Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Friday, June 24, 2011

jom tunaikan rukun islam ke-5



Petang tadi lepas solat zohor, tengah-tengah aku nak buat kerja tiba-tiba ibu call. Ingatkan pasal apa. Rupa-rupanya dia pesan dekat aku suruh cepat-cepat pergi daftar Haji. Sebab apa? Dia pergi daftar untuk dia dan adik aku pagi tadi, dapat giliran tahun 2040. Huhuhuhu. 

Jadi dia suruh la aku pergi daftar cepat-cepat. Dia kata at least boleh la dapat tahun yang sama. Sebab dia kata, orang yang daftar bulan lepas dapat tahun 2039. Maknanya dalam sebulan dah penuh peruntukan untuk setahun. Hebatkan? 

Ibu aku kata tak susah pun. Jadi aku kena la cepat-cepat pergi daftar. Tapi aku bercadang nak daftar dengan suami aku nanti. Muahahahaha. Tapi persoalannya bila pulak aku nak kahwin ni? Bukan apa, kalau daftar dengan suami, senang la kan. Mahram confirm-confirm dah ada. Ibu aku kata tadi pun, kalau dapat awal 10 tahun pun, mesti masa tu aku dah kahwin kan? kan? kan??? Tapi (lagi sekali TAPI) kalau suami (bakal) aku tu tak daftar sama dengan aku, macam mana aku nak pergi Haji sama dengan suami aku? Betul tak?

Jadinya, kepada BAKAL SUAMI aku moh kita daftar Haji sama-sama. BTW, nak daftar tu dalam akaun Tabung Haji kena ada paling minima RM1300. Okay?




No comments: