Aku sekarang betul-betul malas. Aku pun tak tahu kenapa. Hari-hari online. Cari kerja. Nak sangat kerja. Dah hantar resume harap-harap ada la yang panggil aku interview. Sekarang semua company nak cari pekerja yang ada pengalaman. Susah la macam tu, nanti fresh graduate macam aku ni nak kerja kat mana? OKEY. Mesti ada yang kata aku memilih kerja. TAK. Aku tak memilih tapi aku pilih tempat kerja. Aku nak kerja yang dekat dengan rumah aku atau rumah abang-abang atau kakak aku. Ye la... aku tak ada transport semua, jadi aku pilih la company yang orang boleh tolong hantar aku masa interview.
OKEY. Stop about it. Bukan itu yang aku nak cerita sebenarnya.
Aku pernah cerita ke yang aku nak sambung belajar? Aku pun tak tahu la datang dari mana semangat nak sambung belajar tu. Aku survey universiti-universiti yang offer program yang aku berkenan lepas tu aku survey gak biasiswa-biasiswa yang aku boleh try apply. Dah dapat list semua tu. Aku cadang nak further dalam chemistry gak tapi lebih kepada analysis. Tapi family suruh further dalam forensic, so aku cari something yang macam aku amik masa degree (forensic analysis). Ada jumpa juga universiti yang offer program macam tu. Aku nak apply untuk intake tahun depan. Sebab tu aku kena kerja dulu. Ye laaa.. Nanti kalau dapat offer sambung belajar mesti kena fikir nak bayar yuran, rumah sewa apa bagai kan?
Sebelum aku apply tu aku kena buat esei. ADUH!! Aku dah lama gila tak menulis ayat proper. Setakat dalam blog ni selalu. Itu pun entah apa-apa je yang aku tulis. Dalam esei tu aku kena tulis benda-benda ni :
- why i choose THAT program?
- why i want to study THERE?
- what are my goals and inspiration in life?
- How can i contribute to society with the knowledge that i will acquire (something like that)
Apa aku nak tulis? Masa ni la aku kena ingat balik macam mana cikgu english aku ajar tulis esei masa sekolah dulu. Kena listkan isi penting apa bagai kemudian huraikan bla bla blaaaa. TENSION!
You know what? I hate learning language. I dont like writing an essay. I dont know how to make a proper sentence without grammatical errors etc.
Nak tulis esei untuk futher Master mesti la pihak universiti akan harapkan esei yang tiptop dengan lenggok bahasa yang cantik kan? Aku mana reti buat semua tu! Serius tak reti. Aku dah lama sangat-sangat tak tulis esei bahasa inggeris. Last tulis esei 2 tahun dulu kot. Lama kan? Walaupun aku belajar dalam bahasa inggeris dan jawab soalan final exam dalam bahasa inggeris aku rasa lecturer chemistry, lecturer forensic, lecturer separation aku tak pernah kot kisah sangat kalau tersalah guna past tense ke, present tense ke, are, were, was ke apa-apa je la.
Dulu zaman belajar, ini contoh soalan yang aku kena jawab panjang-panjang sebab markah dia 10 markah, 15 markah :
- Explain kerb cycle (eh, betul ke kerb cycle? aku lemah sikit biochem ni. dulu main goreng je)
- Explain the principal of gas chromatography
- Differentiate the difference between HPLC and GC
- What are the responsibilities of the first officer arrived at crime scene?
- etc
- etc
- etc....
Apa kata korang jawab soalan ni? Best wooo bila belajar sal mesin. Rasa macam nak jadi besar semut and masuk dalam mesin tu tengok process dia semua
OKEY la. Aku dah merepek. Tolong bagi idea sikit apa aku patut tulis dalam esei tu.
salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam...
lots of L♥VE
No comments:
Post a Comment