Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Monday, January 31, 2011

Belajar sampai master or jadi master?


Lately ni aku banyak tulis entry luahan perasaan dalam ni. Bukan luahan perasaan yang bunga-bunga cinta tu, tapi masalah masa depan yang terpendam dalam hati. Aku sebenarnya (buat sape2 yang tak tahu) baru habis belajar peringkat bachelor’s degree. Sekarang dalam perancangan untuk masa depan. Aku cadang nak sambung belajar, dan kalau ada rezeki aku nak fly over the sea. TAPI! Semua tu hanya perancangan aku. Aku dah apply beberapa university yang menarik hati. Tapi bila aku dah apply tu, baru aku terfikir. Which one is MUCH BETTER? Untuk pengetahuan anda-anda semua, aku apply semua Master by Coursework. Maknanya aku masih perlu ke kelas, seat for the final exam, complete all the tasks given by the lecturers and at the end of the courses must conduct a mini project. Exactly just like all the undergraduate students did.  

Bila aku fikir-fikir balik, aku bukan nak jadi lecturer pun jadi kenapa aku apply Master by Coursework? Kenapa aku tak apply Master by Research? Masa aku baru habis belajar November tahun lepas, aku tak bercadang pun nak sambung belajar. Tapi bila tengok kawan-kawan sambung belajar, semua macam berebut-rebut nak bergelar Dr dalam bidang masing-masing aku pun terus rasa macam semangat gila. HEHEHEHE. Masa aku nak apply sambung belajar hari tu, ada la seorang family member ni nasihatkan aku apply by coursework sebab dia kata nanti dekat tempat orang tu, siapa pulak yang nak tolong aku handle sampling semua bagai. Ye laaa... kalau kat tempat sendiri, insyaAllah la ada yang sudi membantu tapi kalau dekat tempat orang? Dah la aku ni cakap omputih pun tergagap. (masa tu berbincang macam confirm2 je dapat tempat. HAHAHAHAHA)

Esok aku cadang nak pergi apply untuk test IELTS tu. Aku rasa semua orang tau pe benda tu. Test tu antara syarat kelayakan la nak pergi belajar dekat tempat yang bahasa utama dia adalah bahasa inggeris. Ye laaaa... kalau English pun tak lepas masa kat Malaysia ni macam mana nak belajar dekat tempat orang kan? Tapi... kita kena yakin. Aku sebenarnya pelik dan kagum dengan orang-orang dulu. Maksud aku orang-orang batch makbapak kita. Macam mana diorang boleh survive hidup dekat tempat orang sebab aku rasa masa tu tak ramai lagi kot rakyat Malaysia yang berhijrah ke Negara lain.

Okey. Aku dah melalut. Berbalik pada master by research or master by coursework, siapa boleh bagi detail explaination dekat aku tentang baik buruk setiap satunya. Kalau nak bagi via email lagi dialu-alukan (email aku : jue.shaeuj@gmail.com). Sila la jangan malu nak menegur aku yang serba kekurangan ni. Aku ni macam tamak la semua benda aku nak. Bila nak insaf ni T___________T




3 comments:

Anonymous said...

ahahha...insaflah..hihi

Merentas Horizon said...

ok sy belum sambung master.. tapi pd pndgn sy..

research - jika anda ada perasaan nk jd lecturer atau nak sambung phd. mungkin anda bleh pilih yg ni. sbb anda akn menjiwai dan mncintai bidang anda.

coursework - jika rasa mcm nk mndalami ilmu dan meningkatkan nilai diri (ada master org pndg sket).. pilihla ini. cepat pun cepat.

anak_hamja said...

aku pun same pk mcm ko... hahaha.. aku lagi la jue.. ni tgh praktikal belum habis lagi.. insyaallah grade bulan 8 keatas ni...hahaha.. skunk pon da usha program master.. aaiiihhh.. tapi aku nk PJJ kot... sebb da ase penat sgt study from dip until degree... tapi ati aku meronte2 nk phD... hehehe