Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Monday, October 25, 2010

akhirnya dapat juga aku buku itu!

setelah sekian lama aku menunggu sebab aku ni penakut, akhirnya dapat juga aku buku itu!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.

.
.
.
.
.
.
.



eh, silap2... bukan buku ni yang aku dapat. buku lain laaa... gambar buku ni aku pinjam dari kak anamarza.. mohon halal ye kak...







haaa... baru betul. tau tak ni buku apa??? kalau tak tahu, sila klik gambarajah untuk tumbesaran yang sihat.

apa isi dalam buku ni??
hehehe... baru first time aku derma darah. ada satu cop baru...

dah tahu buku tu buku apa?? kalau korang dah klik untuk tumbesaran yang sihat, mesti korang tau kan??? itu SIJIL okey?? sijil untuk orang2 yang baik macam aku ni sebab baik hati nak tambah stok tabung darah. baik tak aku? 

al-kisah derma darah ni memang la panjang dan amat melucukan.

sebenarnya aku dah lama nak derma darah ni. masa aku diploma dulu aku ada nak derma darah masa kelas Kesatria. kalau tak salah aku masa tu, kalau derma darah dapat extra mark. siapa tak nak markah lebih kan? jadi aku pun pergi la dengan kekawan aku tempat nak derma darah tu. tapi, on the way pergi sana dengar orang sok-sek-sok-sek kata kalau "bulan penuh" tak boleh derma darah. aku pun apalagi, frust menonggeng la... lepas kejadian tu, langsung aku tak ada keinginan nak derma. tambah2 lagi masa arwah ayah admit kt KPJ dulu, nurse tu susah gila nak cari urat tu. bila dah jumpa, cucuk sekali tak lepas. nurse kata urat ayah aku halus. tak boleh guna jarum saiz biasa. kena guna saiz paling halus. tapi dah guna saiz paling halus pun susah gak nak cucuk amik darah. lepas tu, TERUS AKU FOBIA. serius weiii... tak sampai hati tengok tangan arwah ayah lebam2 sebab tak boleh nak cucuk sama ada untuk amik darah atau masuk air.

lepas dah setahun cerita arwah ayah tu, dan aku pula kebetulan LI dekat hospital kawan aku ajak pergi cek darah and derma darah. macam2 alasan aku bagi termasuklah cerita arwah ayah tu. memang la aku kena gelak sebab takut jarum. aku tak takut jarum tapi aku takut kalau jarum tu tak jumpa urat aku!!

at last, dengan kesungguhan dan semangat yang jitu aku pergi la blood bank pukul10 lebih pagi tadi. masa tu memang aku excited gila la nak derma darah. bila dah isi borang semua. nak cek blood group dengan Hb. 

adik, tahan sikit ye. cucuk kat jari ni sakit sikit.
dalam hati aku kata, aku tak takut cucuk kat jari. cucuk nak amik darah sat lagi aku TAKUT. =p

aku layak untuk derma darah. BP pun okey... nurse suruh baring atas katil. masa tu memang agak cuak laa... aku tak pernah inject tau. last masa aku form1 kot sebab nak pergi umrah.

aku pesan kat nurse tu,

akak, jangan cucuk sakit2 tau. saya tak pernah derma darah ni. first time ni. TAKUT.

nurse tu buat tak tau. dia dok picit2 tangan aku.

kenapa kak? tak jumpa urat ke?

jumpa dah dik. tapi kecik urat adik ni.

haaa??? terus teringat arwah ayah. tapi aku redha je laaa.

sebelum tu, kawan aku dah pesan jangan tengok bila nurse tu cucuk. lagi2 masa masuk besi, macam sakit sikit. aku pun toleh tempat lain. buat2 cool. bila aku toleh balik kat nurse tu, aik.. darah aku dah masuk pun dalam beg tu. aku tak rasa apa2 pun. hahahaha... bangga la kononnya tu.. lepas tu dapat makan biskut tiger dengan air milo kotak FREE.. yeeaaayyy!! aku suka.

itu la kisahnya aku derma darah. aku rasa aku dah tak takut nak derma darah or cucuk kat lengan ni. tapi mungkin bergantung pada nurse gak kot. nurse yang amik darah aku tadi tu macam expert je. kalau nurse pelatih, aku tak nakk. takut laa, bukan tak percaya. nanti cucuk banyak2 kali, lebam lak tangan aku ni. oh ya, tempat cucuk tadi lebam la. kadang2 rasa lenguh gila tangan ni. harap2 esok ok la. aku nak amik darah khamis ni untuk blood test. DOAKAN AKU ye!


salam mahabbah
salam ukhwah 
wassalam...


lots of L♥VE

No comments: