Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Showing posts with label UiTM Shah Alam. Show all posts
Showing posts with label UiTM Shah Alam. Show all posts

Tuesday, March 6, 2012

Sebuah Kenangan

Salam semua. Makin hari rasa makin malas nak menulis. Tapi kalau tak dicoretkan sesuatu, risau segalanya akan pergi begitu sahaja.

Hari ni rasa letih teramat sangat. Dengan panas yang tak boleh nak bayangkan, rasa nak duduk rumah minum air sejuk bergelen-gelen. Tengahari tadi, pergi ke UiTM Shah Alam atas urusan kerja. Terima kasih buat yang membantu aku. Terima kasih juga buat emak Fazie sebab belikan kain dari Bandung yang sangat cantik!

Sampai UiTM tadi hampir pukul1.40 petang. Cadangnya nak pergi lunch dekat seksyen 2 dulu tapi memandangkan semester dah mula jadi aku malas nak bersesak dekat sana. Dan aku juga tak nak lambat masuk UiTM sebab takut tak dapat parking. Bila masuk je pagar UiTM, terasa satu perasaan aneh dalam diri. SERIUS! Aku sangat rindukan zaman belajar.

Terus park kereta dekat Seroja dan menapak ke Menara SAAS sama seperti zaman belajar dulu. Agak semput la. Sebab dah lama gila kot tak berjalan jauh, menaiki bukit macam tadi. Dari menara, terfikir macam mana ye nak pegi Fakulti Business sebab nak jumpa Fazie dekat sana. On the way ke sana, sempat update status ke FB.



azila,
sahabat bertemu-pernah-tertegur-tidak di UiTM Arau. Bila further degree, she was my classmate. Mula-mula tak rapat sangat tapi tak ingat semester berapa kami jadi rapat sebab bilik kami satu floor. Azila sangat rajin. Anak pahang yang rajin dan sempoi. Sangat bercita-cita tinggi.

Zila, really miss u girl. Moga kau lulus dengan cemerlang exam OSH itu ok? Nanti boleh kerja gaji besar, belanja aku makan sedap-sedap.

Bayu,
Sahabat sejak zaman diploma. Terlalu banyak untuk diceritakan. Aku pernah cerita dulu. Tentang Sahabat. Sekarang meneruskan perjuangan di bumi USM. Wish you all the BEST Bayu. Dan aku teramat berterima kasih pada Bayu kerana tak pernah jemu membantu aku. Hatta hingga kini, walaupun aku dah bekerja dan dia meneruskan perjuangan, aku banyak teramat sangat minta tolong sikit. Bila otak aku agak-agak dah mereng, terus SMS Bayu minta tolong. Bayu, you are really a great buddy!


***************************


Selesai urusan. Jam hampir 3 petang. Perut kosong minta diisi. Aku merajinkan diri menapak ke Cafe Menara. Cadang nak beli cucuk-cucuk je (budak UiTM mesti tau) dan juga air. Air tembikai! Sedapnya. Masuk cafe tengok ada mee goreng yang sangat meggoda perut. Terus beli dan makan dengan tenang seorang diri. RELAX. Aku tak kisah pun makan sorang-sorang. Mati nanti pun sorang-sorang gak kan dalam kubur? 

Memang nikmat sebab perut dah lapar sangat. Nasib tak migrain je. Elok aku nak habis makan, datang sekumpulan budak lelaki duduk selang 1 meja di hadapan aku. Aku perhatikan gerak geri, tingkah laku mereka. Sungguh seperti adik-adik. Teringat aku zaman belajar. Dan tiba-tiba terpandang baju yang salah seorang budak tu pakai. OH~ memang my junior. Junior yang aku tak pernah kenal. Selamat berjuang dengan analisis forensik!

Cerita sebelum itu. Lepas jumpa Fazie di Fakulti Business dan borak-borak dengan dia. Menapak ke FSG. Letih lagi kaki sebab dah lama tak naik tangga curam. Tiba-tiba ada sekumpulan budak perempuan tegur, "assalamualaikum kak. Tumpang tanya, kenanga dekat mana ye?" Aku pun tunjuk la direction. Apakah budak itu fikir aku adalah mahasiswi yang berusia awal 20-an, yang masih bergelumang dengan buku-buku, assignemt etc2? Apa-apa pun, selamat berjuang adik, semoga terus cemerlang!

Finally, hampir jam 330 petang aku bergerak pulang ke office. Result test perlu diemail pada bos. Balik dengan peluh membasahi. Sangat panas bumi Shah Alam atau aku je yang jarang keluar petang maka terasa bahangnya lain macam.


Selamat malam semua. UiTM kenangan terindah buat aku :)






Friday, October 14, 2011

Tentang dia, kawan saya.

Selamat malam semua.

Tibatiba malam ni rasa nak menconteng sesuatu. Sebenarnya aku nak tidur dah tapi bila buka FB, layan komen seorang kawan ni buat aku rasa rindu nak bergelar pelajar semula. SERIOUSLY! Rindu teramat sangat nak belajar balik.

Kawan aku seorang ni nama dia Bayu. Pelajar terbaik program aku masa degree dulu. Sekarang tengah sambung master dekat USM. Dia course mate aku masa diploma dekat Arau dulu and jadi classmate aku masa degree. Masa diploma aku tak rapat sangat dengan dia. Biasa-biasa saja. Tegur pun biasa-biasa saja. Tapi bila masuk degree, kami jadi rapat. Sebab daripada hampir 80 orang coursemate aku masa diploma dulu hanya 4 orang je yang pilih bidang yang sama dengan aku. Yang selebihnya pilih bidang lain. Jadi dari situ aku rapat dengan Bayu. 

Masa hari pertama kuliah semester pertama tahun pertama degree, aku, Bayu dan Eya sama-sama menapak cari jadual kelas. Disebabkan kami banyak exemption untuk subjek kimia maka kami boleh drag banyak subjek semester-semester atas masa semester pertama. Jadi agak pening juga la nak cari slot untuk selit mana-mana kelas yang boleh. Ingat lagi masa semester tu, aku ada kelas dari jam 9.30 pagi hingga 10malam. Rehat kami hanya 20minit waktu lunch (itu pun tak sempat nak lunch sebab jarak kelas sebelum dan kelas selepas tu jauh) dan 60 minit untuk solat asar maghrib dan makan malam. Kalau bulan puasa lagi haru sebab kelas malam akan mula lewat sikit maka akan drag kadangkadang hingga pukul1030 malam.

Bila naik semester atas-atas, kami jarang ke kelas bersama tapi aku agak rajin menapak ke bilik Bayu sebab dia rajin. Dan dia pandai. Aku banyak bertanya pada dia. Dia rajin baca buku. Macam-macam jenis buku. Dan bila sampai tang final year project, kami dapat supervisor sama. Tajuk thesis kami pun lebih kurang sama. Maka kami banyak bekerjasama lagi. Dan aku banyak juga belajar dari dia. Dan kami sama-sama belajar. Masa buat thesis tu, baru aku sedar minat aku ke arah analisis. 

Masa aku jadi RA dulu pun, aku masih bekerja dengan Bayu. Tapi kali ni tajuk project kami lain. Tapi aku masih refer pada dia untuk sebarang analisis data. Bayu seorang yang sangat menjaga kesihatan. Zaman belajar dulu, dia rajin jalan kaki panjat bukit dari Melati nak pergi FSG dekat Menara SAAS tu. Kalau aku, confirm-confirm la aku akan tunggu bas. Bayu suka breakfast makan nenas. HAHAHA. Ni paling aku ingat. Dan apa lagi ye? Banyak juga la kenangan aku dengan Bayu. 

Walaupun kami tak lah rapat macam BFF tapi Bayu ajar aku banyak benda. Tadi masa berbalas komen di FB, aku minta Bayu forward pada aku any lecture notes dia yang interesting dan dia sangat-sangat terbuka untuk share dengan aku. Thank you Bayu! 

Kalau la sekarang ni aku masih belajar lagi, pasti aku ingin jadi classmate Bayu lagi. HAHAHA. Rugi pula rasanya tak cuba minta USM sama macam Bayu dulu. Tapi tak apa. Bayu memang sangat bertekad untuk jadi lecturer maka sebab itu dia sambung master. Aku? Terumbang ambing lagi. Sekarang macam 50-50. Allah dah tetapkan untuk aku cuma aku kena yakin dengan keputusan aku. InsyaAllah.



Note : pernah dengar cosmetic science? sound interesting kan? ada tak universiti kat Malaysia yang offer program ni? =)






Saturday, August 6, 2011

Makan-makan bersama rakan-rakan RA. Thank you to all RA's!!

Tarikh : 29 Julai 2011
Masa  : 3pm - 5.30pm
Tempat : Tasik Seksyen 2, Shah Alam


2 hari sebelum puasa hari tu, kitorang (RA-RA) yang ada dekat lab forensik telah sepakat membawa berkat untuk mengadakah sedikit majlis. Semua ni kerana ada yang nak pergi sambung master (Bayu : USM, Fazie : MBA UiTM, Eha : UiTM, Norli : UiTM) dan untuk aku juga yang bakal meninggalkan UiTM untuk bekerja di tempat baru (tentang kerja baru ni aku akan cerita entry lain).

Maka, layan la gambar-gambar yang tak seberapa tetapi saya sangat gembira!


kitorang buat tukar-tukar hadiah. ini adalah antara hadiahnya. ada gak game.



lepak-lepak sambil tengok gelagat orang dan borak-borak kosong. ni tengah tunggu Fazie dan Hurin dari Puncak Perdana. Semua dah kelaparan waktu ni.


sampai je Fazie (bertudung biru baju hitam) dan Hurin (tudung putih baju kuning) terus si Paei (lelaki bersweater hitam) baca doa makan dan kami semua terus capai makanan. Tapi sebelum tu cuci tangan dulu ye. Menu kami petang itu ialah 3 pan besar pizza, 3 pan regular pizza, satu bekas murtabak maggi (homemade by Paie) dan juga kek!


Kek yang sangat sedap. Hazelnut-apa-entah nama dia. Maaf la sebab tayang gambar sedap-sedap bulan-bulan puasa ni. 

Finally, group photo. Ten of us. 
Colored picture from left : Lica, Fuzzy Ixora, Missjue, Paie, En. Dzahir (lab assistant tapi muda dari aku), Cik Nana (tudung purple), Cik Bayu, Norli d Hot, Eha mom-to-be and Hurin little girl.



_THE END_







Wednesday, May 18, 2011

Istiadat Konvokesyen ke-74 UiTM (Sidang ketiga)

Tarikh : 14 Mei 2011
Masa : 8 am - 12 pm
Tempat : DATC, UiTM Shah Alam

Alhamdulillah. Dengan izin Allah serta berkat sokongan dan dorongan daripada kaum keluarga serta sahabat-sahabat tersayang akhirnya aku berjaya menamatkan ijazah pertamaku. Terima kasih buat semua yang sentiasa mendoakan aku terutama bonda tercinta. 

Dan kini aku merupakan seorang graduate BSc. (Hons) Chemistry ( Forensic Analysis). Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan berjuta-juta terima kasih kepada :

  • pihak UiTM kerana menerima aku menjadi antara beribu pelajar UiTM.
  • pihak JPA kerana menaja pembelajaran aku selama 2 tahun setengah aku belajar di UiTM.
  • tenaga pengajar (Dr2, profesor2, encik, puan2, miss2) bagi program AS233, terima kasih di atas segala ilmu, nasihat, tunjuk ajar dan segala-galanya.
  • pemandu-pemandu bas RapidKL dan juga pemandu-pemandu bas UiTM. Tanpa kalian, mungkin saya sudah kurus turun-naik-turun-naik bukit di kampus UiTM Shah Alam itu.
  • kawan-kawan sekelas. Thanks a lot!! you guys are really great friends!
  • my Mr. XY. Terima kasih atas sokongan daripada jauh. Memahami bila saat saya sedang bertempur dengan dateline untuk reports, assisgnments, FYP dll. Thank you so much special friend!
  • last but not least, ahli keluargaku tersayang. Ibu, abang og, kak anom, kak jai, abang shukri, abang jo, kak suzi, adik ija dan 5 orang kanak-kanak ribena. Terima kasih di atas sokongan moral dan material. 

for more pictures; 

Tuesday, May 17, 2011

flowers everywhere

from Ibu, adik and ibu cho. Thanks for coming!

4 pink  'sabun' roses + 1 graduate teddy

akak @ jue...
~ congratulations!!!
~ moga dapat phd & master lepas ni... insyaAllah..
~ may all dreams come true

lots of LOVE,
adik, ibu, ibu cho
~ 14/5/11

5 fresh roses + 2 kitties from annur and dek yah

fresh roses in modified drinking water bottle.

biggest bouquet of flowers i ever had

1 big red roses surrounded with 'missing' chocolate

thanks to you-know-who-you-are!!

can you see the big fresh red rose??


and finally

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


i am officially graduate from UiTM di hatiku!



Friday, April 1, 2011

Baju terbaik untuk hari teristimewa

Ingat lagi tak entry aku tentang konvokesyen UiTM kali ke-74? Tak lama je lagi. Ada la lebih kurang sebulan lebih. Tadi masa lunch dengan ex-classmate yang sekarang ni berkhidmat sementara untuk UiTM di hatiku seperti aku, cakap la pasal konvo. Macam-macam la hal yang dicakapkan. Termasuk la perihal baju yang nak diperagakan masa konvo nanti. Zaman belajar ni, bila masa annual dinner dengan konvo je la masa untuk student melaram dengan beraneka jenis pakaian. Tapi kalau UiTM konvo, pelajar perempuan kena pakai pakaian kebangsaan maknanya baju kurung/kebaya/kebarung. Untuk ibu-ibu mengandung, boleh la pakai pakaian yang selesa. Tapi tak boleh nak tayang-tayang betis/paha (kain tu jangan la macam tak cukup benang nak jahit sampai bawah).

Sebenarnya, sejak tarikh konvo lagi aku dah terfikir nak pakai baju warna apa. Macam masa diploma dulu, aku pakai baju kurung warna pink. Masa tu tak terfikir nak pakai baju baru atau apa-apa je. Tapi bila balik ipoh, ibu kata dia bagi hadiah kat aku baju konvo. Kain ela tu dia pesan dekat kawan dia di Indonesia. Suka sangat!

Kali ni pun aku rasa macam nak pakai warna lembut-lembut juga. Tapi tak tahu lagi warna apa, kain apa or etc. Masa diploma dulu baju dia warna polos bersulam, kain bercorak batik. Kali ni cadang nak pakai borak batik sebab aku tak ada lagi baju batik tapi macam nak juga pakai baju kain kosong. Entah la. Yang pasti, baju tu nanti kena la match dengan hood. Aku rasa untuk FSG hood warna kuning. Jadi nak la cari baju yang warnanya sesuai nak match dengan hood tu. Warna jubah aku rasa tak jadi masalah sebab warna dark blue jubah konvo UiTM sesuai dengan semua warna.

Okey la. Kalau ada suggestion nak suruh aku pakai baju color apa or design macam mana, bagitau la aku ye.
Daaaaa~



aku yang terexcited nak konvo =P,

Saturday, March 26, 2011

Istiadat konvokesyen UiTM kali ke-74

Akhirnya, tarikh yang ditunggu-tunggu keluar juga. Penuh debaran aku tunggu tarikh konvo ni. Takut bertembung dengan tarikh rancangan bersama keluarga. Last week, masa lalu dekat pejabat am fakulti ada iklan untuk student yang kerja masa konvo nanti (aku tak ingat apa istilah nya). Tengok kat iklan tu, tarik perkhidmatan dari 11 sampai 28 may 2011. Kalau tak salah la. Jadinya aku dah mula susah hati kalau tarikh tu bertindih. Jenuh la dok berharap minta tarikh tu tak bertindih. 

Tadi gatal-gatal pergi buka website bahagian konvo. YEAAAYYYY! Tarikh konvo dah keluar. Harap-harap tak ada perubahan. Untuk bakal-bakal graduan yang bakal konvo dekat Kampus Shah Alam, boleh la rujuk sidang konvo anda di sini. Bagi bakal graduan yang berkonvo di cawangan masing-masing, sila la rujuk bahagian konvokesyen ni. 

TAPI, paling best konvo kali ni dekat dewan baru. Namanya Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC). Dengar kata dewan ni boleh menampung 5000 orang. Kiranya mak ayah yang datang jauh-jauh nak tengok anak dapat skrol tak payah la bersesak panas bawah khemah atau dekat Annexe. 

To all, CONGRATULATION!!


source : google