Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Friday, November 26, 2010

Electric Train Service (ETS)

main page ets-train.com. sila pilih sama ada Seremban, Kuala Lumpur atau Ipoh. nampak tak "TRAIN-ING BUSY-BODIES" tu? slogan diorang la gamaknya tu. tapi bukan nak train [eh, ni bukan train = keretapi] busybodies yang dok jaga tepi kain orang tu.

something about ETS ada vision, mision etc2

route perjalanan ETS. ETS ni ada yang direct, ada yang berhenti-berhenti

jadual waktu train berlepas dari destinasi2 tertentu. train ni kalau tak salah aku sangat menepati masa. 
harga tiket mengikut destinasi. tapi yang ni aku tak sure harga promosi ke apa


kenapa tiba2 aku cerita pasal ETS ni?





sebenarnya, aku + adik + ibu nak ke rumah abang2 + kakak aku dekat puchong weekend ni. nak drive, ibu tak bagi. maklum la... bertiga semua perempuan. yang driver nye pula hanya tanya drive semata2 yang lain2 hal pasal kereta habuk pun tak tahu. jadi tak perlu la drive sendiri. selalunya pergi naik bas. KESIAN tak? aku tak kisah la sebab dah biasa berulang alik ipoh-arau [zaman diploma dulu] or ipoh-shah alam [zaman degree yang baru je tamat beberapa minggu]. aku kesian kat ibu la. adik aku pun aku tak kesian sangat sebab dia dah biasa berulang alik ipoh-kampung gajah. hehehe. jadinya kali ni kakak aku suruh naik kereta api laju [ETS]. katanya nanti dia jemput dekat KL sentral. rajin kan kakak aku nak menempuh jem masuk KL dari puchong? of course la bukan dia yang drive, suami dia la drive. jadinya, aku pun ikut je la. aku pun mana pernah naik kereta api laju ni. aku rasa la seumur hidup ni, baru sekali je kot naik keretapi tanah melayu [KTM] dari arau balik ipoh. FUH!! memang menduga iman. lenguh weiii.. dah la bulan puasa. berbuka la aku dalam keretapi tu. selebihnya aku tidur je..

berbalik pada ETS ni, aku saja2 search sebab tadi kakak aku dah mesej tanya ahad nanti train pukul berapa. aku mana la sempat nak pergi railway tu [bukan tak sempat tapi malas]. dah 2 hari berturu ibu pergi sekolah. ingat cuti sekolah cikgu tak payah pergi sekolah ke?? NEHI.. NEHI.. banyak wei kerja cikgu. jadinya jangan la jadi cikgu. jadi la doktor ke, lawyer ke.. gaji berbaloi dengan kerja. hehehe.

kalau rasa maklumat aku bagi ni tak cukup lengkap, rajin2 la klik ets-train.com


salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam...



 lots of L♥VE

1 comment:

Zulfahmi Abidin said...

hek eleh.tah berape lah syarikat train nie bagi kat kau.untung dye dapat ads free..kire ko donation la skrg nie.tengs jgk kat akak kau tuh.

Terkini:
1. Saranan Aku Untuk Kerajaan
2. Sharing Is Kongsi Lah. Sampai Bile Aku Nak Cakap Sharing Tuh Bukan Caring
3. Bilik Kecil Yang Sempit