Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Showing posts with label quick update. Show all posts
Showing posts with label quick update. Show all posts

Tuesday, July 8, 2014

Setelah Sekian Lama

Salam semua.

Lama sangat-sangat tak menulis dalam ni. Entah bila kali terakhir berkunjung pun tak pasti. Apa-apa pun perasaan untuk menulis tak pernah surut cuma kekangan waktu dan kesibukan dengan urusan harian.

Secara ringkas;

Pertamanya, Salam Ramadhan buat semua yang membaca. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya.

Keduanya. Alhamdulillah cinta hati kesayangan saya telah menginjak usia satu tahun pada 13June yang lepas. Terasa bagaikan semalam saya melahirkan dia. Dan kini dia membesar dengan sihat, bijak, insyaAllah solehah juga hendaknya. Niat di hati untuk menulis catatan perkembangan Hannan Izdihar dari usia 9bulan hingga 12bulan. Tapi masa sangat tidak mengizinkan.

Ketiganya, Alhamdulillah. Saya kini bergelar pelajar semula. Semoga segera selesai urusan pengajian ini supaya dapat sama-sama membantu suami dalam urusan rumahtangga kami. InsyaAllah.

Keempat, kami masih bertiga. Belum ada perancangan untuk adik Hannan. Masih terlalu banyak untuk difikirkan. Merasakan diri masih banyak kekurangan dalam bergelar seorang IBU.


Mungkin cukup sekadar ini. Hingga berjumpa lain waktu.

Wassalam.


Tuesday, June 25, 2013

Current Status; Like & Comment : Syukur, Alhamdulillah

Salam semua.
just a short update sebab menaip menggunakan tab adalah sangat tidak bahagia tapi sebelum cerita jadi basi, maka mari cepat-cepat update seringkas mungkin (?).

Tidak mahu terus berkara-kata, biar gambarajah pengganti bicara.


Status dua hari selepas bersalin. Terima kasih buat semua yang Like dan Komen statusini. Status yang paing banya Like dan Komen sepanjang aku ber"facebook". 


Hannan Izdihar. Permata hati yang dikandung selama 38minggu 4hari. 
Terima kasih buat doa kalian kepada puteri kesayangan ini. 

Wednesday, October 31, 2012

Kondisi Diri

Salam semua.

Just a short and quick update.

Kondisi diri sangat tidak baik kebelakangan ini. Secara fizikal dan mental.

Fizikal asyik lemah lemau. Petang-petang asyik nak tidur. Dengan cuaca tak menentu sekarang ni memang menduga ketahanan badan. Bangun subuh 5.30 pagi tidak tidur sehingga sebelum zohor. Itu pun kalau tiada kelas seawal jam 9pagi. Kalau ada, maka mata akan terus celik sehingga paling lewat jam 4petang. Letih? Memang letih. Tapi lagi ramai lebih letih dari aku. Cuma aku kini tidak secergas dulu. Asyik lapar tapi bila menghadap makan, entah ke mana hilangnya nafsu makan itu. Beli makan, bila disuap berhenti setakat 2,3 suap. Ambil masa yang lama untuk habiskan makanan. Mungkin harus kurangkan pengambilan nasi. Ganti dengan roti atau biskut. Tapi masalahnya aku jadi kerap lapar. Kerap asyik teringat makanan. DUH! Seksa sungguh.

Mental semakin kurang semangat. TAPI tadi dapat test paper subject Advanaced Biochemistry and I scored 11.17 over 15. Rasanya sudah cukup bagus bagi aku dah lama tak attend lecture, menghadap buku, memorize all the cycles enzyme precursor whatsoever. Dan bagi aku yang kurang minat any subject related to Biology, itu pencapaian yang baik. Keep it up for the second test! Tapi esok ada test Advanced Physical Chemistry, tapi aku masih di sini. Update blog, layan FB, tadi sempat layan MatLutfi. Entah kenapa mood tak datang lagi. OH NO!!! That subject really killling me. Need to study a lot of things. Memories all the preparation method from about 20 latest journals. Gilo hape????

Ok. Should stop here. Otherwise, my husband will keep remind me "sayang, study tak? rajin-rajin belajar tau"

Pen off. See you later 



Tuesday, September 18, 2012

After a Looooooooong Break

Salam semua.

Fuhhhhh~ Lama betul tal menjenguk blog ni. Memang terabai sungguh. Last update rasanya awal Ogos dulu. Sekarang ni dah nak hujung September, memang la terabai blog ni.

Maaf la buat yang singgah tapi tak ada apa yang baru dekat sini. Banyak benda yang berlaku dalam tempoh 2 bulan ni. Nanti diceritakan satu per satu. InsyaAllah.

Buat adik-adik yang komen dekat entry lepas-lepas, yang hantar email, yang pm dekat FB, yang hantar soalan dekat Formspring, maaf la tak sempat nak balas semua. Memang sangat tak sempat. Sempat baca je, lepas tu internet connection out. Hahahaha. Tak la, memang tak sempat nak balas. Sebab tak kan nak balas sepatah dua je kan? At least kena la panjang lebar macam karangan SPM.

Okay la.

Secara ringkas kehidupan sekarang berubah 100%. Life style berubah 100%. Segala-galanya berubah.

Kalau dulu, sendirian. Masih tanggungjawab keluarga, tak cukup duit buat muka tak malu amik barang letak dalam troli then ibu bayar. Hahahaha.

Sekarang ni, berdua lebih baik. Alhamdulillah. Telah selamat bergelar isteri kepada suami tersayang pada 31 Ogos 2012 beberapa minit sebelum azan Isyak. SYUKUR.


Dulu, boleh selamba keluar rumah pakai ikut sesuka hati.
Sekarang ni, sebelum keluar rumah kena tanya suami okay tak pakaian tu.


Dulu, saya seorang anak + pekerja.
Kini, saya seorang anak + menantu + ISTERI + PELAJAR. (bila nak jadi seorang IBU ni? doakannnn)


Dulu, ke sana ke mari memandu sendiri. Minta izin ibu terus pecut kereta.
Sekarang ni, ada driver yang bawakan. Hhahahaha. Bahagia. Boleh tidur dari Ipoh - Johor. :P


Secara total, banyak yang berubah.

Dan dulu saya dekat dengan kanak-kanak ribena saya. Kini saya dekat dengan SUAMI saya. Saya rindu kanak-kanak ribena saya tapi saya lebih rindu suami saya :P


Oh, dulu saya makan masakan ibu.
sekarang ni suami makan masakan saya. waawawawaaaaaa... kena belajar masak lagi ni!

Dan dulu lepas subuh saya lesap atas katil.
sekarang ni, sebelum subuh saya dah celik biji mata. (suami bangun awal macam orang nak sahur. huhuhu)

Ok.

Bye.

Masih dalam mood pengantin baru. Hujung minggu ni kenduri di sebelah suami. Jemput hadir!




* rasanya perlu tukar missjue kepada mrs.shah / madam jue. muahahahahahah



Tuesday, July 3, 2012

Beautiful Chemistry Phrase

my friend, bayu tagged me on this phrase. then add in my own phrase the one in the red box.


finally, bayu merged her phrase with my phrase to form this beautiful friendship phrase using chemistry terms :)



Friendship Ever Lasting, friends :)


p/s : maaf, laaaaama sangat tak update. saya sangat busy dengan hal kahwin. siapa nak attend? sila tinggalkan alamat :)






Tuesday, June 5, 2012

SALE datang lagi!



Salam semua

Just a short, simple and quick update.

My little shop (Jue Little Closet) is now having a SPECIAL SALE for dress.


Please click HERE to view the album



FREE POSTAGE to all over Malaysia


DON'T MISS IT!!


SALE will end on 30th June 2012




Friday, February 10, 2012

Subuh Jumaat

Salam Jumaat Semua.

Just a quick update. Tak nak bagi blog ni bersarang. Kesian dekat siapa-siapa yang datang ziarah tapi blog ni senyap sunyi. Maaf sangat-sangat. 2 minggu lepas tersangat sibuk untuk aku. Tambah pulak masa Tahun Baru Cina aku cuti seminggu maka aku cuti dengan sakan, berjalan hingga ke semenanjung Malaysia. Lepas tu sibuk dengan hal lain pulak. Kalau ada siapa-siapa yang alert, aku telah bertukar status. Seseorang telah membooking aku untuk dijadikan isteri. InsyaAllah. Semoga Allah permudahkan segala urusan nanti. AMIN.

Lepas cuti seminggu, masuk kerja 5 hari lepas tu cuti 4 hari (di mana aku bertunang pada minggu tersebut) kemudian kerja 3 hari dan bakal bercuti lagi 2 hari (esok la tu).

Kalau aku rajin, aku update esok atau lusa. Kalau aku malas, tunggu la nanti-nanti aku update.

Kena pergi dulu, sebab nak siap pergi kerja. Paling lewat 7am kena keluar rumah kalau tak sampai lewat ke tempat kerja. 






Friday, January 6, 2012

One Week

Selamat malam semua. Dah lama sangat tak buka blog sendiri. Sekarang ni makin sibuk bekerja demi sesuap nasi. Sekarang ni tiap-tiap hari kena bangun pukul 6pagi. Pergi kerja pukul 7pagi. Sampai office lebih kurang 8pagi. Keluar office 5-5.15 petang. Sampai rumah 6.00-6.30 petang. Malam-malam lepas habis masterchef terus masuk bilik dan tidur. Kalau tak ada masterchef (macam semalam), 9.30 malam aku dah tidur. 

Kesian sangat pada diri sendiri. Badan aku masih memerlukan masa untuk betulkan putaran hidup yang baru ni. Mungkin ini juga sebagai persediaan aku sebelum bergelar isteri. Nanti dah kahwin, tak ada la pagi-pagi suami yang kejutkan kita suruh siapkan sarapan kan? Sekarang ni pun aku dah asyik kena warning. Muahahahah.

Sekarang ni, banyak benda nak kena belajar. Terutamanya MEMASAK. Nanti dah kahwin, tak kan nak makan benda yang sama tiap-tiap hari. Mahu nanti suami aku lari pergi makan kedai mamak. Tapi aku masak memasak ni memang tak berapa nak power lagi, tambah-tambah kalau masakan kampung. Memang aku GAGAL la. Mati la suami aku kena makan western hari-hari. Aku kan hantu western? Favourite? Of course spaghetti yang aku masak sendiri. Dan pizza yang aku masak sendiri juga. Tapi sekarang dah jarang masak pizza. Sebab dah makin malas.

Malam ni nak balik Ipoh (lagi). YEEAAAAYYYY. Syoknya. Sebelum aku bertukar status jadi isteri orang, maka ini masa terbaik untuk bersama ibu aku. Nanti dah kahwin, buatnya suami tu kerja luar dari negeri aku tak ke naya aku nak balik kampung tiap-tiap minggu? Sebulan sekali pun belum tentu. T___T

Okay la. Setakat ni dulu cerita warming up. Esok kalau rajin aku update lagi. BYE!



Sunday, December 11, 2011

Do You Know Them?

Happy Sunday to all of you.

Just a short entry for all. Right now I am super duper busy with family matters.

For those who knows these charming girls, do let them know that I am looking for them. Please ask them to send me an email (their full name, current address) ASAP.

The cute charming girls are :


  1. Alang Atie
  2. Syuhada Salleh
  3. Nawa Eiha

Thank You!

my email : missedu_najah@yahoo.com (write subject as : IMPORTANT)


Saturday, December 10, 2011

Little Note For You

Salam Malam Sabtu buat semua.

Terasa nak mencoret sesuatu tetapi mood tu tak sampai lagi. Aku tak tahu tertinggal dekat mana mood tu. Seminggu lepas penuh dengan dugaan dan cabaran. dan akhirnya pada hari Jumaat, segalanya berakhir. Dan aku kembali tersenyum.

Paling buat aku terasa ingin terus menangis bila dia berkata, "senang hati saya tengok awak macam ni. kalau tak hari-hari awak mengadu benda yang sama."


Untuk dia,

Terima kasih kerana setia mendengar segala aduan saya. Meminjamkan telinga awak untuk saya komplen macam-macam hal sekeliling saya. Terima kasih yang teramat sangat!

Dan buat masa ini, saya berada di rumah tercinta. Selangor cuti sampai hari Isnin ye. Mari berehat puas-puas buat semua yang bekerja di Negeri Selangor. Lagi 2 minggu, satu Malaysia cuti sampai hari Isnin gak. YEAAAAYYYY!

Sebenarnya, banyak nak bercerita. Tapi, nanti-nanti la ye? Saya nak off dulu. Nak tolong kacau adik saya buat homework. Oh no, my little sister is going to be 17 y.o girl next year! 

Dear Little Sister,

You are my little sister but next year you are big girl okay?


Bye everybody. Have nice weekend. Enjoy your time with your love one!


 

Saturday, October 1, 2011

After 2 weeks

Selamat pagi semua!

Fuuuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!! Dah dua minggu blog ni tak berblog. Setiap hari macam-macam cerita nak kongsi dalam blog ni tapi tuntutan kerja mengastasi segalanya. Hinggakan setiap hari balik dari kerja terus rasa nak rehat tanpa buat apa-apa. Makan pun tak perlu kalau tak lapar. Sekali pun tak letih fizikal tapi mental rasa sangat letih. Jadi perlu berehat sambil menonton apa-apa yang santai di TV. Kalau di rumah kakak, maka channel astro TVIQ atau astro Ceria akan menjadi santapan kerana itu pilihan si kakak dan si adik. Bagus juga. Relax tengok rancangan kanak-kanak. Tak sangka astro TVIQ sebenarnya ajar banyak benda. Cuba la tengok backyard Science atau Clever edisi Malaysia.

Rabu lepas pergi labasia dekat PWTC. Ada pameran untuk barang-barang makmal. Thanx so much kepada my 2nd bos sebab bawa ke sana. Jumpa macam-macam orang buat aku rasa aku ni kecik sangat. SERIUS! Tak pernah jumpa orang dalam dunia perniagaan ni. Selalu jumpa supplier pun aku tak berapa banyak cakap. Sekarang ni self-confident tu dah tinggi sikit.

Lately ni banyak task dari BIG BOSS. Customer pun ada request macam-macam product. Banyak kena study sebelum buat R&D. Tak pe. Semua tu untuk aku belajar benda baru. Banyak ilmu kena serap masuk otak. Dan banyak benda kena belajar secara tak langsung. Dan banyak juga hal-hal kehidupan seharian kena biasakan.

Dan dalam tempoh sebulan september yang lepas, banyak benda yang sangat menggembirakan hati telah berlaku. Dan oktober ini penentu untuk memastikan segala perkara itu menjadi pasti. Oleh kerana ia masih perancangan maka tak perlu dihebah lagi. Jadi semua, mohon doa dari kamu.

OH, banyak sangat nak coret. Tapi mungkin later on. Ingin cerita segalanya di sini. Menjadi kenangan kemudian hari. Doakan saya ye semua. Dan saya doakan terbaik juga untuk kamu semua.






Friday, August 26, 2011

Lebih seminggu dan kurang 4 hari

salam Jumaat semua.
fuhhhhhhh. Dah lama tak masuk blog sendiri. Semakin sibuk dengan kerja sampai nak online pun tak menyempat. Entah apa aku buat dekat ofis ni pun aku tak sure sangat. Hari Rabu lepas dah selamat sediakan 8 sampel yang hanya diberi masa 2 hari setengah je. Rasa macam nak tercabut kepala lutut semua ada. Ingatkan semalam boleh la kurang stress sikit tapi datang pulak projek baru. Actually projek lama tapi dateline punya la cepat sampai aku rasa macam tak sempat je. Jadinya semalam mengadapat PC dok google segala benda alah yang aku tak paham. Tapi tu bukan 100% dapat, ada la dalam 50% je. HAHAHAH. Ok la kan daripada 0%.

Hari ni pagi-pagi lagi dah tercongok dekat lab. Nak main-main dengan chemicals semua. Entah apa result aku pun tak tahu. Lunch break aku mengadap PC. Singgah jap kat blog-blog yang aku selalu pergi. Pastu singgah blog sendiri, rasa sayu pulak sebab dah lebih seminggu tak berupdate. Tak sempat!

Hurrmmmm... kurang 4 hari lagi nak raya kan? Macam mana dengan preparation raya korang? Mesti sakan kan? Aku entah la. Aku sendiri tak tahu berapa pasang baju aku hantar dekat makcik aku. Rasanya adalah 2,3 pasang tapi aku tak ingat warna apa. Biasa la aku. Yang pasti ada baju warna hijau sebab tahun ni tema warna hijau.

Ok la. dah nak dekat kul2. bye semua jangan main mercun ye. selamat hari raya.


 

Wednesday, August 17, 2011

i'm coming back


salam Nuzul Quran buat semua. Hari ni dapat gak aku update setelah sekian lama membiarkan blog ni seperti tak berpenghuni. Meskipun sebenarnya agak malas nak update blog tapi bila fikir-fikir bila la nak update. Banyak sangat halangan lebih-lebih lagi sekarang ni bulan ramadhan dan aku pun baru mula bekerja. Alhamdulillah. Jadi secara ringkasnya nak buat rumusan sepanjang 2 minggu pertama berpuasa. Eh, kurang 2 minggu lagi nak raya. ^_^


  1. Masa puasa ke-4 bos lama (masa jadi RA) dulu bagi duit untuk berbuka puasa sesama RA. Alhamdulillah. Semoga bertambah rezeki bos ye? Sangat seronok walaupun hanya berempat dan sangat kenyang dengan rezeki Allah.
  2. Aku dah mula kerja sejak hari ke-8 Ramadhan. Kiranya baru seminggu lebih aku bekerja. So far so good. Semua staff ok, pekerja dekat bahagian production pun ok. Cuma aku tak berkesempatan lagi nak ingat semua nak mereka. Maafkan saya ye?
  3. Last weekend balik Ipoh. YEAAAYYYY! sangat seronok. Berkumpul ramai-ramai di rumah ibu. Dan secara tak sengaja kami telah bergotong royong membuat aktivit pembersihan di rumah ibu secara berjemaah. Memang la kalau ada kakak aku, semua benda jadi. Dan kami memberi suprise kepada ibu dengan membeli satu sofa baru untuk raya. Semuanya last minit plan. Tapi bukan ibu yang rasmikan dulu, kanak-kanak ribena yang 4 orang tu telah selamat bergolek, memanjat dan sebagainya dekat sofa baru ibu.
  4. Raya ni giliran abang sulung beraya di rumah mentua maka aku, adik dan ibu akan beraya bersama dengan keluarga yang ada darah kelantan yakni kakakku dan abang aku yang ke-2. 



sekian buat waktu ini. buat sesiapa yang merindui saya, maafkan saya. OH, tak sabar nak pulang beraya. Apakah raya ini bakal menjadi raya terakhir saya sebagai anak dara? Rahsia Allah tiada siapa yang tahu.




Wednesday, June 15, 2011

Sunday, June 12, 2011

i'm home

salam semua.
akhirnya saya berada di rumah semula selepas hampir 2 minggu bercuti dan merehatkan diri dan menenangkan diri.

apa-apa pun, tunggu update saya. cuti yang penuh makna selama 2 minggu. InsyaAllah.


Thursday, May 26, 2011

30 days challenges


wait for my auto-post update okay?




Wednesday, May 25, 2011

any idea please???


salam untuk semua,
aku tak akan dapat untuk bersukaria di alam maya ni lebih kurang dua minggu bermula dari 28 Mei sehingga 9 Jun 2011. Jadinya saya tidak mahu meninggalkan blog in kosong begitu sahaja sehingga seperti rumah tinggal.

Oleh itu, aku minta kamu semua bagi cadangan supaya aku dapat sediakan auto-post entry sepanjang ketiadaan aku nanti.


Okey la.

Bye



Monday, May 16, 2011

Wait for my update (soon)


dont miss my update (very soon)

Thursday, April 14, 2011

Exclusive!! Pengakuan jujur seorang wanita.

source : google


We will have a long chitchat later. Really sorry for not entertain you. =P


And dont forget to visit my another blog. >> PLEASE CLICK HERE << TQ.




Saturday, April 2, 2011

isteri orang??

haaaa~ korang nampak tak yang dalam kotak merah tu? 
What the %^#$&^??!!!

Apakah maksud si pen'google' itu?

Siapa-siapa nak tahu pasal konvo UiTM kali ke-74, sila baca di sini.