Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Wednesday, December 22, 2010

Esok result PMR 2010

Aku baru balik dari bersiar-siar di bandar Ipoh tercinta bersama ibuku tersayang. Adik aku tak ikut sebab dia tak sedap hati. KENAPA? Sebab esok result PMR keluar. Jadi seminggu ni dia dok kecut perut tak lalu makan, tapi mandi lama dan tidur lena sampai susah nak kejut

Masa hari isnin lepas bila aku ajak makan dia asyik kata kenyang. Aku pun relax je la melantak sorang-sorang kat dapur tu. Maklum la bila kawan karib datang ziarah, aku memang makan tak ingat orang. Sampai adik aku tanya, "akak tak kenyang ke?" Jahat kan soalan adik aku? Kecik ati aku tau. "Akak breakfast kul10, ko breakfast kul12 memang la kul2 ko tak lapar lagi." HAHAHA. Pecah rahsia. 

Okey. Berbalik pada cerita. Tenghari tadi seperti biasa tolong la mak aku kat dapur. Aku tanya mak aku kenapa dengan adik tu. Mak aku kata dia tak lalu makan. Aku BLURRRR. Serius adik aku tak lalu makan macam mak yang hilang anak. KAHKAHKAH. Jahat kan aku? Aku pun bebel-bebel la kat dia. 

"Relax je. Buat apa nak susah hati? Jom makan. Mesti hati happy. Perut pun happy"

Tapi dia buat tak tau je. Aku punya la susah payah masak nasi goreng pagi tadi walaupun lebihan nasi seciput je dan aku punya la tahan nafsu makan sikit je sebab teringat dia makan suka makan nasi goreng. Tapi, kecik hati aku bila dia tak nak makan. Kalau aku tahu, memang aku dah makan sampai licin. HAHAHA.

Tapi.. (banyaknya tapi aku) aku pun macam adik aku juga. Hatta sampai degree ni pun mesti dupdapdup bila result nak keluar. Tapi (lagi) tak ada la sampai tak ada selera nak makan. Aku mana pernah tak ada selera makan, sentiasa berselera (tengok badan laaaa... HAHAHA).

Bila aku kenang-kenang balik, aku ni tak pandai sangat pun TAPI Alhamdulillah Allah bagi aku rezeki untuk belajar sampai masuk universiti, dah habis pun degree aku. Kalau ada rezeki (sila baca kalau aku rajin), aku nak sambung master. Tolong doakan aku tau. Aku suka belajar ni bukan apa, nanti raya bila adik-adik sedara beratur minta duit raya boleh la aku jawab, "maaf ye adik-adik comey, kak jue pun belajar lagi laa..." Bagus tak idea aku? Tapi yang tak bestnya mesti makcik-makcik aku akan cakap, "Jue, bila nak merasa duit raya jue ni??" 

AIKKKK?? Aku kena bagi duit raya kat makcik-makcik aku ke? Diorang gurau-gurau je tu. Okey. Okey. Dah terlajak jalan. Kembali ke pangkal jalan.

Masa aku sekolah dulu, tak pernah dapat straight A's. Kesian kan aku? UPSR yang senang pun aku tak boleh nak score 5A. Memang aku nangis la masa dapat result tu. CHEWAH. Nangis macam aku ni pelajar harapan sekolah je. Masa aku PMR lagi sadis dah la tak dapat 9A (Oh~ aku amik Arab, nak dengar aku cakap Arab?? Nanti la ek), aku pergi amik result pun dengan makcik aku. Aku tak ingat kenapa tak pergi dengan arwah ayah dan ibu aku. Sepanjang balik dari sekolah ke rumah, memang aku tenung je slip PMR tu sampai makcik aku cakap "Buat apa tenung lama-lama bukan boleh tukar B ke A pun" T___T

SPM jangan cakap la. Memang aku tak target semua A pun. Kalau aku dapat 12A masa SPM dulu, mesti aku dah keluar newspaper. Glamour aku satu Malaysia macam Amalina  tu. Kenal tak? Zaman aku Amalina tu la best student SPM satu Malaysia. 

Jadi aku rasa semua orang akan nervous kan? Bukan setakat nak tunggu result periksa je, nak tunggu keputusan temuduga ke, keputusan UPU ke apa-apa je la, mesti la rasa dupdapdup. 

Tapi yakinlah dengan diri sendiri. Yakin dengan Allah. Kalau kita dah usaha, dah doa, insyaAllah ada rezeki kita. Tapi kalau kita tak dapat apa kita nak sekarang, mungkin Allah nak bagi yang lagi baik pada masa akan datang. Betul tak?

Untuk adik aku yang aku suka bebel-bebel kat dia,
Percaya pada Allah, percaya pada diri sendiri. Yakin dengan segala ketentuan Allah.

Untuk semua PMR candidates 2010,
Semoga mendapat result yang cemerlang!! 

Success is not the destination but it is the beginning of the journey!



salam mahabbah 
salam ukhwah 
wassalam... 


Lots of L♥VE

No comments: