Salam petang Sabtu semua!
Aku pasti semua sedang mengadap TV menonton perlawanan Malaysia dan Myanmar. Bukan? Aku melepak di dalam bilik menikmati petang yang amat tidak berangin. Jangan tanya kenapa aku tak turut serta menempek depan TV menonton bola. Aku bukan saja kaki bangku, malah aku memang pasif dalam permainan. Zaman sekolah aku pernah menyebabkan pasukan lari 4x100m sekolah aku mendapat tempat tercorot dan aku juga pernah cuma menjadi permain simpanan untuk perlawanan bola baling antara sekolah. Sejak itu aku mengisyhtiharkan NO to ourdoor games + aku konon-konon puteri lilin. HAHAHA.
Okey. Stop pasal bola or what so ever. Ada benda lain nak bebel dekat semua. Mari kumpul ramai-ramai dengar missjue membebel petang-petang ni.
Sebenarnya aku baru pulang dari kenduri kahwin dua pupu (bukan kupu-kupu) dekat Ampang. Apakah itu dua pupu? Macam cousin tapi cousin berkongsi datok dan opah/nenek, dua pupu berkongsi moyang. Paham? Tak paham tak apa, UPSR PMR dan Bahasa Malaysia SPM pun dah lepas.
Congratulation kepada kak liana dan suami. Kamu cantik sangat tadi! Dan wedding yang super duper grand (bagi aku). Biasalah, kalau pergi kenduri kahwin mesti jumpa ramai teramat saudara sampai kamu sendiri bertanya, "eh, ni siapa ek? nak panggil apa ek?". Okey. Aku macam tu. Family terlalu ramai. Golongan tua-tua kenal sesama mereka tapi generasi aku? Generasi anak buah aku? HUHUHU.
Berjumpa dengan seorang makcik aku. Dia sepupu ayah. Anak dia dua pupu aku. Kami jumpa di surau semasa hendak menunaikan solat zohor. (kakak dua pupu aku tu kahwin dia dewan. FYI). Sembang biasa-biasa. Then tiba-tiba makcik aku kata, "kuju (ni nama glamour di kalangan saudara mara sebelah arwah ayah) tak nak pergi Australia ke?" Aku terkedu. Tak pernah terlintas. Terus teras macam excited. Eh, best apa dapat pergi oversea. Korang suka? AKU SUKA!
Makcik aku sambung lagi, "wan yang beli tiket untuk Hazwan RM500 je Airasia. Dia pergi disember balik januari nanti."
Okey. Makcik aku ni ada anak study dekat Australia. So si Hazwan tu baru lepas SPM, jadi makcik aku bagi la dia pergi Australia teman kakak dia yang sulung tu. Aku bertambah excited. RM500?? Bestnya!
TAPI. Aku banyak sangat perancangan tahun ni dan tahun depan. Lagi-lagi aku dah kerja sekarang. Kalau nak pergi Australi mahu kena pergi 4,5 hari kan? Baru puas jalan. Sambil-sambil sembang aku bercongak-congak dalam hati. Makcik aku kata lagi, "Oooo.... kuju nak kahwin tahun depan kan?" T____T
Terima kasih makcik kerana memahami. Kalau aku tak ada plan nak kahwin, boleh juga pergi masa cuti new year nanti. Keluar duit flight dengan duit belanja dekat sana je. Hotel tak payah fikir sebab ada dua pupu kan dekat sana.
Tapi, bukan rezeki aku. Tunggu bakal suami sponsor lepas kahwin nanti kot. HEHEHE. Apa-apa pun, aku memang suka melancong. Ikut arwah ayah.
Tu je aku nak cerita petang ni. Selamat berhujung minggu semua! Semoga Malaysia dapat kalahkan Myanmar.
No comments:
Post a Comment