Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Wednesday, February 2, 2011

Pendapat jujur dan ikhlas daripada seorang LELAKI

Bila umur dah makin banyak ni, kenalan pun makin ramai. Mulut pun makin ringan nak bertegur sapa menambah kawan. Sekarang kan aku jadi RA dekat UiTM, jadi dengan secara tak langsung aku pun berkenal-kenalan la dengan lab assistant makmal aku buat kerja tu. Sebenarnya dah lama kenal tapi sekarang ni la baru nak bersembang-sembang sementara tak ada kerja nak buat. 

Hari tu sembang-sembang dengan dia. Dia pun umur lebih kurang aku je. Atau mungkin lagi muda. Tak kisah la semua tu. Tapi yang aku dah perhatikan, bila umur dah meningkat 20++, soalan yang paling famous orang akan tanya adalah; "BILA NAK KAHWIN?" or "DAH ADA CALON?". Aku pun sampai dah lali nak jawab semua soalan macam tu atau yang seangkatan dengannya. Masa sembang tu dia terperasan la aku pakai cincin dekat jari manis tangan kanan. Terus dia tanya, "DAH TUNANG KE?". Aku pun HAAAAA???? Aku tanya dia kenapa tanya macam tu. Dia kata orang dah tunang je pakai cincin jari manis tangan kanan. Aku akui la benda tu tapi nak buat macam mana memang dari zaman diploma aku pakai cincin jari manis tangan kanan. Dulu lagi la aku pakai cincin emas tau, sekarang ni dah turun pangkat sikit pakai cincin white gold je. ngee~

Lepas tu, dia pun mula la sesi ceramah FOC kat aku. KATANYA, lelaki kalau nampak perempuan yang pakai cincin jari manis tangan kanan terus dia tak nak dekat. Sebabnya menurut dia pada pandangan lelaki tersebut perempuan itu telah ada yang punya. Tapi aku tak pernah terfikir pun semua tu sebabnya kalau la lelaki fikir macam tu kenapa ada isu skandal dengan ister orang? HEHHEHE. Okey2. Tak mau ada kontroversi di sini. Tu cuma pendapat dia. Aku dengar je dan cerita semula pada korang. 

Beberapa bulan sebelum tu, seorang lagi kawan lelaki aku meluahkan rasa takut dia pada aku. Dia kata dia takut kalau girlfriend dia dingorat orang. Aku pun pelik la. Sebab masa GF dia tu belajar, tak ada la pulak dia risau ke hape. Bila GF dia dah habis belajar, baru la dia nak risau. Aku pun tanya la dia dan jawapannya, "orang perempuan ni bila dia dah kerja saham dia akan melambung tinggi." Kiranya kalau korang single masa zaman belajar, bila dah kerja nanti insyaAllah la akan ada yang terpikat or syok kat korang. Macam tu la lebih kurang maksud dia yang aku paham. Benda ni aku tak tahu la sejauh mana kebenaran dia sebab aku belum betul2 kerja jadi aku tak boleh nak share pengalaman. Nanti dah keje kot2 ada beratus jejaka idaman malaya datang tackle aku, aku citer kat korang. Kalau tak ada yang tackle, makanya hipotesis kawan aku tu tak boleh diguna pakai.


Daaaaaaa~

3 comments:

Putri_Aizat said...

mungkin jugak hipotesis tuh...em..macam2 org fikir...ala klu pakai cincin kat sume jari pun...klu dah sampai jodoh...ada jugak...tah yah la risau2 pasal cincin tu...cantik klu pkai...pkai jek...

miss jue said...

putri_aizat :
saya memang tak risau pun. dari dulu tak pnh fikir sal kesan pakai cincin kat jari mana pun. hehehe.. tapi memang suka pakai cincin jari manis tangan kanan. nmpk lagi ctk kot... hehehe.

Merentas Horizon said...

1. cincin di jari manis lelaki takut dekat; saham menurun - adakah jodoh ditentukan dgn kewujudan cincin? tapi i think itu tipikal lelaki kut, tgk ada cincin xberani dekat.. yg outstanding lelaki n serius pasti akn bertny trus kepada parent ^___^.

2. ah? time univ single dh kerja trus mndpt perhatian. - ok berdsrkan dh kerja setahun stgh, ia tidak benar sama sekali. muahaha! ramai kut org andartu skrg. so i dont think kenyataan beliau valid kepada ramai.

thank you.