Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Showing posts with label marriage. Show all posts
Showing posts with label marriage. Show all posts

Thursday, June 13, 2013

His Timeline

Salam semua.

Aku saja-saja godek-godek album dekat facebook suami aku. Banyak juga gambar dia upload, terutama gambar kerja dan gambar pemandangan. Gambar personal memang jarang dia upload dekat facebook. Boleh kira dengan jari tangan berapa banyak gambar aku dekat facebook dia. Hahahaha. Tapi kalau tengok dekat handphone dia memang banyak la sebab aku suka snap gambar guna handphone dia. Kikikikiiii.

Godek-godek album dia, terjumpa yang ni;


Ini sebenarnya dari instagram dia. Sebelum kahwin ni, tapi sedikit error di situ. Apa errornya? Biarlah rahsia. Benda kecik je pun. Yang penting dah kahwin pun sekarang ni. Alhamdulillah. Baby pun dah on the way.

Mungkin dia patut update;

2013 : being a father to a lovely baby.

Bila baby comey ni nak keluar? Aku pun tak tahu. Rahsia Allah, bila Allah kata keluar maka keluarlah permata hati kesayangan ni. Memang tak sabar sangat dah ni.

Ok lah. Itu je nak cerita. Nanti sambung lagi. Doakan aku dan si kecik comey dalam rahim ni sihat-sihat sentiasa dan doakan baby ni cepat-cepat keluar. Ramai dah dok tanya.

Wassalam.


Sunday, June 9, 2013

A Short Note

Suami aku bukan seorang yang romantik. Nak harapkan dia ingat tarikh-tarikh penting memang agak susah, ini fakta dari zaman kami berkenalan lagi. Dan suami aku juga bukan seorang yang romantik, delivery bunga pergi pejabat isteri, atau rancang candle light dinner, atau plan percutian tanpa pengetahuan isteri. Dia bukan sama sekali lelaki spesis itu. Dia adalah dia. Hatta, masa birthday aku pun dia tak reti nak suprise aku dengan hadiah. Asyik-asyik tanya aku nak hadiah apa. Haahahahaha.

Tapi semalam,dalam keadaan mamai-mamai baru bangun tidur tambah dengan perut lapar, suami aku buat aku menangis tanpa diduga. Sungguh aku terharu. Semuanya kerana satu nota ringkas yang ditulis di facebook. Btw, aku kini kat Puchong tunggu hari untuk bersalin dan suami pulak di Johor mancari rezeki.


Semuanya gara-gara ini. Serius, semalam je entah berapa puluh kali aku baca status dia ni. Setiap kali baca, setiap kali itu juga aku terharu. Dia bukan seorang yang romantik tapi kata-kata dia selalu buat aku rasa nak nangis. Gambar UPT tu kalau tak salah aku kitorang snap masa awal-awal pregnancy dulu. Hanya sekadar kenangan kami bersama. Tapi tak sangka dia upload dekat facebook. Dan paling aku tak sangka, rupanya dia masih simpan gambar ni. Aku ingatkan dia dah delete.

Apa-apa pun, hari ni si kecik comey ni dah 38minggu dalam rahim aku. Aku menanti hari tunggu dia bagi signal nak keluar. Doa-doa la semoga semuanya sihat dan selamat.



Wednesday, October 12, 2011

Selamat Pengantin Baru


Semalam masa online FB, tibatiba seorang sahabat lama tegur saya. Bertanyakan hal tentang pergi atau tidak ke majlis perkahwinan kawan kami pada penghujung bulan ini. Saya yang blur tak tahu apa-apa terus respon chat dia. Sebab macam nak tahu sangat Mimi yang mana dia maksudkan. Kalau betul Mimi kawan sekolah menengah saya memang tak jangka. Jahat kan? Bukan apa, sebab saya rasa Mimi pasti akan mesej saya kalau betul dia nak walimah hujung bulan ni. Tapi saya fikir mungkin Mimi tak ada simpan nombor baru saya. Jadi tak apalah. Saya cuma pesan pada dia, supaya minta Fiza sampaikan pada Mimi yang saya nak kad kahwin dia. HEHEHE.

Pagi tadi, on the way pergi kerja macam gatal-gatal tangan nak mesej Mimi tanya perkhabaran itu. Dan nyata Alhamdulillah berita itu benar. Dan menurut Mimi dia baru ingin maklumkan pada saya tapi Fiza lagi cepat update pada saya dan Una. HEHEHE.

Terus teringat kenangan zaman sekolah menengah. Zaman umur baru 15 tahun. Kami berlima rapat. Satu Kelas. Tapi dorm lain-lain. Saya, Una, Fiza, Mimi dan Ana. Sebelum PMR kami pulun buat study group, ada je port yang kurang perhatian daripada orang ramai akan kami manfaatkan untuk study group. Hatta dalam bilik rawatan pun kami belasah buat study group masa kelas persediaan malam hingga ditegur warden yang bertugas. Bila result PMR diumumkan, Mimi paling menyerlah antara kami walaupun dia budak lompat (PTS) dan dia paling kecil fizikal berbanding kami yang lain.

Bila naik tingkatan 4, kami berpecah kepada 2 kerana ada 2 kelas sains. Saya, Mimi dan Ana di 4Sains 1 manakala Una dan  Fiza di 4Sains2. Kami mula kurang rapat tapi aku tetap rapat dengan semua kerana aku, Una dan Fiza sama pengawas maka kami sering berjumpa. Masa tingkatan4, Mimi dan Ana banyak bantu saya terutama Matematik Tambahan. Sememangnya Mimi pelajar luar biasa bijaknya. Bila keputusan SPM diumumkan, Mimi pelajar terbaik sekolah saya. Saya kagum dan respect pada dia. Dan kami berlima membawa haluan masing-masing. Memang lama tidak berjumpa.

(sudah tamat lunch hour, nanti saya sambung semula)


update : 11 samples need to be ready by this Friday. 8 almost done but 1 need to re-do. STRESS. Mean, 4 samples need to do by tomorrow.

(Continue cerita pada jam 7.30 malam di rumah)

Setelah hampir 7 tahun tak berjumpa, at last aku jumpa semula Ana masa kenduri kahwin Zira bulan April lepas. Dan beberapa tahun sebelum tu, aku jumpa Mimi dekat RnR Sungai Buloh. Dan Fiza dan Una masih tak ada kesempatan nak berjumpa diorang. 

Bila dengar cerita Mimi nak kahwin, aku rasa seorang demi seorang kawan yang rapat dengan aku dah nak bergelar isteri orang. Maka dengan itu, aku akan mula keseorangan. HUHUHU. Dan aku berharap sangat dapat pergi kenduri kahwin si Mimi tu. Dan kalau boleh, aku nak minta kebenaran abang dengan mak aku untuk drive balik Ipoh walaupun aku 200% yakin yang mereka tak akan benarkan. HAHAHA. Makanya, aku perlu ambil bas seawal yang mungkin hari Sabtu tu supaya aku dapat sampai di Ipoh sebelum matahari tegak atas kepala. 

Apa-apa pun, bila umur makin meningkat selain daripada tanggungjawab sebagai seorang pekerja (andai bekerja) atau pelajar (yang masih gigih memanjat tangga universiti) dan yang pasti tanggungjawab sebagai anak dan paling besar dalam menunaikan hak kepada Yang Esa mesti ada terselit rasa dan keinginan untuk berumah tangga. Bukankah perkahwinan itu sesuatu yang disukai oleh Rasul kita? Dapat menambah bilangan umat Nabi S.A.W. InsyaAllah. 

Aku sendiri tak terlepas daripada perasaan itu. (pengakuan jujur dan ikhlas ni). Tapi aku hanya mampu merancang dan tak putus berdoa kerana disebalik setiap yang berlaku itu, ada perancang Yang Maha Agong. 

Ok la. Setakat ini dulu. Baru aku perasaan masa dekat office tadi taip "saya", dah balik rumah jadi "aku" lak. Hentam saja la labu....



Thursday, June 23, 2011

Janji Allah untuk mereka yang ingin berkahwin


Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.

Image from Google

Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…


1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.
.

2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)
Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai  gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.

Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.
Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?
.

3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah  dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.
.

4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21).


5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.


Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.

Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,
Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah.

Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.

Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).
Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan  guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).
.
6. Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.
.

7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.
.

8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)
Agar Allah  menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.


9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)
.

10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)
Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.
Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?



Copy and paste from HERE