Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Showing posts with label All Around d World. Show all posts
Showing posts with label All Around d World. Show all posts

Saturday, January 7, 2012

Vietnam 2011 : Day 3

Salam semua. Akhirnya keluar juga cerita Vietnam ni. InsyaAllah ini episod terakhir. Memandangkan aku dekat Vietnam cuma 3 hari 2 malam sahaja. Memang tak puas shopping sebab masa singkat sangat dan juga sebab aku bawa duit sikit je T___T






Flight balik Malaysia pukul 4 petang kalau tak salah aku. Jadi ada banyak masa before check out hotel pukul 12 tengah hari. Dekat Ben Than tu sempat juga la beli kain ela yang bidang kecik (aku frust gila kot!), bedsheet yang super duper comfy. Memang syok la bedsheet tu. Tapi tak pakai lagi. Tunggu hari istimewa. HAHAHA.



pagi-pagi lagi dah menuju ke Ben Than Market. sebabnya tak pernah pergi lagi. tapi masa ni tak breakfast lagi. LAPAR.

lorong depan hotel.

Ben Than Market. Tapi sebelum tu breakfast dekat Tutti Fruti dulu. Makan chips je pun. Kebetulan hari tu adalaha hari lahir abang ipar aku.

little boy sedang memilih hadiah. sebab dia sorang je tak dapat apa-apa lagi. kesian dia. tapi dia memang tak reti nk minta-minta ni. bagus sangat la kan?

makteh jue sedang mengirai duit. aku baik hati belikan kain ela untuk diri sendiri 2 helai, ibu, kakak dan adik aku. tapi  yang tak best, kain ela tu bidang kecik! hangin betul aku. dah la potong tak cukup meter.

scary electric cables there. berselirat kot. macam mana agaknya kalau bekala eletrik putus. nak betulkan kabel yang mana?

missjue dan 2 troli sarat dengan bag. pergi luggage 50kg. balik dah jadi 90kg. hahahaha

airport di vietnam

kakak dan adik in action.

adik saya, kakak saya, anak sulung kakak saya, dan saya sendiri.




Thursday, December 29, 2011

Vietnam 2011 : Day 2 (Part 2)

Alhamdulillah. Akhirnya rajin juga aku nak teruskan cerita jalan-jalan dekat Vietnam. Untuk yang ketinggalan episod pertama dan kedua, boleh klik link di bawah :




Kisah ni kesinambungan daripada cerita Vietnam 2011 : Day 2 (Part 1). Lepas dah penat lebih setengah hari dekat ChuChi Tunnel tu, kami pun dibawa pergi makan tengahari dekat mana entah tempat dia, Kalau ikutkan dekat je dengan hotel kami tapi disebabkan traffic dekat Vietnam yang sangat menakutkan aku, maka perjalanan tu amat memakan masa. Apa yang aku makan untuk lunch hari tersebut? Aku pun tak berapa ingat. Yang pasti makan nasi putih dan lauk pauk yang dimasak ala-ala melayu. Dan tuan punya kedai tu punya seronok kami singgah kedai dia, dan dia cerita anak dia belajar dekat Malaysia. Aku tak ingat universiti apa. Rasanya Lim Kok Wing University. Tak pasti sangat tapi yang pasti memang IPTS la. Gambar dekat kedai makan tak ada sebab aku dah kebulur sangat. Orang lain pun sama gak. HAHAHAHA.

Lepas dah makan tu, kami pergi solat dekat apa entah nama dia. Tapi dekat dengan hotellll... Arggghhhhhhhh. Aku dah tak ingat semua benda. Lepas dah solat jamak dekat masjid tu, tibalah masa untuk mengirai duit. Tourist guide tu bawa kami ke tempat jual kain. Kebanyakan peniaga dekat situ semua berbangsa cina dan hanya tau bercakap bahasa tempatan. Bahasa cina pun diorang tak fasih sangat. Jadi agak susah nak membeli belah di situ. 

Seterusnya, korang tengok gambar je boleh? Dah hilang sikit ingatan aku pasal cuti-cuti Vietnam hari tu.





my bonda and her friend were caught in action. banyak gila kain kan? boleh jadi gila.
lagi-lagi sebab sorang cakap itik, sorang cakap ayam. ahahahaha.

abang iparku berbual dengan mat saleh yang dah dok vietnam lebih 10tahun.

Pemandangan di sekitar tempat pasar. itu van yang kitorang naik. heheh

pasar malam di luar Ben Than Market.

cantikkan lampu tu? rasa macam nak beli tapi tak beli pun sebab tak tahu nak letak dekat mana.
lagi pun membazir elektrik la.

macam-macam jenis makanan ada. ada yang nampak ok. ada yang nampak pelik.

buah pun macam-macam ada. saiz berganda dari saiz dekat malaysia.

OK. Tamat untuk hari kedua. Hari ketiga akan menyusul kemudian hari.




Thursday, December 22, 2011

Vietnam 2011 : Day 2 (Part 1)

Cerita kesinambungan dari entry Vietnam 2011 : 26 - 28 November 2011.

Untuk Vietnam 2011 : Day 2 ni aku terpaksa bahagikan kepada 2 bahagian. Sebabnya terlalu banyak gambar nak kena belek dan pilih. Dan aku terlalu malas nk edit semua gambar. Ni pun kebetulan dah selesai urusan baca-baca email, maka tiba-tiba terrajin nak edit gambar dan update blog. Maka terhasil la entry ni. Macam entry sebelum ni, aku malas nak cakap banyak-banyak. Jadi aku letak gambar je yang tak berapa banyak.

***************************

Back to story. Hari kedua di Vietnam Subuh awal gak dalam pukul5 lebih kalau tak salah aku. Dah lupa dah. Kiranya pukul7 tu dah terang benderang. Tapi disebabkan tak tingkap dekat bilik hotel tu, maka aku tak nampak matahari dah naik ke belum. Malam sebelum tu abang ipar aku dah order sarapan dari Kedai Basiroh depan hotel tu. Yang seronok dekat Vietnam ni, kalau malas sangat nak pergi cari kedai makan order je dari kedai yang korang tahu then orang kedai tu akan hantar sampai ke bilik hotel. Kena extra charge ke tau, itu aku tak tahu sebab Kedai Basiroh yang kitorang dok pergi makan tu memang betul-betul depan pintu hotel. Syok kan? Tapi aku tak order sebab konon-konon nak jimat duit untuk shopping. Dan aku bersama adik aku dan anak buah aku sarapan meggi berserta oat dalam bilik. Kenyang gak.

Agenda pagi tu nak ke Chuchi Tunnel. Aku tak tahu ejaan dia macam mana. Tapi rasanya betul la kot tu. Jauh gak Chuchi Tunnel tu. Dekat sejam perjalanan. Atau mungkin lebih. Sampai sana terus la masuk tempat bersejarah tu.

pass masuk. 

ENTRANCE

Sebelum pergi tengok tempat-tempat lain. Kena duduk dekat dewan ni, dengar tentang sejarah Vietnam. Apa yang aku dapat? Jangan tanya. Sebab aku bukanlah si pencinta sejarah T__T

ada berani? antara perangkap yang digunakan dulu. ngeri weiii. aku tengok pun jauh-jauh.
buat orang tolak-tolak tak kena mahas kalau jatuh?
Tapi semua perangkap memang gila takut. boleh mengundang maut. memang itu tujuannya pun kan?

ni apa benda la orang dok kerumun ni? tak ada apa pun.

tiba-tiba muncul kakak ni entah dari mana. HAHAHA. ni bukan magic show ok?
ini antara tempat persembunyian mereka. TAPI khas untuk orang kecil molek.
Kalau aku yang cuba masuk masa ni, mahu tersekat dekat tengah-tengah kot. ngee~

ni kereta kebal apa entah aku pun tak pasti. syok dok bergambar je aku dalam tu. sebab kitorang pergi pun tak ikut agent. driver yang bawa tu pun macam tahu tak tahu je sejarah vietnam. heheheh.

selingan. makhluk ciptaan Allah. tengah-tengah dok syok snap sana sini ternampak ulat gonggok ni. besar ok? panjang lebih kurang macam pembaris 15 cm tu. panjang kan?

The Rice-Paper and Rice Wine House. 

Makcik si tukang masak rice paper. hari-hari kerja dia masak rice paper ni. Aku tak sure boleh makan free atau kena bayar. sebabnya aku tak rasa.

Rice paper sedang dijemur. Untuk apa? Aku tak tahu. HAHAHAH. Semua benda aku tak tahu.


Berhenti makan. Memang puas hati. sebab FOC. HAHAHAHA.


Zoom gambar ubi kayu rebus bersama kacang tumbuk campur gula. dinikmati bersama teh yang menyegarkan. memang sedap tambah-tambah sebab perut lapar teramat. 


TAMAT. Boleh beredar. hingga berjumpa lagi di Vietnam 2011 : Day 2 (Part 2) di masa akan datang.




Saturday, December 17, 2011

Vietnam 2011 : 26 - 28Nov 2011

Note : Aku tak larat nak bebel banyak2. Tengok je la gmbar ye? Tapi tak banyak gambar mana pun masa Day 1. Sebabnya sampai Vietnam dah petang. Terus melepak dekat bilik hotel. Lepas Isyak baru keluar (isyak lebih kurang jam 6.30 petang. heheheh). Dan malam tu nak pergi jalan-jalan dekat pasar depan hotel pun sekejap je. Hujan laaaa. T___T

Vietnam 2011 : Day 1

Arrival. Aku lupa nama airport tu. Keluar airport, staff dari hotel dah siap tunggu dengan van. 

super girl in action. HAHAHAHA. Adik aku yang snap gambar ni. Semua orang tak lepas imigresen lagi. Aku yang dah lepas pun pergi la cari bag kitorang yang sebanyak 6 beg tu.

Hotel penginapan. Mostly Malaysian yang pergi Vietnam dok kat hotel ni. Sangat cantik dan bersih. Cuma USD30 per night (kalau tak salah aku). Murah kan?

Zoom signboard hotel. Salin no phone tu, senang nak book hotel ni kalau nak pergi. 


Dalam bilik hotel. Macam hotel 5 bintang okay? Sangat puas hati.


Kedai Basiroh. Betul-betul depan hotel. Kedai ni ada jual makanan HALAL. Memang kitorang makan dekat sini je. Senang cerita. Malam tu ada gak pergi restoran yang Farah AF pergi dalam Rasa Halal Orient Vietnam tu, TAPI servis very poor okay? Mentang-mentang la kitorang datang semua selekeh-selekeh, boleh dia amik order half way, pastu pergi layan guest mat saleh yang baru masuk. Angin tak? Nak tunggu dia amik order pun dekat 10 minit. So, kitorang decide makan je dekat Basiroh ni. MUDAH dan MURAH.





Saturday, November 19, 2011

Brisbane, Australia

Salam petang Sabtu semua!

Aku pasti semua sedang mengadap TV menonton perlawanan Malaysia dan Myanmar. Bukan? Aku melepak di dalam bilik menikmati petang yang amat tidak berangin. Jangan tanya kenapa aku tak turut serta menempek depan TV menonton bola. Aku bukan saja kaki bangku, malah aku memang pasif dalam permainan. Zaman sekolah aku pernah menyebabkan pasukan lari 4x100m sekolah aku mendapat tempat tercorot dan aku juga pernah cuma menjadi permain simpanan untuk perlawanan bola baling antara sekolah. Sejak itu aku mengisyhtiharkan NO to ourdoor games + aku konon-konon puteri lilin. HAHAHA.

Okey. Stop pasal bola or what so ever. Ada benda lain nak bebel dekat semua. Mari kumpul ramai-ramai dengar missjue membebel petang-petang ni.

Sebenarnya aku baru pulang dari kenduri kahwin dua pupu (bukan kupu-kupu) dekat Ampang. Apakah itu dua pupu? Macam cousin tapi cousin berkongsi datok dan opah/nenek, dua pupu berkongsi moyang. Paham? Tak paham tak apa, UPSR PMR dan Bahasa Malaysia SPM pun dah lepas. 

Congratulation kepada kak liana dan suami. Kamu cantik sangat tadi! Dan wedding yang super duper grand (bagi aku). Biasalah, kalau pergi kenduri kahwin mesti jumpa ramai teramat saudara sampai kamu sendiri bertanya, "eh, ni siapa ek? nak panggil apa ek?". Okey. Aku macam tu. Family terlalu ramai. Golongan tua-tua kenal sesama mereka tapi generasi aku? Generasi anak buah aku? HUHUHU. 

Berjumpa dengan seorang makcik aku. Dia sepupu ayah. Anak dia dua pupu aku. Kami jumpa di surau semasa hendak menunaikan solat zohor. (kakak dua pupu aku tu kahwin dia dewan. FYI). Sembang biasa-biasa. Then tiba-tiba makcik aku kata, "kuju (ni nama glamour di kalangan saudara mara sebelah arwah ayah) tak nak pergi Australia ke?" Aku terkedu. Tak pernah terlintas. Terus teras macam excited. Eh, best apa dapat pergi oversea. Korang suka? AKU SUKA!

Makcik aku sambung lagi, "wan yang beli tiket untuk Hazwan RM500 je Airasia. Dia pergi disember balik januari nanti."

Okey. Makcik aku ni ada anak study dekat Australia. So si Hazwan tu baru lepas SPM, jadi makcik aku bagi la dia pergi Australia teman kakak dia yang sulung tu. Aku bertambah excited. RM500?? Bestnya! 

TAPI. Aku banyak sangat perancangan tahun ni dan tahun depan. Lagi-lagi aku dah kerja sekarang. Kalau nak pergi Australi mahu kena pergi 4,5 hari kan? Baru puas jalan. Sambil-sambil sembang aku bercongak-congak dalam hati. Makcik aku kata lagi, "Oooo.... kuju nak kahwin tahun depan kan?" T____T

Terima kasih makcik kerana memahami. Kalau aku tak ada plan nak kahwin, boleh juga pergi masa cuti new year nanti. Keluar duit flight dengan duit belanja dekat sana je. Hotel tak payah fikir sebab ada dua pupu kan dekat sana. 

Tapi, bukan rezeki aku. Tunggu bakal suami sponsor lepas kahwin nanti kot. HEHEHE. Apa-apa pun, aku memang suka melancong. Ikut arwah ayah.

Tu je aku nak cerita petang ni. Selamat berhujung minggu semua! Semoga Malaysia dapat kalahkan Myanmar.





Sunday, October 30, 2011

Musim Haji Kembali lagi

Salam Malam semua. Sebenarnya dah lama sangat nak cerita pasal musim haji ni. Sejak dari kumpulan pertama  bakal haji berangkat ke tanah suci. Tapi almaklum lah, tanggungjawab lain mengatasi segalanya.

Sebenarnya aku bukan nak bercerita tentang rukun Islam ke-5 tu tapi lebih kepada kerinduan aku pada Tanah Suci itu. Bila orang nak pergi Mekah untuk haji atau umrah, orang yang kena tinggal tu mesti rasa sedih kan? Tapi orang yang nak berangkat ke Tanah Suci tu, hati mereka berbunga gembira. Siapa tak seronok dapat jadi tetamu Allah kan? Dapat beribadat bersama jutaan umat Islam dari seluruh pelusuk dunia. Kalau yang tak pernah pergi, mesti ada keinginan nak pergi kan? Kalau yang dah pernah pergi, kalau ada kesempatan tiap-tiap tahun nak pergi. Kalau boleh tiap-tiap bulan nak pergi. Boleh ke?

Khamis lepas dah umumkan yang Raya Haji di Malaysia akan disambut pada Hari Ahad ( 6 November 2011), jadinya hari wukuf di Arafah adalah pada hari Jumaat. Jadinya hari Isnin tu dapat extra cuti. YEAAAAYYY. Pakcik aku telah selamat terbang ke Mekah semalam. Dia pergi lambat sebab dia guru pembimbing. Jadinya, aku di kejauhan ni berdoa agar semoga jemaah Malaysia yang berada di Mekah dapat menunaikan fardhu Haji dengan tertib. 

Sebelum aku key-off, aku tinggalkan korang semua dengan gambar-gambar masa aku pergi Umrah pertengahan tahun hari tu.












 Suasana pagi yang damai. Dan sangat nyaman.


 Rindunya saat bersolat sunat di hadapan Hijir Ismail selesai menunaikan tawaf.