Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Monday, July 22, 2013

Aku Rindu...


menjadi seperti ini lagi... ... ...

Gambar lebih kurang 12 jam sebelum pertama hati kesayangan, Hannan Izdihar dilahirkan. 
Usia kandungan 38minggu 4 hari


Terlalu banyak pengalaman mengandung yang aku rindukan. Tak terluah dengan kata-kata, cuma Allah yang tahu aku rindu mempunyai insan lain di dalam rahim.





Thursday, July 18, 2013

Lahirnya Permata Hati (Part 2)

sambungan daripada Lahirnya Permata Hati (Part 1). Dan jua bersempena permata hati genap sebulan hari ni  maka aku sambung kronologi kelahiran puteri kesayangan.

*******************

Pukul 5 lebih aku dibawa ke labour room yang sama aku kena seluk untuk cek bukaan pagi tadi. Nurse pasang ctg, cek bukaan 530pm, dh 5cm. Tapi aku masih tak rasa sakit contraction. Mungkin ini bahagian aku. Sempat layan cerita apa entah dekat TV3. 

Aku skip lagi sebab memang dah ingat-ingat lupa. 

Nak tunggu jalan buka menang lambat. Lama kelamaan aku mula rasa sakit tapi masih boleh ditanggung. Akhirnya, masa bukaan 6/7 cm Dr masukkan ubat untuk aku rasa sakit dan seterusnya untuk percepatkan bukaan. Lepas tu jangan tanya macam mana sakitnya. Kali pertama Dr offer ubat tahan sakit, aku jual mahal. Second time, terus aku setuju sebab memang tak tahan weeeeeiiiiiii. Sepanjang waktu nak tunggu bukaan sampai 10cm, dua kali nurse masukkan tube untuk keluarkan urine. Ini pun sakit gak. Rasa nak sepak je nurse tu. Lepas masuk ubat tahan sakit tu (melalui drip) aku jadi lalok. 

Sedar-sedar semua dah dalam posisi. Dr suruh push, nurse ada la dalam 3,4 orang jadi pompom girl. Suami nemang setia dengan aku sejak 4petang. Oh, aku ingat jam 930 malam proses push-push tu mula. 

TAPI!!!

Aku tak pandai push. Bila aku push nurse kata aku push kat muka. Bila aku tak rasa sakit, diorang dok suruh aku push. Tapi waktu tak rasa contraction memang tak boleh nak push. Aku dengan mamai laloknya, rasa dah give up. Aku dok merayu dekat Dr guna la method yang lain sebab aku memang dah tak larat sangat. Sampaikan aku rasa macam nak minta czer je dan sempat gak terfikir, takmau beranak dah lepas ni. Hahahahahaha.

Akhirnya, jam 1024 malam, baby selamat lahir dengan bantuan vacuum. Suami cerita, Dr gunting (epi) dan masukkan vacuum tu. Dia memang dah nampak kepala baby tapi masa tu aku memang tak sedar apa dan dah tak boleh nak push. Gila punya kuat ubat tu. Sian baby. Oh, sebelum Dr vacuum tu Dr macam marah aku (memberi motivasi sebenarnya) sebab jantung baby makin lemah. Aku ingat lagi kata Dr, "raja zubaidah, kalau saya guna vacuum pun, 80% tenaga tetap dari awak. Saya boleh tolong 20% je". 

Elok je baby keluar, Dr letak atas dada aku dan aku menangis, "baby maafkan mama. Mama tak pandai push". Masa tu memang nampak lonjong kepala anak aku. 


PERASAAN?
Tak dapat nak gambarkan. Nurse cepat-cepat bagi oxygen pada baby sebab dah biru :(


Lepas tu aku minta maaf dekat Dr lak sebab tak pandai push. Bila ingat balik macam kelakar lak minta maaf dekat Dr. Dr kata, "takpe saya dah jumpa macam-macam patient". Heheheeee. Maka bermula episod jahit-menjahit. Aku tengok ok rupa jarum dan benang tu, jarum tu rupa mata kail pun ada. Jahit sebab koyak dan jahit sebab kena gunting. Ngeri tapi sebab Dr dah bius, aku tak rasa sakit sangat. Aku siap boleh bersembang-srmbang dengan Dr. Cuma bila Dr jahit bahagian kulit tu baru rasa sakit tapi Dr gtau kenapa sakit. 

Habis jahit entah pukul berapa pun tak ingat sebab aku tertidur. Sedar-sedar dekat pukul 1am. Aku sorang-sorang dekat situ. Nak panggil nurse tapi tak jumpa loceng, aku pun sambung tidur. Tak lama lepas tu, nurse datang nak bawa pergi bilik. Tapi sebelum tu, diorang tukarkan baju dan pakaikan pad. Tapi aku takut nak turun katil ke wheelchair maka aku suruh nurse panggilkan suami. 

Sampai bilik, aku bantai tidur sampai ke pagi. Maka susu pertama yang masuk perut baby adalah susu formula. 


******************************

Itu sedikit sebanyak pengalaman aku. Nanti aku nak bagi anak aku baca. Stop dulu. Penat taip guna tab.

Bye!





Monday, July 8, 2013

Lahirnya Permata Hati (Part 1)

12 Jun 2013
Hari ni kandungan dah masuk 38minggu 3 hari. Suami akan pulang dari Johor petang nanti. Kakak dan abang ipar terbang ke Bangkok pagi ni bersama emir bambimbam tu. Pagi tu sebelum kakak ke KLIA, sempat aku dukung emir bambimbam macam biasa. Umur baru 5 bulan tapi badan sedap. Paha drumstick, pipi pau gebu, kulit macam anak korea gwiyomi. Abang ipar ada kata, "entah-entah nanti emir balik dah ada baby baru kat rumah". Aku senyum je.

Buat kerja rumah macam biasa. Suami sampai dalam pukul 7petang. Malam tu layan runningman tapi sekejap je sebab esok ada plan lain awal-awal pagi. Jadi siap-siap basuh baju anakbuah dari rumah pengasuh.

13 Jun 2013
Bangun pagi kejut si kakak dan abang ngah rafiq untuk ke sekolah. Siapkan bekal air diorang, suami hantar diorang pergi sekolah. Aku sidai baju kemudian siap-siap untuk keluar. Plan pagi tu nak pergi sarapan dekat Cyberjaya dan terus ke Putrajaya. Untuk apa? Suami konon-konon nak maternity shoot untuk aku (ni akibat dia tengok Irine buat maternity shoot). Hahahahahahaaaa. Dah 38minggu 4hari baru nak bershoot bagai. Jalan pun dah terkedek-kedek. Jalan sikit dah mengah. Tapi enjoy juga la walaupun tak ada tripod. Puas aku ngajak suami bergambar sama, ada je alasan dia. Dekat mana kami shoot? Dekat tasik dekat dengan PICC. Tak lama pun dekat situ sebab matahari dah mula bersinar. So, nak tukar port nak pergi Masjid Besi kemudian ke Masjid Putrajaya. Siap plan nak naik cruise. :P


So pergi la Masjid Besi. Alang-alang dah sampai masjid, aku nak pergi toilet. Kena naik tangga pulak. Lagi sekali termengah. Dah naik baru tahu escalator yang pak guard tunjuk ke arah toilet lelaki rupanya boleh guna untuk ke toilet perempuan gak.

Di sinilah segalanya bermula : KELUAR TANDA. Banyak kali lap tetap ada lendir bercampur darah tapi sedikit. Aku dah mula cuak. Sebab beberapa hari sebelum tu kawan aku bersalin, keluar tanda macam tu juga. Cadang nak call SIL yang kerja dekat Putrajaya tapi takpe la. Aku snap gambar nak tunjuk dekat suami. Keluar toilet dengan rasa cuak dan takut. Jumpa suami dia tanya, "ok tak?"  Sebab aku lama gila dekat toilet. Aku pun pungpangpungpang cerita. Tapi aku kata, "tak ada apa kot. Jom tangkap gambar." Hahahahahaaaa. Ingat suami nak dengar cakap aku? Harap maklum la. Terus balik rumah, pack barang apa semua. Sementara tu suami call KPMC tanya macam mana. Rumah memang tak sempat nak kemas betul-betul, berdesup pergi KPMC. Sampai sana, nurse cek yang rutin tu terus dibawa ke labour room! Mak aaaaaiiiiiii. Bertambah nervous.

Aku skip cerita sebab dah ingat-ingat lupa.

Datang sorang nurse ni. Nak cek bukaan. Oh maiiiiiii. Takut. Dah buka 2cm ok? Buat CTG contraction still moderate dia kata. Dia suruh tunggu dekat wad, so kitorang amik family suite package. Duduk la aku dekat wad, sembang gelak ketawa dengan suami. Masa ni baru sms family. Dr Haslinda datang, tanya itu ini. Katanya 4pm nanti akan cek lagi. Kalau bukaan still 2cm, boleh balik. Kalau dah banyak cm, paham-paham je la. Nurse pesan suruh kira contraction. Macam mana? Aku pun google macam mana nak kira, siap download apps dekat tab husband tapi still tak tau macam mana rasa contraction tu. Hahahahaaaa. Pukul berapa entah nurse datang lagi buat CTG. Dia pegang perut aku, "rasa kan contraction?" Aku? Tak rasa apa-apa. Hahahaha. Dia kata, "tak payah balik la. Confirm bersalin malam ni." Bersungguh dan penuh keyakinan dia cakap. Aku dengan suami pun senyum-senyum je.

Pukul4 lebih, Dr Haslinda datang lagi. Siap bawa mesin ultrasound lagi. Dia tengok result CTG, masih lagi tak kuat dan scan baby. Baby seronok dalam rahim. Dr siap set next appointment which is 22 June, sehari sebelum EDD aku. Sebelum Dr bagi discharge, dia pun nak cek bukaan. Sekaliiiiiii....dah 4cm. Terus dia kata, "eh, saya bawa awak masuk labour room la. Nanti saya pecahkan air ketuban. saya ingatkan masih lagi 2cm, awak relax je tak sakit". Lagi sekali aku nak gelak sebab memang tak rasa sakit. Dan aku mula cuak. Memang betul nurse tu kata, malam ni aku bersalin. Kebetulan, sampai waktu minum petang. Dr suruh aku makan dulu untuk tambah tenaga, mandi untuk segarkan badan. Aku pun habiskan satu mug milo dengan separuh kuih donut. Dah dah dig dug masa ni. Sebelum keluar Dr kata lagi, "dia ni jenis tahan sakit ni."



to be continued ... ... ...



Sunday, June 9, 2013

A Short Note

Suami aku bukan seorang yang romantik. Nak harapkan dia ingat tarikh-tarikh penting memang agak susah, ini fakta dari zaman kami berkenalan lagi. Dan suami aku juga bukan seorang yang romantik, delivery bunga pergi pejabat isteri, atau rancang candle light dinner, atau plan percutian tanpa pengetahuan isteri. Dia bukan sama sekali lelaki spesis itu. Dia adalah dia. Hatta, masa birthday aku pun dia tak reti nak suprise aku dengan hadiah. Asyik-asyik tanya aku nak hadiah apa. Haahahahaha.

Tapi semalam,dalam keadaan mamai-mamai baru bangun tidur tambah dengan perut lapar, suami aku buat aku menangis tanpa diduga. Sungguh aku terharu. Semuanya kerana satu nota ringkas yang ditulis di facebook. Btw, aku kini kat Puchong tunggu hari untuk bersalin dan suami pulak di Johor mancari rezeki.


Semuanya gara-gara ini. Serius, semalam je entah berapa puluh kali aku baca status dia ni. Setiap kali baca, setiap kali itu juga aku terharu. Dia bukan seorang yang romantik tapi kata-kata dia selalu buat aku rasa nak nangis. Gambar UPT tu kalau tak salah aku kitorang snap masa awal-awal pregnancy dulu. Hanya sekadar kenangan kami bersama. Tapi tak sangka dia upload dekat facebook. Dan paling aku tak sangka, rupanya dia masih simpan gambar ni. Aku ingatkan dia dah delete.

Apa-apa pun, hari ni si kecik comey ni dah 38minggu dalam rahim aku. Aku menanti hari tunggu dia bagi signal nak keluar. Doa-doa la semoga semuanya sihat dan selamat.



Tuesday, June 4, 2013

Dia Sudah Matang

Salam semua.

Entah berapa lama menyepi. Tak ingat bila kali terakhir menulis dan malas nak tengok balik dekat blog. Biar lah bila pun, yang penting aku masih di sini. Dan si kecik comey ni masih lagi di dalam rahim ni. Ikut perkiraan Dr, si kecik comey ni dah berusia 37minggu  2 hari. Semalam cek up untuk kesekian kalinya. Tapi cek up kali ni suami tiada di sisi. Yang ada hanya kakak iparku. Everything is ok. Baby membesar dengan jayanya. Berat si kecik comey menghampiri 3.0kg. Harap-harap tidak terlalu besar dan mudah untuk dilahirkan. 

Dr periksa semuanya ok. Air ketuban ok, heartbeat baby ok. Rupa paras baby insyaAllah ok. Sebab aku tak pernah buat scan 3D 4D tu. Anak kecik ni sangat pemalu nak tunjuk muka dia. Tunjuk pun sipi-sipi je, lepas tu cepat-cepat sorok muka. Sama dengan gender dia. Tunjuk sekejap kemudian cepat-cepat tutup. Semalam pun masa Dr nak ukur ukur lilit perut, panjang tulang paha pun bukan main aktif dia bermain. Dr pun kata si kecik comey ni sangat aktif. 

Oh, semalam Dr tunjuk jantina baby. Tapi biasalah aku ni, asal tengok monitor mesin ultrasound tu yang aku nampak cuma black and white je. Tak nampak jelas. Masalah mata ke hape entah pun aku tak tahu. InsyaAllah betul la tilikan Dr pada mesin ultrasound tu. AMIN. Dr tunjuk juga mulut baby, telinga apa semua tapi semua aku tak nampak sangat! Hahahaahha. Entah hape-hape je aku ni. Memang tak boleh harap. Next appointment hari sabtu minggu depan. Aku request hari Sabtu sebab aku nak pergi dengan suami aku. Lagi-lagi bila keadaan nak jalan pun dah terkedek-kedek ni memang masa yang sesuai untuk mengharap suami tolong pimpin. 

Semalam Dr kata baby dah matang. Anytime boleh keluar. Alahai.... sangat tak sabar. Rasa maca baru je aku buat UPT 3x dan semuanya positif kemudian dengan alahan terbaring 2 minggu berturut sampai aku decide untuk cuti belajar setahun. Menangis ok tak nak balik kampus :P Belum masuk lagi selama 8 bulan suami aku tahan keinginan nak tengok wayang sebab aku sangat tidak bernafsu nak jejak panggung wayang dan juga hampir 4 bulan pertama hujung minggu kami hanya di dalam rumah. Tidak ke mana-mana sebab aku sangat tidak boleh nak duduk lama-lama dalam kereta.

Dr pesan, "kalau rasa sakit, pantau sakit tu. Kalau sakit setiap 5 minit baru datang hospital. TAPI kalau keluar aku terus datang hospital sekali pun tak sakit."

Sekarang ni menggigihkan diri untuk bergerak sebanyak mungkin, mudah-mudahan dapat membantu untuk mudah bersalin. AMIN. Dan setiap hari tak jemu berdoa dan memujuk si kecik comey ni supaya keluar bila ayahnya ada di sisi. 

Sang suami lagi jangan cerita susah hati sentiasa. Asal mengadu sakit situ, lenguh sini mula dia tanya, "contraction ke sayang?" 
"ada keluar air tak?"

Balik dari hospital semalam rasa sakit dekat bahagian bawah perut tu. Serius rasa berat sampai nak berjalan kena bongkok dan ampu sikit. Nak tidur, beralih badan pun susah. Dan akibatnya, semalam tak boleh tidur. Hampir jam 3pagi baru aku tidur. Itu pun di ruang tamu. Rasa tak bernafas dalam bilik, tambah dengan nyamuk yang berpesta. Geram je rasanya.

Ok la. Itu je cerita si kecik yang dah matang. Mohon doa agar si kecik keluar minggu ni. Sangat tak sabar. Dan mohon doa juga semoga semua urusan bersalin dipermudahkan. Harap dimaafkan segala silap aku selama menulis di dalam ni.


Salam :)


Friday, May 17, 2013

Omongan Kosong

Salam semua.

Dah lama tak menulis. Sangat-sangat tak ada mood nak tulis apa-apa. Dari semalam log in blogger, konon-konon nak tulis tapi mood entah ke mana. Tambahan pulak sekarang kondisi badan memang sangat kurang stabil. Semalam macam nak demam, terjaga pukul1 pagi sakit kepala teramat sangat. Habis dah tertonggeng apa semua, at last sapu minyak angin terus keluar segala isi perut yang tak seberapa. Pedih rasa tekak. Bangun pagi badan rasa tak sihat, seram sejuk. Pergi la klinik. Dan makan paracetamol untuk kali pertamanya sepanjang pregnant. Sebab memang tak tahan sangat. Selera makan pun entah lari ke mana lately ni. Tengok nasi berlauk jadi loya tekak. Nak yang simple-simple je. Kuih pun jadi la.

Oh, sekarang sik kecik comel dalam rahim ni dah mencecah usia 34 minggu. Minggu depan dah 35 minggu. Alahai... cepatnya masa berlalu. Sekarang ni makin kerap rasa dia main-main. Tengah malam jangan cerita la aktiviti dia. Stay up kot. Hehehehe. Ada satu hari tu, dari subuh sampai nak ke subuh esoknya, dia aktif je. Senyap pun kejap-kejap je. Dia rimas agaknya sebab masa hari tu cuaca memang panas teramat sangat. 

Aku pulak sekarang ni makin rasa cepat mengah. Walaupun aku hanya duduk rumah, tapi entah lah. Duduk lama sikit mula la rasa tak selesa. Kena bangun berjalan. Tengah sidai kain, tiba-tiba rasa perut sakit sangat. Duduk mencangkung jap. Rasa dah kurang sakit, bangun balik continue sidai kain. Tengah basuh beras pun kadang-kadang macam tu. Oh, sekarang ni perut makin maju ke depan. Kalau nak drive, kena betulkan stereng tu dulu baru boleh drive. Kalau tak, berlaga la perut dengan stereng. Huhuhuhu. Duduk dekat meja pun macam tu. Selalunya aku akan duduk senget sikit supaya perut tidak perlu bertemu meja. Hihihihi.

Disebabkan cuaca sekarang ni teramat panas, kecuali hari ni mendung je dari subuh tadi. Maka aku amat rajin mandi. Tengah malam sebelum tidur pun mandi dulu. Sebab rasa rimas sangat walaupun dah pasang kipas meja tu speed max dan mengadap aku, aku tetap rasa tak puas. Mungkin sebab hormon dan kebetulan cuaca pun sama. Harap-harap nanti baby dah keluar, cuaca biasa-biasa je la. Jangan la panas sangat.  Sian baby saya.

Dan terkini, paling aku tak suka dekat tengkuk aku dah mula jadi macam berkerak. Kehitaman ok? STRESS. Sedih pun ye. Semuanya bermula bila aku bangun tidur, aku berpeluh-peluh habis lenjun baju semua. Tengkuk ni jangan cerita la, maklum la orang debab. Tengkuk banyak layer. Hahahaha. Satu hari tu dia jadi macam berkudis, bila aku gosok-gosok tonyoh-tonyoh hilang la. Tapi lama-lama jadi macam horror pulak. Semalam aku try apply scrub dekat situ. Hentam saja. Yang penting mahu tanggal tapi tak tanggal gak. Esok lusa pulak aku try lagi. Nanti dalam pantang, nak try bedak yang makcik suami bagi. Nak try sekarang tapi takut pulak. Sebab dia kata itu untuk dalam pantang. Hahahaha. Aku ni kan menurut perintah, maka bertahan je dulu.

Ok. Itu je cerita hari ni. Nanti rajin aku update lagi. Nak pergi cari makanan.




Tuesday, April 30, 2013

8 Bulan & 8 Minggu

Salam semua. Lama rasanya tak menulis dalam ni. Internet dekat rumah ni tak berapa betul kebelakangan ni. Kerja-kerja di kedai kecik saya pun banyak yang tergendela. Harapkan online dekat handphone cokia tu je la. Itu pun laju kalau layan facebook. Kalau nak cek email atau google menggoogle kena tunggu midnite baru laju macam kilat. 

Internet (wifi) ni pun tengok mood juga. Ada masa laju bukan main. Ada masa nak connect pun tak boleh. Adeiiiii.

Okay la. Cerita ni sepatutnya hari Ahad lepas. Syukur, Alhamdulillah sekarang kandungan dah menginjak 32minggu = 8 bulan dan ikut perkiraan doktor, insyaAllah ada 8 minggu lagi sebelum si kecik comel ni bakal menjengah dunia ni. Mohon dipermudahkan segala urusan. Sangat tidak sabar nak jumpa permata hati ni. Semakin hari semakin aktif. Dan aku pulak makin hari makin susah hati. Berat tak naik-naik since last cek up. Naik pun 1kg je. Tertanya-tanya gak aku, baby ni naik ke tak berat dia. Last cek up (3minggu lepas) berat baby 1.3kg dan bermakna lagi 4kg yang bertambah selama mengandung ni adalah pada badan aku. 

Berbaki 8 minggu atau mungkin kurang atau mungkin lebih. Perasaan aku? Tak sabar, takut, berdebar semuanya bercampur baur. Setiap hari dok pesan dekat si kecik supaya keluar masa ayahnya di sisi. Keluar tanda pun biarlah masa ada orang di rumah. InsyaAllah tempat bersalin bukan di selatan semenanjung ni. Dan insyaAllah, hujung minggu ni akan pulang ke Ipoh kemudian berkampung di Puchong. Itulah desitnasi bersalin dan berpantang setelah sepakat bersama suami dan keluarga. Untuk kebaikan dan kemudahan bersama. InsyaAllah.

Oh, jantian baby masih lagi rahsia. Rahsia antara si kecik dan kami (mama+ayah). Rahsia yang Allah pegang hingga tiba masanya. Hinggakan si ayah kata, "kalau nanti sayang cek up kat puchong and Dr dapat tengok jantina baby. sayang jangan bagitau abang ye. biar abang tahu masa saya bersalin nanti." Oh~ gigih sungguh suami aku nak tahan perasaan ingin tahu dia. Aku memang jenis tak sabar dan tak menyempat. Hhahaha. Setiap kali baby aktif main atau apa saja aktiviti dia dalam rahim ni, rasa macam nak teropong je apa dia buat. Rasa macam nak beli ultrasound mesin tu letak dekat rumah :P

Persiapan dari segi material hampir complete untuk si kecik. Ada la beberapa barang yang kami KIV dulu. Tak berapa penting semasa baby masih kecik. Dan barang mamanya insyaAllah bulan May ni akan mula beli. Terpaksa pejamkan mata tengok blouse / dress cantik-cantik. Nak beli baju raya awal-awal, nanti bulan puasa tak boleh keluar rumah a.k.a berpantang. 

Ok la. Nak sambung buat photobook untuk album tunang. Anak dah nak keluar, album tunang pun tak ada lagi. Beli voucher dari pixajoy RM10 je. Hihiihih... Suka. suka. Nanti bak beli lagi. Boleh buat album baby pulak.


Wassalam :)




Wednesday, April 10, 2013

13th - 28th weeks.

Salam semua. Hari ni update lagi gara-gara bosan menunggu suami. Suami ada meeting luar lagi pagi ni dan malam nanti maka aku diangkut sekali kerana esok kami akan pulang ke Ipoh. Yeayyyyyyyyy. Perasaan kini adalah sangat bahagia bila memikirkan boleh makan macam-macam idaman tekak bila balik Ipoh nanti. Selain dari tu, boleh jumpa newborn babies. Seorang dah 2 bulan lebih, sorang sebulan lebih. And my baby is approaching 28weeks in few days. Yeayyyyyyy again. Double triple happy.

Perkembangan terkini selain badan berkembang dengan jayanya, berat telah bertambah sebanyak 5kg sepanjang pregnancy dan baby juga semakin aktif. Kadang-kadang perut geli dan ngilu kerana baby aktif bersenamrobik akrobatik. Perasaan? Adalah sangat enjoy. Dan aku banyak rakam  bila baby aktif, memang sangat jelas. Oh, tak sabar......

Ada beberapa perkara yang berubah since 2nd trimester. Selain nafsu makan yang bertambah masa awal-awal 2nd trimester dan kemudiannya merundum termasuk alah kembali pada air kosong. Semakin suka makanan yang simple contoh : roti telur, satay, nasi impit. Tak lalu dah nak makan nasi berlauk meriah rasa loya. Uhuuhuuuu... Dan kembali alah kepada bauan masakan. Jiran menumis, aku dah siap dengan balm.


***************

Sambungan. Siaran tergendala sebab mood ke laut.

Sekarang dah masuk minggu ke 29. InsyaAllah dalam tempoh 11 minggu (paling maksima) akan bertemu dengan bayi yang aku kandungkan ini. InsyaAllah, mohon doakan akan segala urusan dipermudahkan.

Terlalu banyak yang berlaku dalam tempoh 13 - 28 minggu yang lalu. Ada yang masih segar dalam ingat dan ada juga sudah ingat-ingat lupa.

Tapi paling tak boleh lupa bila aku kena masuk air sebanyak 3 botol masa minggu ke-26. Rasanya aku tak cerita pun dalam blog ni sebab memang dah lama sesangat tak on laptop ni. Selalu online FB dekat tab je. Nak update dekat tab adalah sangat tidak seronok. Masa masuk air 3 botol tu, Dr suspect aku kencing kotor dan sememangnya hemoglobin adalah di bawah borderline iaitu 10.0 sahaja. Mana aku tak asyik nak pitam, sesak nafas etc. Terus berazam dalam hati untuk naikkan hb sebab risau keselamatan baby. Dan Alhamdulillah, cek up Isnin lepas hb mencanak naik ke 12.2. Syukur sesangat. Suami pun dah boleh senyum senang hati. Tapi dia tetap akan panik kalau aku ngadu "abang, rasa tak sedap hati. jantung laju" atau "abang, rasa lenguh-lenguh badan la". Memang benda-benda tu berlaku secara TIBA-TIBA. Kalau tengok leka tengok TV, tiba-tiba je rasa tu datang. Bila datang rasa macam tu, maka aku akan senyap je, duduk diam-diam.

Rahsia aku naikkan hb? Aku pun tak tahu apa rahsianya. Yang pastinya aku tak ikut pun cakap nurse tu suruh makan hati ayam la, peria katak la, sayur bayam la (sebab I'm meat lover). Apa yang aku makan : 2biji iron tablet + 1tablet obimin + kurma + air safron + jambu batu. Tapi ada juga aku skip makan ubat tu. Jambu batu, kurma, air safron tu pun bukan hari-hari aku telan. Lately ni je aku telan hari-hari sebab nak maintankan hb tu. Aku ada baca yang kurma pun kaya dengan zat besi ye? Jadi kalau rasa tak boleh nak telan iron tablet tu (macam aku dulu) boleh la try makan kurma. Lagi yummmmy yummmmyyy. Oh, kenapa aku makan iron tablet 2 biji? Sebab masa hb aku dekat borderline which is 11.1, Dr dah memang suruh aku makan 2 biji sehari tapi aku ngelat sebab aku tak boleh telan tapi sekarang dah boleh telan dengan jayanya. Syukur. Oh, selain tu aku memang ikut cakap nurse suruh elakkan minuman bercaffeine. Aku tak minum kopi, nescafe atau teh. Tapi ada la 2,3 kali curi-curi minum teh 2,3 teguk. Tapi sampai sekarang fobia nak minum Teh 'O' sebab takut perut kembung. Huhuhuhu.

Oh, masuk 2nd trimester ni juga perut mula menunjukkan bahagian terutama selepas 24minggu. Makin ketara ke hadapan. Kalau pakai t-shirt yang ala-ala muat-muat dulu memang akan ketara perut nampak. Kalau pakai jubah, masih boleh sembunyi lagi.

Ok la. Stop here. Panas.






Friday, March 8, 2013

Checklist. Checklist. Checklist.

Salam semua. Lamanya tak update. Malas sangat rasanya. Hari ni update juga la. Entah berapa ratus hari lagi nak jumpa si kecik dalam rahim ni. Ke kurang seratus hari? Aku pun tak pasti. Tak kira pun yang pasti ada lebih kurang 16minggu sebelum EDD ikut yang kira dari last period tu. Suspen. Suspen. Suspen. Bila dah makin sikit hari yang tinggal baru menggelabah tak ingat. Sebelum ni dok survey, survey, survey. Belinya ada la 2,3 ketul. Sekarang ni telah mula misi beli membeli. Belek belek, pilih pilih, beratur dekat kaunter, tercengang tengok harga barang. Muahahaha. Takpe takpe. Demimu anak, kurela apa sahaja. 

Bila asyik rasa si kecik bukan main aktif lagi, baru sedar diri "alamak! baby dah makin besar". Bila tersedar macam tu, baru tersedar lagi "alamak! barang hampeh tak complete lagi". Maka bermengah-mengah la ukur jusco cari barang baby. Belum kira lagi baca berpuluh-puluh blog semata-mata nak fikir berpantang nanti nak guna set apa. So far untuk baby memang dah ada checklist. Untuk mak baby belum ada. Ada la beli barang untuk mak baby ni tapi semuanya sebab perlu pakai sekarang bukan masa berpantang nanti. 

Nasib sekarang dunia di hujung jari. Google apa yang diingini, terus jumpa. Baca punya baca, macam tak best, google lagi sampai puas hati. Oh, setakar ni keperluan bersama (mak + baby) dah selamat beli. Apa dia? BREASTPUMP. Muahahaha. Kakak aku tanya "kenapa beli awal sangat?" Awal ke? Aku beli ikut apa aku nak beli. Nak tahu aku beli breastpump apa? Aku beli yang murah-murah je sebab bajet pun nipis je. Tunggu la aku kerja nanti, boleh la aku pakai yang letrik punya. Buat sementara kita buat senaman tangan. Sekali kakak aku tahu aku dah beli breastpump, dia nak pulak yang aku punya. Maka terpaksa aku mengorder lain. Aku beli Medela Harmony Sealed. Harga termurah di pasaran. Aku memang nak promote ni sebab puas hati berurus niaga dengan Kina ni. Siapa-siapa nak beli, boleh beli dekat Kina. LINK. Oh, aku berazam nak fully breastfeed anak aku sampai umur dia 2 tahun. CHAIIIYOOOOKKKKKK. NO SUSU MOO MOO / SUSU MBEK / SUSU SOYA. InsyaAllah, itu plan aku, suami pun bagi restu dan sokongan dalam bentuk wang ringgit. Muhahaahahah.

NOTE : Aku promote ni aku tak dapat apa-apa pun dari Kina ye. Aku promote sebab aku senang berurusan dengan dia. Aku nak korang pun dapat penjual yang senang berurusan. 

Ok. Sekarang ni dah jumpa checklist complete untuk mak budak dan checklist untuk barang-barang ke hospital. First timer weiii... Aku zero knowledge. Walaupun anak buah dah 6 orang, tapi aku tetap nak berusaha sendiri sebelum aku menempek tanya dekat ibu / kakak / kakak-kakak ipar aku. Tapi aku tetap ikut juga nasihat ibu, kakak, dan kakak-kakak ipar aku. So aku edit checklist yang aku dapat hasil dari menggoogle itu ikut keperluan dan bajet aku. 

Itu je nak cerita. Nanti pulak cerita pasal si kecik yang suka main ni. Geli perut tau. Tapi syokkkkk. Nampak perut senget-senget. Alahaiiii... Tak sabar nak tau gender baby. YUP!! Aku memang nak scan untuk tahu baby ni boboy ke gegirl. Sebab aku sangat bernafsu tengok baju baby yang warna-warni tapi tak boleh nak beli lagi. GERAMMMMM.

Hujung bulan expo dekat Danga City Mall, maka akan pergi scan sebelum pergi perabih duit. JOMMMMM.


Bye.



Sunday, February 24, 2013

sama-sama merasainya.

Salam semua.

Tiba tiba teringat kisah 2,3 malam yang lepas. Aku tak ingat hari apa. Sekarang ni memang mengalami short term memory. Mudah sangat jadi lupa.

Alkisahnya, malam tu sebelum tidur aku dengan rutin aku. Dah baca doa apa semua, aku akan bagi salam pada baby dan wish good nite. Dan disebabkan malam tu aku mengantuk teramat, aku memang dah set nak tido je bila baring. Tak terfikir nak layan baby main main. Sebab aku mengantuk. Tapi entah macam mana, baby aktif pulak malam tu. Bukan aktif sikit macam malam sebelumnya, aktif lain macam. Aku rasa kuat sangat pergerakan dia. Aku pun pujuk la dia suruh tido, usap usap perut sambil pujuk suruh tidur. Tiba tiba aku rasa gelombang sangat kuat. Memang rasa kuat sangat dekat dalam. Tapi aku tak sure boleh rasa dari luar ke tak. Aku pun duk pujuk dia lagi. Lagi sekali terasa pergerakan dia yang kuat. Sebelum ni rasa macam comey je pergerakan tu. Terus aku suruh suami letak tangan kat perut, macam selalu bila aku excited. Heheheheee.

Aku kata,"jap tau bang. Tunggu dia gerak". Suami pun layan je aku. Tiba tiba aku terasa pergerakan yang kuat sama macam sebelum ni dan serntak tu suami pun kata, "haaaa... Abang rasa". Ohhhhh... Sangat bahagia bila suami turut rasa apa aku rasa. Aku suruh suami letak tangan kat bahagian perut yang lain, tak lama lepas tu dia rasa lagi pergerakan baby. Ohhhhh.... Indah sangat rasanya. Tak boleh nak ungkap dengan kata kata.

Sekarang ni baby memang suka sangat memerap kat sebelah kiri, bahagian bawah. Kadang kadang aku boleh rasa sebelah kiri aku lebih berbonjol berbanding sebelah kanan. Kalau dia dok memerap dekat bawah sangat, memang aku tak boleh nak duduk dengan selesa. Kalau berjalan pun, aku dok pegang bawah perut macam risau kalau perut jatuh. Hahahahaaa. Sebenarnya sebab aku rasa tak selesa. Selalunya aku akan pujuk dia supaya naik atas sikit atau ke tengah sikit. 

Apa apa pun, ni semua pengalaman yang tak mungkin sama dengan orang lain. Pengalaman tak mungkin aku akan dapat kalau tidak diizinkan. Bahagia sangat dengan adanya si kecil dalam rahim. Dulu bercakapa sorangsorang macam apa je, sekarang ni orang mungkin nampak aku cakap sorangsorang tapi sebenarnya aku tengah berbual dengan si kecil. 

Mohon doakan aku dan si kecil sihat hendaknya. Terus menanti :)







Friday, February 22, 2013

Cerita Terkini

Salam semua.

Sebenarnya aku tak ada mood nak update blog. Yang aku fikir sekarang cuma satu, AKU NAK MASAK. Bukan nak kata diri ni hebat sangat memasak tapi sebab kalau aku tak masak siapa pulak nak masak untuk aku dan suami?

Tambah pulak aku tiba-tiba rasa tak sihat sejak semalam. Tekak sakit akibat daripada memaksa diri keluarkan air liur dan kahak yang berkumpul dalam tekak sampai nangis-nangis aku dibuatnya. Kalau aku tak mengandung, memang aku gagahkan diri buat tak tahu apa je kondisi diri. Tapi sebab fikir ada lagi satu nyawa bersama aku, aku cuba gak paksa diri untuk sihat.

Bangun pagi tadi, tekak rasa perit. Whatsapp sang suami kata teringin nak makan bihun sup. Boleh je nak masak sebab bahan-bahan ada (ada yang tak ada tu, boleh minta suami gi beli sekejap) tapi memandangkan dekat sini dari semalam tak ada air. Dah nak dekat 24jam tak ada air. Memang aku stress. Segala benda susah nak buat. Kain baju sebakul tak basuh. Nasib pinggan mangkuk aku gagahkan juga basuh semalam, kalau ikut suami, dia nak tinggalkan je. Tak sanggup aku tengok sinki penuh benda. 

Dah nak lupakan cerita pasal air dan masak memasak tu. Kalau sampai ke waktu zohor tak ada air, aku suruh suami makan luar je la. Aku makan je apa yang ada dekat rumah ni. Buat masa sekarang ni tekak dah tak boleh terima masakan dekat kedai. Rasa loya je bila bayangkan makanan kedai. Jadi aku memang tiap-tiap hari gagahkan diri memasak walaupun tak sedap, walaupun sekadar telur masak kicap. Nasib dapat suami tak kisah bab makan. Isteri masak apa pun habis nasi satu periuk. Memang syukur sangat.

Kisah lain pulak. Semalam berjaya "jumpa" si kecil dalam rahim ni. Memang best la pergi klinik tak ada orang. Tunggu sekejap, terus sampai turn. 

**air dah ada. aku saja buka pili dalam bilik air tu. dah dengar bunyi air. boleh pesan dekat suami belikan sup bunjut jap**

Sambung cerita "jumpa" si kecik tu. Masuk bilik Dr memang terus cakap kata nak scan. Dr pun mulakan tugas dia. Tunjuk la kepala baby, kaki, badan, tulang belakang pun nampak tau!. Tapi tangan dia aku tak jelas sangat masa Dr tunjuk. Suami tanya bila boleh tahu gender baby, Dr kata 24 ke 26 minggu ke atas baru nampak jelas. Aku pun redha walaupun dari apa yang aku baca, 20minggu kalau perhati betul-betul dah boleh tahu gender baby. Tapi semalam macam tak best sangat sebab macam kabur je screen mesin tu. Mesin baru tapi suami kata mesin lama lagi jelas dia punya gambar. Apa-apa pun yang pasti PUAS HATI.

Dr kata baby duduk melintang. Kepala dekat belah kanan, montot dia dekat belah kiri. Patut la aku selalu sakit sebelah kiri. Mesti dia dok main tendang2.

Ok la. Hilang mood nak tulis. Nak pergi masak sementara air mengalir laju. Daaaaaa



Thursday, February 14, 2013

Si Dia yang Aktif

Salam semua.

Hujan lebat sekarang ni. Kebelakangan ni asyik hujan je, badan pun lemau je jadi malas.

Sebenarnya nak cerita pasal si kecil dalam rahim. Ikutkan nak peram dulu cerita ni tapi macam dah excited tak boleh tahan. Over kan? 

Alkisahnya bermula 2,3minggu lepas. Tak ingat tarikh yang sebenar tapi memang dah lepas 16minggu usia kandungan. Aku selalu rasa macam ada bubble bubble meletup dalam perut. Seriously aku tak tahu apa benda tu. Kadang kadang rasa macam perut kena tolak dar dalam. Boleh bayangkan? Aku nak explain pun tak reti. Jadi aku pun google, dan terjumpa bagaimana rasa pergerakan bayi dalam rahim. Dan aku percaya baby sedang aktif dalam rahim. Yeaaayyyuy.... Kadang kadang terkejut ok sebab tengah kau syok relax berbaring tengok tv or layan internet dekat tab tiba tiba rasa gelombang dalam perut. Hahahahaaaas. Lama lama rasa bahagia pulak. Memang bahagia. Ni tengah menaip pun baby aktif bergerak.

Sebelum ni aku selalu suruh suami letak tangan kat perut aku sebab aku nak gak dia rasa apa yang aku rasa. Tapi mungkin sebab baby kecik lagi jadi boleh rasa dari dalam je. pergerakan baby tu tak boleh nak tembus kulit mama dia yang banyak lemak ni. Huh! Tapi entah macam mana masa cuti raya cina tu aku rasa baby aktif sangat. Sebab sehari sebelum tu aku berjalan sakan tawaf jusco dan tesco. Jadinya aku pun baring sambil perhatikan perut aku sebab baby aktif bergerak. Tibatiba! Aku nampak perut aku bergelombang. Macam berombak. Excited ok? Terus panggil suami, suruh dia perhatikan perut aku. Aku kata, "abang tengok tau, nanti boleh nampak perut bergerak". Dia pun dok perhati dan tibatiba dia kata "haaaaa...nampak!" memang masa tu boleh nampak perut macam berombak. Oh, bahagia sangat. Cadangnya esok tu nak pergi scan tapi boleh pulak aku keluar pakai maxi dress. Apa macam nak scan kalau pakai maxi dress? Takkan nak selak dari bawah kaki sampai ke dada? Gilo apo?

Sekarang ni setiap kali suami balik lunch hour atau lepas kerja, aku akan report pergerakan baby. Baby paling aktif waktu malam, waktu aku nak tidur. Alahai anak mama. Jadi aku akan pujuk dia untuk tidur, say good nite and bagi salam sambil usap usap perut. Kadang kadang suami yang akan pujuk dia. Kalau aku tak ngantuk sangat, aku layan je baby bergerak sampai aku tertidur sendiri. Heheheh

tadi sebelum aku taip entry ni memang aku boleh nampak perut berombak ombak. Walaupun tak kuat sangat tapi mata kasar aku still boleh nampak. Hari ni dia aktif dari pagi, semalam senyap je sampai aku naik risau. Aku usap usap, tepuk tepuk perut pun dia buat tak tau je. Bila sku nak tidur baru aku rasa dia bergerak. Sekali pagi ni dari subuh sampai ke sekarang aktif ke main lagi.

Love you, baby! Doakan aku ye semua. Sangat tak sabar nak tahu jantina baby. Last week dah pergi survey barang baby dekat jusco. Aku tanya kakak aku bila boleh mula beli barang baby, kakak aku kata "28minggu nanti boleh la beli sikitsikit." alahai lambatnya lagiiiiii.

Jom simpan duit untuk baby.

P/s : blog ni dah jadi mengalami perubahan fasa. Sekarang ni fasa emak emak budak. Redha je la ye...

Friday, February 8, 2013

Survey. Survey. Survey.

Salam semua. Lama aku menyepi. Tak ada mood nak menulis. Nak bercerita pun macam tak ada apa yang menarik. Jadi senyap sunyi la blog ni. Tambahan pulak lately ni Wi-Fi dekat rumah ni macam tingtong sikit, nak online guna broadband malas nak keluarkan simcard daripada tab suami.

Alkisahnya, sekarang ni baby dah separuh perjalanan dalam rahim ni. InsyaAllah, minggu ke3 bulan June boleh jumpa baby. Itu ikut EDD yang doktor bagi. Semoga selamat hingga ke saat nak bersalin, insyaAllah. Doa2kan aku dan baby sihat kehendaknya.

Dah separuh perjalanan baby, maka dah macam-macam perubahan fizikal dan mental yang berlaku pada aku. Hari-hari dok online survey barang-barang baby. Hari-hari dok online nak cari resepi untuk masak. Maklumlah sekarang dah jadi fulltime housewife, jadi harus jaga tekak dan perut suami walaupun kadang-kadang aku main hentam masak.

Survey-survey barang baby. Puluh kali dok klik website yang sama, puluh kali baca tapi tak jot down. Hahahaha. Sebenarnya aku teringin sangat nak pergi baby warehouse tapi kat Johor ni teramat la susah nak ada baby warehouse sale tu.  TAPI bulan March ni akan ada satu dekat apa entah tempat dia. Suami kata confirm sesak, aku pulak kata "maka abang amik la cuti hari jumaat, kita keluar rumah awal pagi". Heheheh. Bijak tak isteri? Kakak aku dah pesan apa yang patut beli, apa yang perlu beli, apa yang tak perlu beli. Dan paling syok kakak aku kata,"nanti amik la napkin emir sedozen. setakat nak buat bedung je tak payah beli banyak-banyak" (btw, kakak aku baru bersalin 20 Januari lepas). Terus senyum lebar aku. Lagi pun aku tak bercadang nak beli napkin yang gambar kartun-kartun tu, aku suka yang plain putih tu. Bila aku bagitau suami terus dia kata, "tak dapat la abang nak beli bedung yang zip tu". Aku pun tak tau kenapa suami aku gila sangat nak beli bedung yang zip tu. Aku macam tak berkenan sebab macam kesian je baby tu. Lepas tu kakak aku kata lagi, "nanti akak nak bagi ko set bersalin Mustika Ratu, ada lebih akak pakai. Bengkung pun ko takyah beli. Guna akak punya je. Ko beli pil pantang untuk tambah tenaga je." Lagi aku suka hati. Jimat banyak kot aku rasa. Aku survey kalau beli set bersalin tu ada yang harga hampir RM500. Gila!!! Belum keperluan yang lain lagi. So sekarang nak tengah cari-cari baby cot yang murah-murah. Tapi mungkin beli lepas bersalin kot. Sebab aku pantang dekat Ipoh, tak perlu lagi nak angkut baby cot pergi Ipoh. Dah balik Johor baru nak guna baby cot tu. Aku dah ada list apa yang perlu dibeli sebelum bersalin dan siap print out lagi. Heheheheh. Oh, aku berazam nak bagi anak aku sepenuhnya susu ibu. Do support me!!!

Bila survey barang baby boleh jadi tak tentu arah kau tau tak? Sebab apa? 1) Barang baby teramat comey terutama baby girl. Rasa macam nak borong semua. 2) Harga dia makkkkk aiiiiii berpinar biji mata ni. Kena survey betul-betul. Kadangkadang beza dekat RM10 kau tau?

Ok la. Itu je nak cerita. Angin kuat pulak hari ni. Hujan pun lebat. Semalam panas semacam.


Bye.







Thursday, January 31, 2013

BOY or GIRL?

Salam semua. 

Dah lama tak menulis, bosan tapi tak ada mood. Tiba-tiba hari ni macam nak sangat menulis tapi tak tahu apa. Maklumlah rutin sekarang sangat tidak menarik jadi tak ada benda menarik yang berlaku.

Semalam, sembang-sembang dengan suami tiba-tiba aku tanya pada dia,"abang tengok perut sayang ni bulat ke bujur?"

Kata suami,"tengok dari depan nampak bujur".

Aku pun sambung lagi,"orang kata kalau perut bulat anak perempuan, kalau bujur anak lelaki". Eh, ke sebaliknya? Aku pun tak ingat. 

Aku tanya lagi,"abang rasa baby girl ke boy?"

Laju je suami jawab baby girl mesti dia nak sedapkan hati aku yang hari-hari dok melangut depan laptop menahan nafsu tengok barang baby girl yang comel-comel. Barang baby boy pun comel gak tapi biasa lah, perempuan kan banyak aksesorinya. Heheheh.

Maka, aku pun meng"google" la pasal jantina ni. Sebenarnya dah banyak kali baca dekat blog orang lain tapi macam tak ambil kisah sangat tapi makin baby membesar ni, makin tak sabar nak tahu. Heheheh.



Tanda Anda Akan mendapat Bayi Lelaki

Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung
Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali seminit 
Anda rasakan beban berat pada bahagian hadapan tubuh
Perut anda kelihatan bulat sempurna
Bahagian aerola (daerah hitam disekitar puting) akan menjadi lebih gelap 
Bentuk perut condong ke arah bawah 
Sukakan makanan yang masam dan masin
Suka makan daging dan keju 
Tapak kaki selalu berasa sejuk
Tangan selalu kekeringan 
Suka menghadapkan wajah kearah utara semasa tidur
Bukan hanya anda, tetapi suami juga mengalami pertambahan berat badan 
Anda akan kelihatan lebih berseri semasa hamil (malas gila nak bersiap berbedak bagai)
Hidung tampak lebih mekar 
Selalu sakit kepala 


Tanda Anda Akan mendapat Bayi Perempuan

Mengalami Morning sickness di awal kehamilan
Degupan jantung bayi lebih 140kali seminit
Merasakan beban berat pada bahagian punggung dan pinggul
Payudara kiri lebih besar berbanding kanan
Rambut anda berwarna agak kemerahan berbanding sebelumnya
Bentuk perut condong ke arah atas
Perut tampak agak lonjong
Mengidam makanan manis
Sukakan buah-buahan
Suka minum air atau jus yang bersifat masam
Anda jadi lebih cerewet semasa hamil
Mudah moody berbanding sebelumnya
Kulit wajah mudah bermasalah berbanding sebelum hamil
Tidak suka makan roti bersama kulitnya
Payudara kelihatan mengembang
Suka menghadap muka kearah selatan semasa tidur


****Hahaha... punya lah banyak tanda-tandanya berapa kerat je yang aku rasa ada pada aku.  Yang lain tu memang tak ada atau aku tak pasti macam tidur ngadap utara ke selatan ke mana la aku tau. Heartbeat baby pun mana la aku tau tapi aku boleh nampak la perut aku ni turun naik macam kita bernafas tu. 

Minggu lepas pergi rumah kakak aku, ibu pun ada dekat sana. Ibu pesan suruh rajin buat latihan matematik supaya anak cerdik (terus aku ajak suami g MPH nak cari buku Add Math, hahahaha tapi tak beli pun), banyakkan makan kekacang, rajin2 mengaji. Pasal buat latihan matematik tu terus abang aku menyampuk, "kalau macam tu haikal tu (anak abang aku) pandai la. suzi buat assignment bagai masa pregnantkan dia" Hehehehe. Kakak ipar aku ngandungkan anak buah aku masa dia sambung belajar. 

Tunggu bila baby dah lepas 20minggu baru nak g scan jantina. Mungkin hujung Februari nanti. Sekarang ni memang tak beli apa-apa barang baby pun lagi sebab tak tahu jantina. Jadi mari menabung. Bulan March kita shopping sakan. Hehehehe.







Monday, January 7, 2013

Idaman Perut

Biasalah kalau mengandung ni kalau tak mengidam tu tak sah. Tapi aku tak tahu la sama ada aku ni kategori mengidam ke hape. Tapi aku anggap aku TERINGIN je. Tapi bukan teringin yang biasa-biasa, teringin yang luar biasa. Kiranya teringin SANGAT-SANGAT. Sampaikan aku dah plan macam mana supaya aku dapat makan benda-benda tu. Dan aku rasa teringin aku ni pelik sikit sebabnya, kalau tiba-tiba aku teringin nak makan sesuatu tu mesti dapat on the dot. Kiranya mesti dapat masa tu juga. Kalau terlambat 2,3 hari terus hilang teringin aku. Hahahaha. 

Aku ingat lagi ada satu hari tu tiba-tiba TERingin sangat-sangat nak makan tembikai sebab cuaca panas gila lepas tu aku pulak dah jemu makan buah epal. 2minggu berturut aku makan buah epal pagi petang siang malam. Punya la dahsyat kan? Aku pun mesej suami kata nak buah tembikai, so aku anggap nanti lepas kerja la dia pergi cari. TAPI elok je waktu lunch terus dia pergi beli sebijik besar buah tembikai. HAHAHAHA. Heaven sungguh rasanya. Terus seminggu straight makan buah tembikai, minum air tembikai fresh. Nyaman gila tekak.

Lepas tu dah jemu pulak makan tembikai, teringin pisang. Pergi la beli pisang. Hari-hari makan pisang. Tapi pisang tu macam tak sedap, suami kata sebab diorang peram pisang tu. Ye la kot. Dia kerja bidang pertanian jadi tahu lah. Aku tahu makan je. 

Haaaaa... Masa aku balik Ipoh dulu, pergi la Mydin. Tengok ada buah kurma. Rasa macam sedapnya dapat buah kurma. TAPI demand nak kurma ajwa je. Aku pun ambil la sikit buat puas tekak. Lebih kurang 100g (dalam 10-12 biji kot) = RM11. Hehehehe. Tapi teringin punya pasal ikutkan sahaja. Terus rasa macam nak pesan dekat siapa-siapa yang nak pergi umrah, aku nak kirim belikan kurma ajwa sekilo!!!!

Aku pernah teringin nak makan buah potong. Alaaaaaa... buah yang orang selalu jual satu plastik RM1 tu. Entah nape nak sangat-sangat makan buah tu. Jadinya masa pergi Kota Tinggi, singgah pergi beli 4 plastik terus pelbagai jenis buah sebab kalau banyak-banyak nanti dah tak sejuk aku dah taknak makan. Heheheheh.

Ada lagi yang aku belum dapat tapi dok terbayang lagi.

  1. Murtabak. Yang ni aku nak sangat-sangat murtabak yang aku selalu makan masa bulan puasa. Jual dekat Ipoh. Ayah kawan ibu aku yang jual. Memang sedap! harga RM2.50 je tapi isi tebal.. yummmmmmyyyy. Cepatlah balik Ipoh.
  2. Donut. Aku nak sangat donut yang anak makcik Ramlah buat. Dekat Ipoh gak. Donut dia gebu teramat sangat. Terbayang-bayang lagi niiiii. Cepatlah nak balik Ipoh!!!
  3. Yong Tau Fu. Yang ni dekat pasar malam rumah kakak aku. Dulu masa aku dok puchong, setiap kali hari jumaat, mesti nak pergi pasar malam tu nak beli yong tau fu. Biasa-biasa je yong tau fu tapi kuah dia paling aku berkenan. Alahaaiiiii... Meleleh dah air liur niiiii.
  4. Nasi Lemak Pakcik Van. Ni pun dekat rumah kakak aku. Nasi lemak the BEST! Sambal pedas berdesuppppp. Masa aku kerja puchong, kalau pakcik tu buka awal sempat la aku beli nasi lemak buat bekal makan tengahari. Aku memang standby tupperware dalam kereta. Kiranya, kalau nampak pakcik tu dah mula niaga, terus berhenti beli. Fuhhhhhhhhh. NIKMAT!
  5. Suun Fucuk Masak Lemak Putih. SEDAPNYA!!! Teringat-ingat masakan ibu aku yang ni. Hari tu dah teringin sangat nak masak tapi aku tak pandai sangat nak masak guna santan so aku masak sup je la. Tapi entah macam mana tengah masak tu boleh pulak rasa nak pitam, terus minta suami take over dan terus mati selera nak makan. Sedih. Sedih. Ibu, tolong la masakkan. Teringin sangat lepas tu makan dengan ayam pedas. SEDAPNYA!!!!!!!


Itu je kot. So far, tak adalah teringin yang bukan-bukan. Pernah gak suami kata, "awak teringin nak makan apa-apa abang tak kisah tapi jangan awak kata teringin nak pergi paris ke, london ke sudah lah". Hahahahaha. Sebab masa mula-mula ngandung, aku selalu ajak suami duduk kat jeti Tg Pengelih tu tengok kapal terbang berlepas/mendarat dekat Changi Airport. Oh, aku duduk hujung semenanjung. Tak payah pakai teropong dah nampak Singapura, tengok guna mata kasar boleh nampak kapal terbang berlepas dari Airport Changi.


Bye.






Sunday, January 6, 2013

12 Minggu Pertama

Salam semua.

Nak cerita lagi hari ni, sementara masih ada bayang-bayang ingatan. Heheheh. Cerita pasal 12minggu awal kehamilan. Asyik cerita pasal pregnant je kan lately ni? Maklumlah itu yang aku alami sekarang dan insyaAllah untuk 5 bulan lagi. Jadi semuanya sebagai kenangan. Nanti kalau mengandung anak nombor 2, nombor 3 dan seterusnya (insyaAllah) boleh la refresh kan?

Ni pun secara ringkas je. Sebab bukan aku ingat sebijik-sebijik pun. Ingat-ingat lupa ala budak yang tengah bertarung dalam exam hall.

6minggu pertama tak ada cerita sangat sebab tahu pregnant pun dah nak masuk 5 minggu, cuma yang aku ingat sebelum aku tahu aku pregnant NAFSU MAKAN membuak-buak. Dah makan nasi goreng USA, boleh lagi nak telan satay. Suami pun pelik je tengok aku. Order nasi putih dengan sup ekor, aku sorang melantak bagi habis. Yang lain tak ada sangat.


Minggu ketujuh hingga ke minggu duabelas. 

Selera makan makin berkurang. Bereksperimen setiap kali nak makan. Sebab setiap kali makanan masuk, lepas tu terus muntah balik T___T. Dah la masa tu jauh dari suami. Sabarkan je diri. Pernah satu kali tu, tengah dalam kelas kelam kabut aku berlari pergi toilet sebab dah tak tahan sangat. Sedih sangat bila ingat balik. Memang tak sanggup sebab bila lepas muntah secara automatik aku jadi lembik sangat. Ye la, segala isi perut keluar. Deria bau pun makin menjadi-jadi. Pantang bau kurang enak, mula la tekak kembang semangkuk. Memang aku tak jejak kaki dekat cafe kolej sebab tak lalu bau orang masak dan tengok lauk pun buat aku loya. Maka makan benda ringkas-ringkas je. Paling favourite masa tu ROTI CANAI. Sekali order sampai 2 keping dan habis!! Lepas tu minum teh ais, memang heaven. Air kosong memang musuh nombor satu. Tak minum langsung. Asyik nak minum manis yang sejuk-sejuk je. Nikmat tak terkata. Ikan jadi kegemaran, tengok ayam daging rasa muak. Masa 8minggu (kot) balik Ipoh, ibu order siakap aku yang ratah bagi habis, ibu masak ketam aku juga yang makan bertambah-tambah. Makan nasi sikit je, lepas tu balun makan aiskrim dengan buah anggur memang syokkkkkk. Dan kalau rasa loya-loya aku suka hisap gula-gula nano-nano, jenuh jugak la suami aku nak cari. Mula-mula beli dekat Jusco Taman U harga RM1 sepeket. Lepas balik kg beli dekat petronas 50sen je sepeket. Last beli dekat RnR mana entah RM1.50 sepeket. Fuhhhhhhh. Gila beza harga. 

Itu je yang aku ingat buat masa ni. Kalau nanti-nanti aku teringat, aku update la. 


Bye.






Thursday, January 3, 2013

How Do I Know I'm Pregnant?

Salam semua.
Rajin pulak aku menaip petang ni. Hujan turun dengan jayanya maka Astro pun tak ada siaran seperti biasa. Disebabkan hujan, aku pun tak ada la melepek je  mcm semalam dan kelmarin. Semalam dan kelmarin panas amat sangat sampai aku rasa lemah longlai dn mula la pening tahap nak guling guling. Hari ni hujan maka sejuk sikit tapi aku tetap berpeluh. Hormon kotttt.

Ok. Masuk ke isi penting. Mula mula rasa macam tak nak cerita sebab nak tulis dalam diari je tapi masalahnya pencil case pun aku tak ingat kat mana maka cerita la dalam blog ni sebagai kenangan.

Aku pun tak tau yang aku pregnant mula mula. Tapi entah kenapa seminggu sebelum sepatutnya aku period, aku sakit pinggang gilagila. Memang sakit sangat. Dah macam nenek tua je. Aku pun pelik sebab sebelum ni tak ada pun symptom sakit pinggang kalau nak period, tapi aku fikir mungkin sebab hormon kotttt. Ignore je la, just sapu minyak je. Then sampai hari Jumaat, suami pick up dekat kolej dan pergi ke Tesco macam biasa. Masa ni lagi rasa nak tercabut pinggang. Kejap kejap aku kata kat suami, "abang, jap. Tak larat". Memang sakit sangat. Tapi continue shopping barang basah macam biasa. Sabtu ahad pun macam biasa. Hari Ahad sebelum suami hantar aku balik kolej, singgah jusco jap. Entah nape tiba-tiba gedik nak beli UPT. Tapi aku tak bagitau suami nak beli, aku just cakap nak masuk watson jap suruh dia tunggu kat luar. Tapi korang ingat dia nak biar aku masuk sorang? Memang tak laaaa.. Last last bagitau juga la. Dia tanya kenapa beli, aku jawab suka suka je. Masa tu memang tak terfikir langsung aku pregnant. Aku beli pun sebab SAJA SAJA nak buat test tu.

Esoknya, hari isnin pergi kelas macam biasa. Then bila pergi toilet untuk solat zohor tengok macam ada darah. So assume aku period. Tapi sampai ke petang tak ada pun. So solat je la macam biasa sebab memang suci sesucinya. Lepas tu entah macam mana teringat aku chatting dengan kawan aku minggu sebelum tu. Bleeding tu jhga salah satu tanda pregnant. Aku dah dup dap dup dap. Tp relax lagi. Esok paginya (hari sepatutnya aku period) aku buat UPT dan keputusannya samar samar untuk second line. Bagitau suami dia suruh buat second test nanti.

So akuberlagak macam biasa. Hujung minggu buat test lagi dekat rumah. Dan keputusan positif samar samar gak. Jadi tunggu lagi untuk third test lusanya guna kit paling mahal. Hahahahaa. Dan memang POSITIF. Alhmdulillah. Tapi tak bagitau family lagi. Nak tunggu confirmation Doktor baru nak bagitau family.

Jumpa Doktor, dia tak cek apa pun terus confirmkan aku pregnant. Katanya, kalu dah buat UPT tu insyaAllah betul.

At last, masa kandungan 5 ke 6 minggu aku baru bagitau family. Begitu la alkisahnya.


Bye