Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Tuesday, February 1, 2011

International English Language Testing System (IELTS)


Alhamdulillah. Pagi tadi aku dah selamat daftar untuk menduduki ujian IELTS. Aku rasa semua orang tahu pasal ujian IELTS ni. Kalau ada yang tak tahu, boleh baca details dekat website British Council ni. Kiranya ujian ni antara syarat kelayakan sebelum seseorang tu pergi belajar atau bekerja dekat luar Negara. IELTS ni lebih kurang macam MUET juga (Malaysian University English Test). Cuma bezanya IELTS ni kira international punya standard. Cara marking setiap element ujian tu pun ikut standard antarabangsa la. AGAKNYA LA. Aku pun tak pasti sangat.

Masa aku pergi daftar untuk IELTS tu tadi, kebanyakan yang daftar semua Chinese and Indian. CUAK pun ada. Diorang punya speaking jangan cerita la kan... aku ni setakat faham apa yang diorang cakap, nak jawab balik jenuh la aku kena fikir susun ayat. Sangat sedih dan kesian dengan diri sendiri. Kadang-kadang rasa macam menyesal sebab tak attend mana-mana English courses masa lepas SPM dulu. Sekarang baru la pasang angan-angan. Bila aku ada anak nanti, aku nak hantar diorang pergi kelas Mandarin, English dan Arabic. Gila tamakkan aku ni? Pengsan la anak aku nanti kena “buli”. Tapi aku rasa semua bahasa tu penting. Bahasa Arab pun penting hape? Kalau ada basic bahasa arab, at least bila baca Al-Quran tu paham la sikit-sikit maksud perkataan tu (perkataan okey? Bukan ayat) mandarin pulak penting sebab sekarang ni kalau nak apply kerja mesti preferred language kebanyakan mandarin selain daripada bahasa Malaysia dan bahasa inggeris.

Cerita pasal masa daftar test tadi, ada seorang bapa ni dating bersama anak lelakinya. Dia datang terus ke counter dan cakap kat orang kat kaunter tu dia nak remark keputusan anak dia. Kiranya dia tak puas hati dengan keputusan anak dia. Dia siap tunjuk result anak dia kat staff kat kaunter tu. Aku pun sempat la jelingmenjeling tengok result anak dia. HEBAT wooo... semua dapat band 7.5 kecuali satu je dapat 5.5... sebab tu la dia nak remark keputusan anak dia. Mesti dia yakin anak dia boleh dapat 7.5 juga! Terus aku terkedu. Masa proses daftar tu, staff tu tanya la target nak dapat band berapa apa bagai. Aku pun jawab la dengan seikhlas. Lepas tu, staff tu nasihatkan aku study elok2, buat betul2, test susah, terus aku kecut perut. Mampukah aku??? Harap2 aku tak ada la seteruk yang aku bimbangkan. Lagi pun kalau tak dapat band yang elok rasa macam melayang begitu sahaja RM aku. Mahal tau nak amik test ni. Bukan setakat sekupang, dua kupang.

Jadi mulai hari ini, aku kena mula study English. Kena rajin baca NST or The Star. Kena rajin tengok cerita omputih tanpa subtitle, kena rajin tengok news... dan juga dah boleh mula selak buku latihan IELTS yang aku beli beberapa minggu yang lepas. Nak pergi course yang British Councik organize tak mampu sebab mahal bagi aku yang masih tanam anggur ni. Jadi cari inisiatif sendiri, belajar sendiri. Beli buku sendiri (buku kat MPH dan Popular juga mahal T__T), download contoh test etc2.

Harap2 aku lepas la test ni dengan band yang aku harapkan. Korang-korang semua tolong doakan aku tau.

Thank you =)


2 comments:

Zur@ZaRi said...

insyaAllah, kalo da usaha pasti akan berjaya... akak doakan kamu berjaya k=))

miss jue said...

thanx kak! kirim salam anith..