Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Showing posts with label greetings. Show all posts
Showing posts with label greetings. Show all posts

Sunday, January 8, 2012

December 2011 Birthday Celebration

Cerita ni agak dah basi. Sebab dah berlaku lebih seminggu yang lepas. Tapi saja nak update untuk kenangan hari akan datang. Bila Disember datang, maka seisi keluarga akan menunggu. Sebab dalam bulan Disember, family aku sendiri ada 3 orang yang menyambut hari lahir. Kalau campur sepupu-sepupu mungkin 10 orang.

Dan paling best juga sebab seorang anak buah aku lahir pada 31 Disember. HEHEHE. Masa cuti new year hari tu, kakak aku pulang ke Ipoh untuk sambut hari lahir anak dia. Tapi tak ada la birthday party what so ever. Cuma ada potong kek. Tu pun jam dah nak dekat pukul 12 tengah malam. Kira dah nak new year 2012.

Sedikit gambar untuk kenangan masa hadapan. Dan mungkin untuk anak buah aku baca bila dia dah pandai layari internet, operate the operating system from A - Z without any help (sekarang kena tolong dia connect to the internet, and type the URL).

birthday cake : Selamat Hari Jadi buat Anis, Annur & Mak Teh (aku la tu). Tak tahu la dah kawin nanti ibu aku nak tak letak nama aku dekat birthday cake cucu-cucu dia.


HAPPY BIRTHDAY KAKAK. Birthday cake from Puchong. 


birthday present from kakak to makteh.
for makteh. thank you (tak tahu kenapa dia tulis thank you. hahaha)
from anis, rafiq, papa and mama.
love you mak teh (love you too kakak!)

birthday present from ibu.

AKHLAK SEORANG MUSLIM.
Belum punya masa untuk membaca. Aku tak nak baca sekadar baca. Macam zaman sekolah dulu. Nak baca penuh penghayatan. Supaya aku dapat ilmu dan faham ilmu. Bukan hafal ilmu.

Sedikit pesanan dari ibu untuk anak daranya. Memang ini sikap ibu. Kalau belikan buku, mesti ada pesanan dalam tu. Sama macam arwah ayah dulu.





Thursday, March 24, 2011

SPM 2010

sumber : http://ciklaili.blogspot.com

Aku bukan menulis untuk bercerita lanjut tentang keputusan SPM 2010 apatah lagi nak membentangkan analisis peperiksaan. Tapi apa yang aku mahu tulis adalah sekadar pandangan aku sebagai seorang bekas pelajar dan pendapat aku setelah menonton buletin utama TV3 semalam. Akhbar tak sempat nak baca lagi. Lagi pun rasanya dah 2 bulan lebih aku tak baca akhbar, kalau rajin je baca online. Kalau malas, tunggu je la jam 8 malam nanti. 

Semalam tengok dan dengar buletin utama, keputusan SPM 2010 terbaik dalam tempoh 4 tahun. Jumlah pelajar yang dapat A+, A dan A- meningkat. Maknanya budak-budak zaman sekarang ni memang pandai-pandai belaka semuanya. Yang tak dapat result yang bagus tapi dah usaha dengan bersungguh-sungguh tu maknanya Allah belum nak bagi rezeki kemanisan sebuah kejayaan tu lagi. Belum masanya lagi. Bagi yang tak dapat result bagus sebab memang tak berusaha tu tak boleh nak komen apa-apa la. Sendiri tahu usaha masing-masing tahap mana kan? Bagi yang tak berapa nak berusaha tapi dapat result gempak tu, Alhamdulillah Allah nak bagi rezeki tapi jangan riak "aku tak study pun boleh dapat A berderet" Tak baik macam tu.

Aku bukan dari golongan pendidik jadi aku nak bagi pandangan dari pemerhatian aku sebagai seorang pemerhati sahaja. Aku rasa tahap pencapaian pelajar bandar tak boleh nak disangkal lagi. Sebab pelajar bandar ni memang mak ayah dorang ni bagi duit supaya anak-anak dorang berjaya. Ada yang menghargai kesusahan (walaupun hakikatnya mak ayah kaya raya) mak ayah mencari duit siang malam tapi ada gak yang anggap " mak ayah aku kaya, tak lepas SPM masuk la private collage apa susah". Betul ke? Aku tak tahu la. Tapi kadang-kadang apa yang kita tonton dalam drama TV adalah realiti kehidupan sebenar. 

Dalam berita semalam, kalau tak salah aku pelajar terbaik keseluruhan SPM 2010 pelajar perempuan dari Terengganu. Anak seorang buruh kilang papan. Pelajar macam ni la yang aku memang tabik spring la. Walaupun aku tak pernah rasa hidup susah sangat (bukan selama ni hidup senang, tapi sederhana) tapi arwah ayah aku selalu cerita kesusahan hidup dia zaman sekolah dulu. Agak-agak budak yang susah sekarang ni, sama tak susah macam zaman dulu-dulu? Tapi aku lagi suka kalau budak yang cemerlang dari golongan kurang senang ni, bila dah masuk universiti terus berjaya dan ingat jasa mak ayah. Aku tak suka la kalau yang dah berjaya, dapat tajaan sambung belajar tapi jadi macam tanggang. Harap-harap tak ada lah berlaku dekat Malaysia ni. 

Tadi berjalan dekat FB sekejap, tengok ada post dari group sekolah lama. YA ALLAH! Bangganya aku dengan pelajar-pelajar sekolah lama aku. Kalau tak salah aku 12 orang dapat 12A+. Zaman aku dulu ada ke yang dapat 12A1? Rasa tak ada. Best student pun 10/11A. Aku pun dah tak ingat. Dah lama sangat zaman aku berlalu. Sekarang ni sekolah aku antara 10 terbaik dalam negeri Perak. Bangga weiiii. 

Apa-apa pun TAHNIAH buat semua yang telah berjaya mengaharungi SPM 2010, TAHNIAH buat yang berjaya dengan cemerlang dan TAHNIAH juga buat cikgu-cikgu yang telah berjaya mendidik dan mengajar pelajar-pelajar sehingga berjaya.



"Success is the beginning of the journey, not the end of journey"



Wednesday, March 23, 2011

Happy SWEET Birthday




selamat ulang tahun kelahiran untuk
Raja Zahriah Hanim
semoga panjang umur dan murah rezeki selalu.
semoga sentiasa di bawah rahmat dan perlindungan-Nya.


Tuesday, January 25, 2011

Selamat Ulangtahun kelahiran.

Pagi tadi masa update blog lupa lak yang hari ni birthday budak jari tembam.
Walaupun budak jari tembam tu tak baca blog aku ni (sebab dia tak reti membaca lagi), aku tetap nak wish,


HAPPY 3rd BIRTHDAY
to Wan Isyraf Rafiq


Semoga menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat.
Semoga membesar menjadi antara golongan cerdik pandai.



salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam...



 lots of L♥VE

Saturday, January 1, 2011

I choose 355

Pendahuluan :
HAPPY NEW YEAR to all!!!

Isi penting :
Kerja tiap-tiap bila ada masa lapang adalah mengadap FB. Baca status semua kawan dan komen semua orang. BOSAN. Buka wall seorang budak comel. Ada status agak menarik.

Status budak comel itu. Terasam macam menarik untuk mencuba. Terus PM dia nombor saya suka.


Pagi ni mengadap FB lagi. HUH. Dah macam hobi pula tiap-tiap hari buka FB. Tengok ada status dari budak comel itu.

Dalam kotak merah tu adalah apa yang budak comel itu fikir tentang saya. TAK NAMPAK? klik gambar untuk nampak jelas.

Terasa terharu dan sebak. Tapi saya kagum dengan budak comel tu. Walaupun saya tak tahu semua rahsia dia tapi saya cuba paham keadaan diri dia. Saya harap budak comel itu tabah dan berjaya selalu.


SAYA : mood baik sebab hari ini 01/01/2011. Selamat kahwin kepada yang kahwin hari ni. Selamat tunang buat yang bertunang hari ni. Selamat panjang umur + murah rezeki untuk yang menyambut hari tua setahun pada hari ni. =)


salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam...



lots of L♥VE

Saturday, December 25, 2010

Ho Ho Ho~ Merry Christmas!!

Merry Christmas untuk sesiapa yang meraikannya. Kita kan 1Malaysia. Aku just nak wish untuk kawan-kawan aku yang meraikannya. Jadi jangan nak timbulkan isu-isu yang tak sepatutnya. Aku tahu sepatutnya aku wish malam tadi tapi malam tadi tak boleh. Line busy.


Gambar pinjam daripada Google.

Sebenarnya kan, to be honest dengan semua tiap-tiap tahun aku memang tunggu sangat-sangat bila la nak 25 Disember ni. Orang-orang sekeliling aku pun akan jeling-jeling dekat aku bila dah nak dekat 25 Disember. Memang la malam sebelum 25 Disember tu aku akan pegang je HP tunggu mesej masuk (bunyi macam desperate je kan? tak la aku seteruk tu). Nak tahu sebab apa??


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sabar. Tengok bawah lagi. Sikit je lagi

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Monday, October 18, 2010

warmest wishes for someone special

To you,
wishing you a very happy birthday. 
may all your dreams come true. 
thanx for everything you spend on me.
thanx for your never ending LOVE and CARING
please pray for my success.



last but not least

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





HAPPY BIRTHDAY, mum!!!
hari ni birthday mak aku. aku tak beli hadiah lagi. memang la anak solehah. =p ada apa2 cadangan hadiah apa terbaik untuk mak aku?? 





salam mahabbah 
salam ukhwah 
wassalam... 



lots of L♥VE

Thursday, September 9, 2010

Salam Aidilfitri


 di kesempatan yang ada ni, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA buat semua pembaca princessjue[dot]blogspot ni. aku mohon maaf andai apa yang pernah aku coretkan selama ni sedikit sebanyak ada mengguris, menghiris, mencincang atau sebagai perasaan dan hati korang. semoga apa yang korang dapat daripada princessjue[dot]blogspot ni semuanya baik2 belaka...




SELAMAT HARI RAYA


MAAF ZAHIR & BATIN





salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam...



lots of L♥VE

Sunday, June 20, 2010

Father's Day

blogwalking hari ni boleh dikatakan semua wish happy father's day dekat bapak @ ayah @ FIL @ suami @ apa2 je.
actually dari malam tadi aku dah mula baca entry pasal fathers day kat blog orang lain. ada gak terniat nk buat entry tu. tapi hati aku pilu sangat2. aku tau dulu aku memang susah sikit nak wish direct dekat ayah aku, selalunya SMS tak pun aku hantar kad je. tapi since tahun lepas aku dah tak wish fathers day.

oh, aku tiba2 rasa nak nangis. tolong2... bagi aku tisu.

tak pe laaa
aku wish juga la...

HAPPY FATHERS DAY 
buat abang sulung aku, abang ipar aku, 
abang aku lagi satu yang entah-bila-akan-jadi-bapak-sbb-baru-je-kawin.
buat pakcik2 aku, abang2 sedara aku
untuk semua lelaki yang dah bergelar atau akan bergelar bapa yang baca entry aku ini.

pesan aku untuk anak2 semua, selagi mak ayah ada depan mata hargai la mereka. 
jangan nanti bila diorang dah tak ada, baru nak menyesal tak sudah.


katahati :: aku merinduinya...
Al-Fatihah seiring dengan setitis air mata yang jatuh tanpa dipinta.



salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam...


lots of L♥VE

Tuesday, May 18, 2010

DINNER

salam semua...
hari ni nak citer sal kisah semalam.
semalam ada sambutan Hari Guru kt sekolah bonda.. opppsss... sebelum terlupa..



"HAPPY TEACHERS DAY"

to all teachers in the world especially my teachers at SK Manjoi (1) Ipoh, Sek Raja Perempuan Taayah Ipoh and all my lecturers UiTM Arau and UiTM Shah Alam. Special dedicated for my beloved bonda, Pn Hjh Adibah Hanim.

okey.. back to my story. since bonda had her teachers day celebration at school in the morning, so same as years before they had their dinner at the hotel at night. tp yg sedihnya tahun ni cikgu2 x boleh bawa family g dinner cam last year. so tinggal la aku keseorangan malam tu. jadi petangnya bonda dah pesan pegi la beli makanan untuk dinner [FYI, since tinggal 2orang je kt umah, so i mmg x msk la ye walaupun teringin sgt2 nk masak macam2] tapi biasa la kalau penyakit malas dah datang. aku just say "It's OK.Thanx" to bonda.

jadinya petang tu, dkt2 maghrib cmtu aku terasa nak makan tapi x tau nak makan pe... jenuh fikir pe la yg tekak aku teringin.. habis semua menu aku suggest utk diri sendiri tapi x nak gak. at last, terasa cm nk makan cucur. so, aku pun g geladah dapur bonda tgk ada x bahan2 asas. YES!!! ada.... mula la operasi buat cucur ikan bilis untuk makan malam... pelik x??? whatever... yg penting tekak aku puas.. =)

so layan kan je gambar2 ni... [actually saja nak tempek gmbr kt sini... sbb gmbr2 ni seperti biasa disnap utk Mr. XY]



tepung gandum + bawang + ikan bilis + cili merah + ubi kentang
[bonda selalu masak cmni, aku follow je... i follow u~]


dalam kuali... =p

yang dah siap... rasa??? biasa2 je... untuk tekak sendiri ok la kot...


haaaa... ni lak dinner aku and bonda the nite before.
lepas maghrib hari ahad tu bonda tny aku nk makn pe... aku macam biasa la, x tau nak makan pe. 
pastu bonda kata

masak la nasi goreng

nasi goreng???


alaa... yg simple2 je..

ooo... ok... jp lagi laa
[ada nada malas di situ... maafkan saya bonda]

aku pun masuk bilik, off laptop langsung ke dapur...
jom tgk pe yg jadi...

nasi goreng in progresss


nasi goreng anak dara bujang... hahahaaa..
kosong je.. nasi digoreng bersama ikan bilis + telur
SEMPOI!



~end of story~


pssstttt : semlm mimpi g shah alam jmp SV... huh!



salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam...


Tuesday, April 27, 2010

ALL THE BEST!

to all my friends, 
wishing u ALL THE BEST in your final exam









salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam...


Tuesday, March 23, 2010

hepi besday

ramai betul orang yg aku kenal celebrate besday ari ni...
kt sini aku listkn [glamour la insan2 ni seketika]

  1. my dear little sister, Raja Zahriah Hanim
  2. my dear friend at SERATA, fiza arshad
  3. finally my fren's BF, mohd akib [perlu ke aku wish kt dia??? pe slhnya... dia kwn aku gak]
wishing all of you a very hepi besday... semoga hepi dan ceria selalu dalam hidup

ni aku nak cerita sal adik aku. semalam dkt2 kul12 tghmlm dia call aku dari public sekolah dia ..memang la adik aku sorang tu. dia suh aku wish besday kat dia... ahahaha... x malu sungguh!!!



akak, cepat la wish besday kt adik

eh, nti akak wish la... jp lagi akak call ko pastu akak send MMS kt ko..
[gila jahat aku kenakan adik aku]

iyo la tu... akak nk call public??? send MMS kt public??

hahahaha...
[aku gelak jahat kt dia]

pastu bla... bla... bla... bla....

akak tau, ibu x ingat besday adik esok...
huhuhuh

aku gelak lagi kt dia...

akak, belanja la adik KFC

eh, hutang ko ari tu pun lum byr lagi tau...
[dia jnji nk blnja aku KFC sbb aku tlg byr duit shopping dia masa kt indon dulu]

ala akak niii
akak, nanti pos la hadiah kt sekolah adik

tgk la dulu kalau akak rajin, banyak duit
[actually mmg dah beli pun cuma tak pos je lagi...]

kak jai dah bagi hadiah jam kt adik

cukup la tu... ada gak hadiah

mana boleh... akak kena la bagi gakkkk

akak ko ni x keje lagi. kak jai dah keje...

alaaaaa... bagi la... pos kt sekolah

pe alamat sekolah ko??
[dah tau cari kt tenet tp sj nk confirmkn]

blaaaa... blaaa...

eh, dah la... ko g la tido. dah lewat ni. esok ko sekolah
[alasan je sbnrnya... aku tgh men game ms dia call tu. ganggu je!]

yela2.. akak jgn lupa tau pos hadiah
 okey. bye. gud nite

bye. hepi besday. jgn malas2. rajin2 baca buku. nak PMR. kurangkan TIDUR..

assalamualaikum

waalaikum salam



some pics of my little sister

sebelum g air terjun nth-pe-nama-dia-aku-pun-xingt


adik aku naik kuda yg x wangi...
lawak gila masa dgr dia citer sal kuda ni





finally...















US!!!




salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam...


Tuesday, March 16, 2010

kahwin

sape tak nak kahwin?? angkat tangan!!!

ada ke orang yang tak nak kawin??

nth la... tak mau cakap byk2. nanti ada yang cop say gatal nak kawin.

actually nk wish SELAMAT PENGANTIN BARU buat kawanku, Mariatun Qibtiah dan suami. Perkahwinan dorang ahad lepas tapi saya tak dapat nak hadir.

rasanya termasuk dia ni dah 3orang kawan sekolah menengah saya dah kawin. insyaAllah coming soon is eda. 
maybe next year makin bertambah. 

SAYA??? entah bila... jodoh tak sampai lagi agaknya. harap2 xd la lewat sgt. sementara kawan2 banyak yang masih bujang, boleh konvoi ramai2 kan???

tgk gambar2 dorang g kenduri tu jelous laaa... walaupun x semua tapi at least setelah hampir 5thn, syok gak dpt jumpa borak2 dgn kawan2 lama.

key la... nthpe2nth saya melalut.

kepada sape2 yang nak kawin pasni, jangan lupa jemput saya. saya nak pergi kenduri kamu!!!


salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam


Saturday, February 20, 2010

selamat pengantin baru

SELAMAT PENGANTIN BARU

istimewa buat abang saya dan pasangannya [13feb2010].
semoga kebahagiaan berkekalan buat selamanya.



** kepada kawan2 saya yang sudi, anda diundang ke majlis sambut menantu di rumah saya pada 27FEB2010 bersamaan dengan hari sabtu. kalau nak datang tapi tak tau, email or tinggalkan mesej anda sebelum 24feb2010 jam 6ptg. 


** gambar semasa hari pernikahan dan persandingan akan diupload kemudian. saya sedang menghadapi masalah teramat susah untuk online. harap maklum.


salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam

Monday, January 25, 2010

happy birthday!!!


i would like to wish a very HAPPY BIRTHDAY to my little hero...

dear my little hero,
wishing you a very HAPPY BIRTHDAY. may you happy always with your papa, mama and kakak.
i love you so much!!!


here is my little hero...
 *
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*




ni gambar my little hero sakit perut... tgh syok2 main, dtg kt saya peluk saya cmtu and cakap, "mak teh, adik cakit peyut..." [sgt comey okey...]

ni lak masa main motor kt SACC mall... beria nak men tapi x tau nak handle cmne... jalan straight je, sume orang kena langgar..



salam mahabbah
salam ukhwah
wassalam...



Sunday, October 18, 2009

happy birthday

special entry dedicated to special person in my life...

wishing her a very Happy Brithday...

walaupun saya tahu dia x baca blog ini [better she didn't, nti bocor rahsia saya...hahah] tapi saya tetap nak wish jugak!!

mom,

HAPPY BIRTHDAY!!!


p/s : ucapan2 lain x perlu disertakan di sini... juz nak promote hari ni besday my bonda...

p/s : happy besday gak untuk si kecil irfan [kalau saya x salah, anak cousin saya kak awie]..


salam ukhwah...
salam mahabbah...


wassalam...


Saturday, September 12, 2009

kad raya

sonoknyer... hehehe... excited terlebih... kad raya pertama yang saya dapat untuk syawal 1430H... walaupun bkn pos melalui pos malaysia dan tak de nama saya pun kat kad raya tu, tapi pemberi kad raya tu tulis begini...

E-kad ini kami hulurkan kepada:
+ Mereka2 yang sudah menjadi followers blog ni (54 orang) setakat ini.. [saya di dalam kategori ini]
+ Kawan2 bloggers yang link kan kami diblog mereka..
+ Mereka2 yang menjadi silent reader blog ni setelah sekian lama..
+ Mereka2 yang saya link kan blog nya di blog ni..
cantik tau kad raya "handmade" ni... x caye??? jom tgk...

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V

jeng... jeng... jeng...



maka ini la kad raya yang "dikirimkan"
terima kasih yang tak terhingga kepada puan aniem[teachear-to-be] dan en. zubir[doc-to-be] kerana memberi kad raya ini... walaupun tak pernah bertemu bertentang mata [dengan puan aniem yer... bkn lakinya], tapi syok btl baca coretan seorang bakal guru [ada je bnd nk dicerita... hehe]. maaf dipinta dan salam dihulur... semoga berpeluang bertemu [nak minta "tips" nk jadi bini orang... kuang3... gtl2]




pesan penulis : kepada sesape yang lum bagi kad raya lagi kt penulis, cpt2... ada lagi seminggu je before raya... lepas raya pun penulis still terima... better late than never... kui3...


note : penulis pun nak bagi kad raya kt readers2 n kwn2 dia tapi xd masa laaa... nak g cari kad raya, nak beli setem, nak tulis ucapan2 yang syahdu2, n cari address umah... nanti2 la penulis pk cara terbaik... insyaAllah...




salam 10 ramadhan terakhir...
salam ukhwah...
salam mahabbah...


wassalam...

Sunday, May 17, 2009

happy teachers day

sepatutnya aku post bnd ni smlm... tp smlm byk sgt hal yg perlu diselesaikan...
key la... berbalik pada tajuk post aku kali ni...

"HAPPY TEACHERS DAY"

aku nk wish "HAPPY TEACHERS DAY" wat cikgu2, lecturer2 or sesape saja yg penah jd pendidik aku secara rasmi atau pun tidak...


firstly ucapan SELAMAT HARI GURU ni aku tujukan khas wat cikgu2 aku masa sekolah rendah dulu... SEK. KEB. MANJOI SATU, IPOH... cikgu2 yg penah ngajar aku dulu... aku sekolah rendah dulu kelas 1BIRU-2BIRU-3HIJAU-4BIRU-5BIRU-6AMANAH... aku x berapa nak ingat nama semua cikgu sekolah rendah dulu... i'm so sorry teachers... hanya beberapa nama jer aku ingat... CIKGU SALMIAH, CIKGU ALJAHARI, CIKGU SALLEH, CIKGU NORIAH, CIKGU YATI, MISS ONG, MRS TONG, SIR SIVA, TEACHER JULIET and so on... pe2 pn... wat sume pendidik di SKMS yang pernah ngjar aku... THANK YOU SO MUCH!!!


secondly... utk mu'alim dan mu'alimah di SEKOLAH RAJA PEREMPUAN TAAYAH... sekolahku yang tercinta... yang byk mengajar aku erti sebuah kehidupan dan juga x pernah jemu membentuk diriku menjadi seorang pelajar muslimah.... guru2 yang pernah mengajar aku di 1R-2S-3S-4Sc1-5Sc1... SYUKRAN JAZILAN KATHIRAH terutama kepada USTAZAH SITI FATIMAH OMAR dan USTAZAH ROZAIDAH yang pertamanya mengajar aku bahasa Al-Quran nan indah itu... utk CIKGU NORIAH, CIKGU ROHANI dan CIKGU NORAIN yang xjemu2 mengajar aku ilmu hisab.... utk CIKGU CHIN dan CIKGU RAFHAN (dah pindah ke kg gajah) yg x pernah knl erti putus asa ngajar aku ilmu fizik yg kdg2 wt aku pening... x lupa gak CIKGU UMI MAZNOM ilmu biologi yang dicurahkan kdg kala menjangkaui daya ingatan aku... "maafkan saya cikgu sbb selalu gagal dlm subjek bio dulu... huhuh..." utk CIKGU FIKRIYAH yang membwa aku mengenal ilmu kimia... terima kasih cikgu kerana buatkan saya jatuh cinta dgn dunia kima wlupn dulu selalu sgt "syahid" di medan perjuangan... utk teacher salwani yang sering membetulkan tatabahasa bahasa inggerisku yg seringkali terlanggar hukum... utk guru2 yang lain, maafkan andai nama kalian tidak dinyatakan di sini tetapi ketahui lah wahai guru... cikgu2 memang byk berjasa dalm hidup saya... tak mungkin dpt sy bls semua jasa nda pengorbanan kalian... doakn sy terus berjaya. semoga kejayaan itu dpt memblas sgl penat lelah cikgu selama ini...

last but not least... utk para pendidik di peringkat universiti... UiTM Arau (Diploma in Industrial Chemistry), UiTM Shah Alam (Degree in Forensic Analysis)... terima kasih di atas penat lelah dan pengorbanan kalian utk mengjar diri yang serba kekurangan ini supaya terus cintakn dunia kimia... THANX A LOT!!!

tp ada guru yg paling penting dalam hidup ini yang aku x nyatakan lagi... guru yg pertamanya mengajar aku A,B,C... 1,2,3... tambah, tolak, darab, bahagi... guru yang bkn sekadar mengajar tetapi juga mendidik aku supaya menjadi insan berguna... guru yang berterusan memberi nasihat dan tunjuk ajar sejak aku mula mengenal dunia sehingga kini aku telah pun berusia 22thn tp guru ini tak pernah jemu mendidik aku... guru ini bkn sekadar memberi ilmu akademik malahan guru ini juga tak pernah jemu memberi tips2 berguna utk aku harungi hidup yg penuh liku ini...

dan kesempatan ini, aku gunakan utk mengucapkan "SELAMAT HARI GURU" buat guru yang paling kusayangi...

PN. ADIBAH HANIM BT MOHAMED SHITH MAHIR.

dan seorang lagi yang tak kesempatan utk bersama berkongsi kejayaan aku nanti (insyaAllah) tapi aku percaya dia akan selalu di sisi aku dan aku tersenyum bangga dgn kejayaan aku nanti (insyaAllah)... dan insan paling bermakna itu adalah.............

arwah ayahku yang amat aku rindui dan sayangi...
RAJA SABARADIN BIN RAJA ABDULLAH...
semoga roh ayah sentiasa diberkati dan ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh di syurga yang abadi... AMIN....


lastly.... selamat hari guru buat semua warga pendidik di seluruh malaysia....



coretan seorang pelajar,
raja zubaidah raja sabaradin
17mei09
ipoh,perak.




Monday, May 11, 2009

~AYAH~


Ketika berjauhan masih kurasa hangat kasihmu ayah,
Tak dapatku bayangkan hidupku ayah tanpa engkau disisi,
Terbayang ketenangan yang selalu kau pamerkan,
Bagaikan tiada keresahan..
Walau hatimu sering terluka,
Tika diriku terlanjur kata,
Tak pernah sekali kau tinggalkan diriku sendirian..
Ketika kudalam kedukaan,
Kau mendakap penuh pengertian,
Di saat diriku kehampaan,
Kau setia mengajarku erti kekuatan..
Terpancar kebanggaan dalam senyuman melihatku berjaya,
Tika kukegagalan tak kau biarkan aku terus kecewa,
Dengan kata azimat engkau nyalakan semangat,
Restu dan doa kau iringkan..
Tak dapat kubayangkan hidupku ayah tanpa engkau di sisi,
Segala kasih sayang yang kau curahkan tersemat di hati..




nukilan,
raja zahriah hanim bt raja sabaradin
06april09
ipoh,perak.





Friday, April 17, 2009

thanx to my frens....

THANK YOU SO MUCH!!!!
rs nyer tu jer aku mmpu ucapkn selain doa aku pd Yang Maha Esa utk sahabat2 tersayang atas sumbangan ikhlas yg diberikan...
mmg amat bernilai bg aku dan keluarga... doa aku semoga korang sentiasa dilimpahkan dengan rezeki yang halal dan diberkati...
utk sahabat2 DIC Arau, aku mmg tak jangka sgt2 ats sumbangan korg tu... InsyaAllah niat ikhlas korg tu akan mendapat keberkatan dan keredhaan dr Nya...
cuma satu permintaan aku, selagi mak ayah korg masih ada di cc korg hargai mereka seadanya... cuba utk tunaikn setiap permintaan mereka... sbb stlh meraka "pergi jauh" dr korg, br korg akan merasa sunyi yg teramat sgt... dn setiap kali parents tegur slh silp korg, jgn anggp sume tu sbg bebelan.. sbb bila dorg dh xde, korg akan rindu sume tu... dn korg akn rs kehilngan yg semmgnya tiada galang gantinya... PERCAYALAH...

after 15days, i really miss him...
even kdg2 kesibukan dgn keje dan dihimpit waktu wat aku "terlupa" seketika... tp dia sentiasa dlm hati aku... SELAMANYA...