Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Showing posts with label luahan hati. Show all posts
Showing posts with label luahan hati. Show all posts

Monday, March 10, 2014

(Entry Tanpa Tajuk)

Salam semua.

Dah lama aku tak menulis. Banyak sangat dalam hati ni. Tak mampu untuk aku luahkan dengan kata-kata. Kadang-kadang hati aku menangis. Kadang-kadang aku rasa nak lari jauh dari semua orang.

Mungkin entry ni lebih kepada luahan peribadi aku. Aku menulis untuk leraikan kekusutan dalam diri. Aku nak hilangkan beban dalam hati aku.

Kadang-kadang aku tertanya ke mana hala tuju hidup aku. Apa sebenarnya yang aku harapkan dalam hidup ini. Apa tujuan aku belajar? Macam-macam aku fikirkan. Melihat kawan-kawan berjaya degnan kerjaya masing-masing, membuatkan aku rasa rendah diri. Nak pergi jauh dari kelompok sahabat yang pernah bersama beriringan ke dewan kuliah. Melihat kawan-kawan sibuk mencari asset untuk masa depan, aku terfikir harta apa yang aku ada melainkan suami dan anak?

Pernah terlintas dalam hati untuk terus bergelar "house manager" tapi taraf hidup yang tinggi di bandar, membantutkan niat aku. Aku perlu lakukan sesuatu.

Sebulan lebih yang lepas, aku dirisik untuk sambung belajar, tapi aku tangguh kan dahulu sebabnya aku sudah berjanji dengan seseorang untuk bekerja dengannya. Tapi belum pun sebulan aku di situ, aku terpaksa tarik diri kerana aku rasakan tiada jiwa. Tambahan pula, suami bagaikan berat hati bilamana dia pulang kerja aku masih lagi di tempat kerja. Mungkin dia lagi senang bila aku menyambut dia pulang dari kerja. Redha suami itu penting dalam segala hal isteri lakukan.

Dan hari ini lagi sekali, risikan itu datang pada aku. Aku bagaikan sudah malu pada dia, jadi aku katakan akan berjumpanya untuk bincang lanjut. Mungkin ini jalan yang Allah tetapkan untuk aku.

Bukan aku tak berusaha mencari yang sepadan dengan sekeping kertas itu, tapi banyak faktor yang perlu aku fikirkan. Bila mana kini si kecik menjangkau usia setahun, aku ingin selalu ada dengannya. Oh, rindu pada anak!

Status sebagai isteri dan ibu selalu menjadi persoalan kepada si penemuduga. Bagaikan satu kesalahan kerana aku, si isteri+ibu ingin mencari secebis pengalaman di dalam makmal. Lalu aku disogok dengan persoalan yang mengganggu jiwa aku sebagai isteri dan ibu.

Mungkin aku perlu segulung sarjana dan seterusnya gelaran Dr supaya aku tidak lagi dipandang sebagai isteri+ibu yang tiada apa-apa.

Mohon doa supaya urusan hidup ini dipermudahkan. Terlalu pedih hati ini bila terkenangkannya. Betapa pada ketika ini, aku mengharapkan dapat menatap wajah tua arwah ayah kerana ketenangan pada wajahnya bisa membuatkan hati aku tenang dan damai.

Sunday, June 9, 2013

A Short Note

Suami aku bukan seorang yang romantik. Nak harapkan dia ingat tarikh-tarikh penting memang agak susah, ini fakta dari zaman kami berkenalan lagi. Dan suami aku juga bukan seorang yang romantik, delivery bunga pergi pejabat isteri, atau rancang candle light dinner, atau plan percutian tanpa pengetahuan isteri. Dia bukan sama sekali lelaki spesis itu. Dia adalah dia. Hatta, masa birthday aku pun dia tak reti nak suprise aku dengan hadiah. Asyik-asyik tanya aku nak hadiah apa. Haahahahaha.

Tapi semalam,dalam keadaan mamai-mamai baru bangun tidur tambah dengan perut lapar, suami aku buat aku menangis tanpa diduga. Sungguh aku terharu. Semuanya kerana satu nota ringkas yang ditulis di facebook. Btw, aku kini kat Puchong tunggu hari untuk bersalin dan suami pulak di Johor mancari rezeki.


Semuanya gara-gara ini. Serius, semalam je entah berapa puluh kali aku baca status dia ni. Setiap kali baca, setiap kali itu juga aku terharu. Dia bukan seorang yang romantik tapi kata-kata dia selalu buat aku rasa nak nangis. Gambar UPT tu kalau tak salah aku kitorang snap masa awal-awal pregnancy dulu. Hanya sekadar kenangan kami bersama. Tapi tak sangka dia upload dekat facebook. Dan paling aku tak sangka, rupanya dia masih simpan gambar ni. Aku ingatkan dia dah delete.

Apa-apa pun, hari ni si kecik comey ni dah 38minggu dalam rahim aku. Aku menanti hari tunggu dia bagi signal nak keluar. Doa-doa la semoga semuanya sihat dan selamat.



Wednesday, November 7, 2012

Bicara Hati

Kadang-kadang dalam hidup ni kita tak boleh jangka apa yang bakal berlaku. Kita selalu mengharapkan yang terbaik untuk diri kita, kita selalu mengimpikan yang terbaik untuk diri kita tanpa kita sedar sebenarnya Allah dah tetapkan yang paling TERBAIK untuk kita. 

Setiap hari kita merayu, mengharap dan berdoa akan sesuatu hingga suatu masa Allah berikan kepada kita perkara yang tidak pernah terlintas dalam otak fikiran kita. Kenapa? Kerana Allah tahu itu yang TERBAIK untuk kita. Perkara yang baik tidak semestinya datang dalam bentuk yang baik. Perkara yang baik mungkin datang bentuk ujian supaya kita menjadi manusia yang lebih baik.

Kadang-kadang dalam hidup kita tak pernah sangka yang kita akan menangis, meratap akan sesuatu perkara hingga benda itu terjadi kepada kita. Kadang-kadang benda baik yang datang pada kita tapi orang anggap perkara itu sebagai perkara kurang baik. Kenapa? Sebab kita semua manusia, tiada siapa yang sempurna. 

Kita tak mampu nak puaskan hati semua orang tapi sekurang-kurangnya kita berusaha untuk puaskan hati semua orang. Aku tak mampu nak ikut patuh pada kata-kata atau perintah atau arahan semua orang tapi sekurangya aku cuba untuk tidak mengikari mereka.

Aku jadi sedih bila mana kegembiraan aku menjadi buah mulut (kata-kata negatif) orang lain. Salahkah dengna apa yang aku ada? Semua orang berhak rasa gembira. Tak kan aku nak gembira pun nak ikut timing ko? Siapa kau nak tentukan setiap aturan hidup aku? Aku hidup berdasarkan apa yang Allah tetapkan pada aku. 

Aku merancang hidup aku dan dalam masa yang sama aku tahu Allah sentiasa ada perancangan terbaik untuk aku. Aku berdoa supaya aku sentiasa kuat dan tabah dalam hidup ini sebab aku tahu setiap ujian itu adalah tanda kasih sayang Allah pada kita. Setiap ujian itu adalah kerana Allah tahu aku mampu untuk hadapinya. Tapi kenapa mesti kau kata sebaliknya? Aku stress dengan sikap kau. Kau pura-pura gembira sedangkan kau tak suka dengan berita gembira aku. 

Aku hampir hilang semangat kerana kau. Kau tahu rezeki itu dalam banyak cara? Kau sedar atau tidak bahawa setiap yang berlaku adalah kerana kuasa Allah? Dia yang mengatur segalanya di atas bumi ini. Aku berusaha tapi Dia yang tentukan. Aku bukan sesiapa, aku hanya manusia biasa!

Kadang-kadang manusia mengundur diri bukan kerana dia putus asa tapi kerana dia memikirkan sesuatu yang orang lain tidak tahu. Kau tahu apa yang berlaku dalam hidup aku? Jangan kau fikir semua orang yang berhenti sekolah itu tidak berguna. Jangan kau fikir semua yang berjawatan besar itu kerana mereka belajar sehingga dapat 4 rata setiap kali exam. Jangan kau fikir semua makcik tukang sapu itu kolot. 

Pernahkah kau terfikir mungkin antara makcik tukang sapu / makcik tukang cuci toilet itu anak-anak dari kalangan profesional? Siapa kau untuk menilai manusia? Siapa kau untuk tentukan tinggi rendah darjat manusia?

Pernah kau alami apa yang aku alami? Punya suami tetapi jauh? Sakit pening semua kau tanggun sendiri? Pernah kau rasa semua itu? Dalam kudrat tak seberapa aku gagahkan juga menapak menaiki tangga bas dan kadang-kala berdiri sepanjang perjalanan kolej ke fakulti, kemudian menapak lagi ke tingkat 3 tanpa lift? Pernah kau alami situasi itu dengan keadaan sama macam aku?

Aku bukan menagih simpati manusia. Cuba aku harap ada belas kasihan yang wujud dalam diri kau. Cuba untuk meletakkan diri kau dalam situasi orang lain. Jangan pandang manusia terlalu hina. 

Fikir-fikir kan.

(aku ada test jumaat tapi kerana satu perkara aku hampir hilang semangat. aku hilang kekuatan. kerana satu perkara itu juga aku mencoret di sini. buka mata dan baca dengan bahasa minda anda. )



Wednesday, May 16, 2012

Hormon dan Emosi


Salam semua. Hari ni tak ada Rabu tanpa kata. Sebabnya dah lama sangat biarkan blog ni bersarang labah-labah, maka hari ni nak bercerita.

Alkisahnya semalam mood aku memang tunggang-langgang. Nasib baik bos tak banyak sangat cakap dengan aku semalam, kalau tak lagi ke tengah lautan mood aku. Masuk kerja awal-awal pergi terus refresh apa nak buat. ada 2,3 kerja yang perlu diselesaikan. Ikut peracangan awal, boleh siap sebelum pukul5 petang. Sekali nasib tak baik, kena repeat satu test.

Semalam buat Nitrogen Test. Lebih kurang pukul9 pagi buat test tu sampai la ndah waktu lunch pun tak siap lagi. Memang test tu ambil masa agak lama. Maka aku melangut la dalam lab waktu lunch sebab nak siapkan juga test tu/ At least bila bos masuk lepas lunch, report dah ada atas meja. Bila aku buat report, aku tahu dan yakin memang aku kena repeat test tu. maka dengan tidak sabar-sabar aku try alihkan round botton flask yang masih panas dari heating mantle. Dan tidak semena-mena, wap yang panas dari dalam round bottom flask tu terkena aku. Nasib aku tak lepaskan terus round bottom flask tu, kalau tak lagi satu masalah. Cepat-cepat letak balik RBF tu dalam heating mantle, terus letak tangan bawah air mengalir. Aku tak pasti tindakan ni bijak atau tak tapi aku memang sakit gila-gila.

Bila rasa dah cool sikit, terus aku masuk toilet. Sambung letak tangan bawah air dan tak pasal-pasal aku menangis. Entah kenapa. Memang sekarang hormon tak berapa betul. Beria-ia aku menangis dalam toilet. Nasib tak ada orang dekat lab. Aku rasa macam looser gila. Entah kenapa. Tak tahu nak cerita apa perasaan dalam hati. Yang aku tahu aku sakit sangat-sangat, aku sedih, aku sunyi dan bermacam lagi perasaan dalam hati.

Bila perasaan dah OK, baru aku keluar dari toilet. Oh, aku dah tak sabar nak tunggu hujung minggu.
Ok la. Tak nak cerita lagi. Thanks sebab baca.

Bye





Wednesday, April 25, 2012

Eurycome Longifolia


Satu hari yang bosan, maka Google nama sendiri. YE! Aku Google nama aku sendiri bila dah tak tahu apa nak buat dengan alam maya ni. Maka terjumpa ini;

Did you see something in the red box?
YE! Nama saya di sana bersama nama doktor falsafah yang saya hormati.
Terima kasih Dr kerana menghargai susah payah saya meraut tongkat ali.
Tak pasti sama ada ada journal atau pun tidak, kalau la saya tidak resign jadi RA, mesti saya dah pergi Surabaya present paper tersebut atau sekadar ikut sahaja. HEHEHE. (Conference tersebut diadakan di Surabaya).
Sehingga kini bagaikan tidak percaya.
And again, terima kasih Dr kerana beri saya peluang timba pengalaman dan jana pendapatan dengan menjadi RA :)



Btw, Eurycoma Longifolia adalah nama saintifik untuk Tongkat Ali.

Friday, April 13, 2012

Pakej 2 in 1

Pagi-pagi dah buka Facebook. Memang addicted. Tapi sekarang pun macam dah malas nak layan sangat Facebook. Online FB pun sebab nak tahu perkembangan kawan-kawan dan sebab lain nak uruskan 'kedai' kecik aku tu. Siapa-siapa yang tak tahu lagi, boleh la jemput singgah : Jue Little Closet

Buka FB pagi ni, terbaca status kawan zaman degree dulu "berbaju melayu hari ni sebab nak bergambar dengan Dr Roy sebelum ke UK"

Okay. Bukan kawan aku tu yang nak ke UK tapi supervisor dia (Dr Roy) dengan seorang lagi student phd Dr Roy. Alangkah bahagia hidup kalau dapat melancong selalu. Kalau setakat gaji macam aku ni, mimpi la nak jalan oversea selalu. Kalau asean country tu boleh la korek tabung sikit, kalau nak pergi Europe tu habis duit simpanan bayar flight je. Dekat sana puasa la, tak payah nak public transport. Tapi teringin sangat nak pergi. Semoga murah rezeki aku nanti. AMIN.

Ramai orang kata, kalau sambung belajar (by research) dapat banyak peluang berjalan. Tapi sebelum dapat berjalan tu, silalah pastikan research korang d' bomb! Kalau setakat buat research tiru idea orang lain, aku rasa tak perlu kot. Kena rajin baca journal, study buku tebal-tebal. Aku rasa memang ni semua tak ada dalam diri aku. Aku boleh buat lab work, tapi kalau bagi aku journal suruh baca memang agak payah di situ.

Tapi aku memang teringin sangat nak sambung belajar. Selain daripada angan-angan dapat pergi berjalan masa tempoh belajar, aku nak juga tambah ilmu kan? Tapi bila fikir nak kahwin ni, kadang-kadang rasa takut tak mampu nak sambung belajar. Tapi hidup ni kena percaya pada takdir Allah kan? Semoga semua urusan aku dunia dan akhirat dimudahkan. AMIN

Salam Jumaat semua :)




Tuesday, March 27, 2012

Jiwa Kacau

Salam semua. Ada ke merindui tulisan missjue? Maaf lah sebab jarang sangat dah update sekarang ni. Cuba menyibukkan diri dengan benda benda bermanfaat. InsyaAllah. Tapi rutin setiap petang tak boleh nak ubah. Sampai rumah kakak dekat-dekat jam 6, terus tukar channel 702. Sampaikan anak buah aku dah tahu. kadang-kadang kalau dia marah dengan aku, dia pergi sorok remote astro tu. Dia ingat aku ni tak reti ke nak on astro dekat decoder tu... HEHHEE.

Semalam dan hari ni jiwa tak betul sikit. Apa yang dibuat serba tak kena. Semalam entah apa je aku buat dalam lab ni. Sejak kerja dekat sini, tangan dah rasa macam katak puru! Gila kasar. Alahaiiiii. Macam mana nak kahwin ni?

Sejak dah tetapkan tarikh untuk dinikahi, aku makin menjadi semakin sibuk. Kaadang-kadang tu saja-saja buat sibuk. Oh ya, aku semakin sibuk sekarang ni sebab sedang dalam usaha untuk mencari side income. Kepada siapa-siapa yang suka online shopping, sila la bantu aku mencari duit sampingan untuk kahwin nanti. INI SERIUS. Aku memang cari side income untuk kahwin dan life lepas kahwin. Sebab aku cadang nak smabung belajar lepas kahwin nanti. Buatnya kerajaan Malaysia atau mana-mana private company tak nak sponsor aku, mati aku nak bayar fee yang bukan murah tu. Jadi aku dah kira-kira, insyaAllah duit yuran aku boleh la korek tabung cap ayam tu, tapi untuk kegunaan hari aku perlukan income lain. Jadi aku niaga online. Ini part time je. jadi mohon la bagi aku masa 24-48 jam untuk blasa semua email atau komen anda semua. Terima kasih.

JUE LITTLE CLOSET

Sekarang ni tengah lapar tahap tak tahu nak cerita. Tapi depan office aku banjir la pulakkkk. Maklumla kerja dekat kawasan terpencil, sistem pemparitan tak bagus sangat maka setiap kali hujan lebat memang tenggelam la tayar kereta aku tu. Nasib pagi tadi breakfast McD (lagi), jadi adalah hashbrown yang aku memang sengaja tinggalkan untuk makan waktu lunch. Dan bertambah nasib baik ada bekal roti kentang yang beli semalam. Maka tak ada kebulur sangat.

Itu je cerita jam 1 petang. Nanti kita jumpa lagi. Jangan rindu-rindu aku selalu. Kalau rindu juga, sila beli barang yang aku jual tu. Murah je pun. Nanti-nanti aku buat promotion lagi. Sekarang memang tak sempat. Maaf sangat-sangat.







Sunday, February 12, 2012

Kerinduan Dalam Hati

Tak sangka umur dah meningkat ke usia jubli perak.. Rasa maca baru semalam masuk sekolah rendah, kemudian menginjak alam remaja di sekolah menengah sebelum rasa dewasa di alam universiti. Kini segalanya dah berlalu. Zaman sekolah rendah, rasa tak sabar nak masuk sekolah menengah sebab rasa macam dah besar bila sekolah menengah. Sebab rasa macam best masuk sekolah menengah sebab tak payah nak bawa beg berkilo-kilo pergi sekolah. Dapat masuk asrama lagi best sebab tak payah bawa beg langsung pergi kelas. Semua buku tinggal dalam kelas. Petang dan malam pergi prep. Kalau rajin bawa la buku balik asrama konon-konon nak stay up tapi aku memang bukan jenis ulat buku maka tak ada la stay up apa bagai kan. Bila dah masuk sekolah menengah nak cepat-cepat masuk universiti sebab rasa syok aku tengok abang-abang dan kakak aku balik rumah relax. Tak ada homework nak kena buat. Lepas tu cuti lama 2x setahun. Bestnya. 
Dah masuk universiti memang la aku terasa bahagia masuk universiti. Suka hati kau la nak baca buku ke, nak datang kelas ke tak, semua suka hati. Kalau tak ada kesedaran memang tersungkur tepi jalan la.. Bila dah masuk universiti abang-abang dan kakak aku dah kerja. Maka terasa jelous sebab diorang dah ada duit sendiri. Jadi rasa tak sabar nak pegang duit sendiri. Duit sendiri okay? Bukan duit biasiswa yang kerajaan hulur tiap-tiap semester atau duit pinjaman yang PTPTN bagi. 

Rindu pada semua tu. Beberapa hari lepas, aku buka Facebook. Kawan-kawan sekolah menengah memang ada buat private group untuk batch aku dekat Facebook. Dan tiba-tiba one of my schoolmate mencadangkan supaya diadakan reunion memandangkan makin ramai yang dah berkahwin, makin ramai yang dah bergelar IBU (sekolah aku sekolah all girls). Jadi kalau buat reunion mesti best kan? 

Waaaaa... Tak sabar kalau reunion tu betul-betul berlaku. Tapi sebelum tu mesti banyak benda nak kena fikir. Cuti, kewangan, penglibatan semua pihak adalah paling penting. Yang dah berkahwin, kena tanya keizinan suami. Yang dah ada anak, kena fikir kesusaian tempat dengan anak masing-masing. Yang masih anak dara, kena tanya keizinana ibu bapa. Dan kepada semua yang bakal terlibat, kena tanya keizinan poket. HEHEHEH. Dan penting juga untuk memikirkan kawan-kawan yang berjuang di negara lain. Pertengahan tahun ni, InsyaAllah kawan-kawan yang bakal bergelar Doktor akan pulang dan khidmat untuk negara. Waaaa... seronok! Aku tak pasti berapa jumlah keseluruhan batch aku berapa orang. Yang pasti masa aku form5, jumlahnya adalah 99 orang. Itu belum lagi campur yang pindah dan bertukar semasa form4 sebab dapat tawaran lagi hebat. Mungkin menjangkau 150 orang.

Apa-apa pun, aku memang berharap dapat jumpa semua kawan aku. Semoga ikatan persahabatan yang terbina sejak 12 tahun lalu akan kekal abadi buat selamanya walau di mana kita berada.

Salam ukhwah buat semua.







Saturday, December 24, 2011

Tomorrow is the Day!

Esok = 25 Disember 2011.

Kalau dikira dari 25 Disember 1987, maknanya esok sudah 24 tahun saya menginap di bumi Allah ini. Hampir menjangkau usia jubli perak. Dan esok saya harap menjadi hari terindah buat saya. Esok saya berjanji temu dengan seseorang. Bukan calang-calang orang tapi seseorang :)

Esok saya akan cuba menjadi seperti seorang gadis berusia 24 tahun kerana tahun hadapan mungkin saya akan menyambut jubli perak saya sebagai seorang wanita berusia 25 tahun. Nampak perbezaannya? Mungkin ada yang faham, mungkin ada yang tidak faham. Tak apa. Anda tidak perlu faham bagi yang tak faham. Tapi bagi yang mengerti, Syabas! Senyum lagi :)

Di kala usia hampir menjangkau jubli perak, terasa masih banyak kekurangan dalam hidup saya. Okay. Bukan dalam hidup tapi dalam diri saya sebenarnya. Entah bila tapi dalam minggu ini juga, sebelum tidur saya rasakan diri saya kosong. Kosong. Empty. Hinggakan saya rasa takut teramat kalau saya tidak bangun lagi keesokan harinya. Dan Alhamdulillah. Saya masih bernafas sehingga saya berumur 23 tahun 11 bulan 4 minggu 1 hari. 

Terasa bagaikan baru semalam saya menerima ucapan hari lahir, dan mungkinkah malam ini saya bakal menerima ucapan hari lahir lagi? Sebulan yang lepas, semasa saya berkeinginan membeli sebuah kamera buat diri sendiri, kakak saya telah meng"offer" saya untuk membayar RM99 daripada total harga kamera tersebut. Walaupun cuma RM99 tapi itu amat bermakna untuk saya. Dan katanya lagi, "RM99 itu hadiah besday. Next year hadiah birthday dah tak valid". Terima kasih, kakak. Dia orang pertama memberi say hadiah hari lahir. Advanced Birthday Present. Dan juga ibu saya. Terima kasih juga ibu. InsyaAllah hadiah daripada ibu akan saya gunakan pada hari istimewa saya kelak. Doakan saya.

Wishlist untuk birthday ke-24? Terlalu banyak. Ah, manusia. Biasalah kan? Tak pernah jemu meminta dan mengidam. Hinggakan sampai satu tahap saya terfikir, apa lagi yang boleh saya minta dalam hidup ini kalau diri saya sendiri tak cuba untuk dekat dengan NYA?

Saya ringkaskan wishlist saya :

  1. Saya mahu segala rancangan saya untuk tahun hadapan berjalan dengan lancar. Semoga segala yang bakal terjadi tahun hadapan penuh dengan barakah dari Allah. AMIN.
  2. Saya mahu mula menabung secara konsisten. Walau sedikit jumlahnya, tapi tiap-tiap bulan perlu menabung.
  3. Saya mahu banyakkan membaca. Segala ilmu. Ilmu tak terbatas di zaman bergelar pelajar.
  4. Saya tak tahu apa yang saya mahukan di hari lahir saya. Cuma saya mohon doa dari semua semoga saya panjang umur dan murah rezeki selalu.

Sebelum saya lupa, saya nak sangat-sangat pergi umrah dan haji bersama suami saya. Doakan saya ye. AMIN.





Tuesday, December 20, 2011

5 tahun yang lalu, 5 hari akan datang

hari ni entah kenapa emo aku melampau-lampau. Bangun tak berapa nak pagi lepas anak buah aku umur 7 tahun entah berapa kali dok tanya aku,

"makteh, dah pagi la. mak teh tak pergi keje ke?"

Kali pertama dia tanya aku lebih kurang pukul7 pagi. Pastu aku sambung tidur. Biasalah bila "off day", keje memang membuta je. 

Aku dengan senang hati jawab,

"makteh cuti. kita tidur ye kakak"

Kakak menurut perintah makciknya. Sambung tidur. Kemudian dia kejut aku lagi tanya soalan yang sama. Dan akhirnya dia malas nak kejut aku dah, dia pergi turun hall join adik umur 3 thn 10 bln tonton TV. Aku dengan rasa malas pun bangun terus call Perodua Service Center. HAHAHAH. Motif? Nak tanya pasal pemasangan seat belt dekat tempat duduk belakang. Abang aku kata kalau by next year tak ada seat belt kena saman. MAMPUS! Sapa nak bayar???

Call center dekat Puchong, dah fully booked sampai 18 January 2012. Whaaaaattttttttttt??? Aku pun fikir punya fikir. Nasib baik bijak gak aku ni. Terus online cari service center lain. Call center dekat Shah Alam. Pun fully booked. WAWAWAAAAA... Nak nangis. Tapi nasib baik staff tu minta details apa bagai. Set appointment pukul3.

Lepas lunch pergi Shah Alam. Menggelupur cari centernya nasib baik tak sesat. Rupanya dekat sangat dengan i-city. Dalam 20 minit tunggu tak ada orang nak layan, aku pun macam nak emo. Buat muka dekat situ. Duduk pun macam tak ikhlas. At last staff tu panggil. Kereta epal hijau aku (bak kata Mr. XY) tak payah pasang seat belt tu. Dapat pengecualian. YEAAAAYYYY. Jimat duit.

Balik rumah tengok TV sampai malam. Hambik kau! Mula-mula tengok Daddy Day Care, pastu turn budak-budak tengok UpinIpin, pastu aku continue tengok Top Chef (S5) pastu Top chef (S7) pastu tengok Master Chef lak. Bukan main aku tengok semua chef-chef kan? Sendiri makan je tau, masak??? sendiri jawab yeeee.

Then tengok lak Three Weeks, Three Kids dekat 702. Masa ni mula konflik. Sampai aku nangis-nangis. Si kakak dah sibuk-sibuk tanya kenapa mata merah. 

Aku dah tunggu 5 hari yang akan datang ni sejak 5 tahun yang lepas. Tapi bila dah plan apa bagai, ada halangan. Memang sedih la. Entah apa hormon hari ni. Emo melampau. Ibu aku suruh aku banyakkan membaca. Ye, aku dah jarang membaca. Asyik baca muka buku je, tak pun tube awak. Macam mana nak bijak?

Ok. Sekaran hormon nak tidur dah datang. Bye.






Friday, December 2, 2011

Aku Bukan Robot

Aku kerja tak nak cari gaduh dengan sesiapa. Sebab aku tahu aku kerja makan gaji dengan orang. Kalau orang tu tak suka aku walaupun performance aku elok, bila-bila masa dia boleh campak aku keluar. TAKUT.

Aku tahu aku kena bekerja dengan arahan bos walaupun bos selalu kata, "you must think out of box" dan "u can challenge me, dont always follow me". Walaupun itu yang bos cakap tapi aku tahu, aku mesti akhirnya kena ikut telunjuk bos sebab DIA KAN BOS.

Aku tahu majikan aku yang bayar gaji. Jadi dia boleh arah aku buat apa sesuka hati aku. Tapi aku rasa aku boleh je tak nak buat apa yang dia minta kalau itu tak ada dalam senarai tugas aku seperti dalam offer letter. BETUL TAK? 

Aku tahu semua company ada polisi masing-masing . Tapi aku pun tahu yang dekat Malaysia ni ada LABOUR LAW. Masa awal-awal kerja aku dah google pasal Labour Law ni sebab ada isu yang aku tak puas hati. Tapi nasib baik tak sampai aku berhubung denga pihak yang berkenaan.

Korang tahu tak CHEMISTRY tu apa? Korang tahu tak kenapa CHEMISTRY tu penting? Kalau korang tengok semua benda sekeliling kita ni, hampir semua ada kaitan dengan CHEMISTRY.

Aku bukan ada phd dalam CHEMISTRY pun. Tapi aku nak peringatkan la orang-orang yang tak paham kerja-kerja dalam makmal. Korang tahu tak yang korang bukan boleh suka-suka nak tambah mana-mana bahan kimia dengan bahan kimia lain? Kalau meletup makmal tu, siapa nak jawab? Confirm la orang bertanggungjawab terhadap makmal tu kan?

Macam ni la, kimia ni lebih kurang je macam memasak. Aku nak tanya la, ada ke orang yang first time memasak terus dapat cipta resepi yang booommbastik? MESTI tak kan? Aku rasa Chef Wan pun mesti kena cuba banyak kali sebelum resepi dia tu jadi THE BOMB!

Macam tu juga la CHEMISTRY. Sebelum nak campur aduk asid dengan alkali, kena tahu asid apa korang guna alkali apa korang tambah. Baru korang boleh tahu apa end product dia. Kalau main hentam campur chemical itu dengan chemical ini, ingat ko boleh tahu apa benda yang ko dapat tu? 

Kalau ko campur sulfurik asid dengan sodium hydroxide, ko ingat end product dia sama ke macam ko campur phosphoric acid dengan sodium hydroxide? Memang aku bengang gila la. Aku tahu aku budak baru tapi jangan suka-suki nak buli-buli aku. Aku tak nak nanti akhirnya aku juga yang dipersalahkan. 

Ko ingat orang yang cipta resepi ayan KFC tu, seminggu dia dah dapat cipta ramuan yang sedap menjilat jari tu? Ko ingat mentol lampu tu sebulan je masa untuk cipta?

Fikir la logik sikit! Benda chemical bukan boleh buat main-main. Hhhhaaaaaaaaaaaiiiiiiiisssssssshhhhhhhhh..
Rasa macam nak bagi ko baca MSDS dengan Technical Data Sheet je baru ko tahu betapa sakit jiwa raga aku dengan bos aku layan perangai ko yang tak tetap pendirian tu!


Sakit hati wei Hari Jumaat yang mulia ni. Dah la toilet tak ada air. Makin berapi je kepala aku ni. Okey, aku nak tidur. Esok aku nak pergi kursus kahwin dengan shah alam. Siapa-siapa terserempak dengan aku, tegur-tegur la. SERIUS! aku memang nak pergi kursus kahwin esok.

Okay, tutup cerita. BYE




Friday, November 25, 2011

Erti Sebuah Kehilangan

Dalam hidup ni, kita tak dapat jangka apa yang bakal terjadi masa hadapan. Tiada siapa pun yang tahu apa nasib pada hari esok. Bukan sahaj hari esok, malah nasib kita satu jam akan datang pun kita tak boleh nak jangka. 

Macam orang selalu kata,

"kita hanya mampu merancang tapi yang menentukan segalanya adalah Allah S.W.T"

Aku selalu kata pada diri sendiri,

"aku hanya mampu merancang tapi perancangan Allah itu lagi hebat"

Sebab tu, aku selalu berdoa supaya diberikan yang terbaik daripada minta apa yang aku nak. Berbezakan? Kalau aku minta nak kerja dengan kerja RM3000 (contoh) tapi Allah bagi aku kerja lain dengan gaji RM2000. Sebab apa? Sebab Allah tahu itu sebenarnya yang TERBAIK untuk aku. Masa aku pergi umrah dulu, memang banyak gila la aku doa. Okey, aku tahu tak perlu cakap apa yang aku doa. Tapi dalam setiap doa, aku mesti selitkan;

"kalau itu terbaik untuk aku, keluarga aku dan masa depan aku maka kurniakan la untuk aku"

Aku bukan baik sangat pun tapi dalam sesetengah perkara tu, aku TAKUT nak minta banyak-banyak. Hatta dengan arwah ayah dulu pun, aku bukan seorang peminta (suka minta macam-macam maksud aku).

Hari Rabu lepas dapat berita mengejutkan seawal jam 6.30 pagi. Memang terkejut dan akhirnya air mata gugur juga. Walaupun aku hanya anak saudara dan dia hanya pakcik aku tapi aku terasa sedih sangat bagi pihak adik-adik saudara aku.

Hanya yang memahami akan mengerti dan hanya yang mengalami akan memahami.

Ini memang betul daripada pengalaman aku sendiri. Aku pernah rasa kehilangan. Kehilangan terbesar dalam hidup. Kehilangan yang lebih hebar daripada hilang boyfriend sebab dia ada awek lain. Kehilangan yang aku maksudkan kehilangan yang hakiki. Kehilangan yang selamanya.

Semua orang akan alami kehilangan tu. Tapi selagi kita alami kehilangan tu, kita tak akan faham dan tahu erti sebuah kehilangan yang sebenar.

Aku balik Ipoh Rabu lepas sebab pakcik aku meninggal dunia. Al-Fatihah. Dapat tahu berita tu, masa aku baru lepas dan nak bersiap untuk solat subuh. Memang terus terduduk dan aku menangis teresak-esak. Aku tak pasti kenapa. Masa arwah atok aku meninggal, aku tak menangis macam tu. Tapi bila pakcik aku meninggal, aku terasa sesuatu. Sebab apa? Sebab aku pernah alaminya 2 tahun yang lalu. Situasi hampir sama. Waktu subuh, aku dikhabarkan dengan berita kurang menyenangkan. Cuma bezanya, 2 tahun dulu aku solat subuh dan berdoa pada Allah untuk diberikan lagi umur untuk arwah ayah. Aku berdoa dalam tangisan semoga arwah ayah sempat menjadi wali dalam pernikahan aku. 

Dua hari yang lepas, usai solat subuh aku bacakan yassin buat arwah pakcik aku. Juga dalam tangisan. Balik Ipoh, perkarangan rumah Opah dipenuhi dengan tetamu. Aku masih berjaya mengawal perasaan. Aku salam dengan Opah, terus air mata bercucuran jatuh. Apatah lagi bila orang menyebut tentang arwah ayah. Hati aku makin diragut pilu.

Alhamdulillah segala urusan berjalan lancar. Aku turut serta di perkuburan walau hujan turun mencurah-curah. Aku berdoa dalam hati, "semoga hujan yang turun petang ni adalah rahmat dari Allah".

Dari kejauhan aku dapat lihat pusara arwah ayah. Hati makin diragut pilu. Dan tiba-tiba aku teringat sesuatu. Dua tahun dahulu, semasa arwah ayah dikebumikan arwah pakcik ku ini lah yang membacakan talkin. Dan pada hari Rabu itu, giliran dia pula ditalkin. 



T______________T




Aku dah tak mampu menaip. Aku harus berhenti sebelum keyboard office banjir dibasahi air mata.



Erti Sebuah Kehilangan.






Friday, November 4, 2011

Mas Kahwin dan Wang Hantaran

Dekat office petang tadi aku serius mengantuk tahap tak tahu nak explain. Lepas lunch dekat kedai belakang Tesco Puchong tu terus mata jadi berat semacam. Macam ada batu konkrit dekat atas mata. Jadinya aku ambil keputusan pergi turun lab, selesaikan kerja yang tak siap. Assistant aku dah mula cuti untuk bersalin sejak semalam. 

Dekat pukul4, naik office semula dah siapkan report mingguan. (Alamak! baru teringat lupa nak email report dekat OM). Sambil-sambil tiap report, berjalan ke blog orang. Sampai la aku menapak ke blog ni :


dan aku tertarik dengan entry ni >> Mahar : Tinggi atau Rendah?

Bila baca entry tu, aku teringat yang semua orang dok post kat FB suatu masa dulu. Yang wang hantaran ditetapkan mengikut taraf pendidikan. 

ni rate untuk local graduate rasanya, kalau oversea graduate mahu la 3,4 kali ganda. hehehehe.


Korang setuju ke dengan benda ni? Aku sangat TIDAK SETUJU. Kalau korang baca entry dalam blog niqobgirl tu pun dia dah kata, mahar kahwin haruslah mudah. Kalau ikut fahaman aku, mudah tu bukan untuk satu pihak sahaja, maksud aku pihak perempuan tapi mesti mudah untuk 2,2 pihak. 

Kenapa aku tak setuju? Sebab andai kata korang belajar sampai degree, jumpa jodoh classmate korang agak-agak berapa tahun korang kena tunggu supaya bakal suami korang tu dapat kumpul minimum RM12,000?

Benda ni pernah juga mengganggu fikiran aku, ada seseorang pernah kata aku,

si abu tu (bukan nama sebenar) hantaran dia 5 angka.

si minah tu (bukan nama sebenar juga) hantaran dia pun 5 angka

si joyah (bukan nama sebenar) tu ada sijil je tapi hantaran dia sama macam ko la

Bila dengar orang cakap macam tu, serius aku macam membara gak. Aku tak suka dibandingkan dengan orang lain. Bukan sebab aku tercabar dengan orang lain punya hantaran 5-6angka tapi aku senang dengan keputusan aku. Dan aku yakin, kalau arwah ayah aku ada mesti dia pun setuju dengan aku. 

Bagi aku, biarlah hantaran aku bukan tahap puluh-puluh riban asalkan duit hantaran tu hasil dari titik peluh dia bekerja. Tanda kesungguhan dia nak peristerikan aku. Aku dah warning awal-awal dekat bakal suami aku,

saya tak nak awak buat loan untuk jadikan duit hantaran. saya bukan barang jual dekat kedai yang awak boleh 'beli' guna duit loan.

Memang dari awal aku dah tekad dalam hati, biar hantaran rendah asalkan duit tu 100% usaha titik peluh dia. Tapi bab mas kahwin memang aku demand sikit, apa benda yang aku demand? Biarlah rahsia. Yang penting masih tidak menyusahkan dan masih dalam lingkungan kemampuan dia.

Bila aku fikir-fikir balik, nasib la aku tak pergi belajar dekat oversea kalau tak lagi heboh la orang dok cerita yang hantaran aku minta tak gempak

Apa-apa pun terpulang pada individu tu sendiri. BTW, hantaran tinggi-tinggi sebab apa ek? Nak menunjuk dekat jiran tetangga ke? atau nak berlawan sesama sendiri? atau apa ek. Aku pun kurang pasti tapi bagi aku biarlah semua benda itu tidak membebankan.


Perkahwinan itu bagi aku untuk memudahkan bukan membebankan. Jangan sebab nak GAH masa kahwin, lepas kahwin ikat perut, makan nasi kosong dengan ikan kering.

Maaf andai ada yang terasa, ni cuma pendapat aku sahaja. HARAP MAKLUM dan MAAF sekali lagi.






Wednesday, November 2, 2011

Saat Hati Berbicara

Selamat malam semua. Tiba-tiba rasa macam nak update blog. Nak hilangkan segala kekusutan di hati. Selalunya malam-malam ni sebelum tidur aku akan layan novel dulu. Kiranya kalau hari kerja, memang la aku tak mengadap benda-benda yang buat aku kena fikir sampai stress. Selalunya hari kerja, lepas dah selesai semua urusan (makan, iron baju, tonton TV sikit) terus aku masuk bilik. Sebelum masuk bilik memang rasa macam letih sangat badan ni. Dari office lagi aku dah fikir, balik rumah just nak relax. Tak nak serabutkan kepala otak. So sebab tu aku jarang tengok berita. Aku baca online newspaper je. Itu pun dekat office sama ada masa awal-awal pagi atau masa break lunch hour atau sebelum tamat waktu pejabat. Ikut mana yang sempat.


Hari ni entah kenapa aku ter"on" laptop. Niat asal memang tak nak on laptop sebab aku sangat-sangat pasti, kalau aku on laptop maka aku akan jadi susah nak off. Bila susah nak off maknanya aku akan tidur lewat. Jadi tidur aku tak berkualiti berkuantiti. HAHAHA. Aku cadang nak membaca sebelum tidur. Baca apa sahaja yang ada tapi mestilah hardcopy, bukan softcopy. Tapi aku dah tak ada bahan bacaan. Majalah semua aku dah belek, baca belum sepenuhnya. Novel Ombak Rindu edisi yang terbaru (kakak ipar aku baru beli) pun aku dah selamat habiskan hanya dalam 1 malam sahaja. OKEY, bukan satu malam cuma 4 jam termasuk pergi toilet bilas baju, gosok gigi etc2. TAPI aku baca hanya lebih kurang 70% daripada keseluruhan novel tu. HAHAHA. Tak kuasa aku nak baca babak-babak yang tak syok. Sama la macam kalau tengok movie korea, aku tengok yang ada babak hero dan heroin je kalau tak ada maka aku skip.


Tujuan asal aku on laptop ni sebab nak update resume. Sejak dah kerja ni, aku tak update lagi resume aku. Tapi bila dah on laptop, pasang pulak si berukband yang superduper lembab ni bertambah la aku jadi syok sendiri. At last, aku amik jalan mudah save file resume tu dalam format word 97-2003 (laptop aku MO 2010, dekat office MO 2003) and email ke secondary email aku. Esok kalau rasa tak tahu nak buat-buat sibuk apa kat office, boleh la aku update resume aku tu. Then send balik ke primary email, dekat rumah save dalam format pdf and finally upload dekat jobstreet. Amacam? Bijak tak aku?


Okay la. Aku rasa nak membaca jap. Sebab dengan membaca je boleh buat mata aku otomatik jadi kuyu dan layu. Zaman belajar memang buku la ubat tidur aku. Lagi-lagi buku berkaitan biology, baca page pertama tak sampai separuh pun dah hilang mood. 


Selamat malam semua. Jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur dan bangun esok dengan ucapan "Alhamdulillah"





Tuesday, October 18, 2011

CHEMISTRY antara kami?

Hari tu, aku ada cerita pasal kawan aku. Tentang dia, kawan saya. Semua aku tulis tu ikhlas dari hati aku. Tak ada paksaan daripada sesiapa. Tak ada pengaruh daripada sesiapa. Semua secara spontan mengikut gerak tari jari di atas papan kekunci.

Hari ahad, aku tak online. Sibuk ke sekolah adik, sibuk mengemas barang untuk pulang ke rumah. Hari isnin juga tak online. Aku M.C semalam. Kesian kan? Sakit kepala yang teramat sangat memaksa aku membuta dari jam 8pagi hingga hampir waktu makan tengahari. Alhamdulillah, hari ni sudah sihat dan mampu ke kerja seperti biasa.

Sampai office, on PC. Then login FB. Awal lagi masa tu. Jadi baca status yang aku agak ketinggalan. Dan satu notification ni, buat aku rasa macam something. Entah la. Susah nak describe apa yang ada dalam hati aku. Kerana semua tentang dia, kawan saya.


contengan bayu di wall aku. Kami memang suka pergi menyemak dekat Dewan Seri Budiman (DSB) kalau ada event apa-apa. Dari Food Tech punya event, HotCat punya event yang reka macam-macam jenis makanan yang kadang-kadang susah tekak nak terima, sampai la ke IDD yang melibatkan Assoc Profss dari seluruh UiTM. Semua kami pergi. Bertanya itu ini konon-konon macam paham. Kenangan-kenangan. I wish i could return all those time back.

ini contengan bayu pada wall dia sendiri. Entah kenapa aku rasa macam dia bercakap pasal aku. YES! She was talking about me. I love watermelon and she heart pineapple. And truly deeply from my heart, sometimes i felt regret for not apply to further my master degree with her. I pray the very BEST for her in everything she did. And hope she will become a great Assoc Prof one day. AMIN.


Dear friend Bayu,
If you're reading this I just want you know that I am very glad to have you as my friend or maybe I should say as my the very best classmate, labmate, cuci-cuci-glasswares-mate and all the things we had together. And those memories will remain among the best thing ever happened during my student life.

(i'm not sure either she's reading my blog or not, she used to read it once but now i dont have the idea)



saya seorang kawan,




Wednesday, October 12, 2011

Selamat Pengantin Baru


Semalam masa online FB, tibatiba seorang sahabat lama tegur saya. Bertanyakan hal tentang pergi atau tidak ke majlis perkahwinan kawan kami pada penghujung bulan ini. Saya yang blur tak tahu apa-apa terus respon chat dia. Sebab macam nak tahu sangat Mimi yang mana dia maksudkan. Kalau betul Mimi kawan sekolah menengah saya memang tak jangka. Jahat kan? Bukan apa, sebab saya rasa Mimi pasti akan mesej saya kalau betul dia nak walimah hujung bulan ni. Tapi saya fikir mungkin Mimi tak ada simpan nombor baru saya. Jadi tak apalah. Saya cuma pesan pada dia, supaya minta Fiza sampaikan pada Mimi yang saya nak kad kahwin dia. HEHEHE.

Pagi tadi, on the way pergi kerja macam gatal-gatal tangan nak mesej Mimi tanya perkhabaran itu. Dan nyata Alhamdulillah berita itu benar. Dan menurut Mimi dia baru ingin maklumkan pada saya tapi Fiza lagi cepat update pada saya dan Una. HEHEHE.

Terus teringat kenangan zaman sekolah menengah. Zaman umur baru 15 tahun. Kami berlima rapat. Satu Kelas. Tapi dorm lain-lain. Saya, Una, Fiza, Mimi dan Ana. Sebelum PMR kami pulun buat study group, ada je port yang kurang perhatian daripada orang ramai akan kami manfaatkan untuk study group. Hatta dalam bilik rawatan pun kami belasah buat study group masa kelas persediaan malam hingga ditegur warden yang bertugas. Bila result PMR diumumkan, Mimi paling menyerlah antara kami walaupun dia budak lompat (PTS) dan dia paling kecil fizikal berbanding kami yang lain.

Bila naik tingkatan 4, kami berpecah kepada 2 kerana ada 2 kelas sains. Saya, Mimi dan Ana di 4Sains 1 manakala Una dan  Fiza di 4Sains2. Kami mula kurang rapat tapi aku tetap rapat dengan semua kerana aku, Una dan Fiza sama pengawas maka kami sering berjumpa. Masa tingkatan4, Mimi dan Ana banyak bantu saya terutama Matematik Tambahan. Sememangnya Mimi pelajar luar biasa bijaknya. Bila keputusan SPM diumumkan, Mimi pelajar terbaik sekolah saya. Saya kagum dan respect pada dia. Dan kami berlima membawa haluan masing-masing. Memang lama tidak berjumpa.

(sudah tamat lunch hour, nanti saya sambung semula)


update : 11 samples need to be ready by this Friday. 8 almost done but 1 need to re-do. STRESS. Mean, 4 samples need to do by tomorrow.

(Continue cerita pada jam 7.30 malam di rumah)

Setelah hampir 7 tahun tak berjumpa, at last aku jumpa semula Ana masa kenduri kahwin Zira bulan April lepas. Dan beberapa tahun sebelum tu, aku jumpa Mimi dekat RnR Sungai Buloh. Dan Fiza dan Una masih tak ada kesempatan nak berjumpa diorang. 

Bila dengar cerita Mimi nak kahwin, aku rasa seorang demi seorang kawan yang rapat dengan aku dah nak bergelar isteri orang. Maka dengan itu, aku akan mula keseorangan. HUHUHU. Dan aku berharap sangat dapat pergi kenduri kahwin si Mimi tu. Dan kalau boleh, aku nak minta kebenaran abang dengan mak aku untuk drive balik Ipoh walaupun aku 200% yakin yang mereka tak akan benarkan. HAHAHA. Makanya, aku perlu ambil bas seawal yang mungkin hari Sabtu tu supaya aku dapat sampai di Ipoh sebelum matahari tegak atas kepala. 

Apa-apa pun, bila umur makin meningkat selain daripada tanggungjawab sebagai seorang pekerja (andai bekerja) atau pelajar (yang masih gigih memanjat tangga universiti) dan yang pasti tanggungjawab sebagai anak dan paling besar dalam menunaikan hak kepada Yang Esa mesti ada terselit rasa dan keinginan untuk berumah tangga. Bukankah perkahwinan itu sesuatu yang disukai oleh Rasul kita? Dapat menambah bilangan umat Nabi S.A.W. InsyaAllah. 

Aku sendiri tak terlepas daripada perasaan itu. (pengakuan jujur dan ikhlas ni). Tapi aku hanya mampu merancang dan tak putus berdoa kerana disebalik setiap yang berlaku itu, ada perancang Yang Maha Agong. 

Ok la. Setakat ini dulu. Baru aku perasaan masa dekat office tadi taip "saya", dah balik rumah jadi "aku" lak. Hentam saja la labu....



Friday, September 16, 2011

Peluang yang terpaksa dilepaskan.

AWAS!! Entry panjang =P

Bukan semua yang kita inginkan akan jadi kenyataan. Kadang-kadang benda tu dah ada depan mata pun, kalau Allah dak takdirkan bukan milik kita benda tu maka tak dapat la kita memilikinya. Sama la macam kes aku. Peluang dah ada depan mata cuma jalan ke arah peluang tu aku tak berapa yakin maka dengan rasa berat hati lagi terpaksa, aku lepaskan la peluang tu. Semua yang bakal aku coretkan adalah untuk kenangan aku kemudian hari. Kalau ada sesiapa yang rasa tak senang dengan luahan hati aku ni, jangan segan silu tinggalkan page ni. Catatan ni bukan nak menagih simpati sesiapa. Harap maklum dengan perkara ni.


Bagi yang mengikuti blog aku (ada ke?) tentu tahu tentang segala kekusutan aku sama ada nak sambung master atau terus kerja. Kisah aku terfikir nak sambung master semuanya bermula bila head of program masa aku degree dulu mencadangkan aku untuk sambung master ke luar negara.WOW!! That was interesting. Siapa tak nak kan? Maka bermula la aku menjadi keliru sama ada belajar sampai master atau jadi master. Maka aku pun bercerita dekat mak aku dan terhebah la cerita tu dekat kaum keluarga. Maka semua menggalakkan aku cuba nasib. Jadi kakak aku dan abang ipar aku menjadi orang paling banyak memberi semangat kepada aku. THANK YOU SO MUCH. Diorang bawa aku pergi jumpa agent dekat Subang. Area Taylor's College tu. Then lepas discuss dengan family semua, aku pilih 2 univeristies dan kedua-duanya di UK. Aku tak kisah mana-mana cuma aku tak nak dekat tengah bandar besar. Maklum la, dibesarkan di kampung jadi aku lagi suka suasana kampung. Lagi-lagi kalau dekat UK tu, lagi aku suka suasana "kampung"nya (gaya macam pernah sampai UK je kan?).


Lepas dah decide nak pilih universiti mana, bidang mana maka aku dinasihatkan untuk seat for IELTS. Semua benda pasal kisah aku nak pergi ambil IELTS tu, korang boleh recall balik dengan baca entry-entry dekat SINI. Tapi sebelum agent tu apply kan univerisiti tu untuk aku, amik masa juga la aku nak prepare semua benda. Berulang-alik ke Shah Alam entah berapa kali pun aku tak ingat. Rasanya adalah dalam sebulan lebih baru aku sediakan semua dokumen yang agent tu perlukan. Sebenarnya, masalah yang membuatkan proses tu agak makan masa sebab aku macam bengap sikit nak tulis Personal Statement. Kalau aku expert bab merapumeraban tu, memang cepat la siap personal statement tu. Jadi bila agent tu dah tolong applykan untuk aku, aku pun dah sibuk jadi RA dekat UiTM Shah Alam. Dalam sebulan atau lebih lepas tarikh agent tu hantar application form tu, dah dapat feedback. Agent tu call dan bagitau aku dah dapat Conditional Offer dari 2 universiti yang aku apply. Masa tu memang dah berkaca mata ni. Rasa macam tak percaya. Memang rasa bersyukur sangat. Dan agent tu minta aku email result IELTS secepat mungkin lepas aku dapat result IELTS untuk hantar balik ke universiti tersebut supaya diorang boleh keluarkan Unconditional Offer untuk aku. 

Apa beza Conditional dan Unconditional Offer? Conditional Offer tu maknanya dia dah offer dekat kita tapi ada syarat-syarat kemasukan yang kita tak lepas lagi. Macam dalam kes aku, aku tak hantar result IELTS lagi maka kiranya aku macam tak lepas syarat lagi. Jadinya lepas dah pass semua syarat kemasukan tu, baru la diorang boleh keluarkan Unconditional Offer. Offer yang memang confirm diorang dah pilih kita untuk masuk universiti diorang tu. 


Bila dah dapat Unconditional Offer, terus aku apply sebanyak mungkin biasiswa yang ada. Tapi tak banyak pun, aku apply 4 je kot. Yang agak bernasib baik adalah biasiswa MARA. Sebab aku dapat pergi assessment sebelum ditapis untuk interview. Kira macam tapisan tahap pertama la kot tu. TAPI nasib buka berpihak pada aku. Aku tak lepas assessment tu. Orang kata,"kau ni tak cukup kuat kot psychology nya". Mungkin la kot. Aku ni kan kadang-kadang emo entah macam hape. HAHAHAHA. 


Tengah aku sedih sebab aku tak dapat MARA tu, aku dapat call daripada agent yang bagitau aku dapat offer scholarship dari Kingston Universiti. YEAAAYYYYY!! Masa dapat tau memang lagi sekali aku syok nak mampus. Rasa bahagia sangat sebab memang ramai orang suggest dekat aku suruh apply scholarship daripda universiti tu sendiri tapi aku ingatkan susah nak dapat maka aku pun tak ada lah nak mengharap sangat sebab ingat biasiswa dekat negara sendiri lagi senang nak dapat. MUAHAHAHHA. TAPI bila agent tu kata, scholarship tu hanya cover 1/3 tuition fee terus aku terdiam. Tak tahu nak cakap apa. Hilang semua keseronokan yang sekejap tadi.  


Esoknya, masa aku kerja ibu call. Tanya itu ini pasal scholarship tu sampai aku dah menangis masa cakap dengan ibu tu. Aku rasa sedih sangat sebab aku tengok ibu macam berharap sangat aku dapat pergi sana. Maka terhasil entry yang aku tulis dengan penuh emosi disertai dengan linangan airmata ni. Klik SINI. Aku lagi la nak sangat pergi tambah-tambah cerita pasal aku tu dah heboh satu malaya


Tapi disebabkan aku tak dapat MARA tu, maka aku atur plan untuk masa depan aku. Kalau bukan aku yang mencorak masa depan aku tu, siapa lagi kan? Nak tahu apa aku plan untuk diri sendiri? Baca SINI


Jadi mencuba untuk biasiswa JPA. Yang tak boleh blah masa mohon biasiswa JPA ni, aku pergi hantar 2 permohonan terus. Gila tamak kan? Aku ingatkan boleh tapi rupa-rupanya tak boleh sampai pegawai tu call aku dan tanya kenapa hantar dua dan antara dua tu yang mana satu aku nak. Dan disebabkan aku hanya baru dapat Unconditional Offer dari GCU maka aku pilih la yang tu. Tapi biasiswa JPA ni agak membuatkan aku sedikir tension. Agak lambat nak tahu feed back dia. Letih aku asyik nak call JPA. Maaf la kalau ada orang bahagian biasiswa JPA yang baca blog aku ni. Tapi memang sampai satu tahap aku rasa dah fedup. HUHUHU. 


Dan akhirnya bila aku berjaya menembusi talian JPA, pegawai JPA tu macam berat hati je nak bagitau aku dapat ke tak. Aku memang la kalau boleh nak dapat biasiswa tu walaupun aku tak lepas syarat minima tapi apalah salahnya bagitau kata,"maaf ye dik permohonan adik tak berjaya". Walaupun aku pasti aku frust tertonggeng-tonggeng tapi tak ada la aku ternanti-nanti jawapan yang tak pasti. Macam nak tunggu pakwe cakap,"would you marry me?".

Jadinya lepas tu, aku terus tak fikir nak pergi UK tu. Bukan sebab putus asa walaupun adalah sikit-sikit tapi aku tak nak bagi harapan dekat orang yang mengharap aku berjaya ke sana. Tu paling buat aku sedih. Bila orang mengharap kita tapi kita kecewakan mereka T____T  Aku tak minta mana-mana pinjaman sebab aku rasa macam tak berbaloi untuk meminjam sehingga melebihi RM100k++ untuk belajar di luar negara. Aku tanya banyak orang, diorang pun nasihatkan untuk tidak meminjam untuk sambung belajar di luar. Kalau bidang kritikal macam perubatan, farmasi etc2 mungkin ada pertimbangan kot. Bidang aku bukan bidang kritikal jadi tak apa la. Aku anggap bukan rezeki aku untuk belajar di luar negara, mungkin rezeki aku untuk melancong ke luar negara je kot. AMIN. Mari sama-sama menabung. Nak pergi Korea! Nak pergi Jepun! Nak pergi UK! Nak pergi New Zealand! Nak pergi Australia! Nak pergi Vietnam! Nak pergi Belanda! Nak pergi Mekah (lagi)! <<--- ni bukan setakat nak pergi, nak dok sana terus boleh dak???


Aku pun teruskan life aku sebagai RA sampai lah dalam pertengah bulan 7 aku dapat panggilan interview dekat Puchong. Masa tu macam excited juga la sebab dah lama sangat tak dapat interview. Tapi aku dalam dilema juga la sebab lecturer aku macam dah booking aku untuk sambung master dengan dia. Siap dah bagitau plan apa perancangan dia kalau aku sambung master dengan dia. HAHAHA. Belum interview dah fikir macam tu kan? Tapi kawan aku kata dia yakin aku dapat dan seorang junior kata aku mungkin aku sambung master dekat dalam Malaysia je. Maka pergi la aku interview tu hari Jumaat dan dia suruh aku datang second interview hari isnin. Masa tu, kakak aku dah kata, "ada 2nd interview macam dapat je." Aku tak tau nak cakap apa-apa cuma mengharapkan terbaik. Seminggu lepas interview, dapat call kata aku dapat post tu. ALHAMDULILLAH. Masa tu berat hati nak bagitau lecturer aku. Dia pun antara nak lepaskan aku ke tak. Sebab dekat 8 bulan juga la aku kerja dengan dia. 

MAKA, sekarang ni aku masih berada di Malaysia. Bertapak di Puchong. Menimba pengalaman bekerja di Puchong. Sampai bila? Aku tak pasti. Cuma Allah ada jawapan untuk aku. 


Sebelum aku pergi interview, jumpa head of program masa degree. Cerita dekat dia pasal nak pergi interview apa semua. Then dia cakap dekat aku, "saya lagi suka kalau awak belajar. sampai phd lagi saya suka." WAWAWAWAAAAAA. Sedih. Dia memang banyak sangat tolong aku sebab tiap-tiap semester memang muka aku la mengadap dia minta tambah subjek. 


Ingat lagi masa aku tak dapat MARA tu, dia suruh aku try cari universiti dekat US atau Germany. Dia kata kalau US, universiti diorang banyak bantuan untuk pelajar dan Germany pulak sebab yurang adalah PERCUMA. 


Okay la. Aku dah melalut banyak sangat ni. Harap korang tak bosan dan tak mengata. Semua ni untuk kenangan aku akan datang. Dan semua dalam wordless wednesday hari tu juga untuk kenangan aku nanti. 



pesanan : Salam Hari Malaysia (16Sept) <<<--- sama tarikh dengan birthday Mr. XY. Elok la birthday kitorang sama2 public holiday. syok2. 









Monday, August 1, 2011

Solat Tarawih

Bukan nak bercerita tentang hikmah solat tarawih atau sebagainya. Cuma ingin menyatakan kerinduan di hati nak bertarawih di kampung halaman. Bukan tidak suka bertarawih di masjid-masjid berdekatan dengan tempat tinggal kini tapi aku selesa tarawih di sana. Di surau tempat aku belajar mengaji dan membaca jawi. Di surau tempat aku menghafaz ayat-ayat Juzz 'Amma.

Awal pagi tadi, membaca coretan sepupuku di Ipoh. Menceritakan keseronokan di bertarawih di kampung. Buat aku jadi rindu. Rindu pada rumahku, rindu pada ibuku, rindu pada riuh-rendah keluarga besar di sana. Bila Ramadhan menjelma, rindu itu makin menjadi-jadi. Aku rindu untuk bersama-sama berbuka puasa di surau. Walaupun hakikatnya kini aku semakin malu untuk berbuka di surau. Mungkin kerana aku kini berusia 20++. Zaman kanak-kanak aku paling suka berbuka di surau. Awal aku pergi ke surau untuk "cop" tempat. Sebelum menjelang Isyak, aku berjemaah bersama ibu, makcik-makcik dan sepupu menuju ke surau untuk Solat Isyak dan Tarawih.

Kini surau telah berubah rupa. Tiada lagi surau kayu bertangga yang bersudut kurang daripada 45 darjah. Tiada lagi surau yang lantainya bila berjalan apatah lagi berlari akan berbunyi. Tiada lagi surau yang tingkap berbunyi-bunyi bila ditiup angin. 

Kini surau batu. Hanya satu tingkat. Pintu kayu diganti dengan sliding door. Langsir hijau menjadi penghadang antara makmum lelaki dan makmum wanita juga telah diganti. Pendek kata serba serbi baru.

Imam juga silih berganti. Zaman aku kanak-kanak, arwah atok menjadi imam. Sekembali acu dari Madinah, dia menjadi ganti atok apatah lagi bila kesihatan atok yang tak berapa nak mengizinkan. Bila acu menjadi imam, maka aku sedia maklum. 10 malam terakhir, doa qunutnya panjang. Setengah jam atau lebih mungkin. Maka sebelum solat, acu akan peringatkan pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang telah uzur.

Kini, imamnya merupakan generasi ketiga keluarga aku. Sepupu-sepupuku bakal menjadi imam tarawih di surau kampungku.

Al-Hafiz Muhammadbazli Aminmokhsin Aminuddin
Ustaz Muhammad Nor Arifi Putra Shamsul Ariffin 

Seorang merupakan hafiz yang kini berjuang di bumi UIA. Bidang perubatan kalau tak salah aku. Kalau aku lah ibunya, pasti aku senang hati mendapat anak bergelar Al-Hafiz Dr. :)

Seorang lagi baru tamat pengajian dalam bidang Syariah dan bakal terbang ke Jordan Septemer ini. Selamat berjuang adik sepupu! Semoga pulang dengan kejayaan.

Dan kini, aku teramat teringin menjadi makmumah buat sepupu-sepupu ku. Dan aku berbangga dengan mereka. 





Monday, June 27, 2011

Bila hati semakin jauh

PERINGATAN!!
Entry ini sedikit melibatkan emosi. Mungkin sedikit tapi ada kemungkinan menjadi banyak. Jadi, kepada sesiapa yang merasakan akan keluar muntah hijau bila membaca entry yang agak personal ini, maka dengan segala hormat saya mohon agar menekan butang [X] pada penjuru kanan atas tetingkap IE/Mozila anda bagi mengelakkan timbul rasa kurang enak di hati anda. Terima kasih.


********************************

Bila bersoal tentang hati dan perasaan, sudah pasti akan terbayang akan daya "attractive" kepada kaum berlainan jantina. Itu adalah lumrah. Kalau wujud perasaan sayang antara kaum sejenis, mungkin perasaan itu tak lebih sayang sebagai ahli keluarga atau teman rapat. Tapi kalau sayang antara kaum sejenis sehingga melibatkan nafsu, maka Nauzubillah. Minta dijauhkan. 

Aku tak tahu bagaimana untuk memulakan bicara hati ni. Tapi aku rasa dah terlalu penat untuk menangis sendirian dan juga sudah terlalu penat untuk menanggung beban dalam hati ini. Aku perlukan seseorang untuk berkongsi cerita. Tapi kebanyakan teman yang biasa aku berkongsi cerita, semuanya telah bertambah tanggungjawab mereka (contoh : telah bersuami). Jadi, aku rasa kurang enak untuk berkongsi soal hati dan perasaan yang sedang duka lara dengan insan yang sedang bergembira dengan kehidupan baru bergelar ISTERI. Dan sesungguhnya aku berasa  teramat gembira bagi pihak sahabat-sahabat aku itu tapi dalam masa yang sama ada sedikit rasa cemburu. YA. Aku cemburu dengan kebahagian mereka. Siapa yang tak ingin bahagia kan? Siapa yang tak ingin persahabatan yang bertahun lamanya, berakhir dengan satu ikatan yang suci lagi HALAL dan diredhai Allah. InsyAllah.

Aku punya seorang teman rapat. Oh, pertama kali rasanya aku begitu terbuka di blog ini. Teman bukan sekadar teman ketawa, tapi dia juga teman air mataku. Berkongsi segala suka duka aku, teman yang sanggup bersusah demi aku, teman yang menjanjikan aku dengan kebahagiaan. Bagi aku, dia adalah teman terbaik yang pernah aku jumpa. Bersabar dengan aku seperti mana aku bersabar dengannya. Tapi entah kenapa, kebelakangan ini, aku rasa aku kehilangan dia. Aku sendiri tak pasti sama ada itu hanya naluri aku atau sememangnya itu yang berlaku.

Aku masih lagi bersabar walau dalam hati aku sudah terlalu letih menangis. YA. Aku letih menangis. Menangis mengenangkan aku telah kehilangan teman aku. Aku tak tahu salah siapa. Masing-masing punya ego sendiri. Aku sendiri punya ego sendiri. Dia lagi la. Jangan dicerita. Terlalu tinggi egonya, terlalu kebal dan tepu perasaannya. Betapa aku cuba menahan hati daripada terus menangis kerana dia. Aku tak mahu tapi aku tak mampu.

Aku cuba berbincang tapi seringkali aku ditolak dengan pelbagai alasan. Aku hormati hak dia untuk sendirian untuk waktu tertentu. Tapi, apalah salahnya luangkan sedikit waktu buat aku walau hanya 10 minit supaya aku tak terasa seperti dipinggirkan. Berpuluh mesej aku hantar melalui HP, entah berapa mesej melalui FB dan juga email persendirian. Aku cuma ingin dia tahu isi hati aku. Tapi aku bagai syok sendiri. Tiada jawapan. Pagi tadi, terasa seperti dia "tersedar" dari kelalaiannya. Tapi hampa. Itu hanya untuk beberapa ketika sebelum aku bertolak ke tempat kerja. Elok sahaja dia di tempat kerja, maka bermula lah episod cerita kami seperti orang asing sehingga la tiba waktu untuk melelapkan mata.

Akhirnya, yang aku dapat hanyalah...

"nanti la call"

Dan aku tahu "nanti" dia itu bukan sejam lagi atau esok pagi atau esok petang tapi mungkin seminggu lagi atau mungkin 2,3 hari lagi. T__T

Seseorang pernah berpesan pada aku, kalau ada orang tak suka kita selidik dulu diri kita kenapa orang tak suka kita. OKAY. Aku punya jawapan kenapa dia makin jauh dari aku. Sebabnya?? biarlah aku dan dia sahaja yang tahu. Aku tak nak menagih simpati daripada sesiapa yang membaca. Tujuan aku hanya untuk meluahkan apa yang terpendam dalam hati aku. Kerana aku dah tak sekuat dulu. Aku tak setabah dulu. 

Kini, bila hati makin jauh aku jadi semakin sepi, sunyi... T__T Mungkin juga kerana aku makin jauh dari-Nya.
Hati menjadi makin tak tenang penuh dengan syak wasangka.









Tuesday, May 24, 2011

Entah ke mana hilangnya..

Sejak minggu lepas aku mecari benda tu. Tapi masih tak jumpa-jumpa juga. Rasa tak puas hati selagi tak jumpa. Aku betul-betul lupa dekat mana aku letak benda tu. Benda tu tak adalah besar sangat cuma sekeping kertas. Tapi sekeping kertas yang amat bermakna untuk aku. Sekeping kertas yang buat aku menitis air mata setiap kali membacanya. Sekeping kertas tu sangat bermakna bagi aku sebab itu adalah "hadiah" daripada arwah ayah aku masa aku konvo diploma dulu.

Argggghhhhh~ Sangat stress bila tak dapat jumpa apa yang dicari. Aku harap sekeping kertas tu masih ada dalam simpanan aku. Kalau hilang memang lah aku sedih sangat-sangat. Sebab sekeping kertas tu ada bait-bait puisi yang arwah ayah karang untuk aku. Memang sangat meruntun jiwa aku.

Sebuah puisi nukilan hati seorang ayah yang tak dapat menghadiri konvokesyen anaknya. YA. Memang aku sedih. Masa aku konvo diploma dulu, ayah tak dapat datang berkongsi gembira bersama aku. Tapi aku tahu ayah sentiasa gembira dengan kejayaan kami adikberadik. Masa konvo diploma dulu, aku sedih sebab aku tak dapat nak bergambar dengan ayah. Aku tiada gambar-gambar cantik semasa diploma dulu seperti aku konvo degree hari tu.

Bila aku dah masuk degree, aku tekadkan hati aku MESTI dapat ANC lagi supaya ayah bertambah gembira. Aku nak ayah datang senyum bangga dengan kejayaan aku. Tapi aku hanya mampu merancang. Ayah pergi tatkala aku sedang sibuk dengan tugasan terakhir sebelum peperiksaan akhir. Hanya Allah yang tahu betapa aku terasa sangat hilang semangat. Sehinggakan aku rasa arwah ayah turut serta menemani aku mengulangkaji pelajaran. OH~ Aku rindu padanya. Rindu teramat sangat. Aku rindu akan puisi-puisinya. Terlalu rindu dengan bahasanya yang indah.


Ya Allah, tempatkan arwah ayah di kalangan orang yang beriman. Kau ampunkanlah segala dosa dan salah silapnya sepanjang hayatnya. Kau terimalah segala amal dan kebajikan yang dilakukannya sepanjang hidup. AMIN.


## Aku berharap sangat dapat jumpa balik puisi yang ayah karangkan untuk aku tu. Supaya aku dapat berkongsi dengan kalian. 

Wassalam.