Jangan malu, jangan segan, sila klik ramai2 ^_^

Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Monday, March 31, 2014

Under Construction

Salam semua.

Godek-godek nak tukar layout blog teru jadi macam entahape2entah.

So, ambil masa untuk jadikannya cantik (konon-konon) supaya anda semua tak jemu nak singgah. Apa yang pasti, tema semestinya putih suci murni.

Ok. Tunggu nanti rajin baru mekap-mekap lagi. Banyak lagi kerja lain.

Bye.


Sunday, July 7, 2013

Contest Baby Ceria by http://barangbabymurah.blogspot.com

klik banner dekat atas ni untuk join

:: 12/6/2013 - 7/7/2013 ::

Ada dua kategori: 
1) untuk blog, 
2) untuk facebook.

Baca SINI untuk syarat-syaratnya. 

_________________________________________________________________________________

Maka gambar yang dipertaruhkan ialah :

"mari membeli barang baby dengan harga borong, minimum 1 barang di blog http://barangbabymurah.blogspot.com" kata emir rahimie


Kata baby, 
"salam semua. Nama saya WAN EMIR RAHIMIE BIN MOHAMED SHUKRI. Nama makteh saya RAJA ZUBAIDAH BINTI RAJA SABARADIN."

"kalau saya terpilih sebagai pemenang, saya nak pilih hadiah ERGO CARRIER warna BIRU untuk saya hadiahkan kepada baby makteh saya yang akan lahir bila-bila masa sahaja. Makteh saya sedang menunggu hari untuk bersalin."



Saturday, December 17, 2011

I am in their list. Thank you!

Kebosanan di hari Sabtu. Maka wujud 2 entry dalam masa kurang 2 jam. HAHAHA. Nampak sangat macam tak ada benda nak buat. Nak keluar berjalan-jalan tapi niat di hati harus di sekat. Dalam tempoh kurang seminggu, telah banyak $$$ yang melayang (note : 3x $ menunjukkan 3 angka okay?). Jadinya, niat di hati hari ni harus dihalang sebelum $$$ menjadi $$$$. FUhhhhhh. Semput aku. 

Maka aku berjalan-jalan di alam maya sahaja. Itu lagi senang. Tapi elakkan juga dari melawat blog shop. Walaupun 2,3x gak la hari ni aku singgah dekat begcanteq2.blogspot.com tu. Memang cantik-cantik yang dijual. Dan harga pun berpatutan. So far aku dah beli 2 bag dari sana. Dan sangat puas hati. Nasib baik gaji lambat lagi, maka aku ada sedikit keinsafan bila login M2U tengok balance akaun ada $$$ je. Bayangkan gaji $$$$, baru tengah bulan dah jadi $$$. Tak ke haru gitu? Tapi nasib baik duit simpanan dah siap-siap masuk dekat simpanan tetap tanpa ATM kad.

Berjalan di alam maya. Tengok blog-blog yang menarik dan tertarik. Untuk makluman, aku memang tak banyak follow blog orang tapi yang aku mark as favorite tak terkira dengan jari kaki dan tangan jumlahnya. Itu  tak termasuk blog yang aku hafal address diorang. Jadi, korang janganlah susah hati kalau korang follow blog aku, tapi aku tak follow blog korang. Sebab insyaAllah ada dalam list favorite aku.

Jalan punya jalan sampai la ke 2 blog ni. Every Little Thing dengan Liya Laa dan B2B on March ^.^. Scroll punya scroll. Tiba-tiba terbeliak biji mata bila tengok nama blog aku dalam senarai diorang. Thank you darls!

Untuk siapa-siapa yang ada link aku tapi aku tak perasan tu, maaf la kan aku ye? Dan untuk semua yang link aku, terima kasih banyak-banyak. Maaf la sebab aku tak link korang balik. Tak terdaya nak update setting blog ni dah. Yang sedia ada ni memang sejak dari dulu lagi aku tak ubah-ubah. MALAS.


note : entry auto-publish.


Sunday, December 11, 2011

Do You Know Them?

Happy Sunday to all of you.

Just a short entry for all. Right now I am super duper busy with family matters.

For those who knows these charming girls, do let them know that I am looking for them. Please ask them to send me an email (their full name, current address) ASAP.

The cute charming girls are :


  1. Alang Atie
  2. Syuhada Salleh
  3. Nawa Eiha

Thank You!

my email : missedu_najah@yahoo.com (write subject as : IMPORTANT)


Wednesday, November 30, 2011

Teka Dan Menang by missjue (siri 2)

Salam Semua!

Esok aku nak pergi bercuti bersama keluarga. Jadi sempena dengan birthday aku tak lama lagi, aku dengan rasa rendah hati nak buat giveaway lagi. Sama macam giveaway aku yang lepas, benda ni mudah je. Tak perlu buat entry panjang lebar. Semuanya semudah A-B-C. Percayalah!


nak join? mudah je.

Apa yang perlu anda lakukan?

Tinggalkan komen anda dengan meneka lokasi percutian missjue (hint diberikan di bawah) [sertakan juga url blog anda] 
Dah selesai teka, copy banner kat bawah dan paste di side bar blog anda serta linkkan ke entry ini. 




Tarikh tutup : 30 November 2011 (30/11/2011) jam 11:59 malam.

Hadiah??
cenderamata dari tempat percutian missjue. insyaAllah hadiah tu sesuai untuk lelaki atau perempuan.

Pemenang??
Seorang pembaca yang meneka tempat percutian aku paling awal dan paling tepat adalah pemenang. Kalau tak ada yang teka paling tepat, maka orang pertama yang meneka walaupun salah adalah pemenang. 




HINT : 
aku akan pergi ke salah satu negara ini. selamat meneka!






Tuesday, September 13, 2011

Alkisah blogger dan blog reader

Selamat tengahari semua. 
Hari ni lunch hour tak keluar. Malas dah nak keluar. Jadinya pagi tadi beli kuih lebih dan bawa biskut dari rumah. Selain dapat jimat belanja, dapat juga jimat space daripada lemak-lemak yang tak diperlukan.

Alkisahnya semalam. Waktu lunch hour. Saja buka blog-blog yang memang ada dalam senarai favourite. Blog-blog ni aku tak follow tapi aku tick as Favourite. 
Antaranya :
  • Salam2Benua
  • Thepinkstiletto
  • ShazwaniHamid
  • Hanis Haizi
  • Nurulism.com
  • Mid-sayang
  • Sarakids.com
Aku tak letak link sebab malas. Kalau nak tengok blog-blog tu, google je. Klik la result pertama yang keluar maka sampai la anda ke destinasi. Ni antaranya la. Ada lagi tapi aku malas nak tengok list aku. Banyak bebenor. Tu baru dekat PC office, kalau dekat laptop aku lagi la banyak. Dengan list blogshop apa bagai semua ada.
Ceritanya pasal entry dekat Sarakids.com. Aku tak tahu la Sarakids.com ada usaha sama denga Touch n Go ke apa, tapi ada kad Touch n Go yang bertemakan Sarakids.com (aku tak reti explain, pergi baca sendiri dekat sini). Lepas tu terus laju aku mesej kakak aku,

Touch n go ada buat kerjasama dengan sarakids ke?
kakak aku reply,

tak tahu pulak. kenapa?

aku reply,

ni ada kad touch n go sarakids.com

kakak aku reply,

oo.. nanti akak tengok. tengah baca salamduabenua ni.

Lepas je baca mesej kakak aku tu, memang aku gelak laa. Tak sangka kakak aku pun rajin baca blog. Sebelum ni aku tahu dia baca blog aku. Ingatkan blog aku sorang je, ye la kot dia nk jadi stalker aku ke hape. Sekali blog favourite aku pun dia baca. Patut la sekarang kemain lagi rajin masaknya, mesti nk contohi kak LG tu. HEHEHE.

Itu je aku nak cerita. Aku si blogger dan kakakku si blog reader.

Selamat membaca blog buat kakakku!






Saturday, April 30, 2011

blogger draft berwajah baru?

pagi-pagi lagi dah online. log in blogger. cadang nak update blog tapi tak ada idea nak merepek apa. pastu, bila dah log in blogger draft, rasa macam pelik pula interface dia. ingatkan ada error apa. 


rasa macam cool pulak interface ni. korang suka tak? tapi kalau warna-warna yang ceria lagi cool kot. apa pendapat korang?

Friday, April 15, 2011

BEN ASHAARI AJAK JADI BUDAK BUDAK SAT !

Santai Bersama BEN ASHAARI

Sebelum ni En. Ben kita ni nak bergegar-gegar. Hari ni ajak jadi budak-budak lak. Ala-ala kanak-kanak ribena gitu. Kenapa mesti ribena? Sebab macam comel je bila sebut "kanak-kanak ribena" tapi kalau sebut "kanak-kanak anggur" kan tak sedap bunyi nye.

OKAY. Lets goooooo dora!
  • Aku paling minat WINNIE THE POOH. Aku minat POOH tu je tau, kawan-kawan dia aku tak minat. Memang dari sekolah rendah minat gila kat POOH ni sampai kalau dulu-dulu beli tshirt ke, bear ke, apa-apa ke la mesti nak ada gambar POOH. Kenapa mesti POOH? Sebab POOH tu comey macam aku. Eh silap~ Aku ni comey macam POOH. Tengok kesamaan pipi aku dan POOH. Memang macam bola dibelah dua.
alololooooo~ comeynya POOH ni.
  • Aku tak suka SPONGEBOB and the gang. Sebab apa? Karakter-karakter dia tak comey. Aku tak suka benda-benda tak comey ni. Aku suka benda comey-comey je. Lagi pun aku GERAM je tengok Spongebob And The Gang tu macam tak seimbang je. Tengok la kaki kecik, badan besar, kepala besar, macam-macam la

haaaa... kan aku kata. kartun dia tak comey.
  • Kalau aku jadi superheroin (sebab aku perempuan) aku nak jadi ____________________ (sila isi sendiri). Muahahahahaha. Aku tak ada idea. Sebab aku tak minat la superhero-superhero ni. Aku kan suka yang comey-comey je. Superhero tu tak comey tapi handsome je. HEHEHE. Kalau nak jadi superheroin pun, mana ada superheroin yang pakai tudung. p/s : tak ada gambar superheroin sebab semua gambar semua seksotmeksot (bak kata ibu aku). Tak sesuai untuk tontonan umum. HEHEHE.


BEN ASHAARI GEGAR LAGI

Apa yang bergegar?? Klik link kat bawah header kat bawah ni.

Santai Bersama BEN ASHAARI


Wednesday, March 9, 2011

do you know her?

aku sekarang dah jarang merayap pergi blog orang lain. sebabnya? sila baca sini. jadinya tak dapat la aku nak pegi melawat kawan-kawan yang lain. maaf la ye? TAPI dalam ketidak-adaan Mr. L itu, aku tidak pernah lupa singgah ke blog nan satu ni. nak tahu sebab apa? sila baca sendiri blog dia. walaupun kadang-kadang aku macam malas nak baca sebab dia asyik tulis omputih, yang aku ni omputih pun tersekat-sekat tapi aku tetap nak singgah gak. sebab apa? mai sini aku nak bagi sebab-sebabnya.
  1.  bila aku baca semua tulisan cik cantik mani Wani tu, aku rasa maca relax je. sebab aku rasa dia tak stress masa tulis entry-entry tu kecuali kalau entry tu dia memang tengah stress. lagi pun aku rasa dia macam santai dalam penulisan. (bukan penulisan budak sekolah).
  2. boleh dikatakan hampir 99% entry dia dalam bahas inggeris, jadi secara tak langsung boleh la membantu aku yang agak lemah omputih ni. at least dalam pertingkatkan vocab dan juga gaya bahasa kan?
  3. banyak tips menarik yang ada dalam blog dia ni. walaupun dia tak ada la tulis tajuk entry "10 tips untuk cantik", "tips untuk kekal ramping", tak ada la semua tu kan tapi bila korang baca satu persatu entry dia memang banyak la tips berguna. tak percaya? pergi la terjah sekarang.
  4. family wani ni selalu pergi holiday ke over the sea, jadi memang syok la bila baca. memang dia cerita details satu persatu sepanjang vacation dia tu. kalau pergi seminggu, memang dari sebelum dia departure sampai dia balik malaysia semula dia kaan cerita. aku ni memang suka tengok tempat orang, jadi bila baca entry dia tu, boleh berangan nak pergi sana. HIHIHI.
  5. aku suka tengok gambar dia yang cantik-cantik tu! dia dah la memang cantik, pakai baju semua catnik-cantik, make up pun cantik maka bertambah-tambah la cantik la jadinya.
  6. lagi? dah tak tahu nak tulis macam mana. kalau korang tak percaya. sila la baca blog gadis ayu ni.

ini pula antara entry kegemaran aku. kalau rasa nak baca, sila la. kalau tak nak, tak pe. aku tak paksa dan aku tak dapat apa-apa pun buat special entry untuk wani ni. semua yang aku tulis ni ikhlas dari hati.
  1. banyak lagi tapi tak larat nak cari dah. SORRY.

okey. now, you can go to shazwanihamid.com and read more about her. and i guarantee you will love her blog!

** wani, how old are you actually? =P

 

Sunday, January 2, 2011

Terima kasih daun keladi

Nampak tak yang dalam kotak merah tu???

Ini lagi.

Semalam aku kebosanan. Maklum la kerja sebagai "Fat Synthesis Executive" ni memang relax memanjang. Masalah pun tak banyak. Jadi masa yang terbazir begitu sahaja memang tak terkira. Jadi untuk memanfaatkan masa terluang tu, aku pun menggodek blog ni. Nak bagi nampak comey dan ayu. HAHAHAHA. Setelah penat sepetangan aku menggodek itu ini, makan terhasil la blog yang ala-ala nak cute.

Apa-apa pun, aku nak terima kasih banyak-banyak dekat Hannafauzann dan juga Whitey Mommy sebab sediakan tutorial yang amat mudah difahami terutama untuk orang yang buta HTML code (merujuk kepada diri aku sendiri)

Jadi kepada yang rasa nak nampak blog diorang comey macam blog Hanna atau cantik ayu macam blog Whitey Mommy sila la buat kunjungan hormat ke teratak mereka.


And again, thanx a lot to adik Hanna dan Whitey Mommy!!


To Hanna, 
macam mana nak cari ikon-ikon comey macam dekat blog awak tu? GERAM!! Comey sangat!!!



salam mahabbah 
salam ukhwah 
wassalam... 


 lots of L♥VE

Thursday, December 2, 2010

Segmen : Aku blogger ! So What ???

segmen baru daripada Ben Ashaari

Alang2 aku pun bosan-nak-update-blog-tak-ada-idea, aku pun join la segmen ni.


Something about myself.

Nama diberi Raja Zubaidah. Panggilan mesra di dunia blogging "missjue". Sebab apa "missjue"?? jue adalah nama glamour aku di kalangan keluarga, sanak saudara dan rakan2. Dan aku tambahkan "miss" di depan sebab aku masih berstatus SINGLE yakni belum berkahwin. Anak ke-4 daripada 5orang, punya 4orang kanak-kanak ribena. Baru tamat pengajian ijazah sarjana muda Chemistry (Forensic Analysis) di UiTM Shah Alam. Sekarang masih mencari kerja dan mencari peluang belajar di peringkat Master. InsyaAllah. Dilahirkan pada hampir penghujung tahun di negeri Hang Tuah. Sekarang menetap di Ipoh, Perak. 


Questionnaire 

  • Apa pendapat anda mengenai dunia blog?
Dunia blog penuh dengan pelbagai ragam, sama macam dengan realiti kehidupan sebenar. Bahkan dalam sesetengah keadaan mungkin lebih teruk daripada dunia kehidupan sebenar. Dunia blog juga ada kebaikan dan keburukan. Kalau baik niat kita, balasan pada kita juga akan baik. Kalau niat tak baik, maka tak baik la yang kita dapat. Cuma dunia blog ni, ibarat dunia tanpa sempadan. Kita boleh merasai suasana sesuatu tempat atau keadaan atau individu persendirian tanpa perlu berada di tempat tersebut. Cukup sekadar kita berada di hadapan skrin laptop dan menghayati satu persatu pengalaman atau keadaan yang cuba disampaikan dalam bentuk ayat. Dan dunia blog juga kita tidak boleh memaksa orang lain untuk menerima suara hati kita sebulat-bulatnya. Pendek kata, lain padang lain belalang, lain orang lain blognya =)

  • Sepanjang anda menjadi blogger, apakah perkara positif dan negatif yang pernah anda alami?
Setiap perkara yang berlaku dalam dunia ni pasti ada baik dan buruknya. Perkara positif sepanjang berblogging bila dapat bertemu rakan2 dari seluruh pelusuk Malaysia hatta bertemu secara maya rakyat Malaysia yang berada di luar Malaysia. SERIOUSLY aku sangat suka membaca kisah hidup orang. Bukan kerana aku nak jadi busy body tetapi bagi aku PENGALAMAN lah cikgu terbaik untuk mendewasakan kita. Dalam banyak2 hal yang boleh berlaku dalam hidup, tak mungkin kita akan diberi kesempatan untuk merasai semua tu tetapi dengan blogging kita boleh merasai apa yang kita tak dapat rasai. It is as simple as you read it and try to imagine it so that you can feel it. Oh, dunia blog juga memberi aku semangat berkobar-kobar untuk mencuba pelbagai resepi baru, memberi aku angan-angan untuk terbang merentas benua

Perkara negatif setakat ni aku rasa tak ada lagi aku alaminya. Cuma bila baca blog blogger lain, bila ada ANON2 yang meninggalkan komen2 yang pedih, aku pun terasa juga. TAKUT juga kalau aku mengalaminya. Kita memang tak boleh nak minta semua orang terima pendapat kita, dan kita juga tak mampu nak buat semua orang gembira TAPI kita juga tak sampai hati nak kecewakan sesiapa. Cuma kita menulis kerana KITA adalah KITA. 

  • Apakah blog ini hanya untuk mencari nama / glamour ?
Pertama kali aku menulis blog, secara jujur aku akui aku tak tahu pun dengan blogging kita boleh glamour. Aku berblog kerana aku suka menulis cuma aku agak kemalasan untuk mencoret di atas kertas. Dan kerana dunia semakin canggih, maka aku menulis blog sebagai jalan penyelesaian. Dan apa yang aku tulis adalah untuk KENANGAN aku sendiri serta untuk dikongsi dengan pembaca yang sudi membaca. Aku bukan penulis terbaik yang mampu mencoret kata-kata puitis, tapi aku menulis dari hati yang tulus murni. 

  • Banggakah anda menjadi seorang blogger ?
Aku berbangga kalau pembaca mendapat manfaat daripada apa yang aku tulis. Tapi aku tahu, apa yang aku tulis kurang memberi manfaaat kerana segala apa yang aku tulis adalah pengalaman peribadi aku. Cuma aku karangkan menjadi ayat walaupun sukar sebenarnya supaya dapat menjadi kenangan aku kelak. Dan kadang-kadang aku cuba mencari sesuatu yang bermanfaat untuk pembaca blog aku. Harap-harap setiap kali pembaca meninggalkan blog aku, mereka aku terasa rindu untuk membaca lagi (HAHAHA. aku perasan kan?). 



FUH!!! panjang + skema betul ayat aku. agak2 cukup tak 100 patah perkataan?? nanti tak lepas syarat pula.


Enjoy reading guys!!



salam mahabbah 
salam ukhwah
wassalam... 



 lots of L♥VE

Wednesday, June 30, 2010

Bloggers Club

Peringatan!
entry ni dah kena lekat dgn gam gajah.
scroll bawah lagi untuk entry baru.


hari tu blogwalking. entah tak ingat kat blog sape dia promote UiTM blogger, 
jadi aku sebagai pencinta setia UiTM di hatiku, terus join UiTM Blogger tersebut.

jadi kepada sesiapa budak UiTM yang ada blog dan baca entry ni, jom klik gambar ni.





pastu bila jalan2 kat blog Ben Ashaari, rupa2nya dia pun ada bloggers club. jadi aku pun join gak.
En. Ben, saya tolong promote bloggers club awak walaupun saya tau awak memang ramai followers.. 
saja nak bagi lagi meriah. boleh tak?? [dah buat entry baru nk minta izin ^_~]
p/s: klik pd logo untuk ke link berkenaan.




salam mahabbah 
salam ukhwah
wassalam... 


lots of L♥VE

Saturday, June 19, 2010

100

salam semua.
sekadar omong kosong sebelum tidur.
tak sangka ulat buka dekat blog princessjue[dot]blogspot[dot]com ni dah mencecah 99 orang.
semua ni terjadi gara2 kerajinan aku tahap max berjalan kaki ke blog2 seantero dunia, di malaysia khususnya. 
okey la.
kepada sesiapa yang telah mengikuti segala bebelan aku,
terima kasih daun keladi. kalau jemu, simpan di hati.
[pantun ciplakan aku]

sekarang aku tunggu ulat buku yang ke100.
kalau anda orangnya, gtau la aku ye...

mana tau KOT2 ada something special untuk anda.
huahuahua... budget gaji riburiban.
[sila takes note word bold, wrna merah, font gabakbesar itu]


sekian
nak pegi jogging sebelum tidur.


salam mahabbah salam ukhwah wassalam... lots of L♥VE

Saturday, September 12, 2009

kad raya

sonoknyer... hehehe... excited terlebih... kad raya pertama yang saya dapat untuk syawal 1430H... walaupun bkn pos melalui pos malaysia dan tak de nama saya pun kat kad raya tu, tapi pemberi kad raya tu tulis begini...

E-kad ini kami hulurkan kepada:
+ Mereka2 yang sudah menjadi followers blog ni (54 orang) setakat ini.. [saya di dalam kategori ini]
+ Kawan2 bloggers yang link kan kami diblog mereka..
+ Mereka2 yang menjadi silent reader blog ni setelah sekian lama..
+ Mereka2 yang saya link kan blog nya di blog ni..
cantik tau kad raya "handmade" ni... x caye??? jom tgk...

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V

jeng... jeng... jeng...



maka ini la kad raya yang "dikirimkan"
terima kasih yang tak terhingga kepada puan aniem[teachear-to-be] dan en. zubir[doc-to-be] kerana memberi kad raya ini... walaupun tak pernah bertemu bertentang mata [dengan puan aniem yer... bkn lakinya], tapi syok btl baca coretan seorang bakal guru [ada je bnd nk dicerita... hehe]. maaf dipinta dan salam dihulur... semoga berpeluang bertemu [nak minta "tips" nk jadi bini orang... kuang3... gtl2]




pesan penulis : kepada sesape yang lum bagi kad raya lagi kt penulis, cpt2... ada lagi seminggu je before raya... lepas raya pun penulis still terima... better late than never... kui3...


note : penulis pun nak bagi kad raya kt readers2 n kwn2 dia tapi xd masa laaa... nak g cari kad raya, nak beli setem, nak tulis ucapan2 yang syahdu2, n cari address umah... nanti2 la penulis pk cara terbaik... insyaAllah...




salam 10 ramadhan terakhir...
salam ukhwah...
salam mahabbah...


wassalam...