salam untuk semua...
dah berapa hari saya x online... dah x tau nak menulis cmne... huhuu... byk bnd nk citer dlm entry ni, hope korang x bosan la baca bnd yg nthpe2nth.
1. suratan atau kebetulan
2minggu lepas saya dapat result for last semester. Alhamdulillah... DIA tahu apa yang saya mahukan dan DIA beri saya peluang itu lagi... THANX ALLAH... bila dapat result tu, 1001 perasaan dalam hati ni. sedih, gembira, terharu, mcm2 lagi la... saya asyik berfikir adakah semua yang jadi ini satu suratan atau kebetulan??? tapi saya teringat kata2 bonda ttg perginya arwah ayahanda... kata bonda, "sakit ayah tu adalah satu alasan yang diberi Allah sebelum perginya dia menemui Penciptanya." paham x maksud saya?? sebagai contoh, ayahanda saya meninggal kerana sakit. dan sakit itu adalah "sebab" kepada kematian itu kerana kematian itu sememangnya telah ditetapkan oleh Allah. Saya rasakan perkara sama terjadi pada saya, perginya ayahanda adalah "sebab" kenapa result saya x cemerlang masa semester 3. dan saya yakin bahwa setiap yang terjadi ada hikmahnya dan saya percaya bahwa saya masih ada peluang utk melihat bonda saya gembira lagi. Saya dapat lihat perbezaan pada riak wajah bonda bila saya mendpat DL dan bila result saya hnya sekadar lepas 3.0... pe2 pun Terima Kasih Penciptaku kerana masih beri peluang pada saya untuk beri kegembiraan pada bonda...
2. holiday
15-20dis 2009 saya bercuti @ balik kampung bersama ahli keluarga yang lain seramai 16 orang semuanya. Saya menghabiskan masa selama 6hari 5malam di kampung tanah tumpah arwah moyang saya dan dalam masa yang sama berjumpa saudaramara yang tak pernah bertemu. Percutian yang sangat best sehingga x mampu nak diluah dengan kata2... gambar akan di update kemudian =)
3. fobia
sebelum saya bertolak pulang ke rumah dari bercuti panjang, bonda mendapat panggilan dari kawannya. anak kawan bonda terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan 2nyawa anak muda berusia 21thn. utk berita lanjut sila selak mana2 akhbar tempatan bertarikh 21dis09. jadi semalam saya, little sist bersama bonda dan teman2nya menziarah anak kawan bonda di hospital raja permaisuri bainun, ipoh. pada mulanya, saya seperti biasa. tapi bila mendgr anak kawan bonda mengerang kesakitan, hati saya diragut pilu. kolam air mata mula bertakung. terasa panas mata kerana menahan tangisan. tamat waktu melawat, saya bersalaman dgn kawan bonda dan dia berpesan sesuatu pada saya. ibarat pesan sorang ibu pada anaknya. melihat pesakit2 di hospital membuatkan saya terkenang arwah ayahanda yang jauh di mata. teringat hari2 terkahirnya di HKL. 3bln pertama 2009 mengajar saya erti kehidupan yang saya tak kan dapat di tempat lain. malam2 saya berteman air mata, walau bukan kesakitn yang saya rasai tapi melihat insan kesayangan saya berdiam menahan sakit membuatkan hati saya diragut pilu. kalau boleh, saya nak ganti tempat arwah ayahana. saya nk dia senyum, ramahmesra melayan setiap tetamunya. dan saat ini saya terlalu rindukan dia...
tu je cerita saya.
Al-Fatihah untuk mangsa kemalangan jalan raya tersebut. semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh.
salam ukhwah
salam mahabbah
wassalam....
No comments:
Post a Comment