Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Friday, September 16, 2011

Peluang yang terpaksa dilepaskan.

AWAS!! Entry panjang =P

Bukan semua yang kita inginkan akan jadi kenyataan. Kadang-kadang benda tu dah ada depan mata pun, kalau Allah dak takdirkan bukan milik kita benda tu maka tak dapat la kita memilikinya. Sama la macam kes aku. Peluang dah ada depan mata cuma jalan ke arah peluang tu aku tak berapa yakin maka dengan rasa berat hati lagi terpaksa, aku lepaskan la peluang tu. Semua yang bakal aku coretkan adalah untuk kenangan aku kemudian hari. Kalau ada sesiapa yang rasa tak senang dengan luahan hati aku ni, jangan segan silu tinggalkan page ni. Catatan ni bukan nak menagih simpati sesiapa. Harap maklum dengan perkara ni.


Bagi yang mengikuti blog aku (ada ke?) tentu tahu tentang segala kekusutan aku sama ada nak sambung master atau terus kerja. Kisah aku terfikir nak sambung master semuanya bermula bila head of program masa aku degree dulu mencadangkan aku untuk sambung master ke luar negara.WOW!! That was interesting. Siapa tak nak kan? Maka bermula la aku menjadi keliru sama ada belajar sampai master atau jadi master. Maka aku pun bercerita dekat mak aku dan terhebah la cerita tu dekat kaum keluarga. Maka semua menggalakkan aku cuba nasib. Jadi kakak aku dan abang ipar aku menjadi orang paling banyak memberi semangat kepada aku. THANK YOU SO MUCH. Diorang bawa aku pergi jumpa agent dekat Subang. Area Taylor's College tu. Then lepas discuss dengan family semua, aku pilih 2 univeristies dan kedua-duanya di UK. Aku tak kisah mana-mana cuma aku tak nak dekat tengah bandar besar. Maklum la, dibesarkan di kampung jadi aku lagi suka suasana kampung. Lagi-lagi kalau dekat UK tu, lagi aku suka suasana "kampung"nya (gaya macam pernah sampai UK je kan?).


Lepas dah decide nak pilih universiti mana, bidang mana maka aku dinasihatkan untuk seat for IELTS. Semua benda pasal kisah aku nak pergi ambil IELTS tu, korang boleh recall balik dengan baca entry-entry dekat SINI. Tapi sebelum agent tu apply kan univerisiti tu untuk aku, amik masa juga la aku nak prepare semua benda. Berulang-alik ke Shah Alam entah berapa kali pun aku tak ingat. Rasanya adalah dalam sebulan lebih baru aku sediakan semua dokumen yang agent tu perlukan. Sebenarnya, masalah yang membuatkan proses tu agak makan masa sebab aku macam bengap sikit nak tulis Personal Statement. Kalau aku expert bab merapumeraban tu, memang cepat la siap personal statement tu. Jadi bila agent tu dah tolong applykan untuk aku, aku pun dah sibuk jadi RA dekat UiTM Shah Alam. Dalam sebulan atau lebih lepas tarikh agent tu hantar application form tu, dah dapat feedback. Agent tu call dan bagitau aku dah dapat Conditional Offer dari 2 universiti yang aku apply. Masa tu memang dah berkaca mata ni. Rasa macam tak percaya. Memang rasa bersyukur sangat. Dan agent tu minta aku email result IELTS secepat mungkin lepas aku dapat result IELTS untuk hantar balik ke universiti tersebut supaya diorang boleh keluarkan Unconditional Offer untuk aku. 

Apa beza Conditional dan Unconditional Offer? Conditional Offer tu maknanya dia dah offer dekat kita tapi ada syarat-syarat kemasukan yang kita tak lepas lagi. Macam dalam kes aku, aku tak hantar result IELTS lagi maka kiranya aku macam tak lepas syarat lagi. Jadinya lepas dah pass semua syarat kemasukan tu, baru la diorang boleh keluarkan Unconditional Offer. Offer yang memang confirm diorang dah pilih kita untuk masuk universiti diorang tu. 


Bila dah dapat Unconditional Offer, terus aku apply sebanyak mungkin biasiswa yang ada. Tapi tak banyak pun, aku apply 4 je kot. Yang agak bernasib baik adalah biasiswa MARA. Sebab aku dapat pergi assessment sebelum ditapis untuk interview. Kira macam tapisan tahap pertama la kot tu. TAPI nasib buka berpihak pada aku. Aku tak lepas assessment tu. Orang kata,"kau ni tak cukup kuat kot psychology nya". Mungkin la kot. Aku ni kan kadang-kadang emo entah macam hape. HAHAHAHA. 


Tengah aku sedih sebab aku tak dapat MARA tu, aku dapat call daripada agent yang bagitau aku dapat offer scholarship dari Kingston Universiti. YEAAAYYYYY!! Masa dapat tau memang lagi sekali aku syok nak mampus. Rasa bahagia sangat sebab memang ramai orang suggest dekat aku suruh apply scholarship daripda universiti tu sendiri tapi aku ingatkan susah nak dapat maka aku pun tak ada lah nak mengharap sangat sebab ingat biasiswa dekat negara sendiri lagi senang nak dapat. MUAHAHAHHA. TAPI bila agent tu kata, scholarship tu hanya cover 1/3 tuition fee terus aku terdiam. Tak tahu nak cakap apa. Hilang semua keseronokan yang sekejap tadi.  


Esoknya, masa aku kerja ibu call. Tanya itu ini pasal scholarship tu sampai aku dah menangis masa cakap dengan ibu tu. Aku rasa sedih sangat sebab aku tengok ibu macam berharap sangat aku dapat pergi sana. Maka terhasil entry yang aku tulis dengan penuh emosi disertai dengan linangan airmata ni. Klik SINI. Aku lagi la nak sangat pergi tambah-tambah cerita pasal aku tu dah heboh satu malaya


Tapi disebabkan aku tak dapat MARA tu, maka aku atur plan untuk masa depan aku. Kalau bukan aku yang mencorak masa depan aku tu, siapa lagi kan? Nak tahu apa aku plan untuk diri sendiri? Baca SINI


Jadi mencuba untuk biasiswa JPA. Yang tak boleh blah masa mohon biasiswa JPA ni, aku pergi hantar 2 permohonan terus. Gila tamak kan? Aku ingatkan boleh tapi rupa-rupanya tak boleh sampai pegawai tu call aku dan tanya kenapa hantar dua dan antara dua tu yang mana satu aku nak. Dan disebabkan aku hanya baru dapat Unconditional Offer dari GCU maka aku pilih la yang tu. Tapi biasiswa JPA ni agak membuatkan aku sedikir tension. Agak lambat nak tahu feed back dia. Letih aku asyik nak call JPA. Maaf la kalau ada orang bahagian biasiswa JPA yang baca blog aku ni. Tapi memang sampai satu tahap aku rasa dah fedup. HUHUHU. 


Dan akhirnya bila aku berjaya menembusi talian JPA, pegawai JPA tu macam berat hati je nak bagitau aku dapat ke tak. Aku memang la kalau boleh nak dapat biasiswa tu walaupun aku tak lepas syarat minima tapi apalah salahnya bagitau kata,"maaf ye dik permohonan adik tak berjaya". Walaupun aku pasti aku frust tertonggeng-tonggeng tapi tak ada la aku ternanti-nanti jawapan yang tak pasti. Macam nak tunggu pakwe cakap,"would you marry me?".

Jadinya lepas tu, aku terus tak fikir nak pergi UK tu. Bukan sebab putus asa walaupun adalah sikit-sikit tapi aku tak nak bagi harapan dekat orang yang mengharap aku berjaya ke sana. Tu paling buat aku sedih. Bila orang mengharap kita tapi kita kecewakan mereka T____T  Aku tak minta mana-mana pinjaman sebab aku rasa macam tak berbaloi untuk meminjam sehingga melebihi RM100k++ untuk belajar di luar negara. Aku tanya banyak orang, diorang pun nasihatkan untuk tidak meminjam untuk sambung belajar di luar. Kalau bidang kritikal macam perubatan, farmasi etc2 mungkin ada pertimbangan kot. Bidang aku bukan bidang kritikal jadi tak apa la. Aku anggap bukan rezeki aku untuk belajar di luar negara, mungkin rezeki aku untuk melancong ke luar negara je kot. AMIN. Mari sama-sama menabung. Nak pergi Korea! Nak pergi Jepun! Nak pergi UK! Nak pergi New Zealand! Nak pergi Australia! Nak pergi Vietnam! Nak pergi Belanda! Nak pergi Mekah (lagi)! <<--- ni bukan setakat nak pergi, nak dok sana terus boleh dak???


Aku pun teruskan life aku sebagai RA sampai lah dalam pertengah bulan 7 aku dapat panggilan interview dekat Puchong. Masa tu macam excited juga la sebab dah lama sangat tak dapat interview. Tapi aku dalam dilema juga la sebab lecturer aku macam dah booking aku untuk sambung master dengan dia. Siap dah bagitau plan apa perancangan dia kalau aku sambung master dengan dia. HAHAHA. Belum interview dah fikir macam tu kan? Tapi kawan aku kata dia yakin aku dapat dan seorang junior kata aku mungkin aku sambung master dekat dalam Malaysia je. Maka pergi la aku interview tu hari Jumaat dan dia suruh aku datang second interview hari isnin. Masa tu, kakak aku dah kata, "ada 2nd interview macam dapat je." Aku tak tau nak cakap apa-apa cuma mengharapkan terbaik. Seminggu lepas interview, dapat call kata aku dapat post tu. ALHAMDULILLAH. Masa tu berat hati nak bagitau lecturer aku. Dia pun antara nak lepaskan aku ke tak. Sebab dekat 8 bulan juga la aku kerja dengan dia. 

MAKA, sekarang ni aku masih berada di Malaysia. Bertapak di Puchong. Menimba pengalaman bekerja di Puchong. Sampai bila? Aku tak pasti. Cuma Allah ada jawapan untuk aku. 


Sebelum aku pergi interview, jumpa head of program masa degree. Cerita dekat dia pasal nak pergi interview apa semua. Then dia cakap dekat aku, "saya lagi suka kalau awak belajar. sampai phd lagi saya suka." WAWAWAWAAAAAA. Sedih. Dia memang banyak sangat tolong aku sebab tiap-tiap semester memang muka aku la mengadap dia minta tambah subjek. 


Ingat lagi masa aku tak dapat MARA tu, dia suruh aku try cari universiti dekat US atau Germany. Dia kata kalau US, universiti diorang banyak bantuan untuk pelajar dan Germany pulak sebab yurang adalah PERCUMA. 


Okay la. Aku dah melalut banyak sangat ni. Harap korang tak bosan dan tak mengata. Semua ni untuk kenangan aku akan datang. Dan semua dalam wordless wednesday hari tu juga untuk kenangan aku nanti. 



pesanan : Salam Hari Malaysia (16Sept) <<<--- sama tarikh dengan birthday Mr. XY. Elok la birthday kitorang sama2 public holiday. syok2. 









16 comments:

koala^bear said...

nice story u have here....wpun entry pnjg, i ttp baca jgk ok... :)))

Unknown said...

thanx for reading. really appreciate it.

=)

Rara. said...

jadi awk tak jadi pegi UK tu laa yer? sedehnya.

Unknown said...

macam tu la takdir Allah.. bukan rezeki saya.

alia zainol said...

bestnye jadi awak..sana sini orang nak hehe :)

Unknown said...

erkkkk.... siapa yg nk sy?

Ema Rahmah said...

Rezeki belum kunjung tiba, sabar :)
Husband Ema bljr kat UK dulu, dekat Wales tak silap.. hehe

Unknown said...

ema, betul tu... setiap orang punya rezeki masing2. hanya Allah tahu yg terbaik.

Yana Halim said...

mudah-mudahan dapat rezeki yg lebih baik. muda lagi.... :)

ciNdhaDahniEa said...

InsyaAllah.. masing masing ade rezeki masing masing.. berusaha lah! =)

fi said...

mungkin bukan rezeki awak untuk ke sana lagi. Harap awak tabah. Doakan yang terbaik untuk diri awak.. Cerita awak boleh jd sumber inspirasi utk saya.. terima kasih :)

Farahhardy said...

Hi, saya suka entry ni.. :) blog ni jugak bagi saya sangat membantu.. :) sy berminat nak sambung master dekat overseas lepas habis degree nanti tp xtau macam mana nak start, i mean macam mana nak mohon U semua, boleh tak explain serba sedikit mengenai agent tu? sy sangat berminat nak tahu.. :) thank you for sharing :)

nun said...

Menangis bila baca entry ni. Tu lah kan kadang2 apa yg kita nak tak semua kita dpt dan mungkin allah telah sediakan sesuatu yg lebih baik utk kita.

Unknown said...

Sb ape x dpt mara tu.? Xlepas syarat ea? Btw awk sngt tabah... :)

Unknown said...

awak..sy dalam dilema yg sama ngan awk..sedey dh dpt unconditional offer letter dh,tapi duit x de nk g.,.biasiswa sume dh tutup ujung2 taun ni..time apply tu U yg suh apply cam awk la..head of department suh cari U luar..dh dapat diorang kate x ley tanggung lak,sbb ramai dh anta lecturer ke luar ngara..isk2 kecewa..double kecewa sbb mak mcm beria nak sy g australia tu..x suka kecewakan parents..skang sy apply master kt upm je la..lau dapat..hehe..suka baca entry ni rase ad yg senasib..hhaha...

Unknown said...

Ya Allah,,sedang menghadapi keadaan yg sebijik sama ngan entry ni...sedih...dh dpt unconditionl letter dh tp x ley g..mak pulak berharp sy dpt g..x dpt g sbb duit gak..biasiswa sume dh tutup ujung tau ni..dulu time apply,head of department gak soh cari overseas U,ckp U tanggung tetiba dh dpt U,diorang kate dh hntar ramai sngt lecturer ke luar nk tunggu diorang balik dulu..isk3..skang sy apply master di upm je la..lau dapt..doakan sy dpt yg terbaik untuk future sy..