Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Friday, November 25, 2011

Erti Sebuah Kehilangan

Dalam hidup ni, kita tak dapat jangka apa yang bakal terjadi masa hadapan. Tiada siapa pun yang tahu apa nasib pada hari esok. Bukan sahaj hari esok, malah nasib kita satu jam akan datang pun kita tak boleh nak jangka. 

Macam orang selalu kata,

"kita hanya mampu merancang tapi yang menentukan segalanya adalah Allah S.W.T"

Aku selalu kata pada diri sendiri,

"aku hanya mampu merancang tapi perancangan Allah itu lagi hebat"

Sebab tu, aku selalu berdoa supaya diberikan yang terbaik daripada minta apa yang aku nak. Berbezakan? Kalau aku minta nak kerja dengan kerja RM3000 (contoh) tapi Allah bagi aku kerja lain dengan gaji RM2000. Sebab apa? Sebab Allah tahu itu sebenarnya yang TERBAIK untuk aku. Masa aku pergi umrah dulu, memang banyak gila la aku doa. Okey, aku tahu tak perlu cakap apa yang aku doa. Tapi dalam setiap doa, aku mesti selitkan;

"kalau itu terbaik untuk aku, keluarga aku dan masa depan aku maka kurniakan la untuk aku"

Aku bukan baik sangat pun tapi dalam sesetengah perkara tu, aku TAKUT nak minta banyak-banyak. Hatta dengan arwah ayah dulu pun, aku bukan seorang peminta (suka minta macam-macam maksud aku).

Hari Rabu lepas dapat berita mengejutkan seawal jam 6.30 pagi. Memang terkejut dan akhirnya air mata gugur juga. Walaupun aku hanya anak saudara dan dia hanya pakcik aku tapi aku terasa sedih sangat bagi pihak adik-adik saudara aku.

Hanya yang memahami akan mengerti dan hanya yang mengalami akan memahami.

Ini memang betul daripada pengalaman aku sendiri. Aku pernah rasa kehilangan. Kehilangan terbesar dalam hidup. Kehilangan yang lebih hebar daripada hilang boyfriend sebab dia ada awek lain. Kehilangan yang aku maksudkan kehilangan yang hakiki. Kehilangan yang selamanya.

Semua orang akan alami kehilangan tu. Tapi selagi kita alami kehilangan tu, kita tak akan faham dan tahu erti sebuah kehilangan yang sebenar.

Aku balik Ipoh Rabu lepas sebab pakcik aku meninggal dunia. Al-Fatihah. Dapat tahu berita tu, masa aku baru lepas dan nak bersiap untuk solat subuh. Memang terus terduduk dan aku menangis teresak-esak. Aku tak pasti kenapa. Masa arwah atok aku meninggal, aku tak menangis macam tu. Tapi bila pakcik aku meninggal, aku terasa sesuatu. Sebab apa? Sebab aku pernah alaminya 2 tahun yang lalu. Situasi hampir sama. Waktu subuh, aku dikhabarkan dengan berita kurang menyenangkan. Cuma bezanya, 2 tahun dulu aku solat subuh dan berdoa pada Allah untuk diberikan lagi umur untuk arwah ayah. Aku berdoa dalam tangisan semoga arwah ayah sempat menjadi wali dalam pernikahan aku. 

Dua hari yang lepas, usai solat subuh aku bacakan yassin buat arwah pakcik aku. Juga dalam tangisan. Balik Ipoh, perkarangan rumah Opah dipenuhi dengan tetamu. Aku masih berjaya mengawal perasaan. Aku salam dengan Opah, terus air mata bercucuran jatuh. Apatah lagi bila orang menyebut tentang arwah ayah. Hati aku makin diragut pilu.

Alhamdulillah segala urusan berjalan lancar. Aku turut serta di perkuburan walau hujan turun mencurah-curah. Aku berdoa dalam hati, "semoga hujan yang turun petang ni adalah rahmat dari Allah".

Dari kejauhan aku dapat lihat pusara arwah ayah. Hati makin diragut pilu. Dan tiba-tiba aku teringat sesuatu. Dua tahun dahulu, semasa arwah ayah dikebumikan arwah pakcik ku ini lah yang membacakan talkin. Dan pada hari Rabu itu, giliran dia pula ditalkin. 



T______________T




Aku dah tak mampu menaip. Aku harus berhenti sebelum keyboard office banjir dibasahi air mata.



Erti Sebuah Kehilangan.






No comments: