Semalam masa online FB, tibatiba seorang sahabat lama tegur saya. Bertanyakan hal tentang pergi atau tidak ke majlis perkahwinan kawan kami pada penghujung bulan ini. Saya yang blur tak tahu apa-apa terus respon chat dia. Sebab macam nak tahu sangat Mimi yang mana dia maksudkan. Kalau betul Mimi kawan sekolah menengah saya memang tak jangka. Jahat kan? Bukan apa, sebab saya rasa Mimi pasti akan mesej saya kalau betul dia nak walimah hujung bulan ni. Tapi saya fikir mungkin Mimi tak ada simpan nombor baru saya. Jadi tak apalah. Saya cuma pesan pada dia, supaya minta Fiza sampaikan pada Mimi yang saya nak kad kahwin dia. HEHEHE.
Pagi tadi, on the way pergi kerja macam gatal-gatal tangan nak mesej Mimi tanya perkhabaran itu. Dan nyata Alhamdulillah berita itu benar. Dan menurut Mimi dia baru ingin maklumkan pada saya tapi Fiza lagi cepat update pada saya dan Una. HEHEHE.
Terus teringat kenangan zaman sekolah menengah. Zaman umur baru 15 tahun. Kami berlima rapat. Satu Kelas. Tapi dorm lain-lain. Saya, Una, Fiza, Mimi dan Ana. Sebelum PMR kami pulun buat study group, ada je port yang kurang perhatian daripada orang ramai akan kami manfaatkan untuk study group. Hatta dalam bilik rawatan pun kami belasah buat study group masa kelas persediaan malam hingga ditegur warden yang bertugas. Bila result PMR diumumkan, Mimi paling menyerlah antara kami walaupun dia budak lompat (PTS) dan dia paling kecil fizikal berbanding kami yang lain.
Bila naik tingkatan 4, kami berpecah kepada 2 kerana ada 2 kelas sains. Saya, Mimi dan Ana di 4Sains 1 manakala Una dan Fiza di 4Sains2. Kami mula kurang rapat tapi aku tetap rapat dengan semua kerana aku, Una dan Fiza sama pengawas maka kami sering berjumpa. Masa tingkatan4, Mimi dan Ana banyak bantu saya terutama Matematik Tambahan. Sememangnya Mimi pelajar luar biasa bijaknya. Bila keputusan SPM diumumkan, Mimi pelajar terbaik sekolah saya. Saya kagum dan respect pada dia. Dan kami berlima membawa haluan masing-masing. Memang lama tidak berjumpa.
(sudah tamat lunch hour, nanti saya sambung semula)
update : 11 samples need to be ready by this Friday. 8 almost done but 1 need to re-do. STRESS. Mean, 4 samples need to do by tomorrow.
(Continue cerita pada jam 7.30 malam di rumah)
Setelah hampir 7 tahun tak berjumpa, at last aku jumpa semula Ana masa kenduri kahwin Zira bulan April lepas. Dan beberapa tahun sebelum tu, aku jumpa Mimi dekat RnR Sungai Buloh. Dan Fiza dan Una masih tak ada kesempatan nak berjumpa diorang.
Bila dengar cerita Mimi nak kahwin, aku rasa seorang demi seorang kawan yang rapat dengan aku dah nak bergelar isteri orang. Maka dengan itu, aku akan mula keseorangan. HUHUHU. Dan aku berharap sangat dapat pergi kenduri kahwin si Mimi tu. Dan kalau boleh, aku nak minta kebenaran abang dengan mak aku untuk drive balik Ipoh walaupun aku 200% yakin yang mereka tak akan benarkan. HAHAHA. Makanya, aku perlu ambil bas seawal yang mungkin hari Sabtu tu supaya aku dapat sampai di Ipoh sebelum matahari tegak atas kepala.
Apa-apa pun, bila umur makin meningkat selain daripada tanggungjawab sebagai seorang pekerja (andai bekerja) atau pelajar (yang masih gigih memanjat tangga universiti) dan yang pasti tanggungjawab sebagai anak dan paling besar dalam menunaikan hak kepada Yang Esa mesti ada terselit rasa dan keinginan untuk berumah tangga. Bukankah perkahwinan itu sesuatu yang disukai oleh Rasul kita? Dapat menambah bilangan umat Nabi S.A.W. InsyaAllah.
Aku sendiri tak terlepas daripada perasaan itu. (pengakuan jujur dan ikhlas ni). Tapi aku hanya mampu merancang dan tak putus berdoa kerana disebalik setiap yang berlaku itu, ada perancang Yang Maha Agong.
Ok la. Setakat ini dulu. Baru aku perasaan masa dekat office tadi taip "saya", dah balik rumah jadi "aku" lak. Hentam saja la labu....
No comments:
Post a Comment