Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Thursday, March 8, 2012

C.H.E.M.I.S.T

C  H  E  M  I  S  T

korang pernah nampak atau dengar tak perkataan dekat atau tu? macam mana nak sebut? KE - MIS (sila sebut ikutan sebutan bahasa melayu).

Korang tau tak apa maksud CHEMIST tu? CHEMIST tu bahasa inggeris, kalau translate ke bahasa melayu jadi AHLI KIMIA.

Kenapa cerita pasal CHEMIST? Sebab itu pekerjaan saya. Tapi jawatan hakiki yang tertulis dalam surat tawaran kerja adalah JUNIOR CHEMIST. Tapi tugasnya sama je macam CHEMIST, cuma ada JUNIOR sebab saya ada bos a.k.a CHEMIST. Big bos saya seorang CHEMIST. Dia juga CEO company. Dan dia jua Technical Manager.

Lunch hour tadi, saya pergi ke GIANT Kemunting Utama. Lepas lunch, konon-konon nak la pergi singgah GUARDIAN sekejap sebab nak cari lotion. Elok nak sampai Guardian, ada seorang adik manis tahan, bagi kupon kata boleh dapat hadiah percuma. PERCUMA??? Ye. PERCUMA. Siapa tak nak kan? Saya pun ikut la adik manis tu. Dia bagi hadiah saya, set acuan untuk baking. Ada 5 bentuk tapi besar gabak acuannya, bukan macam acuan kuih tu.

Lepas tu, datang kawan adik manis. Oh ya, adik manis bagi saya borang survey untuk marketing diorang. Saya pun OK je, tick je mana yang patut. sambil jawab survey sambil adik manis dan kawan dia soal jawab dengan saya.

Dekat borang survey tu, ada minta nama, no phone, alamat, pekerjaan etc2... Saya of course la tak jujur kan isi semua particulars tu. Bahaya kot. Tapi entah macam mana saya TERjujur bila isi ruangan pekerjaan. Lama juga saya biarkan ruang tu tak terisi, lepas adik manis desak saya terus TERtulis "CHEMIST".

Sebelum tu, adik manis ada tanya saya kerja apa. Saya jawab kerja kilang je. Tiba-tiba kawan adik manis menyampuk, takkan la kerja kilang pakai cantik-cantik macam ni. Saya diamkan saja. Lepas saya dah tulis pekerjaan saya tu, kawan adik manis tanya, "akak kerja apa ni? macam mana nak sebut ni?". Saya tak tahu kawan adik manis tu bangsa apa tapi dia bukan melayu. Dan adik manis berbangsa melayu. Kemudian, adik manis pulak tanya, "apa kerja akak ni? kemis?".

Masa tu, saya serius tak tahu nak bagi reaksi macam mana. Betul ke budak-budak tu tak tahu CHEMIST atau diorang tak paham tulisan saya yang macam cacing kepanasan tu? Kalau diorang tak paham tulisan saya, saya boleh maafkan. Tapi kalau diorang tak tahu apa itu CHEMIST, saya sangat kesian.

Memang CHEMIST bukan pekerjaan yang popular macam doctor, lawyer, engineer, pilot, pramugari, etc. Ye laaa.... zaman sekolah rendah, kalau cikgu tanya nak jadi apa, pernah ke budak jawab nak jadi CHEMIST? Saya rasa tak. Tapi kalau dah lepas SPM, takkan la tak tahu CHEMIST itu apa?

Biarla adik manis dan kawan dia tu. Lepas ni kalau ada borang yang minta isi apa pekerjaan saya, saya akan tulis KERANI tak pun PEMBANTU KEDAI. Mesti semua orang tahu. Biarlah tak glamour pun. Muahahahaha.

Oh ya, masa saya mula-mula kerja dekat Puchong dulu. Ibu pernah tanya saya apa pekerjaan saya. Saya jawab CHEMIST. Dan ibu balas, " ohhh... ahli kimia ye" Comel lak rasanya bila ibu saya kata macam tu. Lepas tu ibu interview saya apa kerja saya buat bla blaaa blaaaa... Then finally ibu kata, " lepas ni kawan-kawan ibu tanya senang ibu nak jawab. kalau tak ibu kata jue kerja dekat lab je. Tak tahu pun jue buat kerja apa." HEHEHE. Comel betul ibu saya.

Itu je cerita pasal CHEMIST. Kepada adik-adik sekolah menengah, kembangkan minda anda. Jangan tersepit dengan dunia keliling anda sahaja. :)


note : 2 entry dalam masa kurang 6 jam. HEBAT! HAHAHA.





1 comment:

Liya Laa said...

Klu ditakdirkan sy jd ahli fizik, agaknye ape jd sbb selalu org tertukar physician and physicist -_-