salam semua. entry kali ni lebih kepada luahan perasaan. aku tak tahu nak cerita pada siapa tentang hal ini. mungkin kerana aku malu untuk bercerita secara lisan dan lebih selesa bercerita melalui tulisan.
Alhamdulillah. aku dah tamat semester terakhir untuk pengajian peringkat ijazah sarjana muda. dan kini aku dalam fasa tidak pasti tentang hala tuju selepas ini. mungkin macam2 yang korang boleh cakap tentang aku tapi aku punya alasan sendiri.
minggu lepas masa aku hantar report aku, aku jumpa dengan head of program untuk jadi referee dalam resume aku. ingatkan nak jumpa sekejap je, dia tanya aku tentang plan selepas ni. jadi aku direct jawab, "saya nak kerja Dr".
then dia tanya either aku berminat atau tidak untuk sambung belajar. aku dengan lurusbendulnya tanya dia, "Dr ada tempat untuk saya ke?" hahahaha... of course la tak ada. dia cuma cadangkan aku sambung belajar. katanya dia boleh keluarkan surat sokongan untuk aku dapatkan biasiswa. OKEY. aku tiba2 macam dah spirit entah datang dari mana. serius! aku tak pernah rasa macam ada orang luar yang concern dengan education level aku. dan aku sangat2 berterima kasih pada dia. sehari sebelum Aidiladha, aku balik ipoh. sampai je rumah terus cerita kat ibu aku tentang benda tu. dan mak aku directly cakap suruh sambung.
"kalau ayah ada pun, mesti ayah nak jue pergi"
oh~ aku dah bergenang. memang selama ni arwah ayah peniup semangat aku. teringat masa hari aku nak pergi ke shah alam untuk daftar degree. arwah ayah minta maaf sebab tak dapat nak hantar aku. oh~ aku cuba tahan menangis masa tu. kenangan tak akan aku lupakan.
berbalik pada cerita aku tadi, bila dah sembang2 dengan lecturer aku tu, dia suggest try cari dekat UK atau Australia. sekarang ni aku pun tak tahu apa yang merunsingkan aku. buat masa ni aku cuma go through website local and outside universities. tengok2 bidang yang diorang offer.
jadinya, kepada sesiapa yang baca luahan aku ni yang tengah belajar atau pernah belajar di luar negara, aku mohon dengan seikhlas hati berkongsi pengalaman dengan aku. dan kalau boleh aku nak pengalaman mereka2 yang belajar master or PhD di luar negara. please share with me. i'm begging you. dan kalau anda adalah pelajar sains especially chemistry, lagi la aku berbesar hati untuk tahu pengalaman kamu.
thanx to all my readers!!
salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam...
lots of L♥VE
3 comments:
banyak scholarships untuk international students ditawarkan uni2 di australia. ada sorang abang ni baru tahun ni masuk uni tempat saya, phd dalam chemistry jugak rasanya, tentang biosensor semua2 tu kot. dia apply scholarship kat uni tu dan dapat. dia kata dia cuba je apply.
cuba lah, dan berdoa sekali ye, untuk yang terbaik. =)
thanx danial for sharing.. saya pun tgh survey2 scholarship yg uni2 tu tawarkan.
blaja2.. bkn senang nk dpt offer.. aja2 fightin!!! ^^
Post a Comment