Dah lama tak menulis. Sangat-sangat tak ada mood nak tulis apa-apa. Dari semalam log in blogger, konon-konon nak tulis tapi mood entah ke mana. Tambahan pulak sekarang kondisi badan memang sangat kurang stabil. Semalam macam nak demam, terjaga pukul1 pagi sakit kepala teramat sangat. Habis dah tertonggeng apa semua, at last sapu minyak angin terus keluar segala isi perut yang tak seberapa. Pedih rasa tekak. Bangun pagi badan rasa tak sihat, seram sejuk. Pergi la klinik. Dan makan paracetamol untuk kali pertamanya sepanjang pregnant. Sebab memang tak tahan sangat. Selera makan pun entah lari ke mana lately ni. Tengok nasi berlauk jadi loya tekak. Nak yang simple-simple je. Kuih pun jadi la.
Oh, sekarang sik kecik comel dalam rahim ni dah mencecah usia 34 minggu. Minggu depan dah 35 minggu. Alahai... cepatnya masa berlalu. Sekarang ni makin kerap rasa dia main-main. Tengah malam jangan cerita la aktiviti dia. Stay up kot. Hehehehe. Ada satu hari tu, dari subuh sampai nak ke subuh esoknya, dia aktif je. Senyap pun kejap-kejap je. Dia rimas agaknya sebab masa hari tu cuaca memang panas teramat sangat.
Aku pulak sekarang ni makin rasa cepat mengah. Walaupun aku hanya duduk rumah, tapi entah lah. Duduk lama sikit mula la rasa tak selesa. Kena bangun berjalan. Tengah sidai kain, tiba-tiba rasa perut sakit sangat. Duduk mencangkung jap. Rasa dah kurang sakit, bangun balik continue sidai kain. Tengah basuh beras pun kadang-kadang macam tu. Oh, sekarang ni perut makin maju ke depan. Kalau nak drive, kena betulkan stereng tu dulu baru boleh drive. Kalau tak, berlaga la perut dengan stereng. Huhuhuhu. Duduk dekat meja pun macam tu. Selalunya aku akan duduk senget sikit supaya perut tidak perlu bertemu meja. Hihihihi.
Disebabkan cuaca sekarang ni teramat panas, kecuali hari ni mendung je dari subuh tadi. Maka aku amat rajin mandi. Tengah malam sebelum tidur pun mandi dulu. Sebab rasa rimas sangat walaupun dah pasang kipas meja tu speed max dan mengadap aku, aku tetap rasa tak puas. Mungkin sebab hormon dan kebetulan cuaca pun sama. Harap-harap nanti baby dah keluar, cuaca biasa-biasa je la. Jangan la panas sangat. Sian baby saya.
Dan terkini, paling aku tak suka dekat tengkuk aku dah mula jadi macam berkerak. Kehitaman ok? STRESS. Sedih pun ye. Semuanya bermula bila aku bangun tidur, aku berpeluh-peluh habis lenjun baju semua. Tengkuk ni jangan cerita la, maklum la orang debab. Tengkuk banyak layer. Hahahaha. Satu hari tu dia jadi macam berkudis, bila aku gosok-gosok tonyoh-tonyoh hilang la. Tapi lama-lama jadi macam horror pulak. Semalam aku try apply scrub dekat situ. Hentam saja. Yang penting mahu tanggal tapi tak tanggal gak. Esok lusa pulak aku try lagi. Nanti dalam pantang, nak try bedak yang makcik suami bagi. Nak try sekarang tapi takut pulak. Sebab dia kata itu untuk dalam pantang. Hahahaha. Aku ni kan menurut perintah, maka bertahan je dulu.
Ok. Itu je cerita hari ni. Nanti rajin aku update lagi. Nak pergi cari makanan.
1 comment:
Dear.kalo blh elakkn dr.mandi mlm ya.xelok.even panas pun.better lap bdn kot..sbb ada ipar tumpah darah asik.mandi mlm
Take care dear
Post a Comment