Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Sunday, August 29, 2010

Info Solat : Tamakninah

Tamakninah?
= sebahagian daripada rukun solat yang sering diabaikan. Kesannya, ramai yang tidak sedar bahawa solatnya tidak sah. Tamakninah dalam bahasa mudah bererti bertenang. 

Rukun yang WAJIB disertakan tamakninah.
(rukun solat yang perlu disertai tamakninah dan akan batal solat jika tiada tamakninah)

1. Rukuk : sewaktu kedudukan tulang belakang sudah sama rata dan kedua2 belah tangan memegang kepala lutut, hentiakn pergerakan seketika.

2. Iktidal (bangun daripada sujud) : pergerakan daripada rukuk terus menegak dan meluruskan semula tulang belakang seperti berdiri sebelum ini. Sempurna berdiri sebentar itulah kadar tamakninah

3. Sujud : sewaktu semua anggota sujud yang tujuh mencecah lantai, hentikan sebarang pergerakan. Itulah kadar tamakninah.

4. Duduk antara dua sujud : sewaktu duduk sambil membaca doanya, tidak harus bergerak anggota kasar. 




Tempat yang sering diabaikan tamakninah.

1. Iktidal. Apabila bangun daripada sujud, belum sempat tulang belakang lurus seperti sebelumnya telah turun unutk sujud. Solat tidak sah kerana tidak tamakninah.
2. Sujud. Waktu sujud kedua2 kaki bergerak-gerak dan ada yang mengangkatnya (tidak mencecah jari kaki ke lantai).

3. Bangun daripada sujud. waktu bangun daripada sujud kedua, ketuika hendak berdiri ke rakaat seterusnya tidak ada tamakninah tetapi disunatkan duduk sebentar yang diberi nama duduk istirahat.



salam mahabbah 
salam ukhwah 
wassalam... 


lots of L♥VE

1 comment:

karma said...

thanks for this info.
sangat berguna, kadang2 kita tak sedar yang kita tak buat semua tu kan.
salam ukhuwah.
:D