Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Thursday, September 9, 2010

Laporan Traffik

6Sept 2010
Seawal jam 720 pagi, traffik di jalan2 utama kampung manjoi, ipoh [kampung aku la tu] agak sibuk dengan kenderaan yang mahu keluar dari kampung untuk ke tempat kerja. Kenderaan di bulatan dekat Hospital Raja Permaisuri Bainun [HRPB] juga agak sibuk hingga susah untuk keluar.
Jam 5petang, jalan depan HRPB sibuk dengan kereta2, bas2 dan moto2 yang masing2 mengejar masa untuk sampai cepat ke bazar Ramadhan sebelum juadah untuk berbuka habis dijual. Jam di traffic light mahu masuk ke kampung manjoi sampai la ke tempat orang menjual kuihmuih di bawah pencawang elektrik.

7Sept 2010
Pada waktu yang sama seperti semalam, jalan2 utama di kampung manjoi tidak lagi sibuk. masih terdapat kenderaan yang berpusu2 mahu ke tempat kerja.
Waktu petang di lagi sibuk seperti hari semalam tapi masih agak susah mahu keluar dari kawasan HRPB kerana kenderaan berpusu2. Traffic light nak masuk kampung manjoi pun tidak lagi sibuk

8Sept2010
Jalan teramat lengang. macam semua orang dah cuti. traffic light pun cepat je jadi merah. tapi jam 5petang agak sibuk di traffic light nak masuk kampung manjoi mungkin kerana anak2-desa-yang-merantau-ke-kota mula pulang untuk memeriahkan suasana dia kampung halaman

9Sept 2010
laporan traffic hari ni tak dapat disiarkan kerana hari ni aku minta pelepasan. yeayyyyy!!! AKU CUTI. hahahaha... orang lain dah cuti dari awal minggu pun tak kecoh cam aku. aku setakat dapar cuti sehari pun dah nak heboh satu kampung. isnin minggu depan aku kerja tapi best weiii kerja aku... tak caya? nanti aku cerita kalau aku rajin.


makluman untuk ada, aku sekarang tengah LI dekat HRPB. nasib baik la semalam pergi minta pelepasan dan dapat. kalau tak, mau nye la aku menangis masa drive nak pergi kerja pagi ni. semalam pun cam sebak je masa nak pergi keje sebab macam ada kete aku sorang je atas jalan tu.
oh ya, aku pergi keje pukul720 pagi pun parking dah nak penuh kat hospital tu. memang agak jauh la aku parking.


katahati : TAHNIAH buat Pn Anim dan En Zubir di atas kelahiran cahayamata pertama. semoga kehidupan berkeluarga selepas ini akan menjadi semakin gembira dan bahagia. amin...



salam mahabbah 
salam ukhwah 
wassalam... 


lots of L♥VE

No comments: