Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Saturday, October 1, 2011

After 2 weeks

Selamat pagi semua!

Fuuuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!! Dah dua minggu blog ni tak berblog. Setiap hari macam-macam cerita nak kongsi dalam blog ni tapi tuntutan kerja mengastasi segalanya. Hinggakan setiap hari balik dari kerja terus rasa nak rehat tanpa buat apa-apa. Makan pun tak perlu kalau tak lapar. Sekali pun tak letih fizikal tapi mental rasa sangat letih. Jadi perlu berehat sambil menonton apa-apa yang santai di TV. Kalau di rumah kakak, maka channel astro TVIQ atau astro Ceria akan menjadi santapan kerana itu pilihan si kakak dan si adik. Bagus juga. Relax tengok rancangan kanak-kanak. Tak sangka astro TVIQ sebenarnya ajar banyak benda. Cuba la tengok backyard Science atau Clever edisi Malaysia.

Rabu lepas pergi labasia dekat PWTC. Ada pameran untuk barang-barang makmal. Thanx so much kepada my 2nd bos sebab bawa ke sana. Jumpa macam-macam orang buat aku rasa aku ni kecik sangat. SERIUS! Tak pernah jumpa orang dalam dunia perniagaan ni. Selalu jumpa supplier pun aku tak berapa banyak cakap. Sekarang ni self-confident tu dah tinggi sikit.

Lately ni banyak task dari BIG BOSS. Customer pun ada request macam-macam product. Banyak kena study sebelum buat R&D. Tak pe. Semua tu untuk aku belajar benda baru. Banyak ilmu kena serap masuk otak. Dan banyak benda kena belajar secara tak langsung. Dan banyak juga hal-hal kehidupan seharian kena biasakan.

Dan dalam tempoh sebulan september yang lepas, banyak benda yang sangat menggembirakan hati telah berlaku. Dan oktober ini penentu untuk memastikan segala perkara itu menjadi pasti. Oleh kerana ia masih perancangan maka tak perlu dihebah lagi. Jadi semua, mohon doa dari kamu.

OH, banyak sangat nak coret. Tapi mungkin later on. Ingin cerita segalanya di sini. Menjadi kenangan kemudian hari. Doakan saya ye semua. Dan saya doakan terbaik juga untuk kamu semua.






No comments: