Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Sunday, July 3, 2011

Plan A, B, C, D ........



Ingat tak entry aku keluh kesah pasal nak sambung master hari tu? Kalau tak ingat, boleh pergi baca dekat sini. LINK.

Lepas aku fikir punya fikir punya fikir. Aku rasa aku kena buat sesuatu. Aku tak boleh just follow the flow. Aku kena ubah arus tu kalau perlu. Jadi aku plan something. Tapi tak secara details pun. Cuma conteng-conteng atas angin je. Jadinya untuk mengelakkan aku terlupa, aku menulis la dekat dalam blog ni. Sebabnya kalau aku tulis atas kertas, nanti 2,3 ayat aku terus jadi malas nak tulis. Aku lagi suka guna teknologi. Heheheh.

Nak tahu apa plan aku? Tapi kena janji la jangan gelak dekat aku atau perlekehkan aku. Aku ni manusia biasai je. Tak terlepas dari buat silap. Sama la macam korang kan?

Plan A :
Kalau aku dapat biasiswa JPA tu, maka aku terbang ke Glasgow. Kenapa Glasgow? Sebabnya baru aku teringat yang JPA tu aku apply biasiswa untuk univeristi tu. Maka, kalau aku terbang ke sana aku akan hidup di sana selama setahun. InsyaAllah. Kemudian pulang untuk mencari kerja di sini dan seterusnya kahwin ^___^

Plan B : 
Kalau tak dapat biasiswa JPA tu, maka aku akan istikharah sama ada nak buat loan untuk sambung belajar dekat Kingston. Kenapa Kingston? Sebabnya aku dapat scholarship daripada Kingston sebanyak GBP 3300. Banyak gak tu. Kalau convert duit MYR, dah boleh buat kahwin. Hehehe. Kalau pergi Kingston pun sama gak. Setahun dekat sana, kemudian balik cari kerja dengan gaji lumayan supaya aku dapat settlekan loan secepat mungkin dan seterusnya kahwin ^___^

Plan C :
Kalau tak dapat biasiswa JPA dan tak buat loan, kira pendek cerita aku tak pergi UK, maka aku akan sambung belajar di UiTM. Continue research yang aku buat sekarang. Dan mohon biasiswa JPA (again cuba nasib), dan semua biasiswa yang available. Sementara tu, aku buat la Skim Khidmat Siswazah (SKS) dapat la MYR 1k++ per month. Boleh la tanggung hidup sorang diri kan? Kalau aku sambung dekat UiTM, maka boleh la aku bertunang. opsssss. Dan bila sambung dekat UiTM juga maka aku rasa aku akan kahwin sebelum graduate. Jangan perut kembung masa konvo sudah lah! Tapi best-best, mesti anak aku bangga dengan aku. Huh! Berangan tak sudah.

Plan D :
Tiba-tiba dapat call interview dan lepas pulak interview tu maka aku terus cabut dari jadi RA untuk dapat kepuasan yang max. HAHAHAHA. Tapi kan kalau la Plan A dan Plan D bertembung, mana patut aku pilih???

Plan ....... :
Plan dari Allah S.W.T. Ini memang plan yang tiptop.Plan d bomb! Korang percaya tak? Aku percaya sangat, plan dari Allah tu plan terbaik untuk kita sebenarnya. Apa-apa pun jangan berhenti berdoa.



NOTE : Aku percaya dengan rezeki daripada Allah. Setiap orang punya rezeki berbeza. Betul tak? Ada orang Allah bagi rezeki anak tiap-tiap tahun. Ada orang Allah bagi rezeki dapat 4.0 setiap kali exam. Ada orang Allah bagi rezeki pekerjaan sebelum tamat pengajian. Ada orang Allah bagi rezeki belajar sehingga dapat double triple master dan phd. Ada orang Allah bagi rezeki kesihatan yang baik sehingga umur 70,80 tahun. Macam lagi la. 


NOTE 2 : Tadi tengok rancangan "Liga Ilmu" dekat Astro Oasis. Antara kata-kata panel yang aku akan ingat sampai bila-bila (insyaAllah) "Allah bagi nikmat dekat orang tu tapi bukan dengan rasa kasih sayang tapi dengan rasa benci sebabnya orang tu tak menunaikan kewajipan dia sebagai hamba Allah". Lebih kurang macam tu la. Apa yang nama golongan ni? Aku tiba-tiba jadi kurang ingat. Renung-renungkan dan selamat beramal (ini aku tambah sendiri)






No comments: