Salam Jumaat semua. Jumpa lagi hari ni. Mood nak menaip ni berkobar-kobar. Entah kenapa. Tak ada mood nak membebel tapi tangan ni gatal sangat nak menaip. Harap-harap dapat la jadi satu entry yang bermanfaat. InsyaAllah.
Alkisahnya, dah dua hari berturut aku buat QC test untuk COD kit. Bila buat, tak tunjuk pun result dekat bos. Tanya seorang staf tu, dia kata boleh je terus hantar dekat pelanggan. Dia dah kerja lebih 5 tahun, maka aku pun ikutkan sahaja. Sekali bila tunjuk dekat bos, bos kata "precision is okay but low accuracy". Mula la dia cerita pasal pentingnya precision dan accuracy. Dia kata penting terutama dalam analysis. Dia kata aku dah improve skill aku. HAHAHA. Nak je aku kata, "saya memang hebat bab-bab analysis ni, nama pun forensik analysis kan" KAHKAHKAH.
Memang kalau buat analysis, precision dan accuracy adalah sangat penting. Apa beza precision dan accuracy?
PRECISION - Precision is how close the measured values are to each other. [source]
Explaination (cara aku sendiri) : dalam bahasa mudah, Precision ni ketepatan data-data yang kita dapat sesama sendiri. Kiranya kalau kita ada 5 data, maka nilai bagi kelima-lima data tu hampir sama. Kalau data 1 = 34, data 2 = 33, data 3 = 35, data 4 = 33.5, data 5 = 31. Ini dinamakan Precision.
Penjelasan Precision dalam bentuk gambar rajah.
ACCURACY : Accuracy is how close a measured value is to the actual (true) value. [source]
Explaination (cara aku) : katakan kita ada 5 data tadi, kita kena bandingkan kelima-lima data tadi dengan data rujukan kita. Kalau buat analysis, kita mesti ada data rujukan. Kalau dalam bahasa aku selalu guna, as a standard. Contohnya (ni dalam bidang kimia), aku nak sediakan satu larutan berkepekatan 35ppm. Kemudian lepas dah tung tang tung tang sediakan dalam makmal, aku pun nak analisis larutan aku tu. Betul tak dapat 35ppm (btw, ppm tu adalah salah satu unit untuk kepekatan), jadi aku pun buat la analisis. Bila buat analisis, aku dapat data seperti contoh dalam Precision di atas.
Data standard : 35ppm
Data 1 = 34ppm
Data 2 = 33ppm
Data 3 = 35ppm
Data 4 = 33.5ppm
Data 5 = 31ppm
Berdasarkan data-data yang aku dapat daripada analisis, aku pun bandingkan data standard. Bila bandingkan, data-data tu semua lebih kurang sama kan? Nilai dia semua hampir sama. Maka aku boleh kata accuracy untuk analisis aku adalah tinggi.
Penjelasan Accuracy dalam bentuk gambar rajah.
Katakan titik merah tu adalah standard rujukan aku,
maka aku boleh simpulkan berdasarkan rajah ni, High Precision and High Accuracy
Faham tak? Tiba-tiba aku jadi cikgu pulak malam ni.
p/s : Bayu, sila komen cubaan aku menjadi cikgu alam maya. Ko paham tak penerangan aku? :P
1 comment:
wah..tetibe rase nak belajar kimia balik ;)
Post a Comment