Bulan November dan Disember ni bulan amat sibuk untuk aku sepanjang aku bekerja ni. Banyak benda baru aku sudah/akan belajar sepanjang 2 bulan terakhir sebelum 2011 melabuhkan tirai. Perkara paling besar yang pertama adalah aku berjaya melakukan quality check untuk production seorang diri tanpa bantuan sesiapa termasuk 2nd bos aku.
First time buat quality check memang agak gelabah. Rasa yakin tu kurang 50%. Bukan sebab tak percaya pada diri sendiri tapi takut segala kemungkinan yang bakal berlaku maka aku orang bertanggungjawab kena jawab semua persoalan. Jadi kali pertama buat quality check minggu lepas. Memang agak memberi tekanan. Lagi-lagi pekerja production asyik tanya, "amacam boleh tak?". SERIUS aku tertekan. Tapi aku ambil semua tu sebagai cabaran. Selama ni aku tengok je assistant aku buat, jadi bila dia cuti bersalin aku kena take over kerja dia. Dengan kerja R&D lagi. FUHHHHHHHHHHHHHHHH. Berasap kepala nasib tak rentung.
Second time buat quality check petang tadi. Kali ni dah agak confident. Tak ada rasa gugup-gugup. Nak inform pada production untuk adjustment pun dah tak ada masalah sangat. Aku bukan apa, bahagian production tu lelaki jadi aku agak segan. SERIUS aku segan. Bila dia tengok aku buat quality check pun aku agak tak senang nak buat kerja.
Dan petang tadi masa buat quality check tiba-tiba muncul big bos. Sebelum tu aku dah dengar-dengar dia sebut nama aku. Dah mula rasa macam "alamak! aku ada buat salah ke?". Dia tanya macam mana okey tak apa semua. Dan aku seharusnya tunjuk gaya confident 200%. HAHAHAHA.
Awal bulan hari tu, aku berkesempatan buat product write up untuk satu product yang aku baru developed. Harap-harap product tu stabil dan pelanggan puas hati dengan performance dan appearancenya. InsyaAllah. First time aku buat product write up. Memang BLANK. ZERO. Tak tahu nak merepek apa. Tengok contoh-contoh yang lepas. Dan google gak wei. Cari sebanyak info yang boleh sebab aku tak nak buat sekadar buat. 3 hari gak la aku ambil masa untuk kumpul maklumat dan mula mengarang untuk 3 products. Then submit ke 2nd bos, dia betulkan apa yang patut akhirnya hujung minggu berjaya send ke bahagian marketing. Alhamdulillah.
Dan tadi masa sembang-sembang dengan big bos (masa aku buat QC), dia cakap pasal documentation, product wirte up, QC, R&D etc2. Setakat ni memang aku banyak belajar. Terutama untuk R&D banyak benda baru aku tahu. Big bos suruh aku belajar untuk documentation, product registration dll. Sebelum ni 2nd bos aku yang buat semua tu. Jadi aku tak berapa nak tahu sangat pasal benda tu. Hari tu aku tengok documentation yang 2ng bos aku buat, memang aku teruja. "Waaaaa, boleh ke aku buat macam ni?".
Harap-harap kalau aku diamanahkan untuk sesuatu itu, aku mampu untuk melakukannya. Sekarang ni nak cari pengalaman banyak-banyak. Lepas tu nak belajar benda yang aku tak pernah tahu. Dan target aku kalau boleh tahun depan aku nak register dengan Institut Kimia Malaysia (IKM). Doa-doakan la untuk aku. Kalau ada rezeki nak sambung belajar tapi rasa macam dah malas nak buat research, nak attend kelas, nak buat assignment, mengejar dateline apa bagai semua.
Tapi teringin sangat nak jadi;
Dr. missjue (bukan nama sebenar)
Semoga apa yang aku dapat hari ni dan hari-hari akan datang adalah yang TERBAIK dari Allah untuk aku, keluarga aku dan masa depan aku. InsyaAllah.
Selamat malam semua.
No comments:
Post a Comment