Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Showing posts with label pendapat missjue. Show all posts
Showing posts with label pendapat missjue. Show all posts

Tuesday, October 9, 2012

Tetapkan Target dan Fokus

Salam semua. 

Rasa nak menulis pulak petang-petang ni. Tadi saja google meng"google". Apa yang aku google? Tengok nilai hartanah sekarang ni. Tengok kawasan-kawasan yang baru nak dibangunkan. Tengok jenis rumah kediaman yang menjadi trend masa kini.

Bila tengok punya tengok. Naik juling biji mata. Tersekat air liur dekat kerongkong. Mahal gila rumah zaman sekarang. Aku tak lah nak beli rumah dalam masa terdekat. Nak makan hari-hari pun dok fikir 2,3x ni kan pulak nak beli rumah. Memang aku tak payah makan la gamaknya. Hahahaha.

Memandangkan aku masih berstatus PELAJAR, hanya suami yang bekerja maka apa yang perlu aku lakukan sekarang adalah TETAPKAN TARGET dan BERUSAHA untuk mencapai target. Mencapai impian tak semudah mengimpikannya. Kata orang, berangan tu FOC tapi nak mencapai apa yang kita impikan itu perlu ada USAHA yang berterusan, DOA yang bersungguh-sungguh, KEYAKINAN untuk mencapai matlamat. 

Secara personal, banyak yang aku nak capai dalam hidup. Semua orang macam tu kan? Mungkin sebelum ni aku tak fikir sangat hal-hal macam ni, sebab sebelum ni (maksud aku sebelum aku kahwin) aku hanya fikir nak capai apa yang aku inginkan untuk diri aku. Tapi sekarang (selepas dah kahwin) aku nak capai apa yang inginkan untuk keluarga aku (buat masa ni belum ada anak lagi). 

Bila aku google meng"google" tadi, tiba-tiba aku terfikir "kenapalah aku sambung master? kalau aku tak sambung master, terus cari kerja dekat sini, mungkin sekarang aku dah ada kereta aku sendiri. Mungkin tahun depan aku dah boleh beli rumah". Macam-macam lagi aku fikir.

Kenapa aku sambung master?
Aku sendiri tak pernah terfikir kenapa aku sambung master. Apa yang aku nak daripada pengajian master ni. Kepuasan? Atau segulung sarjana? Atau pekerjaan yang lebih bagus? Atau pendapatan yang lebih lumayan? Atau untuk tambah ilmu lagi? Aku tak pasti. Tapi bila aku fikir-fikir balik, aku rasa aku punya sebab sendiri. Kenapa? Nanti aku cerita.

Buat masa ni (2012 - 2014), target aku 1) habiskan pengajian master dalam tempoh seminima yang mungkin 2) dapat kerja yang bagus-bagus bila dah habis master nanti (aku nak tolong suami aku untuk family aku gak) 3) aku nak menabung secara konsisten setiap bulan walaupun nilainya sedikit

Jadi apa yang perlu aku buat? 

TETAPKAN TARGET & FOKUS!!!




Sunday, July 15, 2012

Latar Belakang Akademik


Salam semua.
Lama sungguh tak menulis dalam ni. Kekangan waktu membataskan banyak perkara. Sebenarnya sekarang ni bukan dalam mood untuk menulis. Tapi sejak kebelakangan ni, aku banyak terima email dan juga soalan dekat Formspring berkenaan bidang yang aku pilih.

  • Diploma in Industrial Chemistry
  • BSc (Hons) Chemistry (Forensic Analysis)
Terima kasih buat adik-adik yang bertanya. Sebenarnya malu juga bila orang bertanya ni sebab aku pun tak tahu kenapa aku pilih bidang-bidang ni.

Pertamanya, biarlah bermula dengan level diploma dulu kan? Sebenarnya Diploma in Industrial Chemistry (DIC) ni bukanlah pilihan pertama aku masa isi borang UPU masa tujuh tahun lepas. Kalau tak salah aku, DIC ni pilihan ke-6 daripada 8 pilihan yang perlu diisi. Apa pilihan nombor 1 - 5 aku? Aku pilih Farmasi dekat universiti mana entah, lepas tu isi juga asasi perubatan walaupun result cukup-cukup makan untuk syarat minima Farmasi. Hahahahah. Aku memang bukan pelajar cemerlang. Keputusan cukup-cukup makan untuk terus dalam bidang sains.

Kenapa aku pilih DIC? Aku pun tak tahu. Yang aku tahu aku nak something related dengan chemistry. Kebetulan, masa tu DIC hanya ada di UiTM Arau dan kebetulan abang aku masa tu belajar dekat UiTM Arau tapi bidang civil engineering. Dia ada la kenal-kenal dengan budak DIC ni. Dia juga yang menggalakkan aku pilih DIC. Jadi aku isi je la DIC sebagai pilihan ke-6. 

Dapat DIC, perasaan aku? SEDIH sebab aku memang nak sangat jadi pharmacist (sekarang aku tahu hikmah kenapa sekarang aku CHEMIST, bukan PHARMACIST. Nak tau? email aku. hahahah)

Mula-mula memang aku blur apa benda DIC ni. Masuk kuliah, ulang benda sama macam SPM. Tapi belajar je. Oh ya, ramai kata DIC susah. Kalau budak program lain satu semester 17 - 19 credit hours. Budak DIC satu semester 19 - 21 credit hours. Itu zaman aku dulu, zaman sekarang aku tak tahu. Aku ada kawan kena buang lepas exam semester pertama sebab pointer terlalu rendah. Jadi, kalau dapat peluang, belajarlah rajin-rajin.

Aku tak nak la cerita apa aku belajar masa diploma dulu. Kitorang belajar macam-macam. Dari benda yang senang sampai la benda yang susah (bagi tahap budak lepasan SPM). TAPI percayalah yang DIC adalah sangat seronok! Ada 3 lab memang khas untuk budak DIC. Banyak instrument canggih-canggih. Okay, ni cerita zaman aku dulu. Lima enam tahun lepas. Sekarang ni dah tak berapa syok kot sebab kena kongsi dengan budak BSAC.

Lepas diploma aku sambung degree. Mostly budak-budak DIC akan continue BSAC (bachelor sc applied chemistry) tapi aku konon-konon nak cuba yang lain, aku apply Chemistry Forensic Analysis (ni aku cerita nanti). Ada juga kawan aku yang pilih Environment, Chemical Engineering, Pharmacy, Pure Chemistry. Sebenarnya, lepas diploma pandai-pandai la buat pilihan sendiri berdasarkan minat sendiri. Tapi ada juga kawan aku yang tak sambung degree. Diorang nak kerja terus. Jawatan sudah tentu Assistant Chemist (lebih kurang macam tu la). Buat adik yang risau peluang pekerjaan, insyaAllah banyak peluang untuk budak DIC. Setakat ni, tak dengar lagi kawan-kawan / senior-senior yang belajar sampai diploma sahaja tak dapat kerja. InsyaAllah ada kerja yang sesuai. 

Nak kerja dekat mana? Hantar la resume dekat kilang cat, kilang baja, kilang simen, kilang chemical, kilang sawit. Apa jenis kilang pun cuba hantar resume. 

Okay. Habis dah cerita diploma. Cerita degree pulak.

Aku sambung degree Chemistry (Forensic Analysis). Sebab apa? Sebab aku ditipu daya oleh CSI. Ni memang aku tak tipu. Aku suka gila tengok CSI, dan berangan nak jadi macam diorang. Hehehehe. Sedangkan arwah ayah nak sangat aku amik chemical engineering. Tapi saat akhir sebelum hantar borang permohonan, aku pujuk ayah untuk tukar Forensic pilihan nombor satu, chemical engine pilihan nombor 2. Dan dapatlah aku pilihan pertama aku tu. (agak-agak kalau letak chemical engine pilihan pertama, aku dapat ke?)

Apa yang menarik tentang Forensic Analysis ni? Subjek semuanya susah nak mampus! Serius aku tak tipu. Aku selalu je fail test dan quiz subjek forensic sebab susah sangat-sangat. Aku tak paham apa aku baca, dan aku tak paham apa soalan nak. Lagi satu, kebanyakan subjek forensic ni 4 atau 5 credit hours. Kalau tak score la, memang hancur la pointer semester tu. Ni memang betul. Tapi yang bestnya, ada instrument canggih-canggih bila buat amali. 

Buat adik-adik yang masih keliru tentang program ni. Sebenarnya Bachelor of Sc (Hons) Chemistry (Forensic Analysis) ni masih belajar chemistry sebagai major subjek. Adik-adik tetap akan belajar organic chemistry, inorganic chemistry, physical chemistry, separation, spectometry. Ada juga subjek elektif lain dan subjek wajib lain macam mathematics, physics, biology etc (Tak ingat dah). Cumanya, nanti bila naik semester 4 ke atas, baru belajar subjek forensic. Contoh : forensic science and chemical forensic analysis. Rasanya ada DUA SAHAJA subjek forensic, yang hanya subjek chemistry dan subjek wajib fakulti / universiti. Tapi dua subjek forensic tu la buat aku rasa nak menangis. Oh, aku belajar law juga. 

Alhamdulillah, aku tamat belajar dalam rangka waktu yang ditetapkan. Aku dapat kerja pertama lepas 3 bulan aku konvo. Sebelum tu aku jadi pembantu penyelidik di bawah supervisor masa final year project. Kebanyakan kawan aku dapat kerja yang sesuai lepas 3 - 6 bulan lepas konvo. Ada juga yang sebelum konvo dapat kerja yang sesuai. Semuanya bergantung pada rezeki. Cumanya aku rasa, kalau dapat interview, jangan tekankan sangat yang kita ni belajar forensic. Cakap pada interviewer yang kita ni MAJOR CHEMISTRY. Kalau interview untuk post chemist la, kalau post pegawai sains forensic, boleh la cerita pasal forensic. Kalau interview post chemist, cakap pasal chemistry je. Jangan cakap pasal forensic. So far, aku dah pergi 4 interview jawatan chemist. Hanya 2 yang lekat. Alhamdulillah. Oh ya, pesan aku hantar je resume dekat semua kilang yang ada. Selagi ada jawatan untuk chemist / QC / QA atau apa-apa yang related, pergi je hantar. Ada rezeki, insyaAllah. 

Minggu depan ada interview SPA untuk jawatan pegawai sains forensik. Aku tak study apa pun lagi. Malas entah kenapa. 

Okay la. Harap-harap dapat bagi manfaat. Kalau sesiapa tak jelas lagi, sila la email aku. Aku explain lagi panjang lebar. Nak add dekat gtalk pun boleh jue.shaeuj@gmail.com. YM aku jarang online. Maaf.


Salam hujung minggu :)





Thursday, May 24, 2012

Triclosan


Salam semua. Rindunya nak menulis dalam ni. Lately macam tak ada cerita nak bebel-bebel dekat sini. Sekarang sangat-sangat tak ada mood. Entah kenapa. Pening la fikir nak kahwin ni. HAHAHA. Poyo je kan?

Petang tadi lepas balik kerja, pergi singgah Watsons sekejap nak cari barang keperluan diri. Rasa dah lama sangat tak membeli-belah sesuka hati. Dah lama tak shopping untuk diri sendiri. Sekarang ni dapat je duit gaji setiap bulan, terus bawa keluar bajet. Ketepikan duit-duit yang untuk bayar segala benda terutama kena asingkan duit untuk simpanan dan urusan nak kahwin-kahwin ni. 

Tapi disebabkan dah terdesak sangat memerlukan barang-barang tersebut, maka gigih juga la pergi ke Watsons. Lagipun minggu depan dah gaji, kira okay la. Sian kan aku gaji betul-betul hujung bulan. Memang sesak nafas weiiii seminggu terakhir setiap bulan tapi buat-buat cool je. :P

Tujuan utama pergi watsons sebab nak cari toner dan pencuci muka Safi Balqis. Memang dah lama guna product ni, kira serasi juga la dengan kulit. Kawan-kawan pun ramai tegur kulit makin cerah. HAHAHHAH. Perasan!

Masuk je watsons, dah ternampak toner Safi Balqis teruslah sambar lagi-lagi ada 15% less, lagi la bahagiakan? Lepas tu pergi dekat tempat pencuci muka semua. Cari punya cari, jumpa la pencuci muka Safi Balqis. Tapi entah kenapa rasa gatal nak cuba product baru, rasa macam nak cuba HadaLabo (ye ke HadaLabo? yang product jepun tu) sebab nampak macam exclusive je. Boleh tak macam tu? Aku pun belek-belek la ingredients dia. Ada methylparaben, terus letak balik. HAHAHAHA. Kenapa dengan methylparaben? Lain entry aku cerita. 

Lepas tu, macam terdetik nak guna Nano White sebab packaging dia sangat menggoda jiwa. HAHAHAA. Marketing strategy dia memang berjaya la kiranya. Baca juga ingredients dia, eh ada methylparaben gak la! Lepas tu, baru terdetik nak tengok product yang dah bertahun-tahun aku pakai. Baca ingredients semua macam okay, tiba-tiba ternampak TRICLOSAN. Eh, macam pernah dengar tapi ingat-ingat lupa. Refresh balik memory tang tu juga. Fikir punya fikir, akhirnya dapat la ingat sikit-sikit. Rasanya aku guna triclosan ni masa buat R&D untuk air freshener dulu. Apa ye fungsi dia? Aku memang tak boleh re-call. Tapi aku memang 100% yakin, aku guna triclosan untuk R&D air freshener dulu. ADUH! Kenapa pulak ada dalam facial cleanser ni. Aku tengok product lain. eh, ada juga la triclosan. Tak puas hati. 

Letak balik product Safi Balqis dan terus grab pek percubaan Nano White walaupun ada paraben. HAHAHHAA!!!

Apa itu triclosan?

Triclosan is an antimicrobial active ingredient contained in a variety of products where it acts to slow or stop the growth of bacteria, fungi, and mildew. There are currently 20 antimicrobial registrations, which EPA regulates under the Federal Insecticide, Fungicide, and Rodenticide Act (FIFRA).
There are also consumer uses of triclosan, such as its use in over-the-counter drugs (e.g., antimicrobial hand soaps and some toothpaste). These drugs are regulated by the Food and Drug Administration under the Federal Food, Drug, and Cosmetic Act (FFDCA). Although the FDA uses are not regulated under pesticide law, EPA considered these exposures in the aggregate risk assessment. EPA used population-based biological monitoring data to assess the co-occurrence of uses to develop an aggregate exposure assessment. [source]



Aku ada je nota pasal triclosan ni tapi aku malas nak memunggah kotak aku cari notes masa kerja dulu. Jadi aku C&P dari internet je. Kalau nak maklumat lanjut, cari je dalam internet. Berlambak keluar. Sebenarnya banyak je bahan-bahan dalam product yang kita guna seharian tak elok untuk kesihatan. Selain daripada triclosan, paraben (ini preservative, untuk bagi bahan tahan lama), hydroquinone (ni bahan pemutih, banyak dalam cream pemutih), SLES / SLS (sodium lauryl ether sulfate/sodiul laurylsaulfate -ini memang CONFIRM ada dalam sabun, shampoo, bahan-bahan pencuci). Banyak lagi. Dan silicone juga. Elakkan beli barang bayi ada silicone. Contoh silicone : dimethicone.


Dan, pastikan juga anda semua tahu cara yang betul untuk membaca label ingredients barang yang anda beli. Tak kisah la makanan ke, minuman ke, shampoo ke, sabun ke. Apa saja yang ada label. Penting untuk anda tahu bahawa bahan pertama dalam senarai bahan-bahan adalah kandungan terbanyak dalam product tersebut. Sila baca di SINI untuk fahaman lebih lanjut.


Okay. Stop here. Harap ada memberi manfaat pada semua. Bye.


kata hati : 2 minggu lepas balik Ipoh, tiba-tiba ibu bagi pamplet sabun yang dia guna. Dia kata, "jue tolong tengokkan, okay tak sabun yang ibu guna ni. bahan-bahan dia okay tak". Alahaiiii... comey la ibu saya ni :) Sebab aku selalu kata dekat  dia,"ibu bahan ni tak elok, bahan ni tak baik, bahan ni.. bahan tu..." HAHAHAHA 


pesanan : segala yang tertulis adalah pendapat saya berdasarkan pengalaman tak sebarapa saya bekerja di bahagian R&D untuk product seperti sabun, shampoo, cream dan sebagainya. Untuk fahaman lanjut, sila banyakkan membaca :)






Thursday, May 17, 2012

Antara 3 : Fizik, Kimia dan Biologi

Salam semua. Entah kenapa tiba-tiba cerita pasal benda ni. Actually nak cerita benda lain tapi benda lain pulak jadinya. Nanti-nanti la aku cerita pasal benda lain tu.

Bagi aku, Fizik adalah lebih menyeronokkan daripada Biologi (waktu exam je la) tapi kalau waktu amali Biologi adalah seronok berbanding Fizik. Walau bagaimanapun (keluar dah ayat cikgu BM), Kimia adalah teramat sangat seronok ketika exam dan amali.


*********************************


Image from Google


Kenapa Fizik hanya seronok waktu exam sahaja? Sebab Fizik ni lebih kurang macam Matematik / Matematik Tambahan. Faham konsep, hafal formula. Baca soalan betul-betul, jawab IKUT KEHENDAK SOALAN. Kalau perlu mengira, PALING PENTING TULIS RUMUS / FORMULA dulu kemudian baru teruskan dengan jalan kerja. Andai kata jawapan akhir kita salah, paling kurang kita dapat markah untuk kira-kira kita. Best bukan?
Kenapa Fizik tak seronok waktu amali? Sebab seronok ke main denga troli, tengok troli tu bergerak jauh mana? Lepas tu set timer tengok berapa masa troli bergerak? DUH! Bosan weiii... Selalunya masa amali Fizik adalah waktu main-main. Nasib baik Cikgu Chin yang ajar Fizik tu best. HEHEHEE.



Image from Google

Kenapa Biologi hanya seronok waktu amali bukan waktu exam? Sebab waktu amali, boleh main bedah-bedah katak. Tengok jantung tu berdegup kencang ke tak. Waktu amali juga kita boleh tahu kita ni darah A / B / AB / O. Secara jujur, aku hnya tahu kumpulan darah aku lepas buat amali kumpulan darah masa form5. Sebelum tu aku tak pernah nak tahu pun. HEHEH. Selain tu, amali Biologi seronok sebab ada experiment tangkap-tanda-lepas-dan-tangkap semula. Kalau tak salah aku untuk kira populasi. Masa tu memang seronok sebab dapat bersiar-siar kawasan sekolah dan asrama masa waktu persekolahan. Selain tu dapat belajar pasal chromosome (yang aku tak paham sampai sekarang. hahaha), dapat tahu pasal reproductive system (aku rasa semua orang segar bugar bab ni, tapi sekolah aku ok je sebab sekolah all girls). Sebab lain aku rasa Biologi ni best sebab cikgu yang ajar tu best. Guru penolong kanan sekolah, Puan Umi Maznom. Dari zaman kakak aku belajar, sampai aku belajar memang dia je la ajar subjek tu. Dah tu setakat 4 kelas buat apa nak cikgu banyak-banyak kan?
Kenapa biologi tak best masa exam?
Contoh soalan : Katak bernafas guna apa? Kalau korang jawab insang, terus hilang 2 markah (CONTOH). Tak best kan? Biologi kena ingat semua fakta tentang benda hidup, kalau salah maknanya korang dah pernah terserempak dengan makhluk asing. HAHAHAH.
Aku memang Biologi, tak pernah lulus zaman sekolah dulu. Entah macam mana SPM boleh dapat B. Rezeki kot. Tapi sebenarnya bukan Biologi je aku tak suka, aku tak suka subjek-subjek yang aku kena rajin baca dan ingat fakta. Contoh : Sejarah.



Image from Google

Apa yang seronok tentang Kimia? Aku pun tak pasti. Tapi masa aku form4, aku suka Kimia pun sebab aku suka cikgu yang ajar Kimia tu. Puan Fikriyah. Cikgu kaunseling sekolah, kalau kelas kimia memang tak sah kalau aku tak tidur. Mananya tak tidur, kalau suara cikgu mendayu-dayu macam dodoikan budak? Aku gila kagum dengan cikgu Kimia aku tu. Aku rasa macam WOWWW! bila dia boleh selesaikan chemical equation yang aku rasa payah tu (sekarang ni boleh la sikit-sikit nak hentam chemical equation tu). Selain tu, Kimia ni seronok sebab boleh main campur-campur bahan lepas tu, "eh,eh, ada gas laaa". Tak pun "eh,eh, warna dia berubah laaa". Macam ala-ala jakun gitu. Memang aku rasa terpesona. HAHAHAHA. Lepas tu belajar pasal alkane, alcohol, carboxylic acid etc2. Lagi aku suka. Entah apa yang aku suka pun aku tak tahu. Zaman sekolah dulu aku suka sebut "monosodium glutamate". Rasa macam best bila sebut tu. HAHAHAH. Macam apa je kan? Kimia ni seronok sebab dia adalah apa yang ada disekeliling kita. Antara kita sedar atau tidak. Bila belajar kimia, mungkin akan blur-blur (aku bukan setakat blur, dibawa mimpi terus). Bila buat amali baru paham sikit-sikit, nampak la juga bayang-bayang. Masa jawab exam, doa la supaya bayang-bayang tu jelas, tak kabur-kabur. HAHAHA. Bila aku masuk universiti, baru aku tahu yang kimia ni banyak cabangnya. Setiap apparatus yang ada dekat makmal tu bukan boleh suka-suka nak guna. Kena tahu apa kegunaannya. Senang cerita, banyak lagi yang aku tak tahu pasal Kimia ni walaupun aku suka gila Kima berbanding lagi dua tu.

Itu je cerita malam ni. Terima kasih kerana membaca. Sila bersurai






Wednesday, April 18, 2012

Isu Semasa : PTPTN

Salam Rabu semua. Hari ni tiada Rabu tanpa kata. Hari ni aku rasa macam nak berkata-kata. Segalanya tentang isu PTPTN. Secara jujur aku akui, aku kurang mengikuti isu semasa. Sebab itu aku jarang cerita pasal isu semasa dalam blog yang serba kekurangan ini. Tapi kini isu PTPTN ni macam menarik perhatian aku. Aku juga pernah menjadi pelajar, pernah mendapat pinjaman PTPTN. Siapa tak pernah kan? Melainkan anda dari kalangan pelajar cemerlang. Aku bukan tidak cemerlang dan bukan juga pelajar corot. Cuma pada zaman diploma, aku kurang pendedahan tentang biasiswa semua itu. Jadi arwah ayah suruh aku mohon PTPTN. Aku mohon seperti kata arwah ayah. TAPI aku tak pernah merasa untuk menggunakan duit PTPTN tersebut? Percaya atau tidak terpulang pada anda. Mungkin anda boleh kata, arwah ayah mampu untuk tanggung aku di IPTA. YA. Arwah ayah mampu tapi sekadar untuk makan minum aku sahaja.

Aku bersyukur kerana pengajian diploma aku di Arau, Perlis. Sebuah pekan kecil yang kurang hiburan, jauh dari pusat membeli belah. Yang ada hanyalah The Store. Oh, Mc Donald juga TIADA di Perlis waktu ketika itu. Dan aku juga bersyukur kerana arwah ayah mendidik kami untuk berjimat cermat. Aku ingat lagi zaman di Arau, kalau duit PTPTN masuk akuan memang kampus akan lengang. Semua pelajar akan berpusu-pusu menuju ke Sungai Petani atau Alor Setar atau ada lebih hebat terus ke Pulau Pinang. Semuanya menggunakan duit PTPTN. Aku tahu semua orang ada keinginan dalam hidup. Aku juga begitu. Tapi adakah dengan menukar handphone baru dengan duit PTPTN setiap semester itu satu keinginan? PLEASEEEE. Awak pelajar, duit PTPTN adalah untuk belajar. Bukan untuk bermewah.

Masuk degree, aku di Shah Alam. Kos hidup semakin meningkat. Bandar besar, aku akui. Dan Alhamdulillah aku tak perlu lagi untuk menerima pinjaman PTPTN sebab JPA memberi aku biasiswa. SYUKUR. Di Shah Alam, aku lihat pelbagai gelagat pelajar. Masuk duit biasiswa / pinjaman, semua terus berpusu-pusu ke KLCC / Mid Valley / Sunway Pyramid / One Utama etc. Percaya atau tidak, selama 2 tahun setengah aku di Shah Alam aku tidak pernah ke KLCC, aku tidak pernah ke Mid Valley, aku hanya sekali ke One Utama (itu pun semester akhir), pendek kata aku tidak pernah ke pusat membeli belah yang besar-besar di Kuala Lumpur itu. Sebab aku rasakan aku tak mampu.

Berbalik pada isu PTPTN, apa sebenarnya yang mereka mahukan? Adakah pelajar mahukan free education atau pelajar mengharapkan penghapusan riba dalam PTPTN? Tapi kalau dilihat soal riba,  mana-mana pinjaman pun pasti akan ada bunga (interest) bukan? Bukankah PTPTN telah menawarkan Ujrah? Kalau anda mampu untuk bershopping di pusat membeli-belah terkemuka setiap bulan, takkan anda tidak boleh bayar hutang PTPTN PALING KURANG RM50 sebulan?

Bagi aku, paling penting dalam soal PTPTN ini ialah : BAYAR pinjaman anda SETIAP BULAN walau SEDIKIT. Jangan sampai notis datang rumah baru nak bayar, memang anda akan rasa terbeban.

Percayalah, tak rugi melabur untuk pelajaran kerana tanpa ilmu, siapalah kita. Fikir-fikirkan apa yang ada mahukan sebenarnya.

Free education?


atau


Mansuhkan riba dalam PTPTN?


katahati: students yang pergi join dekat dataran merdeka (ye ke?) tu faham ke apa sebenarnya yang mereka mahukan???





Sunday, January 22, 2012

Permohonan UPU Untuk Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2012/2013

Salam Ahad semua. Harap semua ceria-ceria belaka. Maklum la dapat cuti 4 hari berturut. Siapa tak seronok kan? Aku pun seronok juga. Malah double-triple seronok sebab cuti 9 hari. :)

Semalam pergi tahlil untuk arwah cousin aku yang meninggal hari Rabu lepas. Maka jumpa la makcik-makcik dan sepupu-sepupu yang lama aku tak jumpa. Tak la lama sangat tapi lebih daripada sehari tu dikira lama la kan?

Sebelum mula majlis tu, aku bersembang la dengan seorang makcik aku. Mula-mula tu elok la sembang gurau-gurau, tiba-tiba makcik aku ni jadi serius. Dok dekat-dekat dengan aku. Aku pun jadi suspen. Tiba-tiba dia tanya,

"jue, kimia industri tu senang tak?"

"kalau minat kimia, ok la. Kalau tak minat tu susah la kot" jawapan jujur daripada aku. Sebab aku memang minat Kimia walaupun tak la hebat sangat. 

Lepas tu sembang macam-macam la untuk anak dia yang baru lepas SPM. Tengah kusut-kusut nak fikir program apa nanti.

"Makcik kalau boleh nak dia (merujuk pada anak makcik aku) ambil diploma sebab makcik tahu kebolehan anak makcik". Makcik aku tak berapa yakin anak dia mampu bawa matrikulasi dalam masa setahun. Sejujurnya, aku pun tahu aku dulu tak mampu nak bawa matrik dulu sebab tu aku tak pergi matrik. Aku isi borang matrik pun sebab aku "paksa" arwah ayah aku beli. Kalau tak memang la aku tak isi borang tu. Itu pun sebab Cikgu Biologi aku tanya, "missjue (bukan nama sebenar), awak betul tak nak isi borang matrik?". Aku dengan confident jawab, "ayah saya kata tak payah isi cikgu". Lepas tu aku meroyan dekat ayah aku suruh beli borang matrik melalui sekolah dia. Sebab kawan-kawan aku semua dah hantar. HEHEHE. Bila dapat tawaran matrik, mostly kawan-kawan aku dapat Matrikulasi Penang. Aku pun dapat sana tapi arwah ayah tak bagi pergi. Jadi aku redha tunggu UPU untuk masuk diploma. Sekali tak dapat Diploma Farmasi UiTM, memang agak frust la sebab masa tu gila-gila nak jadi pharmacist. Tapi aku teruskan juga la perjuangan dekat UiTM Arau program Diploma Kimia Perindustrian dan berjaya tamatkan diploma dengan flying colours :)


********************************


Berbalik pada cerita makcik aku tu. Aku pun setuju dengan makcik aku. Kiranya kalau tak yakin boleh mengadap buku 24-7, jangan lah masuk matrik. Sebab sekarang budak dapat CGPA 4.0 bersepah. Nak masuk perubatan tak dapat. Kena masuk private collage or university tak pun pergi sambung oversea dengan tajaan Ma&Pa. 

Budak-budak makin pandai. Itu memang aku tak boleh sangkal lagi. Aku tanya makcik aku anak dia minat apa. Anak dia pun tak sure. Aku tanya lagi cita-cita nak jadi apa. Aku tak ingat apa jawapan dia. Sekarang ni, nak isi permohonan melalui UPU sangat leceh. Kena pilih 3 bidang kemudian baru boleh pilih program. Kalau zaman aku dulu, isi borang pilih terus 8 program yang kita nak. Aku dulu pilih semua berkaitan chemistry sebab konon-konon begitu mencintai Kimia. Ada la juga pilih program lain macam Sains Aktuari (konon-konon nak ikut jejak kakak aku) tapi paling penting 5 pilihan semua aku pilih UiTM.

Aku syorkan macam-macam program dekat makcik aku. Tapi setiap bidang yang aku syorkan mesti ada sedikit macam TAPI (yang aku anggap sebagai alasan) dibelakangnya.  Maaflah kalau anak-anak makcik aku baca blog aku ni. TAPI alasan itu bukan datang daripada makcik atau adik sepupu aku tu, alasan itu datang daripada orang luar yang bagi pendapat pada makcik aku. 

Mula-mula masa tanya pasal Kimia Industri tu, makcik aku kata nanti kena kerja dengan kilang. Lepas tu aku dah macam "so?????????????????". Aku tak salahkan makcik aku. Memang 200% aku tak salahkan makcik aku. She is a teacher. A good teacher. A very good teacher. Dan dia sendiri background Sains. Jadi aku tahu dia educated. Aku kata pada makcik aku, bukan masalah kalau kerja dekat mana pun asalkan kita boleh bawa diri. Aku kata lagi pada makcik aku, "makcik, kilang jue kerja sekarang ni jue seorang je Malay. Memang susah kalau nak lunch dan solat. Tapi jue hentam je solat dalam office. Pasal makan jue memang tak kisah." Aku kata lagi pada dia, "company jue kerja sekarang, bos tak bagi pakai baju kurung/skirt jadi kena pakai seluar setiap hari. Lagi pun kalau kerja dalam lab memang lagi mudah pakai seluar."

Makcik aku kata aku memang kasar walaupun luaran aku nampak lembut. Mungkin YA. Aku memang lembut kalau nampak di luar tapi sebenarnya aku cuba untuk survive kalau aku terpaksa. Macam kerja sekarang ni, kalau nak ikut senang, kerja company lama lagi mudah. Tak perlu untuk keluar rumah sebelum pukul7, nak makan pun mudah. Kerja sekarang aku kena keluar rumah sebelum 7 pagi, aku kena beli makan untuk lunch sebelum masuk office sebab susah nak cari kedai melayu area tempat kerja aku, aku kena tempuh jem sejam pergi dan sejam balik. Tapi sebab aku yang nak semua tu, aku kena SABAR dan TABAH. 

Makcik aku tanya program apa yang tengah demand sekarang ni. Aku sendiri tak pasti. Maaf pasal hal itu. Kalau nak ikut demand, aku rasa memang bidang bioteknologi / sains & teknologi sedang membangun. Aku cadangkan pilih kejuruteraaan, makcik aku kata anak dia tak mahu. Aku cadangkan program-program under Sains Gunaan. Tapi setiap cadangan aku pasti disambut dengan hujah pihak ketiga. Bagi aku, agak susah nak buat pilihan kalau setiap cadangan / pendapat disusuli dengan alasan pihak ketiga. OKAY. Aku tak boleh emosional. Semua orang berhak beri pendapat. Tapi aku tak boleh terima kalau perkara berkaitan agama yang harus dijadikan alasan. Kalau semua orang Islam nak bagi alasan untuk tidak cuba bidang-bidang yang mungkin akan melibatkan agama, macam mana orang Islam nak berdiri sama tinggi dengan bangsa yang dah maju? 

Maaf kalau aku agak emosi. Tapi aku cuma nak nyatakan, ramai kawan aku background Sains, bekerja di kilang-kilang mampu menempuhnya. Aku suka tengok Top Chef, ada seorang juri tu pernah cakap "sebagai chef yang hebat, dia mesti kuasai suasana dia memasak bukan suasana yang menguasai dia". 

Belum sempat kami habis berdiskusi, majlis tahlil dah nak mula. Jadi diskusi ditangguhkan. Sebelum mula tahlil, adik saudara kata pada aku, "semua pilihan saya (merujuk pada adik saudara aku) bukan saya yang pilih". 


Pesan aku pada adik saudara aku,

Tetapkan hati pada apa yang kita nak. Jangan biar orang lain pengaruhi pemikiran. Orang lain boleh bagi pendapat terhadap pilihan kita tapi orang lain tak boleh halang kita daripada pilih pilihan kita.


********************************************

Teringat aku masa aku nak isi borang UPU untuk sambung degree dulu. Arwah ayah nak sangat aku sambung Chemical Engineering. Sebab arwah ayah nak aku menjadi seorang Jurutera seperti abang-abang aku. Tapi aku sekera-keras cuba menentang arwah ayah. Sampaikan kakak ipar aku pun cuba pujuk arwah ayah untuk biarkan aku tetap dengan pilihan aku. Tapi akhirnya, aku kalah dengan kasih sayang aku pada arwah ayah. Aku isikan pilihan pertama dan kedua aku dengan program fakulti Kejuruteraan Kimia. Tapi kuasa Allah mengatasi segalanya. Dia tetapkan aku dalam Kimia (Analisis Forensik). Sejak itu aku bertekad untuk graduate dengan ANC sama seperti diploma. Tapi sekali lagi kuasa Allah mengatasi segalanya. Aku hanya mampu graduate dengan ijazah kelas pertama tanpa sempat arwah ayah meraikannya. Teringat aku masa kakak aku graduate dengan kelas pertama dalam program Sains Aktuari. Arwah ayah begitu bangga. Aku memang berharap arwah ayah sempat melihat aku berjaya. Tapi Allah lebih menyayanginya. Arwah ayah pergi saat aku bergelut dengan peperiksaan akhir semester 3. Dan semester itu juga penyebab kenapa aku gagal mendapat ANC. Segalanya telah Allah aturkan.


Kita hanya mampu merancang tapi perancangan Allah itu lebih hebat. Teruskan berdoa dan berusahah :)


Wednesday, January 11, 2012

Isitqamahkan Diri Bukan Mudah

Hujan tengah turun mencurah-curah membasahi bumi. Aku dari tadi dah cadang nak off laptop kemudian tidur. Sebab dah mind set esok nak bangun pukul 5 untuk bersahur. Jarang aku bangun bersahur kalau bukan bulan Rmaadhan. Kalau bangun pun, sekadar nak dapatkan pahala bersahur dengan minum air kosong seteguk dua. 


Dah masuk tahun baru kan sekarang ni? Aku tak pernah bagitau orang apa azam aku setiap tahun. Kalau zaman belajar dulu, setiap semester azam aku adalah untuk kekal pointer, cuba untuk tergolong dalam golongan Dean List. Alhamdulillah, adalah tercapai.


Sejak aku mula kerja baru ni, aku tak pernah azam apa-apa. Cuma nak tetapkan hati supaya ada simpanan setiap bulan. Aku ingat lagi kakak aku pesan dekat aku masa mula-mula aku nak kerja tetap tahun lepas. Dia pesan, "make sure tiap-tiap bulan simpan satu pertiga daripada gaji untuk masa depan." Alhamdulillah aku masih ikut sampai sekarang. Cumanya bila masa aku nak pergi holiday ke apa, memang tak terdaya la nak saving kan? Jadi, adalah termiss saving. Tapi mulai tahun 2012 ni harap-harap dah saving 40% daripada total gaji bersih. MESTI  BOLEH!


Bila dah mula kerja baru ni, aku bersyukur sangat sebab tempat kerja sekarang ni agak jauh. Sebab aku punya lebih masa awal pagi tu. Macam dulu, 6.30 pagi baru bangun. Kadang-kadang terlajak 6.45 pagi. Lepas tu mula kelamkabut nak mandi, solat apa bagai semua. Sekarang ni, aku kena bangun paling lewat pukul6 pagi. Memang bila bangun tu, azan subuh pun belum lagi sebab subuh kan lambat sekarang. Jadi bila aku bangun awal, aku akan ada masa untuk mandi (of course!) dan solat (WAJIB!) dan paling seronok aku dapat luangkan masa untuk baca Mathurat / Al-Quran. Ni memang rasa lain sangat. Rasa segar lain macam lepas baca. Setakat ni, aku tak pernah miss lagi untuk hari bekerja. Harap-harap hari cuti pun aku dapat buat. 


Esok hari Khamis. Jadi aku cadang nak puasa sunat hari Khamis. Puasa ni bila nak mulakan memang payah tapi sekali dah mula, Alhamdulillah. Rasa mudah nak teruskan. Jadi aku niat nak puasa setiap Isnin dan Khamis. Selain dapat pahala (niat ikhlas kerana Allah), dapat juga kurangkan makan (jaga kesihatan dan badan) dapat juga mengurangkan belanja (jimat kewangan). Banyak hikmah puasa ni kan? 

Memang susah nak istiqamah. Tapi aku pernah dengar, istiqamah dalam melakukan perkara yang sedikit lebih baik daripada melakukan perkara yang banyak tapi jarang sangat-sangat. Kiranya macam lagi baik kalau mengaji sehelai setiap hari daripada sebulan sekali terus 10 helai. Lebih kurang macam tu la. Aku tak reti nak explain.

Okaylah. Semoga aku terus istiqamah dalam setiap perbuatan yang baik. Perbuatan yang tak baik kita tinggalkan.

Selamat malam. Jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur dan ucapkan Alhamdulillah (atau baca doa bangun tidur) bila bangun esok pagi :)






Friday, November 4, 2011

Mas Kahwin dan Wang Hantaran

Dekat office petang tadi aku serius mengantuk tahap tak tahu nak explain. Lepas lunch dekat kedai belakang Tesco Puchong tu terus mata jadi berat semacam. Macam ada batu konkrit dekat atas mata. Jadinya aku ambil keputusan pergi turun lab, selesaikan kerja yang tak siap. Assistant aku dah mula cuti untuk bersalin sejak semalam. 

Dekat pukul4, naik office semula dah siapkan report mingguan. (Alamak! baru teringat lupa nak email report dekat OM). Sambil-sambil tiap report, berjalan ke blog orang. Sampai la aku menapak ke blog ni :


dan aku tertarik dengan entry ni >> Mahar : Tinggi atau Rendah?

Bila baca entry tu, aku teringat yang semua orang dok post kat FB suatu masa dulu. Yang wang hantaran ditetapkan mengikut taraf pendidikan. 

ni rate untuk local graduate rasanya, kalau oversea graduate mahu la 3,4 kali ganda. hehehehe.


Korang setuju ke dengan benda ni? Aku sangat TIDAK SETUJU. Kalau korang baca entry dalam blog niqobgirl tu pun dia dah kata, mahar kahwin haruslah mudah. Kalau ikut fahaman aku, mudah tu bukan untuk satu pihak sahaja, maksud aku pihak perempuan tapi mesti mudah untuk 2,2 pihak. 

Kenapa aku tak setuju? Sebab andai kata korang belajar sampai degree, jumpa jodoh classmate korang agak-agak berapa tahun korang kena tunggu supaya bakal suami korang tu dapat kumpul minimum RM12,000?

Benda ni pernah juga mengganggu fikiran aku, ada seseorang pernah kata aku,

si abu tu (bukan nama sebenar) hantaran dia 5 angka.

si minah tu (bukan nama sebenar juga) hantaran dia pun 5 angka

si joyah (bukan nama sebenar) tu ada sijil je tapi hantaran dia sama macam ko la

Bila dengar orang cakap macam tu, serius aku macam membara gak. Aku tak suka dibandingkan dengan orang lain. Bukan sebab aku tercabar dengan orang lain punya hantaran 5-6angka tapi aku senang dengan keputusan aku. Dan aku yakin, kalau arwah ayah aku ada mesti dia pun setuju dengan aku. 

Bagi aku, biarlah hantaran aku bukan tahap puluh-puluh riban asalkan duit hantaran tu hasil dari titik peluh dia bekerja. Tanda kesungguhan dia nak peristerikan aku. Aku dah warning awal-awal dekat bakal suami aku,

saya tak nak awak buat loan untuk jadikan duit hantaran. saya bukan barang jual dekat kedai yang awak boleh 'beli' guna duit loan.

Memang dari awal aku dah tekad dalam hati, biar hantaran rendah asalkan duit tu 100% usaha titik peluh dia. Tapi bab mas kahwin memang aku demand sikit, apa benda yang aku demand? Biarlah rahsia. Yang penting masih tidak menyusahkan dan masih dalam lingkungan kemampuan dia.

Bila aku fikir-fikir balik, nasib la aku tak pergi belajar dekat oversea kalau tak lagi heboh la orang dok cerita yang hantaran aku minta tak gempak

Apa-apa pun terpulang pada individu tu sendiri. BTW, hantaran tinggi-tinggi sebab apa ek? Nak menunjuk dekat jiran tetangga ke? atau nak berlawan sesama sendiri? atau apa ek. Aku pun kurang pasti tapi bagi aku biarlah semua benda itu tidak membebankan.


Perkahwinan itu bagi aku untuk memudahkan bukan membebankan. Jangan sebab nak GAH masa kahwin, lepas kahwin ikat perut, makan nasi kosong dengan ikan kering.

Maaf andai ada yang terasa, ni cuma pendapat aku sahaja. HARAP MAKLUM dan MAAF sekali lagi.






Saturday, October 22, 2011

Maaf, saya bukan sombong

Lately ni banyak betul friend request dekat facebook. Aku memang malas sangat nak layan friend request dekat facebook ni. Lagi-lagi kalau bukan nama sebenar dan profile picture pun bukan gambar sendiri. Jadi secara automatik aku akan ignore insan tu. Kalau aku tengok ada ramai mutual friends dia aku kenal, maka aku akan pertimbangkan. KIV dulu friend request tu. 

Aku bukan berlagak sombong. Tapi bagi aku, facebook itu sebagai medium untuk aku berhubungan dengan kawan-kawan lama aku. Bagi aku, facebook bukan medium untuk aku mencari kawan baru. Aku takut nak cari kawan dalam facebook. Kalau nak berkawan, jumpa aku straight forward. Tak perlu guna medium facebook. 

Kalau ada antara korang yang nak add aku dekat facebook, tapi kita macam tak berapa rapat then PLEASE pm me first. Introduce yourself. Aku tak nak approve friend request beribu-ribu tapi tak keep in touch. Tu sebab aku kata, facebook adalah medium untuk aku terus berhubung dengan kawan lama. Bukan untuk mencari kawan baru. MAAF. Ini prinsip aku.

Dan sekarang ni pun aku cuba elak untuk approve friend request daripada keluarga. Keluarga maksud aku; makcik, pakcik, cousin, etc2. MAAF lagi. Sebab aku rasa bila aku approve friend request daripada family, akan timbul banyak masalah. Maklum la. Kalau perbualan antara kawan kadang-kadang lawak agak kasar dan bahasa pun tak berapa nak betul jadi aku tak nak ada salah faham antara keluarga bila diorang baca komen-komen tu semua. Lagi pun, kalau dengan family aku rasa better SMS atau YM atau phone call terus kan? Dengan family, kita akan berterusan  keep in touch dan kita akan sentiasa update perkembangan terbaru. Jadi bagi aku, tak perlu lagi facebook sebagai medium antara keluarga. Kalau korang dengan luar Malaysia, then aku rasa it's OK. Tapi orang lagi senang guna SKYPE kan?

Apa-apa pun, semua ni pendapat aku. And again, kalau rasa nak add aku dekat facebook make sure introduce yourself first. Takut aku ingat-ingat lupa dekat korang. Maaf kalau ada yang terasa dengan pendapat aku. Dan lagi satu, aku paling tak berkenaan kalau orang hantar request untuk segala permainan dalam facebook tu. MAAF. Aku tak main online game. 


Last,

MAAF, AKU BUKAN SOMBONG.





Thursday, July 7, 2011

Tunai, Touch N Go dan Smart Tag

Hari-hari pergi kerja kena lalu tol. Nasib baik la 60sen je. Tapi pergi balik jadi RM1.20 juga la. Seminggu dah jadi RM6. Sebulan dah jadi RM24.

Tapi aku bukan nak cerita atau tanya semua berapa yang korang spend untuk bayar tol tiap-tiap bulan tapi aku nak cerita pasal method untuk kita bayar tol. Kalau nak kenderaan lebih daripada 2 tayar, mesti la kena bayar tol kan? Motor je tak payah bayar tol. Kenapa ek? Masa aku kecik-kecik dulu, zaman aku tak berapa nak bijak lagi aku selalu fikir "ooo... mesti orang yang naik motor ni bayar tol kat tempat lain" HAHAHAHA. Sebabnya ialah kalau kereta, bas, lori dan sebagainya kita nampak la kan beratur sama-sama bayar tol tapi kalau motor laju je memecut. Eh, betulkan motor tak payah bayar tol? Ke aku je yang ketinggalan zaman??

Bila lalu dekat plaza tol tu mesti kita akan nampak kita 3 signboard; Tunai, Touch n Go dan juga Smart Tag. Zaman dulu-dulu semua pakai cash je. Memang seksa la kan lagi-lagi kalau musim perayaan dan seangkatan dengannya. Lepas tu muncul lagi Touch n Go dan sekarang lebih maju sebab dah ada Smart Tag.

Masa mula-mula Touch n Go tu wujud, aku agak kagum la dengan siapa yang guna Touch n Go tu. Aku fikir "dorang ni mesti orang kaya kan" HAHAHAHA. Gila kesian dekat aku. Sebab apa aku kata macam tu, sebab arwah ayah aku dulu tak guna Touch n Go pastu bila dia dah nak dekat pencen baru la dia guna Touch n Go. Kiranya sempat la aku merasa naik kereta dengan ayah aku masa dia guna Touch n Go. Heheheh. 

Pastu sekarang dah ada Smart Tag. Ni lagi la aku kagum. Tapi lama-lama dah biasa sebab kakak dan abang aku pun pakai Smart Tag. Aku je masih guna tunai. HAHAHA. Tapi nasib baik kakak aku telah mensedekahkan kad Touch n Go dia dekat aku. Mula-mula dapat kad tu macam takut-takut gak nak guna sebab dah lama kot kad kakak aku, dari zaman dia belajar lagi. Jadinya satu hari tu, aku pergi KL dengan kawan-kawan. Aku pun nak try la guna kad tu tapi bila aku nak topup orang dekat kaunter tu kata kad tu dah expired. HAHAHA. Nasib baik aku tak pernah guna untuk bayar tol. Kalau tak, payah la aku nak undur kereta sebab tersalah masuk lane. Tapi sekarang aku dah guna Touch n Go selepas kakak aku pergi renew kad tu untuk aku. Buat kakakku yang sorang itu, TERIMA KASIH. Sayang akak~ ;p

Tapi kan (sorry la, aku memang suka guna TAPI) selama dah dekat 3 bulan aku ulang alik guna highway pergi kerja ni, aku rasa antara 3 cara untuk bayar tol tu, guna Smart Tag paling leceh. Korang setuju tak? Semalam dan hari ni, aku menyaksikan lorong tunai dan Touch n Go lagi laju dari lorong Smart Tag. Tapi bukankah Smart Tag tu tujuan dia sebenarnya untuk melancarkan perjalanan? Macam pagi tadi, dah lepas 5 buah kereta dekat lorong Touch n Go, yang lorong Smart Tag tu satu kereta pun tak lepas-lepas lagi. Siap dok undur-undur kereta lagi sebab "KAD TIDAK SAH". Sempat gak aku menjeling ke lorong sebelah. 

Guna Smart Tag ni agak leceh juga kan sebenarnya. Jarak antara kenderaan tu paling kurang 5 meter supaya senang kereta depan tu undur kalau kad rejected (HAHAHA. Ini aku reka sendiri). Lepas tu, tak boleh nak tinted cermin gelap macam ejen perisikan, kalau tak kad tak boleh detect gak. Silap-silap kena buka tingkat and keluarkan benda tu untuk discan. HAHAHA. Lagi apa ye? Apa-apa pun benda tu untuk memudahkan semua orang tapi biasalah ada setengan orang tu tak jangka yang dia bakal menyusahkan orang kan??

Buat masa ni, aku masih setia nak guna Touch n Go. Tunggu la aku pakai kereta cantik sikit dan gaji besar sikit, boleh la pakai Smart Tag. Hari tu pergi GLC Open Day, ingatkan masa ada tekateki-apa-entah-nama-dia-tu boleh la menang Smart Tag, sekali dapat tshirt je. HUHUHU.




Friday, June 3, 2011

Day 5 : How important education is?




Sudah terang lagi bersuluh kan? Tak perlu untuk aku ulang tapi aku nak ulang juga.

Education = Future

Setuju tak semua? Ada tak yang tak setuju? Ye la. Manusia ni, nampak je rambut sama hitam, muka sama sirih junjung tapi hati lain-lain. Tapi aku setuju sangat dengan benda ni. Pendidikan tu penting untuk masa depan. Bukan sekadar masa depan bila usia meningkat 30 atau 40 atau 50 tahun tapi masa depan tu juga (bagi aku) adalah pada masa bila kita akan hidup selama-lamanya. Ilmu tu penting sebagai bekalan. 

Aku teringat satu ayat ni. 

"kalau hendak dunia, maka carilah ilmu,
kalau nak akhirat, maka carilah ilmu,
kalau hendak dua-dua, maka carilah ilmu"

note : tolong betulkan kalau aku tersalah.


Dan sekali lagi, dah nyata kan? Kalau kita nak berjaya dunia, kena cari ilmu. Kalau nak berjaya akhirat kena berilmu juga. Kalau nak dua-dua, lagi lah kena cari ilmu. Sebenarnya, dalam kehidupan seharian pun, kita melalui proses pembelajaran. Banyak benda yang kita tak sedar tapi sebenarnya kita sedang belajar benda baru. Ye la. Bila kita menjalani kehidupan seharian, bukannya setiap hari kita akan sama seperti hari-hari sebelumnya. Sebab tu, orang selalu kata,


"semoga hari ini lebih baik daripada semalam. Dan semoga esok akan bertambah baik"


Sebab apa? Sebab semalam, kita dah belajar sesuatu yang kita tak sedar. hari ni juga kita belajar sesuatu yang insyaAllah kita akan manfaat untuk hari esok. percaya tak semua ni? Dan kerana itu juga la aku selalu pesan pada diri sendiri,


"pengalaman adalah guru terbaik dalam menjalani kehidupan harian"

betul tak? kita pergi sekolah, kita dapat formal education. masuk universiti kita belajar segala fakta yang ada dalam buku setebal 2 inci seberat 3 kg (aku pernah timbang buku aku masa diploma dulu). Bila kita dekat rumah, kita dapat informal education daripada family kita. Dan dalam seharian kita bergaul dengan kawan-kawan atau orang awam pun sebenarnya kita belajar secara tak langsung. 

Kalau ikutkan banyak benda nak diluahkan tentang ilmu dan pelajaran ni. Tapi semuanya bergantung pada kita. Tapi jangan anggap orang yang tak belajar tinggi, tak masuk univeristi tu tak berilmu. Mereka mungkin kurang dari segi fakta tapi mereka banyak ilmu daripada pengalaman hidup. Tu sebab orang dulu-dulu (zaman atok nenek kita dulu) dorang bolehkan anak berbelas-belas walaupun dorang hanya kerja kampung je. Sebab apa? Dorang belajar daripada hidup mereka.

Mari sama-sama meningkatkan ilmu untuk kejayaan dunia dan akhirat. 

p/s : segala yang terkandung adalah pendapat aku sendiri. sebarang ulangcetak dalam sebarang bentuk adalah DILARANG sama sekali tanpa izin daripada penulis.



Sunday, May 29, 2011

Day 3 : Your idea of the perfect first date





Sesungguhnya tak ada idea untuk cabaran kali ni. Sebabnya aku bukan kisah sangat pasal benda ni. Dan bagi aku kesempurnaan bagi setiap orang tu berbeza. Dan pastinya, bagi aku la kalau benda tu kali pertama confirm-confirm la tak akan sempurna kan? Maksud aku bukan tak sempurna langsung tapi tak sesempurna yang kita harapkan. 

Kadang-kadang kita plan bagai nak rak tapi akhirnya kuasa Allah juga yang mengawal semuanya. Sama la macam kalau mak ayah yang pertama kali nak buat majlis perkahwinan anak mereka, mesti rancang detail. Tapi akhirnya Allah juga yang penentu segalanya.

Kalau untuk first date la kan, lagi manis kalau first date dekat rumah kita. Ha? Amacam? Okay tak? Biar la family kita kenal macam mana rupa kawan kita tu, macam mana akhlak kawan kita tu, macam mana budi bahasa dia, pendek kata segala-galanya. Walaupun aku dulu tak buat macam tu, tapi aku rasa.... hurmmmmm... okay. Lari topik dah.

Sebenarnya, masa first date la kita kena berhati-hati. Lagi-lagi kalau jenis yang bercinta di alam siber ni. Dalam dunia maya, memang indah semua bahasa. Tapi realiti? Kita tak tahu kan? Jadi untuk selamat dating la di rumah mak ayah. Kalau mak ayah garang, ajak la kawan-kawan/adik beradik dating sama. Kira jadi macam bodyguard. Atau nak lagi senang, tak payah dating. HAHAHA.

Apa-apa pun, fikir sebelum bertindak. Jangan percaya 100% sekalipun dah kenal 10 tahun. 



p/s : InsyaAllah, masa ni aku dah selamat transit di Oman sebelum perjalanan seterusnya untuk umrah. tolong doakan semoga segala urusan aku dipermudahkan. AMIN YA RABB.


Friday, May 6, 2011

mentally and physically prepared

pagi-pagi tadi, saja je gatal-gatal tangan pergi buka website MARA. Nak semak kot-kot dah keluar result untuk permohonan biasiswa untuk pascasiswazah. Sekali buka, dah keluar dah untuk ujian saringan. Kelamkabut isi no IC lepas tu terus buka window lain sebab takut nak tengok sama ada dapat pergi saringan atau tidak. Bila rasa dah habis loading, buka balik web MARA tadi. dan ALHAMDULILLAH. Layak untuk saringan. Tak tahu la kot semua yang hantar permohonan layak ke saringan ke apa. Saringan ni melibatkan Psychomteric Assessment. Aku pun tak tahu apa benda alah tu. Terus gelabah. Bila tengok tarikh test 7 Mei 2011 dekat Kolej MARA Banting. Lagi la gelabah. Terus heboh satu lab tanya pasal test tu. Seorang student phd kat lab ni pun bagi la pendapat dia. Aku pun kelamkabut google apa benda alah tu. Siapa-siapa yang tahu, cepat-cepat la bagitau aku ye. Risau gak ni. Kalau lepas saringan ni. ada pula interview lepas tu baru tahu berjaya ke tak dapat biasiswa tu. Kepada semua, doa2kan la aku dapat yang terbaik untuk diri aku, keluarga dan masa depan. AMIN.

Bila fikir-fikir balik, sepanjang tempoh aku sibuk-sibuk nak cari kerja dan cari tempat/sponsor untuk sambung belajar ni ada hikmah di sebalik semua ini. Masa mula-mula nak ambil IELTS dulu, aku tekadkan hati kalau aku lepas requirement maka Allah dah tetapkan yang aku MUNGKIN akan sambung belajar. Dan bila dah lepas IELTS tu, sibuk cari sponsor pula. Bila dah dapat ke saringan ni rasa macam makin kuat je kata hati untuk belajar. Bak kata pensyarah aku, selagi ada peluang untuk belajar pergi belajar. Kalau boleh, biar dapat phd sebelum umur 35 tahun. Terima kasih Dr! Rasa sangat terhutang budi dengan dia. Serius!! Dia dah macam mak aku rasa. Masa aku tanya dia pasal assessment tu tadi, dia siap google kan untuk aku. TERHARU tau.. And again THANX a lot Dr!

Tapi berangan ANDAI rezeki Allah tu dah ditakdirkan untuk aku belajar, maka aku rasa Allah lebih tahu bahawa aku sudah bersedia mental dan fizikal. Sebenarnya kita tak tahu sama mada kita boleh atau tidak sehingga la ujian tu datang menguji. Betul tak? Sama juga dalam soal perkahwinan. Tadi saja tengok-tengok album pertunangan kawan dekat FB. ada satu gmbar tu, ada orang comment


Kalau dah sampai jodoh tu, maknanya Allah tahu yang kita dah bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri.


OKAY. Aku akui benda tu. Dan kadang-kadang hati sedikit menangis bila tengok kawan-kawan bahagia dengan pertunangan mereka. Dan lebih-lebih lagi bila sudah disatukan secara SAH dan bakal bergelar ibubapa. Korang jelous tak? Kalau aku, tipu la kalau aku kata aku tak jelous. Kalau la dah berkawan dekat 10 tahun (contoh okey? bukan aku) tak kan la korang tak mengharap hubungan tu berakhir dengan sesuatu yang indah lagi halal? Mesti nak kan? Lagi-lagi kalau si dia tu cinta pertama korang.

Tapi semua tu bergantung pada diri kita sebenarnya. Andai kita bersedia dari segi fizikal dan mental, maka Allah akan permudahkan segalanya. InsyaAllah. Sebagai contoh, ada seorang kenalan aku. Dia sangat-sangat nak sambung belajar dekat luar negara. Dia sudah bekeluarga. Jadi dia ajak husband dia sambung sama-sama. Suami dia tak kisah cuma ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi. Maka harapan kenalan aku tu tergendala sehingga kini. Apa yang aku nak katakan? Disebabkan suami kenalan aku yang tak berapa sedia dari segi fizikal dan mental tu, maka Allah tangguhkan dulu hajat kawan aku tu. Aku rasa dalam hal aku pun macam tu juga. Cuma entah lah. Allah dah merancang yang TERBAIK untuk kita dari alam rahim lagi.

Rasanya itu je kot aku nak cerita. Ikutkan banyak je.Tapi disebabkan tadi dah break pergi lunch dan mencuci mata jadi niat untuk menulis terus terbantut. Kalau tadi aku tak break pergi lunch mesti dah macam-macam idea yang keluar mencurah.

Apa-apa pun, aku harapkan korang doakan la yang TERBAIK untuk aku dan semua orang. Aku tak nak terlalu mengharap tapi aku cuma mengharapkan yang TERBAIK daripada Allah. InsyaAllah.

Monday, April 18, 2011

Bahasa Jiwa Bangsa

source : google

Fuuuuhhhhh~ Tajuk tak tahan okey. Bajet macam cikgu bahasa malaysia je. Alaaaa... tak mau la cikgu. Tukar-tukar. Bajet macam professor bahasa kat akademi pengajian bahasa universiti kebangsaan malaysia (UKM). Kenapa mesti UKM? suka hati aku laaa... asyik-asyik UiTM dihatiku je. Kali ni kasi tukar laaaa... 

Okay. Jangan lari tajuk. Aku rasa semua pernah dengar " Bahasa Jiwa Bangsa" tu kan?? Benda alah tu nak panggil apa ek? Aku pun tak tahu. Apa-apa je la yang korang suka. Benda ni sebenarnya aku dah lama nak bagi penerangan panjang lebar macam dalam lecture hall dengar kuliah 2 jam straight tanpa rehat. Aduhhhh~ boleh kebas b**t** semua tambah dengan berdesing telinga kalau microphone yang lecturer guna selalu mengalami masalah sound system. Apa-apa je la. 

Tapi sekarang ni, aku rasa frasa (fuhhh~ membanggakan betul penggunaan kosa kata) "Bahasa Jiwa Bangsa" tu tak boleh nak dipraktikkan lagi. Sebab apa? Banyak sebabnya. Jom kita sama-sama explore apa sebab-sebabnya :

  1. Zaman sekarang ni orang dah tak cakap ikut mother tongue dah. Sekarang dah zaman moden. kadang-kadang seorang dah boleh fasih 4,5 bahasa. FASIH okey? Bukan setakat cakap "nihaoma" <<-- betul ke macam tu spelling dia? hentam je la. Tak pun sekadar tahu tanya "ma ismuki?". Tak pun reti kira "siji, loro, telu blaaaaa". Atau cakap "arigato gozaimas" <<<--- main hentam je eja. FASIH beerti boleh buat essay 500 perkataan atau berbual dalam telefon selama setengah jam tanpa ada "aaaa... aaaaaa.... hurmmmmm". Kalau seorang dah boleh FASIH 4,5 bahasa macam mana kita nak confirm kan bangsa dia??
  2. Sekarang orang dah amalkan konsep 1Malaysia. Maka kahwin pun 1Malaysia. Jadi dapat anak mix. Mak putih melepak, bapak suam-suam kuku, dapat anak? bayangkan sendiri laaa. Confirm-confirm la si mak cakap bahasa dia, si bapak cakap bahasa dia. Then anak? campur aduk macam-macam ada. Macam mana nak confirm bangsa dia melalui bahasa? Melainkan dia isi borang bahagian "pilih tanda pada yang berkenaan; bangsa : melayu ___, cina ___, india ____, dusun ____, kadazan _____, dan seterusnya.
  3. Kalau menulis (contoh dalam blog sendiri la <<<--- aku la tu). Sekejap tulis bahasa inggeris, sekejap tulis bahas malaysia, sekejap tulis bahasa iban (ni bukan aku), sekejap dia speakang jepun (bukan aku juga), sekejap dia cakap arab (aku tahu la sikit-sikit) macam-macam lagi la. Macam mana nak tahu bangsa dia. Tapi sebenarnya, boleh je kalau nak tulis blog dalam bahas apa sekali pun. Nak tahu caranya? Pergi dekat Google, pastu cari google translate lepas tu taip la apa korang nak bebel dalam blog lepas tu pilih la nak translate dalam bahasa apa pun yang korang nak. Mudah bukan? HAHAHA.
  4. Kalau tengok la gaya bahasa remaja zaman sekarang (waaaaa... terasa diri makin bertambah usia), memang la kadang-kadang aku naik geram. Lagi-lagi time jalan-jalan ziarah blog orang, tiba-tiba masuk blog tulis macam ni; "monink cume. ari ni pegi skuwl cm bese. bowink cuz boypren aq x dtg. nk blaja pun x de mood. asyk tingat kt boypren tu je. tp plik la cebab dye x meset pun kitew. kitew hrp dye x de pe2.  blaaaaaa " <<<<--- dah tak larat nak sambung sebab penat otak aku nak fikir macam mana la budak-budak ni mengeja. LETIH otak!  Kalau la macam ni, nak kata dia bangsa apa? aduh. boleh sakit otak fikir.

Okay. Itu je la kot bebelan aku hari ni. Agak-agak ada kena-mengena dengan tajuk tak? bila aku baca-baca balik, macam lari tajuk je. HUAHUAHUA. Hentam je la labu. Entry aku, blog aku, suka hati aku la kan nak letak tajuk apa pun kan? 

Sebelum aku lupa, aku minta maaf la kalau ada sesiapa tersinggung. Tak ada niat nak menghiris perasaan sesiapa. Ni semua sekadar pandangan aku. Tapi secara jujur, aku memang tak boleh terima la kalau sesiapa tulis guna ejaan yang boleh buat aku sakit kepala tu. Hatta wall FB adik aku pun, sakit kepala aku tengok. entah apa benda entah dia tulis. kadang-kadang mesej dia dekat HP pun lama gila aku kena baca baru paham. 

OK la. And again, sesiapa terasa, aku minta maaf. Aku tahu, aku pun bukan bagus sangat. Tulis pun bahasa rojak ikut sempat otak aku nak proses. Tapi aku rasa aku tak ada la tulis bahasa orang lain susah paham. HUAHUAHUA. 

Sebelum nokhtah terakhir, sekali lagi, aku minta maaf. BYE.






Aku si pencinta bahasa (kononnya),

Thursday, March 24, 2011

SPM 2010

sumber : http://ciklaili.blogspot.com

Aku bukan menulis untuk bercerita lanjut tentang keputusan SPM 2010 apatah lagi nak membentangkan analisis peperiksaan. Tapi apa yang aku mahu tulis adalah sekadar pandangan aku sebagai seorang bekas pelajar dan pendapat aku setelah menonton buletin utama TV3 semalam. Akhbar tak sempat nak baca lagi. Lagi pun rasanya dah 2 bulan lebih aku tak baca akhbar, kalau rajin je baca online. Kalau malas, tunggu je la jam 8 malam nanti. 

Semalam tengok dan dengar buletin utama, keputusan SPM 2010 terbaik dalam tempoh 4 tahun. Jumlah pelajar yang dapat A+, A dan A- meningkat. Maknanya budak-budak zaman sekarang ni memang pandai-pandai belaka semuanya. Yang tak dapat result yang bagus tapi dah usaha dengan bersungguh-sungguh tu maknanya Allah belum nak bagi rezeki kemanisan sebuah kejayaan tu lagi. Belum masanya lagi. Bagi yang tak dapat result bagus sebab memang tak berusaha tu tak boleh nak komen apa-apa la. Sendiri tahu usaha masing-masing tahap mana kan? Bagi yang tak berapa nak berusaha tapi dapat result gempak tu, Alhamdulillah Allah nak bagi rezeki tapi jangan riak "aku tak study pun boleh dapat A berderet" Tak baik macam tu.

Aku bukan dari golongan pendidik jadi aku nak bagi pandangan dari pemerhatian aku sebagai seorang pemerhati sahaja. Aku rasa tahap pencapaian pelajar bandar tak boleh nak disangkal lagi. Sebab pelajar bandar ni memang mak ayah dorang ni bagi duit supaya anak-anak dorang berjaya. Ada yang menghargai kesusahan (walaupun hakikatnya mak ayah kaya raya) mak ayah mencari duit siang malam tapi ada gak yang anggap " mak ayah aku kaya, tak lepas SPM masuk la private collage apa susah". Betul ke? Aku tak tahu la. Tapi kadang-kadang apa yang kita tonton dalam drama TV adalah realiti kehidupan sebenar. 

Dalam berita semalam, kalau tak salah aku pelajar terbaik keseluruhan SPM 2010 pelajar perempuan dari Terengganu. Anak seorang buruh kilang papan. Pelajar macam ni la yang aku memang tabik spring la. Walaupun aku tak pernah rasa hidup susah sangat (bukan selama ni hidup senang, tapi sederhana) tapi arwah ayah aku selalu cerita kesusahan hidup dia zaman sekolah dulu. Agak-agak budak yang susah sekarang ni, sama tak susah macam zaman dulu-dulu? Tapi aku lagi suka kalau budak yang cemerlang dari golongan kurang senang ni, bila dah masuk universiti terus berjaya dan ingat jasa mak ayah. Aku tak suka la kalau yang dah berjaya, dapat tajaan sambung belajar tapi jadi macam tanggang. Harap-harap tak ada lah berlaku dekat Malaysia ni. 

Tadi berjalan dekat FB sekejap, tengok ada post dari group sekolah lama. YA ALLAH! Bangganya aku dengan pelajar-pelajar sekolah lama aku. Kalau tak salah aku 12 orang dapat 12A+. Zaman aku dulu ada ke yang dapat 12A1? Rasa tak ada. Best student pun 10/11A. Aku pun dah tak ingat. Dah lama sangat zaman aku berlalu. Sekarang ni sekolah aku antara 10 terbaik dalam negeri Perak. Bangga weiiii. 

Apa-apa pun TAHNIAH buat semua yang telah berjaya mengaharungi SPM 2010, TAHNIAH buat yang berjaya dengan cemerlang dan TAHNIAH juga buat cikgu-cikgu yang telah berjaya mendidik dan mengajar pelajar-pelajar sehingga berjaya.



"Success is the beginning of the journey, not the end of journey"