Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Showing posts with label Interview SPA. Show all posts
Showing posts with label Interview SPA. Show all posts

Sunday, August 5, 2012

Interview SPA (Part 3)


Kesinambungan dari cerita-cerita lepas. Sebelum aku lupa sepenuhnya (sebab sekarang ni pun dah lupa sikit-sikit) soalan-soalan yang ditanya, maka elok molek sangat aku habiskan secepat mungkin kisah aku pergi interview SPA tu. InsyaAllah ni episod terakhir.

Lepas habis diinterview oleh penemuduga Melayu tu, giliran penemuduga berbangsa India pulak menyoal aku. Dan nasib aku tak berapa baik sebab interview ni 100% in english. Dengan yang Melayu tu soal jawab dalam Bahasa Malaysia.

Tapi aku dah tak ingat ayat englishnya, maka aku translate ke bahasa malaysia (ikut setakat yang aku ingat).

Penemuduga
Aku

******************************

Kamu pernah melakukan attachment di Jabatan Forensik (aku angguk). Hospital mana ye?

Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Perak <<<---- nama penuh tu!


Selama kamu menjalani attachment di sana, adakah kamu membantu pegawai sains forensik di sana? (angguk lagi sebab dia tak habis soalan lagi). Jadi apa yang kamu lakukan?

Cerita merapu merepek benda yang aku buat masa LI dulu.


Adakah kamu merasakan yang pegawai sains forensik perlu melakukan perubahan semasa bertugas? Boleh kamu berikan contoh.

Lagi sekali aku hentam kromo. Cakap main ikut sedap mulut je. 


Adakah seorang pegawai sains perlu berada di tempat kejadian sekiranya berlaku bencana besar? (angguk2 konon2 paham soalan). Apa rasionalnya pegawai sains berada di sana.

Jawapan ingat-ingat lupa. Susun ayat sendiri je. Ikut kata hati.


Kamu melakukan analisis bahan bukti dan membentangkan keputusan analisis kamu di mahkamah. Berdasarkan bukti dan analisis yang dilakukan, OKT (orang kena tuduh) didapati bersalah. Walau bagaimanapun, setelah itu baru kamu menyedari bahawa terdapat kesilapan semasa analisis dilakukan. Apakah tindakan kamu?

WOW! Soalan mencabar akal fikiran. Jawapan aku? Ikut kata hati. Jawab apa yang terlintas.



********************

Setakat itu je yang aku ingat. Harap-harap dapat membantu kalau ada sesiapa yang nak pergi interview Pegawai Sains Gred C41(Forensik) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Secara keseluruhan, Alhamdulillah dapat jawab semua soalan walaupun aku macam over siap dengan tangan apa semua macam orang bagi lecture. Dan Alhamdulillah tak ada soalan tentang kementerian dan juga soalan tentang isu semasa.

Sekarang ni menghitung hari tunggu keputusan. Kalau ikut dalam surat panggilan temuduga tu, keputusan akan keluar pada 20 Ogos 2012. Raya kedua  tu! Tak raya la aku tunggu keputusan temuduga SPA. 

Semoga apa jua keputusannya, insyaAllah itu yang terbaik dari Allah untuk aku, keluarga dan masa depan aku :)

Be Positive!


Sunday, July 29, 2012

Interview SPA (Part 2)

Sambungan dari coretan : Interview SPA (Part 1)

Bila calon pertama dah dipanggil masuk, lagi berdebar aku. Nak baca last minit pun macam dah tak fokus. Berdebar teramat sangat. Asal dengar bunyi nombor angka giliran tu berubah, kelam kabut masin-masing toleh tengok. Memang automatik macam tu. Punya la takut kan?

Akhirnya pukul 9pagi, calon pertama keluar dari bilik temuduga. Masuk pulak calon kedua, senior aku dekat UiTM dulu. Aku lagi berdebar sebab aku calon ketiga. Tak dapat nak tanya calon pertama sebab aku tak kenal dia. Maka redha dan tawakal je masa tu. Selawat banyak-banyak je la aku masa tu. Baca surah Al-Insyirah, baca ayat Qursi sebab memang nervous sangat-sangat.

9.30pagi.
Calon kedua keluar. Tiba giliran aku. Fuhhhhh~ Jangan tanya apa aku rasa bila melangkah ke bilik interview tu. Tangan sejuk macam duduk dekat kutub utara.

Macam biasa selalu orang pesan, sebelum masuk ketuk pintu kemudian masuk dan bagi salam. Aku pun ketuk pintu, masuk lepas tu aku macam blur. Macam masuk rumah pulak. Hahahaha. Bila nak tutup pintu dan tertoleh dekat penemuduga baru aku teringat nak bagi salam. Maka keluarlah;

"good morning, assalamualaikum"

Sebab apa aku ucap good morning dulu? Sebab aku ternampak penemuduga berbangsa India dulu baru aku ternampak penemuduga berbangsa Melayu.

Aku serahkan sijil berserta resume yang dah siap-siap terbalikkan ke arah penemuduga. Lepas letak atas meja, terus dijemput duduk. Aku pun duduk tegak, selesakan diri, senyum seikhlas mungkin.

Sesi pertama, soal-jawab antara aku dengan penemuduga berbangsa Melayu. Aku rasa dia wakil dari SPA.

Ini antara apa yang aku ingat. Lebih kurang macam ni la soal-jawab masa temuduga tu. Bukan 100% sama.

Penemuduga
Aku

********************************

Okay, boleh awak cerita tentang diri awak. Latar belakang pendidikan, kerjaya.

Saya (nama penuh aku), boleh panggil saya (nama gelaran yang aku senang). Lahir di (tempat lahir) dan dibesarkan di (tempat aku dibesarkan). Saya merupakan anak ke___ daripada ___ orang adikberadik. Arwah ayah saya merupakan (pekerjaan bapa) dan ibu saya juga merupakan (pekerjaan ibu)

Saya mendapat pendidikan awal di (sekolah rendah) dan seterusnya bersekolah di (sekolah menengah) dari tingkatan 1 hingga 5. Selepas SPM, saya melanjutkan pelajaran dalam bidang (diploma) di (universiti) sebelum menyambung pengajian dalam bidang (ijazah) di (universiti).

Selepas tamat belajar, saya bekerja sementara sebagai (kerja apa) dibawah selian (supervisor) di (tempat kerja). Kemudian saya mendapat tawaran sebagai (pekerjaan) di (tempat kerja). Saya hanya bekerja di sana selama (tempoh) sebelum berpindah ke (tempat kerja baru) kerana mendapat peluang yang lebih baik.


Okay. Di (tempat kerja baru) apa yang kamu lakukan?

Di (tempat kerja baru), saya tugaskan di dalam makmal untuk menganalisis sampel yang dihantar oleh pelanggan kami selain menjalankan ujian rutin.


Apa kebiasaan sample yang kamu analisis?

(nama sample) - aku bedal cakap bahasa inggeris sebab aku tak boleh nak fikir dalam bahasa melayu T__T


Kamu belajar Kimia (Analisis Forensik). Adakah kamu rasa apa yang kamu belajar berbeza dari Forensik Sains.

Ini memang jawapan hentam kromo. Jawapan aku Kimia (Analisis Forensik) TIDAK sama seperti Forensik Sains berserta huraian dan hujah aku.



Setiap orang akan mengelami STRESS. Bagaimana kamu mengendali STRESS.

Ini pun jawab ikut sedap mulut. Jawab la apa yang jujur dari hati dan terlintas dalam kepala otak.


Pernahkan kamu mengalami saat-saat sukar untuk membuat keputusan (aku angguk), semasa bila? boleh ceritakan?

Cerita la pengalaman sukar buat keputusan walaupun tak la susah sangat sebenarnya tapi disebabkan itu je terlintas dalam fikiran, cakap je la.


Apa yang kamu faham tentang INTEGRITI?

Hahahahah. Aku tak tahu. Jadi jawapan haruslah goreng!


Sekiranya kamu diminta oleh ketua kamu untuk mengubah keputusan analisis demi menjaga nama baik jabatan, adakah kamu akan lakukan? Mengapa?

Jawapan aku : RAHSIA. Ni bergantung pada hati naluri sendiri. Kejujuran semasa bekerja, etika semasa bekerja dan lain-lain.


Sekiranya kamu ditempatkan di Sabah Sarawak atau Labuan, adakah kamu sanggup?

Laju je jawab SANGGUP walaupun sebenarnya nak tambah tapi kalau boleh saya mohon ditempatkan di Semenanjung. kerana saya mula hidup berdikari jauh dari keluarga semenjak saya di tingkatan satu. Hatta hingga kini, saya masih tinggal jauh dari keluarga.



*******************************

Okay. Itu je yang aku ingat semasa soal-jawab dengan panel pertama. Soal-jawab panel kedua. Kita sambung nanti.



akan bersambung........................







Friday, July 27, 2012

Interview SPA (Part 1)

Salam semua. Salam Ramadhan. Lama betul tak singgah blog sendiri. 

Minggu lepas aku perg interview SPA untuk jawatan Pegawai Sains Gred C41 (Forensik) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Tahu dapat interview tu lama dah, kalau tak silap bulan June. Tapi persediaan untuk interview, hanya 4-5 hari sebelum pergi interview. Elok sangat la tu kan? Dari zaman belajar sampai zaman dah kerja pun suka buat kerja last minit. 4-5hari sebelum interview la sibuk pergi fotostat semua benda alah, nak minta pengesahan. Nasib baik kakak ipar kerja kerajaan, minta tolong dia je sahkan.

Hari interview : 19 Julai 2012. 

Dalam surat panggilan interview tulis waktu 8 pagi. Aku punya la risau lambat ke apa, pukul 6.50 pagi aku dah keluar rumah. Baca doa sikit, sambil perut berdondang sayang terus gerak ke Putrajaya walaupun jarak Putra Perdana ke Putrajaya tu amatlah dekat. Tapi sehari sebelum interview aku dah pergi survey nak parking dekat mana apa semua.

Sampai parking dekat Kompleks C, pukul 7.15pagi. Awal kan? Disebabkan tak sempat nak sarapan (nervous punya pasal), aku pun minum shake Herbalife yang aku sempat buat sebelum bertolak. Dok baca sikit-sikit nota tentang KKM, isu semasa.

Bila dah nak 4,5 orang calon keluar kereta bergerak ke Bangunan SPA, aku pun ikut sama. Masa tu heartbeat jangan cerita laju nak mampus!

Masuk je Bangunan SPA / JPA / SPR tu terus naik tingkat 6 (seperti tertera dalam surat panggilan temuduga). Kemudian ada pegawai assist untuk pergi mana, buat apa. Ikut je arahan dia. Sampai je dekat kaunter berkenaan, serahkan surat panggilan temuduga, pergi la duduk dekat ruang menunggu sementara tunggu nama kena panggil. Ternampak pulak senior zaman belajar, terus pergi sembang-sembang dengan dia. Bertambah laju heartbeat aku. 

Bila nama dah dipanggil, pegawai tu minta serahkan salinan:

  1. Kad pengenalan
  2. Surat Beranak
  3. Sijil SPM
  4. Transkrip dan skrol akademik
  5. Sijil-sijil akademik yang BERKAITAN
  6. Surat Berhenti Sekolah
*semuanya hendaklah DISAHKAN.

Disebabkan aku terlampau takut, aku minta pegawai tu tengok sususan sijil-sijil aku dalam clear folder. Dia cuma kata, "ikut je susunan yang salinan ni, yang kokurikulum tu tak kisah sangat".

Masa tu juga dapat angka giliran. Aku calon nombor 4 untuk bilik H. Ada banyak jawatan lain lagi. 

Tepat 8.25 pagi, calon pertama untuk bilik temuduga H dipanggil.




akan bersambung... ... ... ... ...