Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Showing posts with label sweet memories. Show all posts
Showing posts with label sweet memories. Show all posts

Tuesday, November 12, 2013

Sangkutkan Hapak Bajumu di Pondok Sawah

Ayah
Sangkutkan hapak bajumu
Di ampaian pondok sawah
Hamis tubuhmu
Rendamkan di sumur hujung desa
Kerana esok
Tika ayah di dewan konvo
Adik tidak mahu mendakap
Dan mengusap tengi
Biarpun bengit peluh tubuh ayah
Sebenarnya nilai segulung ijazah
Yang digenggam adik pada majlis itu.

Ayah
Tinggalkan segala di desa pingit
biar adik dapat memeluk ayah
Dengan aroma kota
Kerana
Itulah nilai seorang graduan.

Ayah
Jangan kelak kau teresak-esak
Di sudut dewan gemurh riuh
Hilai tawa adik
Bersama rakan-rakannya
Membiarkan ayah sendirian
Termangu
Kerana itulah nilai yang merobah segalanya.

Raja Sabarudin Abdullah,
April 2008,
Ipoh, Perak.

Nota : hasil nukilan arwah ayahanda tercinta istimewa buat aku sebagai hadiah sempena konvokesyen diploma. Arwah ayah tidak dapat hadir menyaksikan aku di pentas Dewan Sei Budiman, UiTM Shah Alam kerana sakit. Setahun selepas sajak ini ditulis, arwah pergi menghadap Yang Maha Esa. AL-FATIHAH.

Nota : ini adalah milik aku sepenuhnya. Seberang tiru meniru, ulang cetak atau sebagainya adalah dilarang sama sekali tanpa izin daripada aku. Mohon hormat kepada arwah yang mencipta sajak ini. Harap maklum.

Monday, September 9, 2013

HannanIzdihar : 0-3 Bulan

Salam semua. Lama tak menulis. Syawal pun dah habis. Tak sempat nak beraya dengan blog ni. Suami dan anak menuntut perhatian yang amat sangat walaupun sebenarnya suami yang ringan tulang dalam urusan kerja rumah. Alhamdulillah.

Sedikit coretan untuk kenangan hari akan datang, InsyaAllah. Dan dititipkan istimewa buat anakanda kesayangan, Hannan Izdihar. Cerita tiga bulan pertama bersama kesayangan mamayah.


#1 - Perkembangan secara fizikal.
Masa lahir 3.3kg, naik ke 3.5kg semasa usia seminggu. 3.8kg semasa umur 20 hari dan paling terkini 5.0kg semasa usia 2 bulan. Sekarang dah 3 bulan tak tahu la berat dia. Tunggu timbang masa check up 4 bulan nanti la.
Tinggi (atau panjang seperti dalam buku rekod) semasa lahir 51cm, ukurlilit kepala 34.5 cm. Semasa check up 2 bulan, panjang 59cm dan ukurlilit kepala 39cm. Alhamdulillah.
Rambut lebat sejak lahir. Cukur habis masa umur 2bulan 4hari. dan mula tumbuh semula seminggu lepas tu. Dah besar nanti kena kerap la potong rambut nampak gayanya.
Oh, Hannan dah sunat masa umur 2 bulan :)
Kesimpulan : sangat bambimbam sekarang ni. Sampaikan lenguh tangan kalau dukung dia. Huhuhu.


#2 - Waktu tidur
Masih tak dapat nak agak waktu tidur si manja ni. Sebabnya Hannan asyik berubah angin. Setiap kali dekat tempat baru, waktu tidur dia berubah. Tapi Alhamdulillah, malamnya semakin lena cuma merengek 2,3 kali untuk susu dan siangnya semakin aktif (mengikut keadaan dan tempat). Paling lena kalau sejuk, dapat bilik aircond siang malam lena. Bangun merengek sebab nak susu dan nak poo poo je. Oh, Hannan conquer separuh daripada queen bed, aku tidur mengiring sepanjang malam sampai sakit pinggang dan bahu, ayah dia pulak tidur rapat ke dinding. HuHuHu.


#3 - Ransangan terhadap sekeliling
Sudah mula respon terhadap orang. Sudah pandai senyum. Sudah pandai menggenggam jari, ini saat paling indah bila pertama kali Hannan menggenggam jari aku. Dah mula nak ajak orang bersembang. Dan paling terbaru yang aku perasan, dah pandai tengok TV atau laptop/tab. Aku selalu pasang lagu Alif Ba Ta dekat tab/laptop khusyuk betul dia tengok. Atau mungkin dengar. Aku tak pasti baby 3 bulan dah boleh nampak jelas ke? Yang pasti Hannan kalau aku letak atas toto/katil dan aku tak ada dekat sebelah dia, mata dia sibuk ikut pergerakan aku. Risau sangat kena tinggal. Lagi satu aku perasan, kalau tak ada orang layan dia, dia akan main-main jari dia. Macam gaya membelek jari, mungkin dia baru "discover" jari dia tu. Comey je tengoknya.


# Pakaian
Masih boleh pakai newborn saiz tapi brand Pigeon je. Kalau Fiffy saiz 14 dah nak hampir ketat. Pakai baju Anakku saiz 3bulan dah muat, cantik terletak. Rompers Carter's saiz 9 bulan badan muat-muat cuma baju tu panjang. Hannan banyak baju berseluar, sebabnya kalau beli 2pcs skirt jadi barut dah skirt tu. Tapi kalau paksi gaun rasa macam nak gigit je dia. HaHaHa.
Kesimpulannya; baju saiz 0-3bulan boleh pakai lagi, baju saiz 3-6bulan pun boleh pakai. Dah tak nampak macam baju pinjam.


# Susu
Alhamdulillah, masih minum susu ibu sepenuhnya. Opsss.. bukan sepenuhnya. Seminggu pertama campur susu formula sebab Hannan refuse breastfeeding. Semoga dapat terus susukan Hannan dengan susu sendiri selama yang mungkin. Walaupun kadang-kadang macam tak larat sebab dia asyik nak mengempeng je. HuHuHu.


Hannan Izdihar 



 

Monday, July 22, 2013

Aku Rindu...


menjadi seperti ini lagi... ... ...

Gambar lebih kurang 12 jam sebelum pertama hati kesayangan, Hannan Izdihar dilahirkan. 
Usia kandungan 38minggu 4 hari


Terlalu banyak pengalaman mengandung yang aku rindukan. Tak terluah dengan kata-kata, cuma Allah yang tahu aku rindu mempunyai insan lain di dalam rahim.





Thursday, July 18, 2013

Lahirnya Permata Hati (Part 2)

sambungan daripada Lahirnya Permata Hati (Part 1). Dan jua bersempena permata hati genap sebulan hari ni  maka aku sambung kronologi kelahiran puteri kesayangan.

*******************

Pukul 5 lebih aku dibawa ke labour room yang sama aku kena seluk untuk cek bukaan pagi tadi. Nurse pasang ctg, cek bukaan 530pm, dh 5cm. Tapi aku masih tak rasa sakit contraction. Mungkin ini bahagian aku. Sempat layan cerita apa entah dekat TV3. 

Aku skip lagi sebab memang dah ingat-ingat lupa. 

Nak tunggu jalan buka menang lambat. Lama kelamaan aku mula rasa sakit tapi masih boleh ditanggung. Akhirnya, masa bukaan 6/7 cm Dr masukkan ubat untuk aku rasa sakit dan seterusnya untuk percepatkan bukaan. Lepas tu jangan tanya macam mana sakitnya. Kali pertama Dr offer ubat tahan sakit, aku jual mahal. Second time, terus aku setuju sebab memang tak tahan weeeeeiiiiiii. Sepanjang waktu nak tunggu bukaan sampai 10cm, dua kali nurse masukkan tube untuk keluarkan urine. Ini pun sakit gak. Rasa nak sepak je nurse tu. Lepas masuk ubat tahan sakit tu (melalui drip) aku jadi lalok. 

Sedar-sedar semua dah dalam posisi. Dr suruh push, nurse ada la dalam 3,4 orang jadi pompom girl. Suami nemang setia dengan aku sejak 4petang. Oh, aku ingat jam 930 malam proses push-push tu mula. 

TAPI!!!

Aku tak pandai push. Bila aku push nurse kata aku push kat muka. Bila aku tak rasa sakit, diorang dok suruh aku push. Tapi waktu tak rasa contraction memang tak boleh nak push. Aku dengan mamai laloknya, rasa dah give up. Aku dok merayu dekat Dr guna la method yang lain sebab aku memang dah tak larat sangat. Sampaikan aku rasa macam nak minta czer je dan sempat gak terfikir, takmau beranak dah lepas ni. Hahahahahaha.

Akhirnya, jam 1024 malam, baby selamat lahir dengan bantuan vacuum. Suami cerita, Dr gunting (epi) dan masukkan vacuum tu. Dia memang dah nampak kepala baby tapi masa tu aku memang tak sedar apa dan dah tak boleh nak push. Gila punya kuat ubat tu. Sian baby. Oh, sebelum Dr vacuum tu Dr macam marah aku (memberi motivasi sebenarnya) sebab jantung baby makin lemah. Aku ingat lagi kata Dr, "raja zubaidah, kalau saya guna vacuum pun, 80% tenaga tetap dari awak. Saya boleh tolong 20% je". 

Elok je baby keluar, Dr letak atas dada aku dan aku menangis, "baby maafkan mama. Mama tak pandai push". Masa tu memang nampak lonjong kepala anak aku. 


PERASAAN?
Tak dapat nak gambarkan. Nurse cepat-cepat bagi oxygen pada baby sebab dah biru :(


Lepas tu aku minta maaf dekat Dr lak sebab tak pandai push. Bila ingat balik macam kelakar lak minta maaf dekat Dr. Dr kata, "takpe saya dah jumpa macam-macam patient". Heheheeee. Maka bermula episod jahit-menjahit. Aku tengok ok rupa jarum dan benang tu, jarum tu rupa mata kail pun ada. Jahit sebab koyak dan jahit sebab kena gunting. Ngeri tapi sebab Dr dah bius, aku tak rasa sakit sangat. Aku siap boleh bersembang-srmbang dengan Dr. Cuma bila Dr jahit bahagian kulit tu baru rasa sakit tapi Dr gtau kenapa sakit. 

Habis jahit entah pukul berapa pun tak ingat sebab aku tertidur. Sedar-sedar dekat pukul 1am. Aku sorang-sorang dekat situ. Nak panggil nurse tapi tak jumpa loceng, aku pun sambung tidur. Tak lama lepas tu, nurse datang nak bawa pergi bilik. Tapi sebelum tu, diorang tukarkan baju dan pakaikan pad. Tapi aku takut nak turun katil ke wheelchair maka aku suruh nurse panggilkan suami. 

Sampai bilik, aku bantai tidur sampai ke pagi. Maka susu pertama yang masuk perut baby adalah susu formula. 


******************************

Itu sedikit sebanyak pengalaman aku. Nanti aku nak bagi anak aku baca. Stop dulu. Penat taip guna tab.

Bye!





Monday, July 8, 2013

Lahirnya Permata Hati (Part 1)

12 Jun 2013
Hari ni kandungan dah masuk 38minggu 3 hari. Suami akan pulang dari Johor petang nanti. Kakak dan abang ipar terbang ke Bangkok pagi ni bersama emir bambimbam tu. Pagi tu sebelum kakak ke KLIA, sempat aku dukung emir bambimbam macam biasa. Umur baru 5 bulan tapi badan sedap. Paha drumstick, pipi pau gebu, kulit macam anak korea gwiyomi. Abang ipar ada kata, "entah-entah nanti emir balik dah ada baby baru kat rumah". Aku senyum je.

Buat kerja rumah macam biasa. Suami sampai dalam pukul 7petang. Malam tu layan runningman tapi sekejap je sebab esok ada plan lain awal-awal pagi. Jadi siap-siap basuh baju anakbuah dari rumah pengasuh.

13 Jun 2013
Bangun pagi kejut si kakak dan abang ngah rafiq untuk ke sekolah. Siapkan bekal air diorang, suami hantar diorang pergi sekolah. Aku sidai baju kemudian siap-siap untuk keluar. Plan pagi tu nak pergi sarapan dekat Cyberjaya dan terus ke Putrajaya. Untuk apa? Suami konon-konon nak maternity shoot untuk aku (ni akibat dia tengok Irine buat maternity shoot). Hahahahahahaaaa. Dah 38minggu 4hari baru nak bershoot bagai. Jalan pun dah terkedek-kedek. Jalan sikit dah mengah. Tapi enjoy juga la walaupun tak ada tripod. Puas aku ngajak suami bergambar sama, ada je alasan dia. Dekat mana kami shoot? Dekat tasik dekat dengan PICC. Tak lama pun dekat situ sebab matahari dah mula bersinar. So, nak tukar port nak pergi Masjid Besi kemudian ke Masjid Putrajaya. Siap plan nak naik cruise. :P


So pergi la Masjid Besi. Alang-alang dah sampai masjid, aku nak pergi toilet. Kena naik tangga pulak. Lagi sekali termengah. Dah naik baru tahu escalator yang pak guard tunjuk ke arah toilet lelaki rupanya boleh guna untuk ke toilet perempuan gak.

Di sinilah segalanya bermula : KELUAR TANDA. Banyak kali lap tetap ada lendir bercampur darah tapi sedikit. Aku dah mula cuak. Sebab beberapa hari sebelum tu kawan aku bersalin, keluar tanda macam tu juga. Cadang nak call SIL yang kerja dekat Putrajaya tapi takpe la. Aku snap gambar nak tunjuk dekat suami. Keluar toilet dengan rasa cuak dan takut. Jumpa suami dia tanya, "ok tak?"  Sebab aku lama gila dekat toilet. Aku pun pungpangpungpang cerita. Tapi aku kata, "tak ada apa kot. Jom tangkap gambar." Hahahahahaaaa. Ingat suami nak dengar cakap aku? Harap maklum la. Terus balik rumah, pack barang apa semua. Sementara tu suami call KPMC tanya macam mana. Rumah memang tak sempat nak kemas betul-betul, berdesup pergi KPMC. Sampai sana, nurse cek yang rutin tu terus dibawa ke labour room! Mak aaaaaiiiiiii. Bertambah nervous.

Aku skip cerita sebab dah ingat-ingat lupa.

Datang sorang nurse ni. Nak cek bukaan. Oh maiiiiiii. Takut. Dah buka 2cm ok? Buat CTG contraction still moderate dia kata. Dia suruh tunggu dekat wad, so kitorang amik family suite package. Duduk la aku dekat wad, sembang gelak ketawa dengan suami. Masa ni baru sms family. Dr Haslinda datang, tanya itu ini. Katanya 4pm nanti akan cek lagi. Kalau bukaan still 2cm, boleh balik. Kalau dah banyak cm, paham-paham je la. Nurse pesan suruh kira contraction. Macam mana? Aku pun google macam mana nak kira, siap download apps dekat tab husband tapi still tak tau macam mana rasa contraction tu. Hahahahaaaa. Pukul berapa entah nurse datang lagi buat CTG. Dia pegang perut aku, "rasa kan contraction?" Aku? Tak rasa apa-apa. Hahahaha. Dia kata, "tak payah balik la. Confirm bersalin malam ni." Bersungguh dan penuh keyakinan dia cakap. Aku dengan suami pun senyum-senyum je.

Pukul4 lebih, Dr Haslinda datang lagi. Siap bawa mesin ultrasound lagi. Dia tengok result CTG, masih lagi tak kuat dan scan baby. Baby seronok dalam rahim. Dr siap set next appointment which is 22 June, sehari sebelum EDD aku. Sebelum Dr bagi discharge, dia pun nak cek bukaan. Sekaliiiiiii....dah 4cm. Terus dia kata, "eh, saya bawa awak masuk labour room la. Nanti saya pecahkan air ketuban. saya ingatkan masih lagi 2cm, awak relax je tak sakit". Lagi sekali aku nak gelak sebab memang tak rasa sakit. Dan aku mula cuak. Memang betul nurse tu kata, malam ni aku bersalin. Kebetulan, sampai waktu minum petang. Dr suruh aku makan dulu untuk tambah tenaga, mandi untuk segarkan badan. Aku pun habiskan satu mug milo dengan separuh kuih donut. Dah dah dig dug masa ni. Sebelum keluar Dr kata lagi, "dia ni jenis tahan sakit ni."



to be continued ... ... ...



Friday, November 9, 2012

Keheningan Pagi

Salam semua.

Menaip entry ni pun tak ada la pagi sangat. Jam laptop 7.13AM. Tapi dekat Skudai ni dah macam pukul 8AM. Dah tu kalau subuhnya pun pukul 5.30AM haruslah sebelum pukul 7AM tu dah terang bendarang. Selalunya lepas solat Subuh (around 6.30AM, depends pukul berapa bangun), aku suka buka tingkat bilik. Rasa nyaman je. Blok kolej senyap sepi. 

DAMAI. Itu yang aku suka.

Ingat lagi masa aku dekat UiTM Arau. Jangan tanya Arau tu macam mana. Tapi jangan bayangkan Arau tu macam Shah Alam / Ipoh. Arau tu ala-ala kampung aku je kot. Tapi lagi tenang. Zaman diploma dekat Arau dulu, aku suka sangat subuh-subuh tu buka tingkap menghadap ladang. Memang syok!!

YUP! UiTM Arau ada ladang, macam-macam pokok ada. Kadang-kadang kalau nak rasa lagi syok, sebelum pergi breakfast, aku akan duduk dekat bawah kolej menghadap ladang. Ya Allah, nyaman + aman + damai + tenang yang aku tak boleh nak ceritakan. Dengan suasana yang redup tu. Fuhhhhh~ Aku rindu.

Masa aku semester 2 diploma, aku dengan roomate aku selalu pergi belakang kolej dok posing-posing atas bukit menghadap ladang yang luar terbentang. Memang bahagia sangat. Rindu lagi.

Aku rasa aku ni kategori manusia pencinta alam. Masa aku degree dulu, ada classmate aku panggil aku "pencinta alam semulajadi". Sebab apa? Aku akan guna paper yang aku salah print report etc utk tulis nota. Rugi weiiiii... Ingat senang ke nak proses kertas? Sian pokok tau kena tebang. Nak tanam pokok tu bukan sebulan dua dah boleh tebang untuk buat kertas. Kalau kita tak hargai bumi kita, siapa lagi nak buat?

Dan lagi satu, oleh sebab kecintaan aku pada alam semula jadi juga lah Allah tempatkan aku (mungkin) di sisi suami aku yang jauh di hujung semenanjung. Memang gila hujung! Pagi-pagi kalau pergi breakfast roti canai kedai Kak Murni, aku mesti macam budak kecik jakun tengok air laut. Syok wei!!!!

Makan roti canai sambil menghapat selat tebrau ke laut cina selatan pun aku tak sure. Tapi yang pasti memang best la. Nanti bila-bila rajin aku upload gambar kasi tunjuk.

Memang bahagia!!!!!!!



Thursday, March 8, 2012

Something I Remember

My late father was a teacher.
He also an author.
His book "MENITI KACA" was selected as a Form 1 literature text book. If you have read that book, my father wrote it! I am really proud with my late father. But it was 3,4 years back.

When I was in from 1, my late father gave me that book (the text book edition). At the first page of that book, he wrote this;


"Jue,
Hidup ini ibarat perjalanan MENITI KACA, jika kita alpa dan leka kita pasti akan terluka"

                                                                                                                                Ayah, 2000.


I will never forget that forever. Al-fatihah to arwah ayah.





Tuesday, March 6, 2012

Sebuah Kenangan

Salam semua. Makin hari rasa makin malas nak menulis. Tapi kalau tak dicoretkan sesuatu, risau segalanya akan pergi begitu sahaja.

Hari ni rasa letih teramat sangat. Dengan panas yang tak boleh nak bayangkan, rasa nak duduk rumah minum air sejuk bergelen-gelen. Tengahari tadi, pergi ke UiTM Shah Alam atas urusan kerja. Terima kasih buat yang membantu aku. Terima kasih juga buat emak Fazie sebab belikan kain dari Bandung yang sangat cantik!

Sampai UiTM tadi hampir pukul1.40 petang. Cadangnya nak pergi lunch dekat seksyen 2 dulu tapi memandangkan semester dah mula jadi aku malas nak bersesak dekat sana. Dan aku juga tak nak lambat masuk UiTM sebab takut tak dapat parking. Bila masuk je pagar UiTM, terasa satu perasaan aneh dalam diri. SERIUS! Aku sangat rindukan zaman belajar.

Terus park kereta dekat Seroja dan menapak ke Menara SAAS sama seperti zaman belajar dulu. Agak semput la. Sebab dah lama gila kot tak berjalan jauh, menaiki bukit macam tadi. Dari menara, terfikir macam mana ye nak pegi Fakulti Business sebab nak jumpa Fazie dekat sana. On the way ke sana, sempat update status ke FB.



azila,
sahabat bertemu-pernah-tertegur-tidak di UiTM Arau. Bila further degree, she was my classmate. Mula-mula tak rapat sangat tapi tak ingat semester berapa kami jadi rapat sebab bilik kami satu floor. Azila sangat rajin. Anak pahang yang rajin dan sempoi. Sangat bercita-cita tinggi.

Zila, really miss u girl. Moga kau lulus dengan cemerlang exam OSH itu ok? Nanti boleh kerja gaji besar, belanja aku makan sedap-sedap.

Bayu,
Sahabat sejak zaman diploma. Terlalu banyak untuk diceritakan. Aku pernah cerita dulu. Tentang Sahabat. Sekarang meneruskan perjuangan di bumi USM. Wish you all the BEST Bayu. Dan aku teramat berterima kasih pada Bayu kerana tak pernah jemu membantu aku. Hatta hingga kini, walaupun aku dah bekerja dan dia meneruskan perjuangan, aku banyak teramat sangat minta tolong sikit. Bila otak aku agak-agak dah mereng, terus SMS Bayu minta tolong. Bayu, you are really a great buddy!


***************************


Selesai urusan. Jam hampir 3 petang. Perut kosong minta diisi. Aku merajinkan diri menapak ke Cafe Menara. Cadang nak beli cucuk-cucuk je (budak UiTM mesti tau) dan juga air. Air tembikai! Sedapnya. Masuk cafe tengok ada mee goreng yang sangat meggoda perut. Terus beli dan makan dengan tenang seorang diri. RELAX. Aku tak kisah pun makan sorang-sorang. Mati nanti pun sorang-sorang gak kan dalam kubur? 

Memang nikmat sebab perut dah lapar sangat. Nasib tak migrain je. Elok aku nak habis makan, datang sekumpulan budak lelaki duduk selang 1 meja di hadapan aku. Aku perhatikan gerak geri, tingkah laku mereka. Sungguh seperti adik-adik. Teringat aku zaman belajar. Dan tiba-tiba terpandang baju yang salah seorang budak tu pakai. OH~ memang my junior. Junior yang aku tak pernah kenal. Selamat berjuang dengan analisis forensik!

Cerita sebelum itu. Lepas jumpa Fazie di Fakulti Business dan borak-borak dengan dia. Menapak ke FSG. Letih lagi kaki sebab dah lama tak naik tangga curam. Tiba-tiba ada sekumpulan budak perempuan tegur, "assalamualaikum kak. Tumpang tanya, kenanga dekat mana ye?" Aku pun tunjuk la direction. Apakah budak itu fikir aku adalah mahasiswi yang berusia awal 20-an, yang masih bergelumang dengan buku-buku, assignemt etc2? Apa-apa pun, selamat berjuang adik, semoga terus cemerlang!

Finally, hampir jam 330 petang aku bergerak pulang ke office. Result test perlu diemail pada bos. Balik dengan peluh membasahi. Sangat panas bumi Shah Alam atau aku je yang jarang keluar petang maka terasa bahangnya lain macam.


Selamat malam semua. UiTM kenangan terindah buat aku :)






Tuesday, January 10, 2012

End of Year Solemnization and Reception

30 Disember 2011. Setelah beberapa minggu aku tak bangun awal (sebab dah berstatus pengaggur) akhirnya hari tu aku bangun awal gak. Pukul 7 lebih dah bergerak keluar rumah pergi Station LRT Kelana Jaya. Dari sana naik LRT pergi Station Universiti. Nasib ada kakak aku, kalau tak memang terpinga-pinga la aku. OKAY. Sila gelakkan aku. Secara jujur aku memang tak reti naik public transport. Bukan sebab aku anak orang senang tapi aku bukan membesar dekat KL. Sekali pun aku belajar dekat Shah Alam 2 tahun setengah, kemudian kerja dekat Shah Alam dekat 7 bulan. Tapi boleh bilang dengan jari tangan berapa kali je aku menjejakkan kaki dekat KL tu. Itu pun nasib baik sebab si Bayu ada. Kalau tak, jangan harap aku nak pergi. 

Sampai Station Universiti agak awal. Sebelum pukul 8 lagi. Jadi aku duduk la dekat bus stop dekat situ sambil memerhati budak UM nak pergi kelas. Lama gak aku tunggu kawan aku dekat situ. Bila kawan aku sampai, kitorang terus ambil taxi ke Jalan Duta. Dan memang la sampai Jalan Duta awal gila. Dah la sampai awal, bas boleh pulak delayed hampir sejam. Hangin betul aku. Nasib baik demi sahabat tersayang, aku gagahkan juga pergi ke Taiping.

Sampai Taiping around 4 petang. Pengantin yang jemput kitorang dekat Kamunting tu. Memang hebat betul kawan aku tu. Then pergi makan-makan, borak-borak. Dekat pukul6 baru balik rumah pengantin. Mula-mula cuak juga la tapi lama-lama okay. Family dia pun okay. Aku dengan kawan aku lagi sorang tu (Fiza) pun tolong la apa yang patut. Akhirnya dekat pukul 12 baru tidur. Pengantin pun tidur lewat.

Esoknya pagi-pagi terjaga sebab teringatkan pesan abang pengantin suruh bukakan lampu khemah sebab konon-konon nak lapah lembu lepas subuh. Akhirnya dekat pukul8 baru la lembu selamat dikorbankan.

Selebihnya tengok gambar je la. Apa-apa pun, memang syok la menyibuk dekat rumah pengantin sehari sebelum majlis. HEHEHEH.

all the hantarans are DIY by the bride and sisters + sister-in-law

really love this chocolate. so nice! pandai tukang buatnya.

the bride and the bride-to-be (insyaAllah). please pray for the best. :)

right after akad nikah. they are so sweet.

sila ambil perhatian : mereka kini adalah suami isteri yang sah.




Sunday, January 8, 2012

December 2011 Birthday Celebration

Cerita ni agak dah basi. Sebab dah berlaku lebih seminggu yang lepas. Tapi saja nak update untuk kenangan hari akan datang. Bila Disember datang, maka seisi keluarga akan menunggu. Sebab dalam bulan Disember, family aku sendiri ada 3 orang yang menyambut hari lahir. Kalau campur sepupu-sepupu mungkin 10 orang.

Dan paling best juga sebab seorang anak buah aku lahir pada 31 Disember. HEHEHE. Masa cuti new year hari tu, kakak aku pulang ke Ipoh untuk sambut hari lahir anak dia. Tapi tak ada la birthday party what so ever. Cuma ada potong kek. Tu pun jam dah nak dekat pukul 12 tengah malam. Kira dah nak new year 2012.

Sedikit gambar untuk kenangan masa hadapan. Dan mungkin untuk anak buah aku baca bila dia dah pandai layari internet, operate the operating system from A - Z without any help (sekarang kena tolong dia connect to the internet, and type the URL).

birthday cake : Selamat Hari Jadi buat Anis, Annur & Mak Teh (aku la tu). Tak tahu la dah kawin nanti ibu aku nak tak letak nama aku dekat birthday cake cucu-cucu dia.


HAPPY BIRTHDAY KAKAK. Birthday cake from Puchong. 


birthday present from kakak to makteh.
for makteh. thank you (tak tahu kenapa dia tulis thank you. hahaha)
from anis, rafiq, papa and mama.
love you mak teh (love you too kakak!)

birthday present from ibu.

AKHLAK SEORANG MUSLIM.
Belum punya masa untuk membaca. Aku tak nak baca sekadar baca. Macam zaman sekolah dulu. Nak baca penuh penghayatan. Supaya aku dapat ilmu dan faham ilmu. Bukan hafal ilmu.

Sedikit pesanan dari ibu untuk anak daranya. Memang ini sikap ibu. Kalau belikan buku, mesti ada pesanan dalam tu. Sama macam arwah ayah dulu.





Saturday, January 7, 2012

Vietnam 2011 : Day 3

Salam semua. Akhirnya keluar juga cerita Vietnam ni. InsyaAllah ini episod terakhir. Memandangkan aku dekat Vietnam cuma 3 hari 2 malam sahaja. Memang tak puas shopping sebab masa singkat sangat dan juga sebab aku bawa duit sikit je T___T






Flight balik Malaysia pukul 4 petang kalau tak salah aku. Jadi ada banyak masa before check out hotel pukul 12 tengah hari. Dekat Ben Than tu sempat juga la beli kain ela yang bidang kecik (aku frust gila kot!), bedsheet yang super duper comfy. Memang syok la bedsheet tu. Tapi tak pakai lagi. Tunggu hari istimewa. HAHAHA.



pagi-pagi lagi dah menuju ke Ben Than Market. sebabnya tak pernah pergi lagi. tapi masa ni tak breakfast lagi. LAPAR.

lorong depan hotel.

Ben Than Market. Tapi sebelum tu breakfast dekat Tutti Fruti dulu. Makan chips je pun. Kebetulan hari tu adalaha hari lahir abang ipar aku.

little boy sedang memilih hadiah. sebab dia sorang je tak dapat apa-apa lagi. kesian dia. tapi dia memang tak reti nk minta-minta ni. bagus sangat la kan?

makteh jue sedang mengirai duit. aku baik hati belikan kain ela untuk diri sendiri 2 helai, ibu, kakak dan adik aku. tapi  yang tak best, kain ela tu bidang kecik! hangin betul aku. dah la potong tak cukup meter.

scary electric cables there. berselirat kot. macam mana agaknya kalau bekala eletrik putus. nak betulkan kabel yang mana?

missjue dan 2 troli sarat dengan bag. pergi luggage 50kg. balik dah jadi 90kg. hahahaha

airport di vietnam

kakak dan adik in action.

adik saya, kakak saya, anak sulung kakak saya, dan saya sendiri.




Thursday, December 29, 2011

Vietnam 2011 : Day 2 (Part 2)

Alhamdulillah. Akhirnya rajin juga aku nak teruskan cerita jalan-jalan dekat Vietnam. Untuk yang ketinggalan episod pertama dan kedua, boleh klik link di bawah :




Kisah ni kesinambungan daripada cerita Vietnam 2011 : Day 2 (Part 1). Lepas dah penat lebih setengah hari dekat ChuChi Tunnel tu, kami pun dibawa pergi makan tengahari dekat mana entah tempat dia, Kalau ikutkan dekat je dengan hotel kami tapi disebabkan traffic dekat Vietnam yang sangat menakutkan aku, maka perjalanan tu amat memakan masa. Apa yang aku makan untuk lunch hari tersebut? Aku pun tak berapa ingat. Yang pasti makan nasi putih dan lauk pauk yang dimasak ala-ala melayu. Dan tuan punya kedai tu punya seronok kami singgah kedai dia, dan dia cerita anak dia belajar dekat Malaysia. Aku tak ingat universiti apa. Rasanya Lim Kok Wing University. Tak pasti sangat tapi yang pasti memang IPTS la. Gambar dekat kedai makan tak ada sebab aku dah kebulur sangat. Orang lain pun sama gak. HAHAHAHA.

Lepas dah makan tu, kami pergi solat dekat apa entah nama dia. Tapi dekat dengan hotellll... Arggghhhhhhhh. Aku dah tak ingat semua benda. Lepas dah solat jamak dekat masjid tu, tibalah masa untuk mengirai duit. Tourist guide tu bawa kami ke tempat jual kain. Kebanyakan peniaga dekat situ semua berbangsa cina dan hanya tau bercakap bahasa tempatan. Bahasa cina pun diorang tak fasih sangat. Jadi agak susah nak membeli belah di situ. 

Seterusnya, korang tengok gambar je boleh? Dah hilang sikit ingatan aku pasal cuti-cuti Vietnam hari tu.





my bonda and her friend were caught in action. banyak gila kain kan? boleh jadi gila.
lagi-lagi sebab sorang cakap itik, sorang cakap ayam. ahahahaha.

abang iparku berbual dengan mat saleh yang dah dok vietnam lebih 10tahun.

Pemandangan di sekitar tempat pasar. itu van yang kitorang naik. heheh

pasar malam di luar Ben Than Market.

cantikkan lampu tu? rasa macam nak beli tapi tak beli pun sebab tak tahu nak letak dekat mana.
lagi pun membazir elektrik la.

macam-macam jenis makanan ada. ada yang nampak ok. ada yang nampak pelik.

buah pun macam-macam ada. saiz berganda dari saiz dekat malaysia.

OK. Tamat untuk hari kedua. Hari ketiga akan menyusul kemudian hari.




Thursday, December 22, 2011

Vietnam 2011 : Day 2 (Part 1)

Cerita kesinambungan dari entry Vietnam 2011 : 26 - 28 November 2011.

Untuk Vietnam 2011 : Day 2 ni aku terpaksa bahagikan kepada 2 bahagian. Sebabnya terlalu banyak gambar nak kena belek dan pilih. Dan aku terlalu malas nk edit semua gambar. Ni pun kebetulan dah selesai urusan baca-baca email, maka tiba-tiba terrajin nak edit gambar dan update blog. Maka terhasil la entry ni. Macam entry sebelum ni, aku malas nak cakap banyak-banyak. Jadi aku letak gambar je yang tak berapa banyak.

***************************

Back to story. Hari kedua di Vietnam Subuh awal gak dalam pukul5 lebih kalau tak salah aku. Dah lupa dah. Kiranya pukul7 tu dah terang benderang. Tapi disebabkan tak tingkap dekat bilik hotel tu, maka aku tak nampak matahari dah naik ke belum. Malam sebelum tu abang ipar aku dah order sarapan dari Kedai Basiroh depan hotel tu. Yang seronok dekat Vietnam ni, kalau malas sangat nak pergi cari kedai makan order je dari kedai yang korang tahu then orang kedai tu akan hantar sampai ke bilik hotel. Kena extra charge ke tau, itu aku tak tahu sebab Kedai Basiroh yang kitorang dok pergi makan tu memang betul-betul depan pintu hotel. Syok kan? Tapi aku tak order sebab konon-konon nak jimat duit untuk shopping. Dan aku bersama adik aku dan anak buah aku sarapan meggi berserta oat dalam bilik. Kenyang gak.

Agenda pagi tu nak ke Chuchi Tunnel. Aku tak tahu ejaan dia macam mana. Tapi rasanya betul la kot tu. Jauh gak Chuchi Tunnel tu. Dekat sejam perjalanan. Atau mungkin lebih. Sampai sana terus la masuk tempat bersejarah tu.

pass masuk. 

ENTRANCE

Sebelum pergi tengok tempat-tempat lain. Kena duduk dekat dewan ni, dengar tentang sejarah Vietnam. Apa yang aku dapat? Jangan tanya. Sebab aku bukanlah si pencinta sejarah T__T

ada berani? antara perangkap yang digunakan dulu. ngeri weiii. aku tengok pun jauh-jauh.
buat orang tolak-tolak tak kena mahas kalau jatuh?
Tapi semua perangkap memang gila takut. boleh mengundang maut. memang itu tujuannya pun kan?

ni apa benda la orang dok kerumun ni? tak ada apa pun.

tiba-tiba muncul kakak ni entah dari mana. HAHAHA. ni bukan magic show ok?
ini antara tempat persembunyian mereka. TAPI khas untuk orang kecil molek.
Kalau aku yang cuba masuk masa ni, mahu tersekat dekat tengah-tengah kot. ngee~

ni kereta kebal apa entah aku pun tak pasti. syok dok bergambar je aku dalam tu. sebab kitorang pergi pun tak ikut agent. driver yang bawa tu pun macam tahu tak tahu je sejarah vietnam. heheheh.

selingan. makhluk ciptaan Allah. tengah-tengah dok syok snap sana sini ternampak ulat gonggok ni. besar ok? panjang lebih kurang macam pembaris 15 cm tu. panjang kan?

The Rice-Paper and Rice Wine House. 

Makcik si tukang masak rice paper. hari-hari kerja dia masak rice paper ni. Aku tak sure boleh makan free atau kena bayar. sebabnya aku tak rasa.

Rice paper sedang dijemur. Untuk apa? Aku tak tahu. HAHAHAH. Semua benda aku tak tahu.


Berhenti makan. Memang puas hati. sebab FOC. HAHAHAHA.


Zoom gambar ubi kayu rebus bersama kacang tumbuk campur gula. dinikmati bersama teh yang menyegarkan. memang sedap tambah-tambah sebab perut lapar teramat. 


TAMAT. Boleh beredar. hingga berjumpa lagi di Vietnam 2011 : Day 2 (Part 2) di masa akan datang.