Esok = 25 Disember 2011.
Kalau dikira dari 25 Disember 1987, maknanya esok sudah 24 tahun saya menginap di bumi Allah ini. Hampir menjangkau usia jubli perak. Dan esok saya harap menjadi hari terindah buat saya. Esok saya berjanji temu dengan seseorang. Bukan calang-calang orang tapi seseorang :)
Esok saya akan cuba menjadi seperti seorang gadis berusia 24 tahun kerana tahun hadapan mungkin saya akan menyambut jubli perak saya sebagai seorang wanita berusia 25 tahun. Nampak perbezaannya? Mungkin ada yang faham, mungkin ada yang tidak faham. Tak apa. Anda tidak perlu faham bagi yang tak faham. Tapi bagi yang mengerti, Syabas! Senyum lagi :)
Di kala usia hampir menjangkau jubli perak, terasa masih banyak kekurangan dalam hidup saya. Okay. Bukan dalam hidup tapi dalam diri saya sebenarnya. Entah bila tapi dalam minggu ini juga, sebelum tidur saya rasakan diri saya kosong. Kosong. Empty. Hinggakan saya rasa takut teramat kalau saya tidak bangun lagi keesokan harinya. Dan Alhamdulillah. Saya masih bernafas sehingga saya berumur 23 tahun 11 bulan 4 minggu 1 hari.
Terasa bagaikan baru semalam saya menerima ucapan hari lahir, dan mungkinkah malam ini saya bakal menerima ucapan hari lahir lagi? Sebulan yang lepas, semasa saya berkeinginan membeli sebuah kamera buat diri sendiri, kakak saya telah meng"offer" saya untuk membayar RM99 daripada total harga kamera tersebut. Walaupun cuma RM99 tapi itu amat bermakna untuk saya. Dan katanya lagi, "RM99 itu hadiah besday. Next year hadiah birthday dah tak valid". Terima kasih, kakak. Dia orang pertama memberi say hadiah hari lahir. Advanced Birthday Present. Dan juga ibu saya. Terima kasih juga ibu. InsyaAllah hadiah daripada ibu akan saya gunakan pada hari istimewa saya kelak. Doakan saya.
Wishlist untuk birthday ke-24? Terlalu banyak. Ah, manusia. Biasalah kan? Tak pernah jemu meminta dan mengidam. Hinggakan sampai satu tahap saya terfikir, apa lagi yang boleh saya minta dalam hidup ini kalau diri saya sendiri tak cuba untuk dekat dengan NYA?
Saya ringkaskan wishlist saya :
- Saya mahu segala rancangan saya untuk tahun hadapan berjalan dengan lancar. Semoga segala yang bakal terjadi tahun hadapan penuh dengan barakah dari Allah. AMIN.
- Saya mahu mula menabung secara konsisten. Walau sedikit jumlahnya, tapi tiap-tiap bulan perlu menabung.
- Saya mahu banyakkan membaca. Segala ilmu. Ilmu tak terbatas di zaman bergelar pelajar.
- Saya tak tahu apa yang saya mahukan di hari lahir saya. Cuma saya mohon doa dari semua semoga saya panjang umur dan murah rezeki selalu.
Sebelum saya lupa, saya nak sangat-sangat pergi umrah dan haji bersama suami saya. Doakan saya ye. AMIN.
No comments:
Post a Comment