Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Showing posts with label memyselfandI. Show all posts
Showing posts with label memyselfandI. Show all posts

Friday, August 2, 2013

Cerita Sebelum Raya

Salam semua.

Kurang seminggu lagi nak raya kan? Rasa macam baru je 1 Ramadhan. Dalam sedar tak sedar nak hujung Ramadhan dah. Aku ni lagi la tak sedar dah berapa hari Ramadhan. Banyak wooo nak kena ganti. T___T

Raya tahun ni memang confirm lain la. Tambah-tambah sebab dah ada si kecik kesayangan hati tu. Memang raya ni tumpuan pada dia je. Walaupun dia tak tahu apa-apa, tapi mama dia tetap nak bagi anak nampak comey. Puas tawaf kedai jual baju baby nak cari baju yang kena dengan tema raya family ibu tahun ni, tapi habukkkkk. Ada jumpa dress super comey, tapi harga sama dengan harga mama dia. Apa kessss??? Tu yang aku tak suka beli barang / pakaian berjenama, kita bukan setakat beli barang / pakaian tu je tapi kita beli jenama dia jugak. Kalau orang besar (means dewasa) ok la juga. Orang tanya la juga "cantik baju ko, beli mana?". Agak-agak kalau baby ada orang nak tanya. Kalau tak ada pun, andai aku beli aku nak cakap dekat orang yang puji anak aku, "eh, mesti lah comey. baju jenama xxxxx ni.". Aku tak tau brand mahal-mahal. Aku tahu Baby Kiko, Disney (tapi dress Disney pun mahallllllllllllllll) dan seangkatan yang murah-murah takat poket mampu.

Lagi satu masalah, susah betul nak cari dress untuk baby bawah 6 bulan. Cepat betul SOLD OUT nya. Tapi hari tu pergi AEON, memang aku jadi rambang mata tengok baju baby girl. Hahahaha. Comey sangat. Aku nak beli 2 pieces untuk si comey tu tapi ayahnya kata "tak payah la. Hannan tu pinggang pun comey sangat. Nanti lurut pulak skirt/seluar dia" Huhuhuhu. Sian anak mama.

Cerita pasal menu raya pulak. Okey, bukan menu raya tapi menu berbuka puasa. Aku belum ada kesempatan nak berbuka dekat kampung a.k.a rumah ibu. Rinduuuuu. InsyaAllah minggu depan balik Ipoh. Dah plan dengan adik aku nak masak-memasak. Tapi bukan lauk-pauk tapi masak western atau mungkin lebih kepada Italian food. Encik suami pun dah request dekat aku sebab dah lama gila tak memasak untuk dia. Sian dia. Sejak mengandung berapa bulan entah dapur rumah tak berasap. Kalau berasap, maknanya suami la yang memasak. Huhuhuu. Jadi memandangkan dah habis pantang, nanti balik Ipoh boleh la memasak apa yang suami request. InsyaAllah. Oh, nak baking-membaking juga untuk raya. Rindu nak makan kek! Boleh kan makan kek???

Bye. Si comey dah memanggil.


Monday, July 22, 2013

Aku Rindu...


menjadi seperti ini lagi... ... ...

Gambar lebih kurang 12 jam sebelum pertama hati kesayangan, Hannan Izdihar dilahirkan. 
Usia kandungan 38minggu 4 hari


Terlalu banyak pengalaman mengandung yang aku rindukan. Tak terluah dengan kata-kata, cuma Allah yang tahu aku rindu mempunyai insan lain di dalam rahim.





Wednesday, January 2, 2013

Ringkasan 2012

Salam semua.

Dah lama tak menulis. Serius terlalu rindu. Cuma kekangan masa dan kesihatan membataskan segalanya.

Tup tup muncul dengan ringkasan untuk setahun yang lalu. Terlalu banyak. Takut terlupa maka digagahkan juga diri menulis sesuatu. Yang pasti secara ringkas. Cukup sekadar menjadi memori hari akan datang. Walaupun hakikat sebenarnya hati ini terlalu mengharap diri menjadi rajin supaya apa yang berlaku tersimpan kemas.

Secara rumusan mengikut bulan.

Januari
Bermula tempat kerja baru. Tiada yang menarik. Menempuh trafik puchong - bukit kemuning memang menguji jiwa.


Februari
Melangkah setapak ke hadapan dalam fasa hidup. Majlis penuh sederhana tapi meriah dengan hadirnya keluarga dekat dan jauh. Sangat berterima kasih pada keluarga yang membantu meringankan beban secara fizikal atau material.

March - July
Operasi mencari, mensurvey, berbincang mengenai majlis perkahwinan. Mula berikat perut demi menyimpan untuk masa depanjuga paling penting untuk tidak terlalu bebankan keluarga untuk majlis nanti. Percayalah bukan RM 2,3ribu duit sendiri digunakan untuk majlis. Hampir RM10k duit sendiri untuk majlis. Bila fikir-fikir banyak juga duit aku. Hahahahaaaaa.


Ogos
Sebulan Ramadhan bersama ibu. Ramadhan terakhir sebagai bujang. Hehehehe dan raya terakhir sebagai bujang juga.
31Ogos : selamat bergelar isteri kepada suami. InsyaAllah kekal untuk selamanya. Mohon doakan.

September
Majlis resepsi kedua-dua belah pihak. Pendaftaran sebagai pelajar master sepenuh masa di UTM.

Oktober.
Kita meeancang, kuasa Dia mengatasi segalanya. UPT positif. Masih berlagak sihat. Menaiki bas ke fakulti, menapak ke tingkat tiga setiap hari. Mengah tapi gigihkan juga.


November.
Tanda awal kehamilan mula menunjukkan diri. Makan tak lalu, loya sentiasa. Balik Ipoh dan alahan semakin teruk. Final decision : tangguh belajar sehingga bersalin. Dua minggu flat tak boleh bangun. Dapur musuh nombor satu. Aiskrim favourite all the time.


Disember.
Kesihatan makin pulih tapi angin menjadi-jadi. Menyebabkan angin keluar bersama isi perut. Lemah sehingga menangis.



Sekian rumusan ringkas.

Salam tahun baru.

Friday, November 9, 2012

Keheningan Pagi

Salam semua.

Menaip entry ni pun tak ada la pagi sangat. Jam laptop 7.13AM. Tapi dekat Skudai ni dah macam pukul 8AM. Dah tu kalau subuhnya pun pukul 5.30AM haruslah sebelum pukul 7AM tu dah terang bendarang. Selalunya lepas solat Subuh (around 6.30AM, depends pukul berapa bangun), aku suka buka tingkat bilik. Rasa nyaman je. Blok kolej senyap sepi. 

DAMAI. Itu yang aku suka.

Ingat lagi masa aku dekat UiTM Arau. Jangan tanya Arau tu macam mana. Tapi jangan bayangkan Arau tu macam Shah Alam / Ipoh. Arau tu ala-ala kampung aku je kot. Tapi lagi tenang. Zaman diploma dekat Arau dulu, aku suka sangat subuh-subuh tu buka tingkap menghadap ladang. Memang syok!!

YUP! UiTM Arau ada ladang, macam-macam pokok ada. Kadang-kadang kalau nak rasa lagi syok, sebelum pergi breakfast, aku akan duduk dekat bawah kolej menghadap ladang. Ya Allah, nyaman + aman + damai + tenang yang aku tak boleh nak ceritakan. Dengan suasana yang redup tu. Fuhhhhh~ Aku rindu.

Masa aku semester 2 diploma, aku dengan roomate aku selalu pergi belakang kolej dok posing-posing atas bukit menghadap ladang yang luar terbentang. Memang bahagia sangat. Rindu lagi.

Aku rasa aku ni kategori manusia pencinta alam. Masa aku degree dulu, ada classmate aku panggil aku "pencinta alam semulajadi". Sebab apa? Aku akan guna paper yang aku salah print report etc utk tulis nota. Rugi weiiiii... Ingat senang ke nak proses kertas? Sian pokok tau kena tebang. Nak tanam pokok tu bukan sebulan dua dah boleh tebang untuk buat kertas. Kalau kita tak hargai bumi kita, siapa lagi nak buat?

Dan lagi satu, oleh sebab kecintaan aku pada alam semula jadi juga lah Allah tempatkan aku (mungkin) di sisi suami aku yang jauh di hujung semenanjung. Memang gila hujung! Pagi-pagi kalau pergi breakfast roti canai kedai Kak Murni, aku mesti macam budak kecik jakun tengok air laut. Syok wei!!!!

Makan roti canai sambil menghapat selat tebrau ke laut cina selatan pun aku tak sure. Tapi yang pasti memang best la. Nanti bila-bila rajin aku upload gambar kasi tunjuk.

Memang bahagia!!!!!!!



Tuesday, October 9, 2012

Tetapkan Target dan Fokus

Salam semua. 

Rasa nak menulis pulak petang-petang ni. Tadi saja google meng"google". Apa yang aku google? Tengok nilai hartanah sekarang ni. Tengok kawasan-kawasan yang baru nak dibangunkan. Tengok jenis rumah kediaman yang menjadi trend masa kini.

Bila tengok punya tengok. Naik juling biji mata. Tersekat air liur dekat kerongkong. Mahal gila rumah zaman sekarang. Aku tak lah nak beli rumah dalam masa terdekat. Nak makan hari-hari pun dok fikir 2,3x ni kan pulak nak beli rumah. Memang aku tak payah makan la gamaknya. Hahahaha.

Memandangkan aku masih berstatus PELAJAR, hanya suami yang bekerja maka apa yang perlu aku lakukan sekarang adalah TETAPKAN TARGET dan BERUSAHA untuk mencapai target. Mencapai impian tak semudah mengimpikannya. Kata orang, berangan tu FOC tapi nak mencapai apa yang kita impikan itu perlu ada USAHA yang berterusan, DOA yang bersungguh-sungguh, KEYAKINAN untuk mencapai matlamat. 

Secara personal, banyak yang aku nak capai dalam hidup. Semua orang macam tu kan? Mungkin sebelum ni aku tak fikir sangat hal-hal macam ni, sebab sebelum ni (maksud aku sebelum aku kahwin) aku hanya fikir nak capai apa yang aku inginkan untuk diri aku. Tapi sekarang (selepas dah kahwin) aku nak capai apa yang inginkan untuk keluarga aku (buat masa ni belum ada anak lagi). 

Bila aku google meng"google" tadi, tiba-tiba aku terfikir "kenapalah aku sambung master? kalau aku tak sambung master, terus cari kerja dekat sini, mungkin sekarang aku dah ada kereta aku sendiri. Mungkin tahun depan aku dah boleh beli rumah". Macam-macam lagi aku fikir.

Kenapa aku sambung master?
Aku sendiri tak pernah terfikir kenapa aku sambung master. Apa yang aku nak daripada pengajian master ni. Kepuasan? Atau segulung sarjana? Atau pekerjaan yang lebih bagus? Atau pendapatan yang lebih lumayan? Atau untuk tambah ilmu lagi? Aku tak pasti. Tapi bila aku fikir-fikir balik, aku rasa aku punya sebab sendiri. Kenapa? Nanti aku cerita.

Buat masa ni (2012 - 2014), target aku 1) habiskan pengajian master dalam tempoh seminima yang mungkin 2) dapat kerja yang bagus-bagus bila dah habis master nanti (aku nak tolong suami aku untuk family aku gak) 3) aku nak menabung secara konsisten setiap bulan walaupun nilainya sedikit

Jadi apa yang perlu aku buat? 

TETAPKAN TARGET & FOKUS!!!




Sunday, July 15, 2012

Latar Belakang Akademik


Salam semua.
Lama sungguh tak menulis dalam ni. Kekangan waktu membataskan banyak perkara. Sebenarnya sekarang ni bukan dalam mood untuk menulis. Tapi sejak kebelakangan ni, aku banyak terima email dan juga soalan dekat Formspring berkenaan bidang yang aku pilih.

  • Diploma in Industrial Chemistry
  • BSc (Hons) Chemistry (Forensic Analysis)
Terima kasih buat adik-adik yang bertanya. Sebenarnya malu juga bila orang bertanya ni sebab aku pun tak tahu kenapa aku pilih bidang-bidang ni.

Pertamanya, biarlah bermula dengan level diploma dulu kan? Sebenarnya Diploma in Industrial Chemistry (DIC) ni bukanlah pilihan pertama aku masa isi borang UPU masa tujuh tahun lepas. Kalau tak salah aku, DIC ni pilihan ke-6 daripada 8 pilihan yang perlu diisi. Apa pilihan nombor 1 - 5 aku? Aku pilih Farmasi dekat universiti mana entah, lepas tu isi juga asasi perubatan walaupun result cukup-cukup makan untuk syarat minima Farmasi. Hahahahah. Aku memang bukan pelajar cemerlang. Keputusan cukup-cukup makan untuk terus dalam bidang sains.

Kenapa aku pilih DIC? Aku pun tak tahu. Yang aku tahu aku nak something related dengan chemistry. Kebetulan, masa tu DIC hanya ada di UiTM Arau dan kebetulan abang aku masa tu belajar dekat UiTM Arau tapi bidang civil engineering. Dia ada la kenal-kenal dengan budak DIC ni. Dia juga yang menggalakkan aku pilih DIC. Jadi aku isi je la DIC sebagai pilihan ke-6. 

Dapat DIC, perasaan aku? SEDIH sebab aku memang nak sangat jadi pharmacist (sekarang aku tahu hikmah kenapa sekarang aku CHEMIST, bukan PHARMACIST. Nak tau? email aku. hahahah)

Mula-mula memang aku blur apa benda DIC ni. Masuk kuliah, ulang benda sama macam SPM. Tapi belajar je. Oh ya, ramai kata DIC susah. Kalau budak program lain satu semester 17 - 19 credit hours. Budak DIC satu semester 19 - 21 credit hours. Itu zaman aku dulu, zaman sekarang aku tak tahu. Aku ada kawan kena buang lepas exam semester pertama sebab pointer terlalu rendah. Jadi, kalau dapat peluang, belajarlah rajin-rajin.

Aku tak nak la cerita apa aku belajar masa diploma dulu. Kitorang belajar macam-macam. Dari benda yang senang sampai la benda yang susah (bagi tahap budak lepasan SPM). TAPI percayalah yang DIC adalah sangat seronok! Ada 3 lab memang khas untuk budak DIC. Banyak instrument canggih-canggih. Okay, ni cerita zaman aku dulu. Lima enam tahun lepas. Sekarang ni dah tak berapa syok kot sebab kena kongsi dengan budak BSAC.

Lepas diploma aku sambung degree. Mostly budak-budak DIC akan continue BSAC (bachelor sc applied chemistry) tapi aku konon-konon nak cuba yang lain, aku apply Chemistry Forensic Analysis (ni aku cerita nanti). Ada juga kawan aku yang pilih Environment, Chemical Engineering, Pharmacy, Pure Chemistry. Sebenarnya, lepas diploma pandai-pandai la buat pilihan sendiri berdasarkan minat sendiri. Tapi ada juga kawan aku yang tak sambung degree. Diorang nak kerja terus. Jawatan sudah tentu Assistant Chemist (lebih kurang macam tu la). Buat adik yang risau peluang pekerjaan, insyaAllah banyak peluang untuk budak DIC. Setakat ni, tak dengar lagi kawan-kawan / senior-senior yang belajar sampai diploma sahaja tak dapat kerja. InsyaAllah ada kerja yang sesuai. 

Nak kerja dekat mana? Hantar la resume dekat kilang cat, kilang baja, kilang simen, kilang chemical, kilang sawit. Apa jenis kilang pun cuba hantar resume. 

Okay. Habis dah cerita diploma. Cerita degree pulak.

Aku sambung degree Chemistry (Forensic Analysis). Sebab apa? Sebab aku ditipu daya oleh CSI. Ni memang aku tak tipu. Aku suka gila tengok CSI, dan berangan nak jadi macam diorang. Hehehehe. Sedangkan arwah ayah nak sangat aku amik chemical engineering. Tapi saat akhir sebelum hantar borang permohonan, aku pujuk ayah untuk tukar Forensic pilihan nombor satu, chemical engine pilihan nombor 2. Dan dapatlah aku pilihan pertama aku tu. (agak-agak kalau letak chemical engine pilihan pertama, aku dapat ke?)

Apa yang menarik tentang Forensic Analysis ni? Subjek semuanya susah nak mampus! Serius aku tak tipu. Aku selalu je fail test dan quiz subjek forensic sebab susah sangat-sangat. Aku tak paham apa aku baca, dan aku tak paham apa soalan nak. Lagi satu, kebanyakan subjek forensic ni 4 atau 5 credit hours. Kalau tak score la, memang hancur la pointer semester tu. Ni memang betul. Tapi yang bestnya, ada instrument canggih-canggih bila buat amali. 

Buat adik-adik yang masih keliru tentang program ni. Sebenarnya Bachelor of Sc (Hons) Chemistry (Forensic Analysis) ni masih belajar chemistry sebagai major subjek. Adik-adik tetap akan belajar organic chemistry, inorganic chemistry, physical chemistry, separation, spectometry. Ada juga subjek elektif lain dan subjek wajib lain macam mathematics, physics, biology etc (Tak ingat dah). Cumanya, nanti bila naik semester 4 ke atas, baru belajar subjek forensic. Contoh : forensic science and chemical forensic analysis. Rasanya ada DUA SAHAJA subjek forensic, yang hanya subjek chemistry dan subjek wajib fakulti / universiti. Tapi dua subjek forensic tu la buat aku rasa nak menangis. Oh, aku belajar law juga. 

Alhamdulillah, aku tamat belajar dalam rangka waktu yang ditetapkan. Aku dapat kerja pertama lepas 3 bulan aku konvo. Sebelum tu aku jadi pembantu penyelidik di bawah supervisor masa final year project. Kebanyakan kawan aku dapat kerja yang sesuai lepas 3 - 6 bulan lepas konvo. Ada juga yang sebelum konvo dapat kerja yang sesuai. Semuanya bergantung pada rezeki. Cumanya aku rasa, kalau dapat interview, jangan tekankan sangat yang kita ni belajar forensic. Cakap pada interviewer yang kita ni MAJOR CHEMISTRY. Kalau interview untuk post chemist la, kalau post pegawai sains forensic, boleh la cerita pasal forensic. Kalau interview post chemist, cakap pasal chemistry je. Jangan cakap pasal forensic. So far, aku dah pergi 4 interview jawatan chemist. Hanya 2 yang lekat. Alhamdulillah. Oh ya, pesan aku hantar je resume dekat semua kilang yang ada. Selagi ada jawatan untuk chemist / QC / QA atau apa-apa yang related, pergi je hantar. Ada rezeki, insyaAllah. 

Minggu depan ada interview SPA untuk jawatan pegawai sains forensik. Aku tak study apa pun lagi. Malas entah kenapa. 

Okay la. Harap-harap dapat bagi manfaat. Kalau sesiapa tak jelas lagi, sila la email aku. Aku explain lagi panjang lebar. Nak add dekat gtalk pun boleh jue.shaeuj@gmail.com. YM aku jarang online. Maaf.


Salam hujung minggu :)





Wednesday, May 16, 2012

Hormon dan Emosi


Salam semua. Hari ni tak ada Rabu tanpa kata. Sebabnya dah lama sangat biarkan blog ni bersarang labah-labah, maka hari ni nak bercerita.

Alkisahnya semalam mood aku memang tunggang-langgang. Nasib baik bos tak banyak sangat cakap dengan aku semalam, kalau tak lagi ke tengah lautan mood aku. Masuk kerja awal-awal pergi terus refresh apa nak buat. ada 2,3 kerja yang perlu diselesaikan. Ikut peracangan awal, boleh siap sebelum pukul5 petang. Sekali nasib tak baik, kena repeat satu test.

Semalam buat Nitrogen Test. Lebih kurang pukul9 pagi buat test tu sampai la ndah waktu lunch pun tak siap lagi. Memang test tu ambil masa agak lama. Maka aku melangut la dalam lab waktu lunch sebab nak siapkan juga test tu/ At least bila bos masuk lepas lunch, report dah ada atas meja. Bila aku buat report, aku tahu dan yakin memang aku kena repeat test tu. maka dengan tidak sabar-sabar aku try alihkan round botton flask yang masih panas dari heating mantle. Dan tidak semena-mena, wap yang panas dari dalam round bottom flask tu terkena aku. Nasib aku tak lepaskan terus round bottom flask tu, kalau tak lagi satu masalah. Cepat-cepat letak balik RBF tu dalam heating mantle, terus letak tangan bawah air mengalir. Aku tak pasti tindakan ni bijak atau tak tapi aku memang sakit gila-gila.

Bila rasa dah cool sikit, terus aku masuk toilet. Sambung letak tangan bawah air dan tak pasal-pasal aku menangis. Entah kenapa. Memang sekarang hormon tak berapa betul. Beria-ia aku menangis dalam toilet. Nasib tak ada orang dekat lab. Aku rasa macam looser gila. Entah kenapa. Tak tahu nak cerita apa perasaan dalam hati. Yang aku tahu aku sakit sangat-sangat, aku sedih, aku sunyi dan bermacam lagi perasaan dalam hati.

Bila perasaan dah OK, baru aku keluar dari toilet. Oh, aku dah tak sabar nak tunggu hujung minggu.
Ok la. Tak nak cerita lagi. Thanks sebab baca.

Bye





Wednesday, April 25, 2012

Eurycome Longifolia


Satu hari yang bosan, maka Google nama sendiri. YE! Aku Google nama aku sendiri bila dah tak tahu apa nak buat dengan alam maya ni. Maka terjumpa ini;

Did you see something in the red box?
YE! Nama saya di sana bersama nama doktor falsafah yang saya hormati.
Terima kasih Dr kerana menghargai susah payah saya meraut tongkat ali.
Tak pasti sama ada ada journal atau pun tidak, kalau la saya tidak resign jadi RA, mesti saya dah pergi Surabaya present paper tersebut atau sekadar ikut sahaja. HEHEHE. (Conference tersebut diadakan di Surabaya).
Sehingga kini bagaikan tidak percaya.
And again, terima kasih Dr kerana beri saya peluang timba pengalaman dan jana pendapatan dengan menjadi RA :)



Btw, Eurycoma Longifolia adalah nama saintifik untuk Tongkat Ali.

Friday, April 6, 2012

Perginya Dia

Salam Jumaat semua. Harap semua sihat. Dalam rasa entah-hape-hape je result untuk Dissolved Oxygen Test tadi terus online buka FB. Sebab tak mau terus serabut fikir kenapa result dia macam tu.

Bila online FB, dekat news feed aku ada gambar arwah kakak sedara aku yang terkujur kaku berselimutkan kain batik lepas dan disisinya anak arwah yang berusia 5 tahun. Sangat sedih. Aku pernah melalui rasa kehilangan. Kehilangan terbesar dalam hidup, kehilangan yang buat aku rasa putus semangat tapi hidup perlu diteruskan.

Kehilangan Pertama
Kehilangan kedua
Kehilangan ketiga

Kehilangan pertama yang buat aku betul-betul terduduk. Diam seribu bahasa. Tiada kata yang mampu aku ungkapkan selain tangisan sehingga membuatkan roomate aku terjaga dari tidurnya yang lena. YA ALLAH. Betapa cepatnya masa berlalu. Tanpa aku sedari, sudah 3 tahun 3 hari aku kehilangan seorang insan bergelar AYAH. Perginya dia saat aku sedang sibuk dengan tugasan terakhir sebelum peperiksaan akhir semester 3 menjelang. Memang bagaikan satu batu besar menghempap dada.

Masih aku ingat bagaimana jalan cerita hening subuh 2 April 2009 itu berlaku. Aku saat itu masih seorang pelajar di UiTM Shah Alam. Dan ketika itu kuliah di minggu ke-13 sebelum peperiksaan final menjelma kurang 2 minggu lagi. Subuh 2 April 2009, aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari abang aku seawal jam 5.30 pagi.

"kuju, ayah tak sihat. nanti ikut emak (makcik aku) datang".

Masa tu aku tak bayangkan apa-apa. Sebab arwah ayah memang sudah lama di HKL untuk rawatan. Rutin aku bermula dari Januari 2009 ialah melawat ayah di hospital saban minggu. Dan aku kembali tidur sebab aku ada presentation dan test pagi tersebut. Tapi aku tak boleh lena, fikiran jadi tak tentu terus aku wudhuk dan solat subuh. Doa aku subuh tersebut,

"Ya Allah, Kau berikanlah kesihatan terbaik buat ayah. Kau panjangkanlah umur ayah. Kau berikanlah peluang kepada aku untuk berkongsi kejayaan bersama ayah. Kau berikanlah kesempatan kepada ayah untuk menjadi wali pernikahanku nanti"

Memang aku tak akan lupa sampai bila-bila doa ni. Elok je lepas doa, abang aku call jam 6.10 pagi.

"kuju, ayah dah tak ada".

Aku marah abang aku. Berkalikali dia cakap tapi aku tak percaya dan akhirnya aku REDHA.

Memang meraung la aku dalam bilik kolej tu sampai terkejut roomate aku dari tidur. Memang teresak-esak aku menangis. terus call emak. Tak ingat apa aku cakap dekat mak. Pukul 7 lebih emak dan alang (suami emak) jemput aku dekat kolej. Sempat aku pergi bilik bayu minta bayu hantarkan buku aku dekat library.

Senyap sunyi aku sepanjang perjalanan ke Hospital Putrajaya. Rupanya kakak aku bawa ayah balik hari Selasa malam naik kereta baru dia. Sampai bilik mayat, hanya ada abang sulung aku. Aku tengok ayah dan abang sulung suruh aku keluar dari bilik tu sebab dia tengok aku macam tak boleh kawal sangat. Aku sepatutnya ada presentation dan test pagi tu. Kelam kabut minta abang aku belikan topup nak call lecturer. Memang aku nangis-nangis masa call lecturer tu.

Dalam pukul 10 pagi, jenazah di bawa pulang ke Ipoh. Dah lama sangat arwah ayah nak balik rumah sejak HKL menjadi rumah dia selama 3 bulan. Akhirnya ayah "balik" juga ke Ipoh. Aku ikut serta balik Ipoh naik van jenazah. First time aku naik van jenazah. Disebabkan aku tak makan apa-apa lagi pagi tu, maka aku termuntah dalam van tu, tapi muntah angin + air sahaja. Alhamdulillah aku boleh kawal perasaan sepanjang perjalanan.

Sampai Ipoh, air mata bercucuran lagi. Rumah dah penuh dengan sanak-saudara dan jiran tetangga. Alhamdulillah ada pakcik yang tinggal dekat dengan rumah, dia yang uruskan semuanya. Masuk rumah, aku jadi sebak. Semua ucap takziah, ada yang datang dan peluk aku. Aku speechless. Tak tahu nak jawab ap, yang aku tahu aku SEDIH TERAMAT SANGAT.

Hari Isnin aku pulang semula ke Shah Alam dan terus ke kelas. Aku masih di awangan, cuba untuk tidak bercakap dengan sesiapa. Dan malam tu, aku study macam biasa dan aku terasa macam arwah ayah ada teman aku study. Aku tak pernah rasa macam tu, dan arwah ayah tak pernah melawat aku di UiTM Shah Alam hatta masa pendaftaran pun kakak aku yang hantar. Aku ingat lagi kata-kata dia masa cousin aku nak hantar aku pergi station bas,

"jue, ayah minta maaf sebab tak dapat hantar jue. Nanti ayah dah sihat ayah datang ye"


Terlalu cepat masa berlalu dan aku sentiasa rindukan dia. Terima kasih ayah kerana mendidik kami adik-beradik menjadi insan berguna.


Thursday, March 8, 2012

Something I Remember

My late father was a teacher.
He also an author.
His book "MENITI KACA" was selected as a Form 1 literature text book. If you have read that book, my father wrote it! I am really proud with my late father. But it was 3,4 years back.

When I was in from 1, my late father gave me that book (the text book edition). At the first page of that book, he wrote this;


"Jue,
Hidup ini ibarat perjalanan MENITI KACA, jika kita alpa dan leka kita pasti akan terluka"

                                                                                                                                Ayah, 2000.


I will never forget that forever. Al-fatihah to arwah ayah.





Tuesday, March 6, 2012

Sebuah Kenangan

Salam semua. Makin hari rasa makin malas nak menulis. Tapi kalau tak dicoretkan sesuatu, risau segalanya akan pergi begitu sahaja.

Hari ni rasa letih teramat sangat. Dengan panas yang tak boleh nak bayangkan, rasa nak duduk rumah minum air sejuk bergelen-gelen. Tengahari tadi, pergi ke UiTM Shah Alam atas urusan kerja. Terima kasih buat yang membantu aku. Terima kasih juga buat emak Fazie sebab belikan kain dari Bandung yang sangat cantik!

Sampai UiTM tadi hampir pukul1.40 petang. Cadangnya nak pergi lunch dekat seksyen 2 dulu tapi memandangkan semester dah mula jadi aku malas nak bersesak dekat sana. Dan aku juga tak nak lambat masuk UiTM sebab takut tak dapat parking. Bila masuk je pagar UiTM, terasa satu perasaan aneh dalam diri. SERIUS! Aku sangat rindukan zaman belajar.

Terus park kereta dekat Seroja dan menapak ke Menara SAAS sama seperti zaman belajar dulu. Agak semput la. Sebab dah lama gila kot tak berjalan jauh, menaiki bukit macam tadi. Dari menara, terfikir macam mana ye nak pegi Fakulti Business sebab nak jumpa Fazie dekat sana. On the way ke sana, sempat update status ke FB.



azila,
sahabat bertemu-pernah-tertegur-tidak di UiTM Arau. Bila further degree, she was my classmate. Mula-mula tak rapat sangat tapi tak ingat semester berapa kami jadi rapat sebab bilik kami satu floor. Azila sangat rajin. Anak pahang yang rajin dan sempoi. Sangat bercita-cita tinggi.

Zila, really miss u girl. Moga kau lulus dengan cemerlang exam OSH itu ok? Nanti boleh kerja gaji besar, belanja aku makan sedap-sedap.

Bayu,
Sahabat sejak zaman diploma. Terlalu banyak untuk diceritakan. Aku pernah cerita dulu. Tentang Sahabat. Sekarang meneruskan perjuangan di bumi USM. Wish you all the BEST Bayu. Dan aku teramat berterima kasih pada Bayu kerana tak pernah jemu membantu aku. Hatta hingga kini, walaupun aku dah bekerja dan dia meneruskan perjuangan, aku banyak teramat sangat minta tolong sikit. Bila otak aku agak-agak dah mereng, terus SMS Bayu minta tolong. Bayu, you are really a great buddy!


***************************


Selesai urusan. Jam hampir 3 petang. Perut kosong minta diisi. Aku merajinkan diri menapak ke Cafe Menara. Cadang nak beli cucuk-cucuk je (budak UiTM mesti tau) dan juga air. Air tembikai! Sedapnya. Masuk cafe tengok ada mee goreng yang sangat meggoda perut. Terus beli dan makan dengan tenang seorang diri. RELAX. Aku tak kisah pun makan sorang-sorang. Mati nanti pun sorang-sorang gak kan dalam kubur? 

Memang nikmat sebab perut dah lapar sangat. Nasib tak migrain je. Elok aku nak habis makan, datang sekumpulan budak lelaki duduk selang 1 meja di hadapan aku. Aku perhatikan gerak geri, tingkah laku mereka. Sungguh seperti adik-adik. Teringat aku zaman belajar. Dan tiba-tiba terpandang baju yang salah seorang budak tu pakai. OH~ memang my junior. Junior yang aku tak pernah kenal. Selamat berjuang dengan analisis forensik!

Cerita sebelum itu. Lepas jumpa Fazie di Fakulti Business dan borak-borak dengan dia. Menapak ke FSG. Letih lagi kaki sebab dah lama tak naik tangga curam. Tiba-tiba ada sekumpulan budak perempuan tegur, "assalamualaikum kak. Tumpang tanya, kenanga dekat mana ye?" Aku pun tunjuk la direction. Apakah budak itu fikir aku adalah mahasiswi yang berusia awal 20-an, yang masih bergelumang dengan buku-buku, assignemt etc2? Apa-apa pun, selamat berjuang adik, semoga terus cemerlang!

Finally, hampir jam 330 petang aku bergerak pulang ke office. Result test perlu diemail pada bos. Balik dengan peluh membasahi. Sangat panas bumi Shah Alam atau aku je yang jarang keluar petang maka terasa bahangnya lain macam.


Selamat malam semua. UiTM kenangan terindah buat aku :)






Wednesday, February 29, 2012

Prestasi Kerja

Salam Rabu semua. Tiba-tiba rasa macam nak meluahkan isi hati walaupun sebenarnya jari-jari ni macam tak terdaya nak menaip. Hari ni aku rasa lain sangat. Tak tahu apa yang lain. Cuaca lain, dan diri aku pun aku rasa lain. Entah lah.

Aku selalu keluar rumah pagi-pagi lagi. Langit belum cerah aku dah keluar. Paling lewat aku keluar 7am. Tapi 7am tu kira paling lewat la tayar kereta bergolek. Selalunya dalam pukul 7.20 -7.25 baru la cerah. Nampak la matahari macam baru nak baik. Tapi pagi tadi, pukul sebelum 7.15 pagi dah cerah. Aku takut gak kalau-kalau aku salah tengok jam. 

Sampai office macam biasa tapi hari ni office lambat la pulak bukanya. Sabar je la. Aku plan nak siapkan macam-macam hari ni. Memang la siap tapi kelam-kabut, sesak nafas aku dibuatnya. Sebelum balik tadi, tunjuk result test yang aku buat hari ni. Bos tak puas hati dan minta aku buat dari mula. Serius aku rasa down sangat. Entah kenapa. Kadang-kadang rasa bosan kerja dalam lab. Lagi bertambah bosan, bila hanya aku seorang dalam lab tu. Nak bercakap dengan siapa? beaker? hot plate? enzyme? Kalau siapa jenis banyak mulut, memang tak boleh hidup kot. Nasib la aku ni jenis kurang bercakap. Ye ke? Aku rasa aku jenis kurang bercakap. Bercakap hanya bila perlu ^__^

Bila dah rasa down semacam, terus terasa macam bos akan extend probation period aku. Sedihnya. Tapi harap-harap tak la. Dan paling rasa takut bila diri sendiri rasa takut teramat kalau tiba-tiba bos bagi surat layang. Oh NO!!! Tidakkkkkkkkkkkk. Takutnya. Seharusnya kena tingkatkan usaha untuk bergelar CHEMIST berjaya.

Sebenarnya aku rindu pada instrument. Rindu gila nak main instrument. Dalam lab aku tu, satu-satunya mesin yang aku guna adalah Spectrophotometer. Itu punya la senang gila nak operate dia, masuk vial tekan la button. Then terus dapat reading. Aku nak main dengan HPLC. Rindu gila la dekat HPLC dalam forensik dekat UiTM tu.

Kerja aku sekarang ni bukan analytical. Tapi aku buat QC test untuk macam-macam. Aku culture bacteria. So far dah culture 4 batch tapi yang jadi hanya 2 batch. Itu pun population tak tinggi. Bos suruh culture lagi satu batch. Aku memang tak boleh la dengan bacteria-bacteria ni. Sebab mesti bacteria tu tak hidup sebab aku ni kan pembersih. MUahahahaha. Aku belajar prepare medium untuk pembiakan bacteria. Hebatkan? Benda aku tak pernah belajar zaman universiti. Tiba-tiba kena buat. 

Minggu lepas aku pergi kerja luar dengan engineer company aku. Kitorang buat testing dekat lab customer kitorang. Memang letih nak mampus. Bukan sebab letih bekerja luar tapi letih sebab kerja berdiri tanpa duduk selama 4 jam. Lenguh kaki aku ni. Masa lunch tu, engineer tu kata la,"perlu ke belajar sampai Master or phd sebab once you dah kerja you akan realize yang apa you belajar tak related sangat pun dengan kerja you". YUP! Aku agree tapi aku nak juga ada paling kurang Master la. Macam sekarang, aku kerja related la jugak tapi banyak gila benda aku tak pernah belajar zaman universiti aku belajar masa kerja. Dan kerja sekarang tak berapa kena dengan minat aku. Aku suka analysis, kerja sekarang ni analysis sikit je. Arggghhhhh... Aku rindu zaman aku jadi RA dulu..

Ok la. Itu je. Aku sedang belajar untuk tingkatkan prestasi kerja aku. Bos, bagi gaji naik banyak eh bila saya dah confirm nanti? hehehe.

Selamat malam :)





Thursday, February 23, 2012

Get To Know Myself Better


Sila jangan percaya 100%. Tapi ada juga yang betul kena dengan diri aku :) You read and think about it. If it is true, then let me know. Really want to know what you think about me :)



Your view on yourself:
You are down-to-earth and people like you because you are so straightforward. You are an efficient problem solver because you will listen to both sides of an argument before making a decision that usually appeals to both parties.



The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:
You like serious, smart and determined people. You don't judge a book by its cover, so good-looking people aren't necessarily your style. This makes you an attractive person in many people's eyes.



Your readiness to commit to a relationship:
You are ready to commit as soon as you meet the right person. And you believe you will pretty much know as soon as you might that person.



The seriousness of your love:
Your have very sensible tactics when approaching the opposite sex. In many ways people find your straightforwardness attractive, so you will find yourself with plenty of dates.



Your views on education
Education is very important in life. You want to study hard and learn as much as you can.



The right job for you:
You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life.



How do you view success:
You are afraid of failure and scared to have a go at the career you would like to have in case you don't succeed. Don't give up when you haven't yet even started! Be courageous.



What are you most afraid of:
You are concerned about your image and the way others see you. This means that you try very hard to be accepted by other people. It's time for you to believe in who you are, not what you wear.



Who is your true self:
You are mature, reasonable, honest and give good advice. People ask for your comments on all sorts of different issues. Sometimes you might find yourself in a dilemma when trapped with a problem, which your heart rather than your head needs to solve.




Wednesday, February 15, 2012

Sakit Itu Ujian

Salam semua. Kembali menulis sebab rasa nak menulis tapi tak tahu nak menulis tentang apa. Terfikir nak bercerita tentang terms lagi tapi macam tak ada mood nak refresh pasal lab test yang aku buat semalam dan tadi. Memang first time dengar method tu. Tak pernah dengar langsung sejak zaman universiti atau aku yang dah lupa. Nanti-nanti aku cerita. Memang interesting (for those with chemistry background).

Semalam aku buat lab test seperti yang bos minta. Tapi hasilny gagal. Tak capai objektif dan aku sangat sedih. Tapi aku relax je sebab aku tahu aku ada buat salah somewhere dalam method tu jadi aku fikir aku boleh proceed hari ni dengan penuh keyakinan. Masa buat lab test tu semalam, aku memang agak kelam kabut. Mula-mula awal pagi tu aku okay bekerja sendirian dalam lab. Lepas bos masuk dan bincang-bincang, cakap-cakap terus aku rasa masa aku telah terbuang dengan banyaknya. Dengan aku tak berapa nak paham method tu. Terus aku rasa berpeluh semacam. Dua aircond dalam lab tu macam tak berfungsi. Aku cuba neutralizekan hasil digestion enzyme tu seperti tertulis dalam method tapi end up dia jadi solid! Macam mana aku nak cek pH kalau benda tu dah solid maka aku pun hentam ikut pahaman chemistry aku dan biarkan dia undergo distillation masa aku lunch break.

Lepas lunch terus rasa kepala rasa berat Ya Rabbi. Sakit teramat sangat. Tak tahu nak describe macam mana. Jadi aku lelap sekejap dalam 15 minit. Baru 5 minti lelap terjaga sebab rasa macam dah lama sangat tidur. Tnegok awal lagi, baru 1.35 petang. Continue tidur sampai 1.50petang. Then teruskan buat kerja dekat lab. Sampai kering solution dalam round bottom flask tapi potasssium permanganate aku tak berubah warna pun. STRESS + sakit kepala memang menyiksakan. Terus aku basuh semua glassware dan proceed dengan anaerobic vials. Ni lagi satu benda. Dah 3 batch broth aku buat tapi satu pun tak jadi. Entah apa pasal. Siap semua benda, aku melangut depan pc. Baca report, online sekejap. Buat kira-kira sekejap. Sekejap-sekejap aku tengok jam. Lambat lagi nak balik. Aku memang dah tak tahan sangat. Aku mesej Mr. XY kata pening sangat, rasa nak muntah semua ada.

Tepat 5 petang, terus aku balik. Memang sampai rumah awal. Kurang 45 minit dah sampai rumah. Sampai rumah, try muntah lagi tapi tak boleh. Keluar lendir-lendir je, maybe angin kot. Lepas tu aku tidur. Sedar-sedar Rafiq dah balik dari taman, Anis dah balik dari sekolah, kakak aku pun dah balik kerja. Aku memang dah tak larat sangat. Sampai nangis-nangis. HAHAHA. Aku memang ratu menangis (Mr. XY gelakkan aku sebab suka menangis T__T )

Maghrib tu terus kakak aku bawa pergi klinik. Sampai klinik bagi I/C dekat kaunter terus pergi toilet. Keluar semua benda dalam perut sampai aku rasa gas je keluar. Sorry. Aku tak tahu nak cerita macam mana. Tapi memang seksa. Masuk bilik Dr pun nangis-nangis lagi. Nasib Dr perempuan. Kalau Dr lelaki, lagi kuat aku menangis ;P

Dr tanya macam-macam, then dia bagi injection dekat pinggul. Dan bagi dadah yang super duper hebat. Eh, memang dekat plastik ubat tu dia tulis "drug". Drug = dadah kan? Tapi aku tak makan pun ubat tu sebab tu pain killer. Aku tahu yang Dr bagi injection tu pun pain killer. Kalau tak mustahil dalam tempoh sejam, aku dah tak sakit. Kan?

Tengah sakit-sakit, nangis-nangis tu kakak aku kata,

"macam mana nak kahwin duduk jauh-jauh nanti? kalau pregnant nanti macam mana?"

HAHAHAH. Siapa kata aku nak duduk jauh-jauh dengan suami lepas kahwin? kehkehkeh. Tapi memang sakit it ujian. Doktor kata sakit kepala tu ada banyak punca. Stress, period, low blood pressure entah apa lagi entah. Aku tengah pening sangat masa tu, mana nak dengar sangat. Then kakak aku suruh tengok frequency sakit kepala masa bila selalu kena. Bila cek diari, bulan lepas tarikh macam ni gak aku migrain. Kita tengok bulan depan. Betul tak fakta Dr tu. HAHAHA

Tadi kakak aku mesej lagi, suruh makan multivitamin dengan apa benda entah lagi satu. Aku OK kan saja. Nanti-nanti aku tengok la.

Okay la. Apa-apa pun hari ni aku dah sihat. Cuma kesan injection semalam aku rasa sakit lagi. Macam bengkak pun ye. Ingat ye semua, sakit itu ujian dari Allah :)



Monday, February 6, 2012

Current Status

Alhamdulillah.


Wednesday, January 11, 2012

Isitqamahkan Diri Bukan Mudah

Hujan tengah turun mencurah-curah membasahi bumi. Aku dari tadi dah cadang nak off laptop kemudian tidur. Sebab dah mind set esok nak bangun pukul 5 untuk bersahur. Jarang aku bangun bersahur kalau bukan bulan Rmaadhan. Kalau bangun pun, sekadar nak dapatkan pahala bersahur dengan minum air kosong seteguk dua. 


Dah masuk tahun baru kan sekarang ni? Aku tak pernah bagitau orang apa azam aku setiap tahun. Kalau zaman belajar dulu, setiap semester azam aku adalah untuk kekal pointer, cuba untuk tergolong dalam golongan Dean List. Alhamdulillah, adalah tercapai.


Sejak aku mula kerja baru ni, aku tak pernah azam apa-apa. Cuma nak tetapkan hati supaya ada simpanan setiap bulan. Aku ingat lagi kakak aku pesan dekat aku masa mula-mula aku nak kerja tetap tahun lepas. Dia pesan, "make sure tiap-tiap bulan simpan satu pertiga daripada gaji untuk masa depan." Alhamdulillah aku masih ikut sampai sekarang. Cumanya bila masa aku nak pergi holiday ke apa, memang tak terdaya la nak saving kan? Jadi, adalah termiss saving. Tapi mulai tahun 2012 ni harap-harap dah saving 40% daripada total gaji bersih. MESTI  BOLEH!


Bila dah mula kerja baru ni, aku bersyukur sangat sebab tempat kerja sekarang ni agak jauh. Sebab aku punya lebih masa awal pagi tu. Macam dulu, 6.30 pagi baru bangun. Kadang-kadang terlajak 6.45 pagi. Lepas tu mula kelamkabut nak mandi, solat apa bagai semua. Sekarang ni, aku kena bangun paling lewat pukul6 pagi. Memang bila bangun tu, azan subuh pun belum lagi sebab subuh kan lambat sekarang. Jadi bila aku bangun awal, aku akan ada masa untuk mandi (of course!) dan solat (WAJIB!) dan paling seronok aku dapat luangkan masa untuk baca Mathurat / Al-Quran. Ni memang rasa lain sangat. Rasa segar lain macam lepas baca. Setakat ni, aku tak pernah miss lagi untuk hari bekerja. Harap-harap hari cuti pun aku dapat buat. 


Esok hari Khamis. Jadi aku cadang nak puasa sunat hari Khamis. Puasa ni bila nak mulakan memang payah tapi sekali dah mula, Alhamdulillah. Rasa mudah nak teruskan. Jadi aku niat nak puasa setiap Isnin dan Khamis. Selain dapat pahala (niat ikhlas kerana Allah), dapat juga kurangkan makan (jaga kesihatan dan badan) dapat juga mengurangkan belanja (jimat kewangan). Banyak hikmah puasa ni kan? 

Memang susah nak istiqamah. Tapi aku pernah dengar, istiqamah dalam melakukan perkara yang sedikit lebih baik daripada melakukan perkara yang banyak tapi jarang sangat-sangat. Kiranya macam lagi baik kalau mengaji sehelai setiap hari daripada sebulan sekali terus 10 helai. Lebih kurang macam tu la. Aku tak reti nak explain.

Okaylah. Semoga aku terus istiqamah dalam setiap perbuatan yang baik. Perbuatan yang tak baik kita tinggalkan.

Selamat malam. Jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur dan ucapkan Alhamdulillah (atau baca doa bangun tidur) bila bangun esok pagi :)






Thursday, November 17, 2011

Samsung PL120 Dualview 14.2megapixel Digital Camera

Korang pernah dengar Groupon Malaysia tak? Groupon ni pun ala-ala milkAdeal tu. Kiranya beli online la. Aku pun tak paham sangat konsep dia macam mana. 

Hari tu kakak aku ada text aku bagitau yang ada sale untuk digital kamera dekat groupon. Daripada RM599, tinggal RM399. Kira ok la kan? Bagi aku yang tak ambil tahu sangat pasal gajet ni, harga tu dah cukup ok walaupun pada mulanya aku berkira gak nak beli sebab agak mahal la. HAHAHAHA. Kalau RM200, itu murah.

Bila aku bincang-bincang dengan Mr. XY, finally aku end up dengan tak nak beli kamera tu walaupun aku sebenarnya dah berkurun nak sangat ada kamera sendiri. Kali terakhir aku ada kamera sendiri masa form5 rasanya. Itu pun kamera yang guna kodak tu. Sekarang ni, kamera pun dah selamat entah ke mana. 

Tiba-tiba petang tadi, entah macam mana buka email ada lagi promotion dari groupon pasal kamera tu (aku subscribe roupon tu, betul ke apa aku cakap ni?). Aku terus view untuk kali entah ke berapa. Pastu aku baru dengan secara tak sengaja baca semua discussion dekat SINI. Terus hati aku kata, "OK, boleh beli". 

Dan terus aku text kakak aku minta tolong dia belikan. Aku tak reti nak beli macam mana jadi apa guna ada kakak kalau tak nak tolong adik. Kan?

Deal ni sampai esok je tau. Kalau korang rasa berkenan, cepat pergi terjah page Groupon tu.

Sebelum keypad off, sedikit sebanyak pasal kamera tu;


  • Colour: Black, Silver, Pink or Red (aku pilih red or pink)
  • Dimensions: 54.5mm (H) X 94mm (W) X 18.8mm (D)  
  • Weight: 110g
  • 14.2-megapixel 1/2.33" CCD Image Sensor
  • 5X, 26mm wide optical zoom lens
  • 2.7-inch main display (230K)
  • 1.5-inch front display (61K)
  • Front display feature modes
  • Magic Frame
  • Smart Face Recognition
  • Smart Auto 2.0 (movie / still)
  • Smart Filter 2.0
  • Smart Album
  • Face detection & tracking
  • Beauty shot
  • Object tracking AF
  • HD Movie Recording  (720p)
  • Multi slide show
  • High Sensitivity ISO3200 (Full size)

(aku copy& paste dari page tu, dengan background sekali dia copy. Hentam je la. Akibat malas nak type.)








Friday, October 28, 2011

My 2012 Calendar Almost Full (for the first half year)

Selamat Malam semua.

Belum lagi 2011 melabuhkan tirai, aku dah buka kalendar 2012. Save the datess. YUP. Banyak 's' bermakna banyak benda penting next year. Kalau ikutkan, mulanya cuti sekolah 2011 ni maka bermula la aktiviti menyibukkan diri.

Let's check it out :

18/11/2011 : Kak Liyana's Wedding Reception (Ampang)
26 - 28/11/2011 : Family vacation (yeaayyyyy. holiday mode)
18/12/2011 : Adib's solemnization (Ipoh)
31/12/2011 : Una (Taayah) solemnization (Taiping)

Year 2012

23/01/2012 : if i'm not mistaken, my cousin (father's side) Wedding Reception
5/02/2012 : KIV ->> to be informed later
March 2012 (school holiday) : Nurus Wedding Reception (Ipoh) and Kak Intan Wedding Reception (Malacca)
May 2012 : Adib Wedding Reception
August and September 2012 : KIV
September/October 2012 : Idzam Reception
December 2012 : Lokman Wedding Reception.


Anyone want to invite me for your big day? Do let me know so I can save your date here =)


note : Esok pagi akan pulang ke Ipoh untuk menghadirkan diri ke walimah Mimi.




Monday, October 10, 2011

Duit Gaji Saya

Salam malam Isnin semua. Rasa macam nak merepek sesuatu dalam blog ni tapi tak tahu nak cerita apa. Tiba-tiba entah macam mana teringat rancangan nak bercuti bersama keluarga pada penghujung November nanti. InsyaAllah. Semoga dipermudahkan segala urusan. 

Bila sebut pasal bercuti, perkara yang paling dinantikan mestilah mengabadikan kenangan dekat sana nanti kan? Dan bila diingatkan kembali, aku ni kamera pun tak ada. Jangan kata DSLR yang besar gabak tu, kamera yang kompak tu aku tak ada. Yang aku ada cuma handphone berkamera 3.2 megapixel. Itu la kamera yang aku bawa ke hulur ke hilir. Tapi tetap memuaskan hati sebab tak payah susah susah nak bawa benda banyak banyak. Charger pun bawa satu dah cukup. Tak payah fikir benda lain. 

Tapi bila umur dah meningkat ni, rasa macam nak beli sesuatu yang berharga guna duit sendiri. Macam la sebelum ni beli barang mahal mahal guna duit mak ayah (arwah ayah). Tapi aku ni boleh dikategorikan sebagai teramat berjimat cermat pun ye. Sebab apa? Bila hari tu kakak aku kata nak ajak pergi holiday, terus aku buat bajet semua. Terus keluar kalkulator untuk kira bajet bulan November, kiranya gaji bulan Oktober la. Sedangkan masa tu gaji September baru je dapat. HAHAHA.

Sebenarnya, dari awal kerja lagi aku macam dah berazam la gaji pertama aku dapat nak beli kamera. Bukan la nak beli DSLR apa bagai tu, dapat beli kamera yang harga 50,000 sen tu pun jadi la. Buat apa mahal mahal. Aku buka reti nak berseni sangat pun. Tapi bila dapat gaji pertama, masa tu dah nak dekat raya. Maka aku pendamkan hajat di hati. Bajet duit untuk keperluan raya walaupun tak ada la semegah mana pun raya nya.

Bila gaji pertama tak dapat, simpan lagi azam nak beli masa gaji kedua. Tapi, perancangan Allah tu lagi hebat. Tiba tiba tanpa disangka, bulan September lepas raya ada plan tak berapa nak besar dirancang. Maka duit harus dipindahkan ke akaun yang tak ada ATM supaya aku tak sesuka hati nak belanja sakan. Tangguh lagi niat aku. 

Nak tunggu gaji bulan Oktober, memang tak berapa nak boleh. Sebab nak pergi holiday, semua tanggung sendiri. Tak ada siapa nak tolong bayarkan. Duit raya pun tak dapat, inikan lagi nak tanggung pergi holiday. Maka berkira-kira bajet lagi la aku. Tapi kalau boleh, nak sangat dapat kamera sebelum pergi holiday. Entah kenapa dengan aku ni.

Semalam pun, bangun bangun pagi handphone blank. HITAM je. Aku dah susah hati. Dalam hati dok terfikir, "handphone ni merajuk dengan aku ke sebab aku cakap dekat mr. XY yang aku nak iphone". 2,3 kali gak la aku dok keluar masukkan bateri handphone tu tapi tetap BLANK gak. At last entah macam mana, hidayah baru sampai kot baru terfikir, "eh, entahentah handphone tak ada bateri." HAHAHHA. Macam apa je aku susah hati gelap gelap subuh konon konon handphone rosak tapi sebenarnya bateri dah KONG. 

Ok la. Nak cerita pasal nak beli kamera tu je. Korang kalau tau kamera apa yang best dengan harga plaing best, bagitau la aku. Aku tak nak yang harga 4 angka, harga 3 angka dengan angka pertama adalah < 5 adalah paling terbaik. Paham tak permintaan aku ni? Dalam ayat mudah, suggest dekat aku kamera berharga  < RM500 tapi kualiti sangat superb. Adakah?

Ok la (lagi sekali), selamat malam semua. mimpi yang indah indah ye.







Friday, October 7, 2011

7oktober2011

Salam Jumaat semua. Korang dah lunch tak? aku baru je lepas lunch nasi beriyani dengan hi-cal milo. Sangat mengenyangkan. terima kasih la buat kakak tersayang sebab bagi adikmu yang kedemukan ni bawa bekal nasi beriyani pergi office. Jimat duit hari ni. 

Pukul11 lebih tadi perut entah apa hal sakit teramat sangat. Rasa macam nak baring. Tapi nak baring dekat celah mana dalam office ni. waktu pejabat pulak tu. Gagahkan la juga diri buat kerja apa yang patut walaupun perut macam tak ikhlas nak bagi kerjasama. HUHUHU.

Petang ni (3pm) ada pembentangan bajet 2012 oleh PM kita. Macam menarik kan? Sejak dah kerja ni, sebut je pasal duit terus rasa excited. Ye la, masa student dulu kalau menempek pegi rumah kakak atau abang, sebelum balik kolej confirm ada yang menghulur. Tapi bila dah kerja ni, anak-anak dorang pulak dok minta aku hulur. HUHU. Sedih, sedih. Tapi tak pe, dah tiba masa aku hidup dengan usaha aku sendiri. Actually dari zaman degree lagi dah hidup dengan duit sendiri. Kiranya ibu dengan ayah tak tolong dah. Kakak atau abang adalah hulur sikit-sikit. Tapi aku sentiasa cukup makan pakai. Alhamdulillah berkat didikan ayah supaya tidak boros, sentiasa berjimat, beli apa yang perlu sahaja.

Bila dah kerja ni, aku pulak kena menghulur pada ibu. Ayah tak sempat nak rasa duit gaji aku. Tapi masa belajar dulu, duit scholarship pun aku bagi sikit dekat ibu ayah. Dan aku senang macam tu walaupun aku tahu ibu ayah tak minta tapi entah lah. Dah biasa. Semuanya kerana didikan seorang ayah. (mata dah berkaca tanda hujan nak turun T______T)

Untuk adik aku, aku tak bagi dia duit. HAHAHHA. Sebab dia dapat pencen arwah ayah. Jadi income dia monthly half daripada gaji aku. Banyakkan? Tapi aku bagi barang dekat dia (brooch, tudung, baju etc) Tapi aku tengok adik aku ni jenis high standard punya orang. Kecik-kecik dah pakai kasut Vincci. YE, Vincci tak mahal sangat macam GUESS tapi aku dulu pakai kasut cap kedai-okey-cine-dekat-silibin tu je. Tapi zaman berubah kan? Aku dulu guna hp pun tak reti. Ni aku tak tipu. Dah habis form5 baru aku tahu guna hp, tu pun abang aku ajar. Dan ibu beli sebab aku gedik nak hp. Beli hp pertama dekat jeti Langkawi. HAHAHA. Macam apa je kan aku ni. Adik aku darjah 5 dah reti pakai hp. Form4 dah ada laptop sendiri. Aku dulu masa diploma nak minta laptop dekat ayah pun takut-takut.Takut menyusahkan ayah walaupun aku tahu ayah akan beli laptop untuk aku guna duit LUTH aku.

Hurmmmm... cakap pasal duit ni sampai bila pun tak habis. Apa-apa pun, nasihat aku buat semua termasuk diri aku sendiri, berjimat dan menabung demi kesenangan masa depan. Memang duit tak boleh bawa masuk kubur, tapi kalau sebelum masuk kubur tu dah kena berkampung dekat hospital siapa nak bayar bil hopital kalau kita sendiri? Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara.

Selamat menonton pembentangan bajet petang ni. Orang kerajaan memang tak sabar sangat lah kan? Orang swasta macam mana?