Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Showing posts with label 30-days challenge. Show all posts
Showing posts with label 30-days challenge. Show all posts

Friday, July 8, 2011

DAY 12 : Your current relationship

Status : Masih milik keluarga. Masih di bawah tanggungjawab keluarga. TETAPI, sedang "berkawan" dengan seseorang. HAHAHA.

Aku berkawan dengan semua orang yang baik dengan aku. Tapi aku "berkawan" dengan seorang yang tuttttt. HAHAHA. Tak boleh la nak over-over dekat sini. Ibu dengan kakak aku baca blog aku okay? Jadi tak boleh nak lebih-lebih. HAHAHA. Tapi diorang dah tahu pun. InsyaAllah dah dapat green light.

Aku ingat lagi, zaman sekolah dulu ibu aku tak pernah la pesan apa-apa dekat aku selain suruh belajar rajin-rajin. Biar jadi budak pandai. Eh, macam tu ke ibu aku pesan? Tak ingat dah la. Tapi yang paling aku ingat, dia pernah pesan "dont study hard but study smart". Memang aku ikut betul la kata ibu aku tu. Aku zaman sekolah dulu mana pernah stay up sampai tak tidur malam. Paling lewat tidur pun jam 0000. 

Zaman diploma, ibu aku pesan "belajar rajin-rajin, biar dapat Dekan lagi." Lagi satu pesan ibu aku "jangan nak mengorat-mengorat lagi". HAHAHA. Comel betul pesanan ibu aku. Tapi tak kan la aku yang nak terhegeh-hegeh pergi mengorat budak lelaki dekat kampus aku tu kan? Mesti la aku yang dingorat. (bajet cun la konon tu. tapi aku lagi suka orang kata aku comey =p)

Zaman degree, ibu aku pesan "belajar tu, belajar gak. tapi jangan sampai tak berkawan." YYEEAAAYYY!! Ibu aku dah bagi green light. Dah boleh mengorat-mengorat dah. HAHAHA. Tapi aku dah start dingorat sejak diploma lagi. Macam mana tu? Kira memang simpan rahsia kemas-kemas la. Tapi ibu aku dah tahu dah masa aku diploma lagi. HEHEHE.

Aku ingat lagi, ibu aku kata "nanti dah kerja, susah nak cari boyfriend". Oh ibuku memang best laaa. Dan aku dah selamat bawa "kawan" aku tu jumpa family aku masa aku konvo hari tu. Annur dan Dek Yah (anak abang sulung aku) panggil dia BOSS dan si anis dan rafiq (anak kakak aku) panggil dia AWAK. HAHAHA. Suka hati korang laaaa.




NOTE : Teringat pesan arwah ayah "hidup ini ibarat perjalanan meniti kaca, jika kita alpa dan leka kelak kita akan terluka"




Saturday, July 2, 2011

Day 11: What's in your make up bag?


ni adalah make up bag (konon-konon) yang aku selalu usung ke sana sini kalau hari kerja dan juga kalau pergi melepak dengan kawan-kawan di hujung minggu. kalau pergi travel jauh2, maka make up bag aku akan jadi mungkin 10x ganda daripada yang ini. tapi barangbarang ni tetap juga aku usung. 

memandangkan aku bukan la jenis suka bersolek tebal dengan eyeshadow, blusher, bulu mata palsu, eyeliner (ni aku ada tapi malas nak pakai. leceh. nak solat kena bersihkan betul2). jadi ini je la yang ada dalam daily make up bag aku.

1. Safi Baqlis Perfect10 Toner
2. Safi Balqis perfect10 Serum
3. Safi Balqis Perfect10 Moisturizer
4. Safi Balqis Perfect10 Cleanser
5. Maybelline Lip Balm in Doly Rose
6. Silkygirl Magic BB Powder Foundation 


Itu je la yang ada dengan aku setiap hari. Kalau travel, list itu akan bertambah berganda-ganda. Hehehe.





Saturday, June 25, 2011

Day 10 : A photo of your favorite place to eat

bestnya kalau dapat makan dekat tempat macam ni. mesti syok layan perasaan sambil menikmati makanan yang sedap-sedap

hurmmmm... tak pun candle light dinner dekat tepi laut. FUHHHH. mesti syok punya. makan sambil diterangi cahaya bulan. romantik la kononnya kan? muahaahahahaha


(all pictures googled)


Tuesday, June 21, 2011

Day 9 : A photo of the item you last purchased


nyummy~
rasa macam tiap-tiap hari nak makan ni.
semalam balik kerja, singgah speedmart tanpa tujuan terus TERbeli ni.
hehehehe



Friday, June 17, 2011

Day 8 : A song match your mood

Andai kau pergi - Indigo


Dikau pernah berkata
Akulah segalanya
Tanpaku tak mungkin kau bahagia

Namun di sebaliknya
Setelah ku percaya
Kau bersikap dinginku terpinga

( korus )
Andai kau pergi (3 x)
Hilanglah arahku
Jangan kau pergi
Usah kau pergi
Andai kau pergi hampir pasti
Berteman pilu sepanjang hayatku

Dengan sepenuh cinta
Daku tanam di dada
Dengan harapan terbina istana

Apakah di mindamu
Mengapa kau membisu
Hanya katakan kau masih menyinta

Ku tak mengerti
Mengapa kau bersikap sebegitu
Andainya
Kau tahu hatiku
Betapa penuh di dada menyintamu

Sayang
Ku masih tidak mengerti
Ke manakah hilangnya cintamu
Jiwaku resah dan sepi
Andainya kau pergi




Wednesday, June 8, 2011

Day 7 : Your dream wedding



source : google




simple


and


affordable



^____^


Sunday, June 5, 2011

Day 6 : A photo of an animal you'd love to keep as pet



 source : google

Aku bukan pencinta haiwan. Tak pernah berangan nak ada haiwan peliharaan. Jadi aku main hentam je letak gambar kucing ni sebab aku rasa kucing ni comel. Aku suka tengok kucing comel tapi gambar je la. Aku tak suka kucing gesel-gesel kat kaki aku. Dan aku tak suka kucing kurap. Oh ya, aku bukan anti haiwan. Aku biasa-biasa je. Cuma tak terlalu obses nak ada haiwan peliharaan. Aku geli katak.


Friday, June 3, 2011

Day 5 : How important education is?




Sudah terang lagi bersuluh kan? Tak perlu untuk aku ulang tapi aku nak ulang juga.

Education = Future

Setuju tak semua? Ada tak yang tak setuju? Ye la. Manusia ni, nampak je rambut sama hitam, muka sama sirih junjung tapi hati lain-lain. Tapi aku setuju sangat dengan benda ni. Pendidikan tu penting untuk masa depan. Bukan sekadar masa depan bila usia meningkat 30 atau 40 atau 50 tahun tapi masa depan tu juga (bagi aku) adalah pada masa bila kita akan hidup selama-lamanya. Ilmu tu penting sebagai bekalan. 

Aku teringat satu ayat ni. 

"kalau hendak dunia, maka carilah ilmu,
kalau nak akhirat, maka carilah ilmu,
kalau hendak dua-dua, maka carilah ilmu"

note : tolong betulkan kalau aku tersalah.


Dan sekali lagi, dah nyata kan? Kalau kita nak berjaya dunia, kena cari ilmu. Kalau nak berjaya akhirat kena berilmu juga. Kalau nak dua-dua, lagi lah kena cari ilmu. Sebenarnya, dalam kehidupan seharian pun, kita melalui proses pembelajaran. Banyak benda yang kita tak sedar tapi sebenarnya kita sedang belajar benda baru. Ye la. Bila kita menjalani kehidupan seharian, bukannya setiap hari kita akan sama seperti hari-hari sebelumnya. Sebab tu, orang selalu kata,


"semoga hari ini lebih baik daripada semalam. Dan semoga esok akan bertambah baik"


Sebab apa? Sebab semalam, kita dah belajar sesuatu yang kita tak sedar. hari ni juga kita belajar sesuatu yang insyaAllah kita akan manfaat untuk hari esok. percaya tak semua ni? Dan kerana itu juga la aku selalu pesan pada diri sendiri,


"pengalaman adalah guru terbaik dalam menjalani kehidupan harian"

betul tak? kita pergi sekolah, kita dapat formal education. masuk universiti kita belajar segala fakta yang ada dalam buku setebal 2 inci seberat 3 kg (aku pernah timbang buku aku masa diploma dulu). Bila kita dekat rumah, kita dapat informal education daripada family kita. Dan dalam seharian kita bergaul dengan kawan-kawan atau orang awam pun sebenarnya kita belajar secara tak langsung. 

Kalau ikutkan banyak benda nak diluahkan tentang ilmu dan pelajaran ni. Tapi semuanya bergantung pada kita. Tapi jangan anggap orang yang tak belajar tinggi, tak masuk univeristi tu tak berilmu. Mereka mungkin kurang dari segi fakta tapi mereka banyak ilmu daripada pengalaman hidup. Tu sebab orang dulu-dulu (zaman atok nenek kita dulu) dorang bolehkan anak berbelas-belas walaupun dorang hanya kerja kampung je. Sebab apa? Dorang belajar daripada hidup mereka.

Mari sama-sama meningkatkan ilmu untuk kejayaan dunia dan akhirat. 

p/s : segala yang terkandung adalah pendapat aku sendiri. sebarang ulangcetak dalam sebarang bentuk adalah DILARANG sama sekali tanpa izin daripada penulis.



Tuesday, May 31, 2011

Day 4 : Your favorite photograph of your best friend

Aku tak tahu nak pilih gambar mana untuk tempek untuk entry kali ni. Sebab banyak sangat gambar dalam hard disk dan aku agak kemalasan nak belek satu persatu gambar kemudian nak edit lagi. Jadinya, aku pilih ABC of friendship ni untuk tatapan semua. Semoga kita menjadi bukan sekadar kawan tapi teman dan juga pendengar yang baik untuk orang sekeliling kita. Kalau boleh, terapkan dalam hati " aku gembira kalau orang lain gembira" dan "aku bertambah-tambah gembira sekiranya orang lain senang hati dan gembira bila dengan aku". Tak perlu nak ada buruk sangka, tak perlu nak ada pilih kasih. Kita semua sama cuma amalan yang membezakan kita. Apa-apa pun, hargai orang di sekeliling kita. Semoga kita semua gembira selalu.

ABC-for-Friendship
 :: source ::




Sunday, May 29, 2011

Day 3 : Your idea of the perfect first date





Sesungguhnya tak ada idea untuk cabaran kali ni. Sebabnya aku bukan kisah sangat pasal benda ni. Dan bagi aku kesempurnaan bagi setiap orang tu berbeza. Dan pastinya, bagi aku la kalau benda tu kali pertama confirm-confirm la tak akan sempurna kan? Maksud aku bukan tak sempurna langsung tapi tak sesempurna yang kita harapkan. 

Kadang-kadang kita plan bagai nak rak tapi akhirnya kuasa Allah juga yang mengawal semuanya. Sama la macam kalau mak ayah yang pertama kali nak buat majlis perkahwinan anak mereka, mesti rancang detail. Tapi akhirnya Allah juga yang penentu segalanya.

Kalau untuk first date la kan, lagi manis kalau first date dekat rumah kita. Ha? Amacam? Okay tak? Biar la family kita kenal macam mana rupa kawan kita tu, macam mana akhlak kawan kita tu, macam mana budi bahasa dia, pendek kata segala-galanya. Walaupun aku dulu tak buat macam tu, tapi aku rasa.... hurmmmmm... okay. Lari topik dah.

Sebenarnya, masa first date la kita kena berhati-hati. Lagi-lagi kalau jenis yang bercinta di alam siber ni. Dalam dunia maya, memang indah semua bahasa. Tapi realiti? Kita tak tahu kan? Jadi untuk selamat dating la di rumah mak ayah. Kalau mak ayah garang, ajak la kawan-kawan/adik beradik dating sama. Kira jadi macam bodyguard. Atau nak lagi senang, tak payah dating. HAHAHA.

Apa-apa pun, fikir sebelum bertindak. Jangan percaya 100% sekalipun dah kenal 10 tahun. 



p/s : InsyaAllah, masa ni aku dah selamat transit di Oman sebelum perjalanan seterusnya untuk umrah. tolong doakan semoga segala urusan aku dipermudahkan. AMIN YA RABB.


Saturday, May 28, 2011

Day 2 : Your favorite movie

source : google


Sebenarnya aku sendiri tak tahu cerita apa yang betul-betul aku suka sampai nak ulang tengok sampai berpuluh kali tanpa rasa jemu. Aku rasa ada kot, cerita-cerita P.Ramlee. Tapi itu aku rasa bukan sahaja kesukaan aku tapi kesukaan ramai orang. Jadi aku pilih la cerita Letter to Juliet ni. Aku sendiri tak berapa ingat jalan ceritanya . Aku memang jenis macam tu. Aku bukan jenis tengok movie, ingat jalan cerita, tahu siapa pelakon dia, tahu lagu sountrack dia, tahu director dia. Secara jujur, kebanyakan movie yang aku tengok semata-mata kerana latar tempat movie tersebut. Aku sangat-sangat suka dengan pemandangan yang cantik. Macam cerita Letter to Juliet ni juga la. Bagi aku cerita ni OK la, not so bad. Tapi yang buat aku rasa nak tengok sampai habis sebab latar tempat dia memang superb la!! Serius aku tak tipu. Aku suka sangat tengok pemandangan yang cantik-cantik dekat Itali tu (betul kan Itali) sepanjang mereka (aku tak ingat nama watak cerita ni =p) nak cari Juliet tu.

Kalau siapa yang tak tengok lagi cerita ni, cepat-cepat la pergi cari CD dia. Tak pun download je. Mesti korang aku terpegun tengok betapa cantiknya ciptaan Allah dekat bumi Itali tu.

Okay. Jangan lupa tengok tau. 


p/s : masa korang baca entry ni, mungkin aku tengah sibuk-sibuk buat persiapan terakhir. Doakan aku tau!!



Friday, May 27, 2011

Day 1 : Your favourite song

Banyak lagu yang aku suka. Aku bukan jenis hayati lirik lagu sangat, maklum la bukan orang seni. Tapi kebanyakan lagu yang aku pernah tempek dalam blog ni (sila klik sini) adalah antara menjadi pilihan hati. 

Untuk cabaran pertama ni, aku pilih satu lagu yang mungkin aku betul-betul suka.



**********************************

Unintended by Muse



You could be my unintended
Choice to live my life extended
You could be the one I'll always love
You could be the one who listens to my deepest inquisitions
You could be the one I'll always love

I'll be there as soon as I can
But I'm busy mending broken pieces of the life I had before

First there was the one who challenged
All my dreams and all my balance
She could never be as good as you

You could be my unintended
Choice to live my life extended
You should be the one I'll always love

I'll be there as soon as I can
But I'm busy mending broken pieces of the life I had before

I'll be there as soon as I can
But I'm busy mending broken pieces of the life I had before

Before you




Thursday, May 26, 2011

30 days challenges


wait for my auto-post update okay?