Entry ini sedikit melibatkan emosi. Mungkin sedikit tapi ada kemungkinan menjadi banyak. Jadi, kepada sesiapa yang merasakan akan keluar muntah hijau bila membaca entry yang agak personal ini, maka dengan segala hormat saya mohon agar menekan butang [X] pada penjuru kanan atas tetingkap IE/Mozila anda bagi mengelakkan timbul rasa kurang enak di hati anda. Terima kasih.
********************************
Bila bersoal tentang hati dan perasaan, sudah pasti akan terbayang akan daya "attractive" kepada kaum berlainan jantina. Itu adalah lumrah. Kalau wujud perasaan sayang antara kaum sejenis, mungkin perasaan itu tak lebih sayang sebagai ahli keluarga atau teman rapat. Tapi kalau sayang antara kaum sejenis sehingga melibatkan nafsu, maka Nauzubillah. Minta dijauhkan.
Aku tak tahu bagaimana untuk memulakan bicara hati ni. Tapi aku rasa dah terlalu penat untuk menangis sendirian dan juga sudah terlalu penat untuk menanggung beban dalam hati ini. Aku perlukan seseorang untuk berkongsi cerita. Tapi kebanyakan teman yang biasa aku berkongsi cerita, semuanya telah bertambah tanggungjawab mereka (contoh : telah bersuami). Jadi, aku rasa kurang enak untuk berkongsi soal hati dan perasaan yang sedang duka lara dengan insan yang sedang bergembira dengan kehidupan baru bergelar ISTERI. Dan sesungguhnya aku berasa teramat gembira bagi pihak sahabat-sahabat aku itu tapi dalam masa yang sama ada sedikit rasa cemburu. YA. Aku cemburu dengan kebahagian mereka. Siapa yang tak ingin bahagia kan? Siapa yang tak ingin persahabatan yang bertahun lamanya, berakhir dengan satu ikatan yang suci lagi HALAL dan diredhai Allah. InsyAllah.
Aku punya seorang teman rapat. Oh, pertama kali rasanya aku begitu terbuka di blog ini. Teman bukan sekadar teman ketawa, tapi dia juga teman air mataku. Berkongsi segala suka duka aku, teman yang sanggup bersusah demi aku, teman yang menjanjikan aku dengan kebahagiaan. Bagi aku, dia adalah teman terbaik yang pernah aku jumpa. Bersabar dengan aku seperti mana aku bersabar dengannya. Tapi entah kenapa, kebelakangan ini, aku rasa aku kehilangan dia. Aku sendiri tak pasti sama ada itu hanya naluri aku atau sememangnya itu yang berlaku.
Aku masih lagi bersabar walau dalam hati aku sudah terlalu letih menangis. YA. Aku letih menangis. Menangis mengenangkan aku telah kehilangan teman aku. Aku tak tahu salah siapa. Masing-masing punya ego sendiri. Aku sendiri punya ego sendiri. Dia lagi la. Jangan dicerita. Terlalu tinggi egonya, terlalu kebal dan tepu perasaannya. Betapa aku cuba menahan hati daripada terus menangis kerana dia. Aku tak mahu tapi aku tak mampu.
Aku cuba berbincang tapi seringkali aku ditolak dengan pelbagai alasan. Aku hormati hak dia untuk sendirian untuk waktu tertentu. Tapi, apalah salahnya luangkan sedikit waktu buat aku walau hanya 10 minit supaya aku tak terasa seperti dipinggirkan. Berpuluh mesej aku hantar melalui HP, entah berapa mesej melalui FB dan juga email persendirian. Aku cuma ingin dia tahu isi hati aku. Tapi aku bagai syok sendiri. Tiada jawapan. Pagi tadi, terasa seperti dia "tersedar" dari kelalaiannya. Tapi hampa. Itu hanya untuk beberapa ketika sebelum aku bertolak ke tempat kerja. Elok sahaja dia di tempat kerja, maka bermula lah episod cerita kami seperti orang asing sehingga la tiba waktu untuk melelapkan mata.
Akhirnya, yang aku dapat hanyalah...
"nanti la call"
Dan aku tahu "nanti" dia itu bukan sejam lagi atau esok pagi atau esok petang tapi mungkin seminggu lagi atau mungkin 2,3 hari lagi. T__T
Seseorang pernah berpesan pada aku, kalau ada orang tak suka kita selidik dulu diri kita kenapa orang tak suka kita. OKAY. Aku punya jawapan kenapa dia makin jauh dari aku. Sebabnya?? biarlah aku dan dia sahaja yang tahu. Aku tak nak menagih simpati daripada sesiapa yang membaca. Tujuan aku hanya untuk meluahkan apa yang terpendam dalam hati aku. Kerana aku dah tak sekuat dulu. Aku tak setabah dulu.
Kini, bila hati makin jauh aku jadi semakin sepi, sunyi... T__T Mungkin juga kerana aku makin jauh dari-Nya.
Hati menjadi makin tak tenang penuh dengan syak wasangka.
No comments:
Post a Comment