Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Sunday, October 30, 2011

Musim Haji Kembali lagi

Salam Malam semua. Sebenarnya dah lama sangat nak cerita pasal musim haji ni. Sejak dari kumpulan pertama  bakal haji berangkat ke tanah suci. Tapi almaklum lah, tanggungjawab lain mengatasi segalanya.

Sebenarnya aku bukan nak bercerita tentang rukun Islam ke-5 tu tapi lebih kepada kerinduan aku pada Tanah Suci itu. Bila orang nak pergi Mekah untuk haji atau umrah, orang yang kena tinggal tu mesti rasa sedih kan? Tapi orang yang nak berangkat ke Tanah Suci tu, hati mereka berbunga gembira. Siapa tak seronok dapat jadi tetamu Allah kan? Dapat beribadat bersama jutaan umat Islam dari seluruh pelusuk dunia. Kalau yang tak pernah pergi, mesti ada keinginan nak pergi kan? Kalau yang dah pernah pergi, kalau ada kesempatan tiap-tiap tahun nak pergi. Kalau boleh tiap-tiap bulan nak pergi. Boleh ke?

Khamis lepas dah umumkan yang Raya Haji di Malaysia akan disambut pada Hari Ahad ( 6 November 2011), jadinya hari wukuf di Arafah adalah pada hari Jumaat. Jadinya hari Isnin tu dapat extra cuti. YEAAAAYYY. Pakcik aku telah selamat terbang ke Mekah semalam. Dia pergi lambat sebab dia guru pembimbing. Jadinya, aku di kejauhan ni berdoa agar semoga jemaah Malaysia yang berada di Mekah dapat menunaikan fardhu Haji dengan tertib. 

Sebelum aku key-off, aku tinggalkan korang semua dengan gambar-gambar masa aku pergi Umrah pertengahan tahun hari tu.












 Suasana pagi yang damai. Dan sangat nyaman.


 Rindunya saat bersolat sunat di hadapan Hijir Ismail selesai menunaikan tawaf.









2 comments:

K.I.N.A said...

bestnye dah pegi umrah..:)

miss jue said...

Alhamdulillah