Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Sunday, July 29, 2012

Interview SPA (Part 2)

Sambungan dari coretan : Interview SPA (Part 1)

Bila calon pertama dah dipanggil masuk, lagi berdebar aku. Nak baca last minit pun macam dah tak fokus. Berdebar teramat sangat. Asal dengar bunyi nombor angka giliran tu berubah, kelam kabut masin-masing toleh tengok. Memang automatik macam tu. Punya la takut kan?

Akhirnya pukul 9pagi, calon pertama keluar dari bilik temuduga. Masuk pulak calon kedua, senior aku dekat UiTM dulu. Aku lagi berdebar sebab aku calon ketiga. Tak dapat nak tanya calon pertama sebab aku tak kenal dia. Maka redha dan tawakal je masa tu. Selawat banyak-banyak je la aku masa tu. Baca surah Al-Insyirah, baca ayat Qursi sebab memang nervous sangat-sangat.

9.30pagi.
Calon kedua keluar. Tiba giliran aku. Fuhhhhh~ Jangan tanya apa aku rasa bila melangkah ke bilik interview tu. Tangan sejuk macam duduk dekat kutub utara.

Macam biasa selalu orang pesan, sebelum masuk ketuk pintu kemudian masuk dan bagi salam. Aku pun ketuk pintu, masuk lepas tu aku macam blur. Macam masuk rumah pulak. Hahahaha. Bila nak tutup pintu dan tertoleh dekat penemuduga baru aku teringat nak bagi salam. Maka keluarlah;

"good morning, assalamualaikum"

Sebab apa aku ucap good morning dulu? Sebab aku ternampak penemuduga berbangsa India dulu baru aku ternampak penemuduga berbangsa Melayu.

Aku serahkan sijil berserta resume yang dah siap-siap terbalikkan ke arah penemuduga. Lepas letak atas meja, terus dijemput duduk. Aku pun duduk tegak, selesakan diri, senyum seikhlas mungkin.

Sesi pertama, soal-jawab antara aku dengan penemuduga berbangsa Melayu. Aku rasa dia wakil dari SPA.

Ini antara apa yang aku ingat. Lebih kurang macam ni la soal-jawab masa temuduga tu. Bukan 100% sama.

Penemuduga
Aku

********************************

Okay, boleh awak cerita tentang diri awak. Latar belakang pendidikan, kerjaya.

Saya (nama penuh aku), boleh panggil saya (nama gelaran yang aku senang). Lahir di (tempat lahir) dan dibesarkan di (tempat aku dibesarkan). Saya merupakan anak ke___ daripada ___ orang adikberadik. Arwah ayah saya merupakan (pekerjaan bapa) dan ibu saya juga merupakan (pekerjaan ibu)

Saya mendapat pendidikan awal di (sekolah rendah) dan seterusnya bersekolah di (sekolah menengah) dari tingkatan 1 hingga 5. Selepas SPM, saya melanjutkan pelajaran dalam bidang (diploma) di (universiti) sebelum menyambung pengajian dalam bidang (ijazah) di (universiti).

Selepas tamat belajar, saya bekerja sementara sebagai (kerja apa) dibawah selian (supervisor) di (tempat kerja). Kemudian saya mendapat tawaran sebagai (pekerjaan) di (tempat kerja). Saya hanya bekerja di sana selama (tempoh) sebelum berpindah ke (tempat kerja baru) kerana mendapat peluang yang lebih baik.


Okay. Di (tempat kerja baru) apa yang kamu lakukan?

Di (tempat kerja baru), saya tugaskan di dalam makmal untuk menganalisis sampel yang dihantar oleh pelanggan kami selain menjalankan ujian rutin.


Apa kebiasaan sample yang kamu analisis?

(nama sample) - aku bedal cakap bahasa inggeris sebab aku tak boleh nak fikir dalam bahasa melayu T__T


Kamu belajar Kimia (Analisis Forensik). Adakah kamu rasa apa yang kamu belajar berbeza dari Forensik Sains.

Ini memang jawapan hentam kromo. Jawapan aku Kimia (Analisis Forensik) TIDAK sama seperti Forensik Sains berserta huraian dan hujah aku.



Setiap orang akan mengelami STRESS. Bagaimana kamu mengendali STRESS.

Ini pun jawab ikut sedap mulut. Jawab la apa yang jujur dari hati dan terlintas dalam kepala otak.


Pernahkan kamu mengalami saat-saat sukar untuk membuat keputusan (aku angguk), semasa bila? boleh ceritakan?

Cerita la pengalaman sukar buat keputusan walaupun tak la susah sangat sebenarnya tapi disebabkan itu je terlintas dalam fikiran, cakap je la.


Apa yang kamu faham tentang INTEGRITI?

Hahahahah. Aku tak tahu. Jadi jawapan haruslah goreng!


Sekiranya kamu diminta oleh ketua kamu untuk mengubah keputusan analisis demi menjaga nama baik jabatan, adakah kamu akan lakukan? Mengapa?

Jawapan aku : RAHSIA. Ni bergantung pada hati naluri sendiri. Kejujuran semasa bekerja, etika semasa bekerja dan lain-lain.


Sekiranya kamu ditempatkan di Sabah Sarawak atau Labuan, adakah kamu sanggup?

Laju je jawab SANGGUP walaupun sebenarnya nak tambah tapi kalau boleh saya mohon ditempatkan di Semenanjung. kerana saya mula hidup berdikari jauh dari keluarga semenjak saya di tingkatan satu. Hatta hingga kini, saya masih tinggal jauh dari keluarga.



*******************************

Okay. Itu je yang aku ingat semasa soal-jawab dengan panel pertama. Soal-jawab panel kedua. Kita sambung nanti.



akan bersambung........................







No comments: