Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Showing posts with label student life : shah alam. Show all posts
Showing posts with label student life : shah alam. Show all posts

Tuesday, March 6, 2012

Sebuah Kenangan

Salam semua. Makin hari rasa makin malas nak menulis. Tapi kalau tak dicoretkan sesuatu, risau segalanya akan pergi begitu sahaja.

Hari ni rasa letih teramat sangat. Dengan panas yang tak boleh nak bayangkan, rasa nak duduk rumah minum air sejuk bergelen-gelen. Tengahari tadi, pergi ke UiTM Shah Alam atas urusan kerja. Terima kasih buat yang membantu aku. Terima kasih juga buat emak Fazie sebab belikan kain dari Bandung yang sangat cantik!

Sampai UiTM tadi hampir pukul1.40 petang. Cadangnya nak pergi lunch dekat seksyen 2 dulu tapi memandangkan semester dah mula jadi aku malas nak bersesak dekat sana. Dan aku juga tak nak lambat masuk UiTM sebab takut tak dapat parking. Bila masuk je pagar UiTM, terasa satu perasaan aneh dalam diri. SERIUS! Aku sangat rindukan zaman belajar.

Terus park kereta dekat Seroja dan menapak ke Menara SAAS sama seperti zaman belajar dulu. Agak semput la. Sebab dah lama gila kot tak berjalan jauh, menaiki bukit macam tadi. Dari menara, terfikir macam mana ye nak pegi Fakulti Business sebab nak jumpa Fazie dekat sana. On the way ke sana, sempat update status ke FB.



azila,
sahabat bertemu-pernah-tertegur-tidak di UiTM Arau. Bila further degree, she was my classmate. Mula-mula tak rapat sangat tapi tak ingat semester berapa kami jadi rapat sebab bilik kami satu floor. Azila sangat rajin. Anak pahang yang rajin dan sempoi. Sangat bercita-cita tinggi.

Zila, really miss u girl. Moga kau lulus dengan cemerlang exam OSH itu ok? Nanti boleh kerja gaji besar, belanja aku makan sedap-sedap.

Bayu,
Sahabat sejak zaman diploma. Terlalu banyak untuk diceritakan. Aku pernah cerita dulu. Tentang Sahabat. Sekarang meneruskan perjuangan di bumi USM. Wish you all the BEST Bayu. Dan aku teramat berterima kasih pada Bayu kerana tak pernah jemu membantu aku. Hatta hingga kini, walaupun aku dah bekerja dan dia meneruskan perjuangan, aku banyak teramat sangat minta tolong sikit. Bila otak aku agak-agak dah mereng, terus SMS Bayu minta tolong. Bayu, you are really a great buddy!


***************************


Selesai urusan. Jam hampir 3 petang. Perut kosong minta diisi. Aku merajinkan diri menapak ke Cafe Menara. Cadang nak beli cucuk-cucuk je (budak UiTM mesti tau) dan juga air. Air tembikai! Sedapnya. Masuk cafe tengok ada mee goreng yang sangat meggoda perut. Terus beli dan makan dengan tenang seorang diri. RELAX. Aku tak kisah pun makan sorang-sorang. Mati nanti pun sorang-sorang gak kan dalam kubur? 

Memang nikmat sebab perut dah lapar sangat. Nasib tak migrain je. Elok aku nak habis makan, datang sekumpulan budak lelaki duduk selang 1 meja di hadapan aku. Aku perhatikan gerak geri, tingkah laku mereka. Sungguh seperti adik-adik. Teringat aku zaman belajar. Dan tiba-tiba terpandang baju yang salah seorang budak tu pakai. OH~ memang my junior. Junior yang aku tak pernah kenal. Selamat berjuang dengan analisis forensik!

Cerita sebelum itu. Lepas jumpa Fazie di Fakulti Business dan borak-borak dengan dia. Menapak ke FSG. Letih lagi kaki sebab dah lama tak naik tangga curam. Tiba-tiba ada sekumpulan budak perempuan tegur, "assalamualaikum kak. Tumpang tanya, kenanga dekat mana ye?" Aku pun tunjuk la direction. Apakah budak itu fikir aku adalah mahasiswi yang berusia awal 20-an, yang masih bergelumang dengan buku-buku, assignemt etc2? Apa-apa pun, selamat berjuang adik, semoga terus cemerlang!

Finally, hampir jam 330 petang aku bergerak pulang ke office. Result test perlu diemail pada bos. Balik dengan peluh membasahi. Sangat panas bumi Shah Alam atau aku je yang jarang keluar petang maka terasa bahangnya lain macam.


Selamat malam semua. UiTM kenangan terindah buat aku :)






Saturday, November 20, 2010

meet my twin

aku sangat2 la tak tahu yang aku sebenarnya ada kembar! serius weiii... tak ada sape2 dalam family yang cerita yang aku ada kembar hingga la ke saat aku pergi program minggu lepas.

dan sekarang ni, aku dengan berbesar hati dan berbangga nak show off [okey, perkataan ni sangat tak sesuai] kat you all my twin.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


suspen


.
.
.
.
.
.
.
.



suspen




.



Friday, November 19, 2010

Program Destini Kenegaraan Siri I

Tarikh : 12-14 November 2010
Tempat : Kem PLKN Pelangi Hill Resort, Kerling, Kuala Kubu Baharu

fail yang diberi percuma =)

view yang sangat2 cantik!

another beautiful view

FSG representatives. 3 "couples" =p

finalis gadis melayu??

aktiviti bebas aku di waktu petang = posing depan kamera =)

dinner time... not so yummy~

3 gadis yang jakun dengan phonebooth.. dah lama kot tak guna public phone.

bluetooth-ing time!

six of us with our new jr friends

group presentations

this is my group! proud of you guys!!!

group 11. CANDID!

group 11. tapi tak cukup. sepatutnya ada 22 orang.

and again group 11

salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam...



 lots of L♥VE

Tuesday, October 12, 2010

Majlis Anugerah Saintis Muda

Tarikh : 3 Oktober 2010
Masa : 9pagi -3petang
Tempat : Wisma PKPS, Shah Alam

p/s: layan gmbar je la ye? malas la nak bebel banyak2

from left : missjue, dila, fendi, kak azie(berdiri), eha

from left : effa, norli, eha(again), bayu

missjue and dila yang kebosanan dan kelaparan tunggu lama sangat

with our certificates

click2 while listening to Dean

our last chance

roomate a.k.a teammate a.k.a everything. thanx girls for being such a great friends!


salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam...


lots of L♥VE

Tuesday, August 24, 2010

Menu bersahur

lepas sahur tadi aku terus on laptop sebab nak mengadap MukaBuku... sungguh la tak solehah kan?
pastu tanpa diduga, tiba2 roomate aku cakap, "jue, update la blog sahur pe pagi ni"
hehehe... terasa comel la pula kawan aku ni bila suggest macam tu. kalau dekat kolej ni, memang la aku sahur ala kadar je. tak ada la nasi apa bagai macam sahur kat rumah. cukup sekadar satu mug cereal dan beberapa keping roti. tapi tadi bersahur dengan beberapa ketul nasi impit bersama kuah kacang. sangat sedap tapi aku makan sikit je. terasa kenyang. 
ermmm... aku rasa aku akan merindui saat2 bersahur bersama kawan2 zaman belajar macam mana aku rindu bulan puasa zaman sekolah dan diploma dulu.

okey, nak stop dulu. roomate dah tanya, "kata nak tidur." hehehe... sebab 830 pagi nanti ada mock crime scene. huh! dah lama gila tak menapak ke fakulti. macam malas nak daki bukit segala bagai. 

jumpa lagi nanti. thanx sebab singgah. jangan lupa klik iklan apa yang patut. nak kumpul duit beli baju raya ni =)




salam mahabbah
salam ukhwah 
wassalam...


lots of L♥VE

Friday, August 20, 2010

Menu berbuka puasa

aku dah macam jemu makan nasi masa berbuka.
cadangnya nak try menu lain untuk hari ini. tapi kebetulan aku tinggal berdua dengan kawan aku kat kolej ni. jadi nafsu untuk berjalan2 di bazar yang sekangkang kera di kampus ni makin menipis tambahan pula kawan aku tu dah selamat pergi berjalan mengurut kaki sambil mengukur setiap inci shopping complex yang tak berapa nak ada dekat shah alam ni. huh!! gila punya panjang ayat sampai aku pun pening bila baca balik.

opss... lupa nak bagitau semalam Hafiz AF-tak-tahu-AF-berapa dengan Aril pun-tak-tau-AF-berapa dan Tini sera Anne penyampai Hot.fm tu datang jalan2 dekat bazar yang sekangkang kera itu. entah tengah buat rakaman untuk apa pun aku tak tau.
okey. stop cerita pasal bazar sekangkang kera dan artis2 itu.

petang ni terasa nak makan KFC. boleh tak? tapi semalam macam dah set minda ni nak makan yong tau fu. aduh.. nafsu.. nafsu... tapi kan semalam gila kempunan nak makan bihun sup tapi jumpa at last makan nasi tomato yang mahal tapi sedap tu. ayat pening2 lagi.

apa pendapat korang ye? nak makan apa ni... dah jemu mengadap murtabak lagi2 aku terkesan bila baca surat pembaca dalam akhbar Utusan beberapa hari yang lepas. tajuk dia "Sedapnya murtabak bazar ramadhan". nak baca? cari la sendiri. sebab hari tu aku baca hardcopy punya newspaper bukan softcpoy.. hahahaa...




salam mahabbah 
salam ukhwah
wassalam...



lots of L♥VE

Tuesday, August 17, 2010

Academic Visit [Part 3]

tempat : Jabatan Kimia, Petaling Jaya
tarikh : 13 Ogos 2010
masa : 9am - 12pm

 Pusat Sains Forensik, Jabatan Kimia Malaysia

 tak ada gambar aku. ni group lain.

thanx sebab terima kehadiran kami =)


salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam...


lots of L♥VE

Saturday, August 14, 2010

Academic Visit [Part 2]

Tempat : Makmal Forensik PDRM, Cheras
Tarikh : 5 Ogos 2010
Masa : 9am - 12pm

taklimat sebelum tour makmal tu


 kat luar seksyen siasatan tempat jenayah [CSI]



dalam bas nak balik shah alam.




salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam...



lots of L♥VE

Saturday, August 7, 2010

Academic Visit [Part 1]

Tempat : Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Serdang
Tarikh : 4 Ogos 2010
Masa : 9am - 4pm

 the girls, lecturers and the forensic specialist.


 boys, lecturers and the forensic specialist


we are the forensic students with our lecturers and forensic specialist


katahati :: thanx to Dr for giving us so much knowledge on that day and giving us new experience =)


 nota : ini entry autopublish. harap maklum


salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam...



lots of L♥VE

Thursday, July 15, 2010

Hari ke-4

salam semua.
pagi2 ni aku mencuri waktu untuk menaip sesuatu sebelum bersiap untuk ke court
hari ni dah masuk hari ke-4 aku berulangalik ke mahkamah
untuk apa???
nanti aku cerita.
sangat meletihkan bila terpaksa turunnaik mahkamah
kerana sesugguhnya mahkamah tu memang terletak di atas bukit dan memaksa aku turunnaik tangga pergi dan balik. sangat letih.
semalam extraaa letih. keluar ke court jam 8 pagi dan pulang ke kolej jam 930 malam.
apa aku buat? nanti aku story...
oh, aku sangat rindu untuk berBW tapi keadaan sangat tak mengizinkan.
ni pun curi2 masa lepas solat subuh untuk post entry.
masih mengumpul bahan untuk dibebelkan.
mungkin esok aku post sesuatu yang BEST untuk dibaca.. insyaAlllah kalau tak ada aral melintang.
sekian untuk waktu ini.
mohon maaf sekali lagi.


katahati :: rajin2 ye klik nuff aku.. aku dapat lagi satu BE... ni yang bertambah sayanaaaaaaannnggggggggg kat nuff... =)


salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam...



lots of L♥VE

Monday, July 5, 2010

now at shah alam

salam.
sekarang aku di shah alam.
opppsss.. lebih tepat lagi Bukit Raja.
menumpang sementara di rumah abang
sebelum keputusan rayuan kolej dikeluarkan rabu ni [7julai2010]
nasib2.. 
hari rabu gak ada taklimat praktikal.
oh ya,
tadi telah selamat menyambar 2 helai blouses
huh!
nasib baik duit kerajaan JPA tak masuk lagi
kalau takkk, satu PKNS aku shopping.
okey
sakit kepala
nanti bebel lagi



pesanan : doa2 la aku dapat kolej. tak larat nk ulangalik Bukit Raja-UiTM Shah Alam. gila jam dekat gate belakang UiTM. another reason, aku tak mau park kereta dekat padang kawad dan aku gak tak mau kena saman. kaya la UiTM kalau aku kena saman... haaaiihhh.. nasib2


bebel sikit : tadi entah bape kali aku pusing2 dekat parking atas belakang Melati. penuh weiii... siap double park lagi. memang la budak2 UiTM ni kaya2.. eh, aku tak kaya, aku pegi tadi guna kete kakak ipar aku yeeee. aku mana ada kete. tu sebab aku nak dok kolej. boleh aku kayakan RapidKL lagi.



salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam...



lots of L♥VE

Thursday, June 17, 2010

Finally, berjaya juga!

ingat lagi entry ini dan  ini??

akhirnya aku berjaya menembusi pagar besi yang ramai peminat.

walaupun aku dah tahu lama result aku [maksud aku last week] tapi aku tetap tak puas hati selagi bukan jari aku ni yang membuatkn aku berjaya access ke examination result button.

finally, setelah penat aku merajuk dengan student portal UiTM ini lah hasilnya

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


sila lihat pada kotak merah itu.
p/s: niat aku bukan nak tayang result DL aku ye... tapi aku teramat bersykur sehingga menitiskn air mata.
setelah target utama aku masa degree ini tidak kesampaian lagi untuk aku capai tapi sekurang2nya aku berharap agar impian kedua aku tercapai.
mohon sama2 doakan terbaik untuk aku agar dapat aku hadiahkan buat bonda 
dan teristimewa buat arwah ayahanda tersayang.
aku selalu yakin dia sentiasa ada untuk aku walau dunia kami berbeza.




salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam...



lots of L♥VE

Friday, June 11, 2010

Finally, it is completely DONE!

salam semua...
tak ada benda nak cerita tapi rasa nak tulis soemthing gak.
so hari ni nak cerita pasal thesis aku yang dah siap itu
Alhamdulillah... sangat2 lega
dan penuh harapan aku berharap [?] segala usaha, penatlelah, airmata [?] yang aku berikan selama tempoh aku bergelumang dengan thesis, bertafakur di dalam lab 12jam sehari, membelek ScDirect sambil berfacebook akan membuahkan hasil... ameen~

okey laaa...
aku nak tayang thesis aku yang dah siap dihardcoverkan.


 Front page



approval page yang ditandatangani oleh orang2 penting.
benda2 penting terpaksa diblurkan sebagai langkah2 keselamtan.

p/s : aku lupa lak nak snap acknowledgment page. kalau tak, korang leh tau sape insan bertuah yang namanya terpilih untuk memenuhi ruang thesis aku... hehehe...

pesan lagi : ni entry sukasuki je...
 

salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam...



lots of L♥VE

Tuesday, June 8, 2010

Result Exam

khamis ni insyaAllah result exam akan keluar.
risau lak aku... tak sangka dah sebulan lebih aku cuti.
rasa macam baru je.
mungkin sebab lepas habis final exam aku bz dengan thesis.
jadi berulangalik ke UiTM.
dan sekarang thesis aku dah selamat hantar...
Alhamdulillah
okey la...
buat semua readers,
tolong doakan yang terbaik untuk aku.
THANX

sayang kamu semua!!





salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam


lots of L♥VE

Wednesday, May 26, 2010

penantian hampir berakhir

salam semua
aku bersiaran langsung dari foyer Menara SAAS, UiTM Shah Alam
sangat mengantuk saat
terhibur tengok gelagat2 para graduan yang baru dapat skroll sekejap tadi
okey,
TAHNIAH untuk semua yang bergraduasi pada Konvokesyen UiTM kali ke72 ini
insyaAllah kali ke74 giliran aku pula bergraduasi... ameen~

oh, yaaa... aku dah selamat hantar ke kedai thesis aku untuk dihardcoverkan... kalau x ada aral melintang, insyaAllah nexy monday boleh la aku submit ke SV aku... ameen~
malam ni akan ke rumah big brother kt Putra Perdana, Puchong... tapi rasa macam nak tidur rumah dear sist je. tak jauh pun rumah diorang... selang dalam +/- 10 buah rumah rasanya... 
sekarang ni aku letih teramat sangat. purse pun makin kempis.

aku nak citer sikit, semalam dan hari ni aku print kt satu tempat ni [terpaksa dirahsiakn atas sebab2 tertentu] +/- 100 helai = RM30+... dan tadi aku print kt tempat lain lak 72 helai = RM15... seeeee???? bertambah jauh bezanya??? untuk print sahaja dalma tempoh 3 hari aku telah sedekah ke tmpt2 tersebut RM45+.. =(

hardcover tu rasanya RM18 each. aku buat 2 copies = RM36... overall = RM81+... tak termasuk draft2 thesis aku yang dah kena reject... nasib baik sebelum2 ni aku print sendiri..tak ada la sakit sangat. kali ni x dapat nk print sendiri sebab printer aku kat rumah dear sist. tak kan aku nk angkut printer tu pergi fakulti lak kann?? kan??
dan kalau tak salah aku, thesis ni blh claim dkt penaja pelajaran aku a.k.a JPA. tapi aku x tau cmne caranya.. ada sape2 tau??? kalau anda tau, tolong bgtau saya yeee... saya mau claim sama mereka.. =)

okey laaa.. nanti aku bebel aku. tengah tunggu makcik aku call nak balik rumah dia. sementara aku nk siapkn thesis ni, aku menumpang kat rumah pakcik aku a.k.a adik bongsu bonda... THANX acu!!


salam ukhwah
salam mahabbah
wassalam



lots of L♥VE