Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Thursday, March 3, 2011

IELTS – Listening, Reading, Writing

Berbalik pada entry aku yang lepas-lepas. Walau pun macam dah agak terlambat aku nak cerita pasal benda ni, tapi disebabkan aku tengah bosan tambahan pula rasamacam nak update blog tapi tak tahu nak tulis apa, jadi cerita kisah suka-duka masa ambil test IELTS hari tu akan menjadi topic hangat yang dah hangit dan basi petang ni.
Disebabkan aku adalah seorang yang agak skema, takut-takut nak buat jahat makanya aku telah keluar dari rumah menuju je IDP Subang seawal jam 7 pagi. Tapi aku pergi dengan kakak aku. Dia tukang hantar aku la. Kenapa aku datang awal? Sebabnya aku takut terlambat. HAHAHA. Lagi pun dalam confirmation letter tu dia tulis mesti tiba setengah jam sebelum pukul8 pagi. Jadinya, aku dengan tak sempat nak sarapan bergegas ke Subang. Nasib baik ada 7eleven dekat dengan IDP tu, dapat la aku beli roti dengan air. Kakak aku drop aku then terus bali rumah. Aku pun kelamkabut naik test center. Staff dah sibuk uruskan pendaftran candidate. Tak sempat aku nak menjamah roti, dah kena berbaris untuk mendaftar. Nasib baik la ada air. Aku pun bawa je air masuk exam hall.
Okey la. Letih dah cerita details sangat. Mula exam dalam kul845 pagi. Listening first. Komen aku? Entah la. Aku dah cuba yang terbaik walaupun aku macam hilang focus secara tiba-tiba T___T redha jel a. Allah tahu yang terbaik. Lepas tu continue dengan reading. Ni lagi satu masalah. Passages dia mak aaaiiii… panjang giler! Letih aku nak baca. Serius weiii.. sejam yang diperuntukkan untuk baca passages, jawab 40 soalan memang tak sempat. Dan boleh lak masa tu la aku terasa nak pergi toilet yang teramat sangat. Nak tak nak terpaksa la juga curi masa pergi toilet. Lepas tu memang macam lipas kudung la aku jawab soalan. Dengan rasa malas nak baca passagenya, memang menguji iman sungguh la. Tapi yang penting, aku dah usaha. Betul tak?
Lepas reading, paper terakhir writing. Masa ni la aku kena uji skill menulis dengan pantas dan cantik. Sejam untuk tulis summary dan karangan lebih 250 words memang tak cukup. HUH! Banyak aku komplen kan? Bukan komplen tapi meluahkan rasa hati. Tapi sape suruh aku tak prepare betul-betul. Orang nak amik IELTS  2,3 bulan before test dah study, aku seminggu before test baru nak study. Tu pun tak sungguh. 2 hari before test baru nak sungguh. Tu pun lepas aku habis Speaking test.
Tak pe la. Apa-apa pun, aku dah cuba yang terbaik. Harap-harap dapat band yang baik juga supaya aku tak rasa melayang ditiup angin duit aku tu.
AMIN. Marilah sama-sama berdoa untuk kejayan aku. HEHEHE.

No comments: