Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Thursday, December 23, 2010

I am so proud of you!!

Hari ni result PMR 2010 keluar. Pagi-pagi bangun aku pula yang jadi excited nak pergi sekolah adik aku awal-awal pagi. Tapi bangun pun tak ada la pagi sangat. Cuma pagi suma-suam kuku. Sempat lagi masak breakfast and makan.

At last pukul11.30 baru bertolak dari Ipoh ke Kampung Gajah. On the way tu entah berapa puluh kali kawan-kawan adik aku call tanya bila nak sampai. HAHAHA. Tu la adik, orang suruh masuk Taayah ko tak nak. Kalau tak 10minit dah sampai. Ni tak, sejam baru nak sampai. Dah la tadi banyak lori, memang la slow je perjalanannya. Dengan aku sendiri memang bawa slow and steady je. 

Elok je sampai pagar sekolah, mudir sekolah adik aku pun baru keluar pagar. Tu la dik, orang suruh pergi pukul9 ko tak nak. Kalau tak mesti ko merasa dipam-pam di hadapan ibubapa dan guru-guru.

Oh ya, aku belum bgtau result adik aku ek? ALHAMDULILLAH. Adik aku dapat straight A's. TAHNIAH! TAHNIAH! Sangat bangga dengan kamu. Aku punya happy sampai rasa macam nak menangis. Macam aku pula yang dapat semua A. 

Jadi ucapan untuk adik aku yang comel itu,
TAHNIAH! Segala usaha dah berhasil. Tapi makin banyak ujian yang menanti di hadapan. Teruskan berusaha. Study rajin-rajin untuk SPM lak. Kata nak jadi doktor, doktor kena banyak baca. Bukan banyak mengadap FB. HAHAHA.

OKEY. Bye. 

(adik aku tak baca pun blog aku ni. poyo je nak tulis ucapan apa bagai)


salam mahabbah salam 
ukhwah wassalam...


lots of L♥VE

No comments: