Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Monday, August 1, 2011

Solat Tarawih

Bukan nak bercerita tentang hikmah solat tarawih atau sebagainya. Cuma ingin menyatakan kerinduan di hati nak bertarawih di kampung halaman. Bukan tidak suka bertarawih di masjid-masjid berdekatan dengan tempat tinggal kini tapi aku selesa tarawih di sana. Di surau tempat aku belajar mengaji dan membaca jawi. Di surau tempat aku menghafaz ayat-ayat Juzz 'Amma.

Awal pagi tadi, membaca coretan sepupuku di Ipoh. Menceritakan keseronokan di bertarawih di kampung. Buat aku jadi rindu. Rindu pada rumahku, rindu pada ibuku, rindu pada riuh-rendah keluarga besar di sana. Bila Ramadhan menjelma, rindu itu makin menjadi-jadi. Aku rindu untuk bersama-sama berbuka puasa di surau. Walaupun hakikatnya kini aku semakin malu untuk berbuka di surau. Mungkin kerana aku kini berusia 20++. Zaman kanak-kanak aku paling suka berbuka di surau. Awal aku pergi ke surau untuk "cop" tempat. Sebelum menjelang Isyak, aku berjemaah bersama ibu, makcik-makcik dan sepupu menuju ke surau untuk Solat Isyak dan Tarawih.

Kini surau telah berubah rupa. Tiada lagi surau kayu bertangga yang bersudut kurang daripada 45 darjah. Tiada lagi surau yang lantainya bila berjalan apatah lagi berlari akan berbunyi. Tiada lagi surau yang tingkap berbunyi-bunyi bila ditiup angin. 

Kini surau batu. Hanya satu tingkat. Pintu kayu diganti dengan sliding door. Langsir hijau menjadi penghadang antara makmum lelaki dan makmum wanita juga telah diganti. Pendek kata serba serbi baru.

Imam juga silih berganti. Zaman aku kanak-kanak, arwah atok menjadi imam. Sekembali acu dari Madinah, dia menjadi ganti atok apatah lagi bila kesihatan atok yang tak berapa nak mengizinkan. Bila acu menjadi imam, maka aku sedia maklum. 10 malam terakhir, doa qunutnya panjang. Setengah jam atau lebih mungkin. Maka sebelum solat, acu akan peringatkan pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang telah uzur.

Kini, imamnya merupakan generasi ketiga keluarga aku. Sepupu-sepupuku bakal menjadi imam tarawih di surau kampungku.

Al-Hafiz Muhammadbazli Aminmokhsin Aminuddin
Ustaz Muhammad Nor Arifi Putra Shamsul Ariffin 

Seorang merupakan hafiz yang kini berjuang di bumi UIA. Bidang perubatan kalau tak salah aku. Kalau aku lah ibunya, pasti aku senang hati mendapat anak bergelar Al-Hafiz Dr. :)

Seorang lagi baru tamat pengajian dalam bidang Syariah dan bakal terbang ke Jordan Septemer ini. Selamat berjuang adik sepupu! Semoga pulang dengan kejayaan.

Dan kini, aku teramat teringin menjadi makmumah buat sepupu-sepupu ku. Dan aku berbangga dengan mereka. 





1 comment:

ndaa.manda said...

i like this entri kak juu :)
pasti senang sekali memiliki saudara yang ahli berceramah .dapat mudah bertanya-tanya tentang ilmu agama .hehe

bagaimana kabar kak juu? Jadi lanjut study ke Inggris kah?