Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Friday, July 27, 2012

Interview SPA (Part 1)

Salam semua. Salam Ramadhan. Lama betul tak singgah blog sendiri. 

Minggu lepas aku perg interview SPA untuk jawatan Pegawai Sains Gred C41 (Forensik) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Tahu dapat interview tu lama dah, kalau tak silap bulan June. Tapi persediaan untuk interview, hanya 4-5 hari sebelum pergi interview. Elok sangat la tu kan? Dari zaman belajar sampai zaman dah kerja pun suka buat kerja last minit. 4-5hari sebelum interview la sibuk pergi fotostat semua benda alah, nak minta pengesahan. Nasib baik kakak ipar kerja kerajaan, minta tolong dia je sahkan.

Hari interview : 19 Julai 2012. 

Dalam surat panggilan interview tulis waktu 8 pagi. Aku punya la risau lambat ke apa, pukul 6.50 pagi aku dah keluar rumah. Baca doa sikit, sambil perut berdondang sayang terus gerak ke Putrajaya walaupun jarak Putra Perdana ke Putrajaya tu amatlah dekat. Tapi sehari sebelum interview aku dah pergi survey nak parking dekat mana apa semua.

Sampai parking dekat Kompleks C, pukul 7.15pagi. Awal kan? Disebabkan tak sempat nak sarapan (nervous punya pasal), aku pun minum shake Herbalife yang aku sempat buat sebelum bertolak. Dok baca sikit-sikit nota tentang KKM, isu semasa.

Bila dah nak 4,5 orang calon keluar kereta bergerak ke Bangunan SPA, aku pun ikut sama. Masa tu heartbeat jangan cerita laju nak mampus!

Masuk je Bangunan SPA / JPA / SPR tu terus naik tingkat 6 (seperti tertera dalam surat panggilan temuduga). Kemudian ada pegawai assist untuk pergi mana, buat apa. Ikut je arahan dia. Sampai je dekat kaunter berkenaan, serahkan surat panggilan temuduga, pergi la duduk dekat ruang menunggu sementara tunggu nama kena panggil. Ternampak pulak senior zaman belajar, terus pergi sembang-sembang dengan dia. Bertambah laju heartbeat aku. 

Bila nama dah dipanggil, pegawai tu minta serahkan salinan:

  1. Kad pengenalan
  2. Surat Beranak
  3. Sijil SPM
  4. Transkrip dan skrol akademik
  5. Sijil-sijil akademik yang BERKAITAN
  6. Surat Berhenti Sekolah
*semuanya hendaklah DISAHKAN.

Disebabkan aku terlampau takut, aku minta pegawai tu tengok sususan sijil-sijil aku dalam clear folder. Dia cuma kata, "ikut je susunan yang salinan ni, yang kokurikulum tu tak kisah sangat".

Masa tu juga dapat angka giliran. Aku calon nombor 4 untuk bilik H. Ada banyak jawatan lain lagi. 

Tepat 8.25 pagi, calon pertama untuk bilik temuduga H dipanggil.




akan bersambung... ... ... ... ...




1 comment:

Unknown said...

smoga berjaya!