Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Showing posts with label Facebook. Show all posts
Showing posts with label Facebook. Show all posts

Saturday, October 22, 2011

Maaf, saya bukan sombong

Lately ni banyak betul friend request dekat facebook. Aku memang malas sangat nak layan friend request dekat facebook ni. Lagi-lagi kalau bukan nama sebenar dan profile picture pun bukan gambar sendiri. Jadi secara automatik aku akan ignore insan tu. Kalau aku tengok ada ramai mutual friends dia aku kenal, maka aku akan pertimbangkan. KIV dulu friend request tu. 

Aku bukan berlagak sombong. Tapi bagi aku, facebook itu sebagai medium untuk aku berhubungan dengan kawan-kawan lama aku. Bagi aku, facebook bukan medium untuk aku mencari kawan baru. Aku takut nak cari kawan dalam facebook. Kalau nak berkawan, jumpa aku straight forward. Tak perlu guna medium facebook. 

Kalau ada antara korang yang nak add aku dekat facebook, tapi kita macam tak berapa rapat then PLEASE pm me first. Introduce yourself. Aku tak nak approve friend request beribu-ribu tapi tak keep in touch. Tu sebab aku kata, facebook adalah medium untuk aku terus berhubung dengan kawan lama. Bukan untuk mencari kawan baru. MAAF. Ini prinsip aku.

Dan sekarang ni pun aku cuba elak untuk approve friend request daripada keluarga. Keluarga maksud aku; makcik, pakcik, cousin, etc2. MAAF lagi. Sebab aku rasa bila aku approve friend request daripada family, akan timbul banyak masalah. Maklum la. Kalau perbualan antara kawan kadang-kadang lawak agak kasar dan bahasa pun tak berapa nak betul jadi aku tak nak ada salah faham antara keluarga bila diorang baca komen-komen tu semua. Lagi pun, kalau dengan family aku rasa better SMS atau YM atau phone call terus kan? Dengan family, kita akan berterusan  keep in touch dan kita akan sentiasa update perkembangan terbaru. Jadi bagi aku, tak perlu lagi facebook sebagai medium antara keluarga. Kalau korang dengan luar Malaysia, then aku rasa it's OK. Tapi orang lagi senang guna SKYPE kan?

Apa-apa pun, semua ni pendapat aku. And again, kalau rasa nak add aku dekat facebook make sure introduce yourself first. Takut aku ingat-ingat lupa dekat korang. Maaf kalau ada yang terasa dengan pendapat aku. Dan lagi satu, aku paling tak berkenaan kalau orang hantar request untuk segala permainan dalam facebook tu. MAAF. Aku tak main online game. 


Last,

MAAF, AKU BUKAN SOMBONG.





Saturday, January 1, 2011

I choose 355

Pendahuluan :
HAPPY NEW YEAR to all!!!

Isi penting :
Kerja tiap-tiap bila ada masa lapang adalah mengadap FB. Baca status semua kawan dan komen semua orang. BOSAN. Buka wall seorang budak comel. Ada status agak menarik.

Status budak comel itu. Terasam macam menarik untuk mencuba. Terus PM dia nombor saya suka.


Pagi ni mengadap FB lagi. HUH. Dah macam hobi pula tiap-tiap hari buka FB. Tengok ada status dari budak comel itu.

Dalam kotak merah tu adalah apa yang budak comel itu fikir tentang saya. TAK NAMPAK? klik gambar untuk nampak jelas.

Terasa terharu dan sebak. Tapi saya kagum dengan budak comel tu. Walaupun saya tak tahu semua rahsia dia tapi saya cuba paham keadaan diri dia. Saya harap budak comel itu tabah dan berjaya selalu.


SAYA : mood baik sebab hari ini 01/01/2011. Selamat kahwin kepada yang kahwin hari ni. Selamat tunang buat yang bertunang hari ni. Selamat panjang umur + murah rezeki untuk yang menyambut hari tua setahun pada hari ni. =)


salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam...



lots of L♥VE

Wednesday, December 22, 2010

My Top Followers

Dan sekali lagi aku kebosanan. Tadi isi borang dekat jobmalaysia, punya la lambat macam siput. Aku pun layan FB, cepat la pula nak load page. Memang saja je nak suruh aku bazir masa depan FB daripada mencari kerja. HEHEHE.

Terjumpa application ni, macam best. Jom tengok siapa la pengikut setia ayah pin missjue ni.



Jom kenal sorang-sorang :

  1. Shah Zain : Oh, tak perlu la aku perkenalkan dia di sini. Nak tahu siapa dia sila baca blog dia.
  2. Efa alifah : classmateku di shah alam. Telah selamat menjadi tunangan Mus'ab.
  3. Dalila Diela : classmate aku juga. Oh, aku suka pergi jalan-jalan dekat shah alam sama dia dan juga efa.
  4. Nurus Sakinatul Fikriah : Little hunny bunny. Cousin yang umurnya kecik tapi ilmunya banyak. UiTM Debater.
  5. Azila zila : kawan comel di shah alam. Suka ngadu nasib sama-sama. She is very nice girl.
  6. Shariz Azalea : Baru kenal masa kenduri kahwin Ulfa hari tu.
  7. Nur Fazieyana Zulkifli : Classrep for AS233. Memang sangat bertanggungjawab.
  8. Anith Hashim : Ex schoolmate masa dekat Taayah. Dia semakin comey sekarang. OH~ aku sangat jelous. Cikgu, dapat posting mana?
  9. Mia Sarah : Senior AS233 tapi junior. Paham? Dia senior aku tapi dia muda daripada aku. Sebab dia lepasan Matrik.
  10. Puteri Hidayat : Kakak saudaraku yang cun. Cikgu PJK okey? 



salam mahabbah 
salam ukhwah 
wassalam... 

lots of L♥VE

Tuesday, December 21, 2010

22 pages status.

Kebosanan jadi melayan Facebook. Ziarah "dinding" kawan sayang. Ada photos My Status in 2010. Rasa macam best pula. Nak try juga la.

Ni la hasilnya. 22 mukasurat tertulis status aku di FB sepanjang tahun hingga hari ini.

Susunan daripada yang terkini (atas) hingga yang terkebelakang (bawah)









Monday, April 19, 2010

muka buku a.k.a facebook

TOLONG!!!

minta perhatian semua!!!
muka buku aku a.k.a facebook x boleh nk login.
bila aku nk login, dia kuar cmni...



lepas 3x aku masukkan password, dia kuar cmni lakkk....


bila aku dah masukkan huruf2 keselamatan tu, kuar lak bnd ni...


aku pun klik la kt "THIS IS ME"... 
ingtkn dah boleh login. sekali kuar lak bnd ni...



dia suh aku reset or try again... aku dah cuba 2,2... 
kalau aku klik kt try again tu, dia kuar balik cm gmbr yg first tu... 
kalau aku klik kt reset my password tu, kuar bnd ni...


tapi.... bila aku dah masukkn huruf2 berbelang tu, tiba kuar screen KOSONG je. x bnd pun!!!


aku ingt laptop aku mengong. aku pun minta tolong PA x rasmi aku. dia try buat pun jadi bnd yg sama.

jadi kt sini, aku nak tanya kepada yg pakar2 dalam hal2 mcm ni... pe yg sebenar2nya dah jadi kt akaun FB aku??? aku tau la aku dah nk exam, thesis x siap lagi, lab report tak hntr lagi... tp jgn la buat aku cmni. ni je satu2 cara aku nk hilangkan tension. hujung2 sem ni ne ada duit sgt nk "sedekah" kt shopping complex. nk tgk wayang pun tak lepas.

kawan2 yang aku sayang, 
tolong la daku... susah2 aku create je akaun FB baru. tapi lepas exam la!


TOLONG!!!



salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam