Alhamdulillah. Dengan rezeki yang Allah beri, sekali lagi aku menjadi tetamu-Nya untuk menunaikan ibadat umrah. Untuk entry warming up ni, tak nak tulis banyak-banyak. Cuma ada gambar je. Gambar ni pun masa transit dekat Oman selama 14jam. Lama kan? Naik Oman Air not so bad. Lebih kurang je kot dengan MAS. Dah lama tak travel dengan plane jauh2, jadi memang agak kebosanan la dalam flight tu. Konon-konon nak 'study' apa yang patut tapi alih-alih layan movie 2,3 jam selebihnya tidur je sebab flight malam (pukul10.30 malam). Satu yang best dengan Oman Air ni, ada mp3 ayat-ayat suci Al-Quran tapi rasanya macam tak habis je satu-satu surah tu. Tak sure sangat la. Sebab dengar pastu terus terlena. MAS ada tak mp3 ayat Quran??
Ok la. For the rest of the entry, enjoy the beautiful scenery at Oman. BTW, aku memang suka kawasan lapang. Tak kira la padang ragut ke, padang rumput ke, sawah padi ke, padang pasir ke. Selagi bila aku tengok tak ada yang menghalang pandangan aku (contohnya : bangunan melangit tinggi macam kt KL tu) memang aku boleh melangut lama tengok kawasan tu. Sebab aku rasa ada kedamaian dan ketenangan.
p/s : gambar agak berterabur. malas nak susun. sorry.
|
hotel penginapan di Oman. Serius hotel yang sangat cantik! |
|
Bunga-tak-tahu-nama warna warni di sekitar Masjid Sultan Ghaboos |
|
lagi bunga cantik berwarna-warni. rasa macam nak petik bawa balik setiap warna. |
|
ini adalah aku. gambar sebaik sahaja masuk bilik hotel. sangat teruja dengan bilik hotel terus snap gambar. =p |
|
Dalam Masjid yang cantik |
|
Masjid ni sangat dan teramat cantik. Subhanallah. |
|
inilah bilik (bilik ke? bedal je la) yang sangat selesa itu. Aku bersama adik aku je dalam bilik ni. Tapi tidur tak sampai 2 jam pun. Dekat kul4 sampai hotel, pastu tidur sekejap then bangun untuk subuh (around 5 o'clock). lepas subuh lelap jap. pastu pukul7 pergi breakfast then jalan2 Muscat. pukul1 dah nak bertolak pergi Jeddah. |
|
berjubah itu adalah pemandu taxi. |
|
keluarga saya. bertudung hijau dan sebelahnya (suami) bukan keluarga tapi antara ahli rombongan. |
|
ada bunga cantik lagi!! warna merah lakkkk |
ok. dah habis gambar. nanti-nanti aku sambung lagi. nak tidur la. esok kerja maaaaa.
selamat malam. wassalam.
semoga mimpi indah semua ^__^
No comments:
Post a Comment