wasalam...