Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Sunday, February 6, 2011

Kesesakan jalan raya menguji kesabaran

Bila musim perayaan je, masalah kesesakan jalan raya memang tak boleh nak dielakkan. Cakap la raya apa pun raya puasa ke, raya haji ke, raya cina ke, raya deepavali ke, raya christmas ke CONFIRM jalan akan sesak teramat sangat. Maklum la rakyat Malaysia kan mengamalkan sikap 1Malaysia, semua perayaan disambut bersama. Semua perayaan semua bangsa nak cuti. Semua perayaan semua yang bekerja dah berebut-rebut nak isi borang cuti. HEHEHE. Adat la tu kan. Siapa yang tak nak cuti???

Kesesakan paling ketara aku rasa bila tibe musim perayaan pastinya dekat Seremban, Tanjung Malim dan juga Tapah. Aku balik Ipoh masa raya pertama CNY. Dari Shah Alam ikut Guthrie, elok je keluar dari Guthrie kenderaan dah bergerak lembab macam siput. Sabar je laaa... Nasib baik bukan aku yang drive. Mula dari situ sampai la ke Tanjung Malim kalau tak salah aku lembabnya. SABAR. SABAR. Gerak dari Shah Alam pukul1130 pagi sampai Ipoh pukul3++. Letih wooo..

Lepas tu dapat dok rumah memang syok la kan. Semalam lak cousin aku buat aqiqah baby dia. Jumpa la makcik2, pakcik2 dan sepupusepapat. Petang tu, konon-konon nak pergi mencuci mata sebentar di Jusco sebelum pulang ke Shah Alam TAPI! sesak weiiiiii. Tak dapat nak masuk jusco. Dari simpang empat kat jusco tu dah jem. (orang ipoh boleh la bayangkan). Tak boleh nak masuk weiiii... Jadi terus tukat niat murni pergi la ke Tesco. Jimat sikit. Tapi kena la aku pergi lain masa sebab nak renew member card jusco. 

Lepas Maghrib, terus bersiap2 nak balik puchong. Elok je keluar Tol Ipoh, kereta2 dah gerak cam ciput. selaju 20km/h... laju kan?? Dari tol Ipoh ke hentian Simpang Pulai pun dekat sejam T___T Lepas tu jalan smooth pastu jem balik macam tu la berulang sampai ke Tanjung Malim. Sampai mana entah, aku dah tak larat nak buka mata terus ZZzzzZZzZZZZzzzz sampai ke Shah Alam. Sampai Puchong dalam pukul1230 tengah malam. Letih.

Aku rasa aku lagi suka belajar dekat Arau dulu. Bila musim cuti, orang semua nak menuju utara, aku menuju selatan. Jalan pun lenggang. Bila dah habis cuti, semua orang rebut-rebut nak balik selatan aku pulak menuju utara. Jalan pun lenggang je. BEST.


** budak jari comey kata, "masa ada kecik2 dalam perut mama, adik tidur dengan mak teh." =)


No comments: